Until Death Do Us Part - Jonas

Jumaat, Jun 19, 2009

#550. Taking Woodstock [2009]

Director: Ang Lee
Genre: Comedy
Starring : Demetri Martin, Imelda Staunton, Henry Goodman, Jonathan Groff, Emile Hirsch, Eugene Levy
Release Date: August 14,2009 [US]

Taking Woodstock is an upcoming 2009 comedy-drama film about the Woodstock Festival of 1969. It is directed by Ang Lee and written by James Schamus based on the autobiography Taking Woodstock : A True Story of a Riot, a Concert, and a Life by Elliot Tiber and Tom Monte.It is scheduled to be released on August 14, 2009. The film has been rated R for graphic nudity, some sexual content, drug use and language. The film premiered at the 2009 Cannes Film Festival.

Synopsis : The film, based upon the book of the same name, follows the true life story of Elliot Tiber (Demetri Martin), an aspiring Greenwich Village interior designer whose parents owned a small motel in Upstate New York and, at the time, held the only musical festival permit in the entire town of Bethel, New York. Tiber offered both the Catskills motel and the permit to the Woodstock Festival's organizers.


http://www.filminfocus.com/focusfeatures/film/taking_woodstock

Baca Sepenuhnya...

#549. Public Enemies [2009]



R,2hrs 23min
Genres:Drama,Action
Releases:July 1, 2009
Director:Michael Mann
Distributor:Universal Studios
Starring:Johnny Depp, Christian Bale, Marion Cotillard ...more

Public Enemies is a 2009 film directed by Michael Mann, an adaptation of Bryan Burrough's book Public Enemies: America's Greatest Crime Wave and the Birth of the FBI, 1933–34.The crime drama is set during the Great Depression with the focus on the FBI agent Melvin Purvis's attempt to stop criminals John Dillinger, Baby Face Nelson, and Pretty Boy Floyd. Christian Bale plays FBI agent Purvis, Johnny Depp plays Dillinger, Marion Cotillard plays Dillinger's girlfriend Billie Frechette, and Channing Tatum plays Pretty Boy Floyd.



Synopsis :
In the action-thriller Public Enemies, acclaimed filmmaker Michael Mann directs Johnny Depp, Christian Bale and Academy Award(r) winner Marion Cotillard in the story of legendary Depression-era outlaw John Dillinger (Depp)-the charismatic bank robber whose lightning raids made him the number one target of J. Edgar Hoover's fledgling FBI and its top agent, Melvin Purvis (Bale), and a folk hero to much of the downtrodden public. No one could stop Dillinger and his gang. No jail could hold him. His charm and audacious jailbreaks endeared him to almost everyone-from his girlfriend Billie Frechette (Cotillard) to an American public who had no sympathy for the banks that had plunged the country into the Depression. But while the adventures of Dillinger's gang-later including the sociopathic Baby Face Nelson (Stephen Graham) and Alvin Karpis (Giovanni Ribisi)-thrilled many, Hoover (Billy Crudup) hit on the idea of exploiting the outlaw's capture as a way to elevate his Bureau of Investigation into the national police force that became the FBI. He made Dillinger America's first Public Enemy Number One and sent in Purvis, the dashing "Clark Gable of the FBI." However, Dillinger and his gang outwitted and outgunned Purvis' men in wild chases and shootouts. Only after importing a crew of Western ex-lawmen (newly baptized as agents) and orchestrating epic betrayals-from the infamous "Lady in Red'' to the Chicago crime boss Frank Nitti-were Purvis, the FBI and their new crew of gunfighters able to close in on Dillinger.

In the United States Public Enemies has received an MPAA rating of R for gangster violence and some language.A preview of Public Enemies was seen at the end of the 81st Academy Awards, with the first trailer being released shortly after on March 5, 2009. Public Enemies will have its world premiere in Chicago on June 18, 2009.

Official site : http://www.publicenemies.net/

Baca Sepenuhnya...

#548. Budak Setan Ke Panggung

Filem Jogho arahan Uwei Saaeiri yang dihasilkan pada tahun 1997 adalah filem terakhir yang diangkat daripada naskhah sebuah novel. Jogho merupakan adaptasi daripada novel Juara, karya S. Othman Kelantan.Selepas filem ini, 11 tahun industri seni tempatan ketandusan karya yang diadaptasi daripada sebuah novel. Malah, dalam tempoh lebih 70 tahun dunia perfileman Malaysia wujud, hanya terdapat sembilan buah karya yang diadaptasi daripada bahan bacaan itu.Berbeza dengan Barat, mereka telah mula mengadaptasi novel ke filem sejak tahun 1924 dengan ratusan filem yang bersifat pop, komik atau fantasi dilahirkan daripada misi adaptasi.

Statistik industri filem dan TV Amerika menunjukkan 85 peratus filem yang menang anugerah Oscar berdasarkan cerita yang diadaptasi daripada novel.Selepas 11 tahun, Malaysia bakal dihidangkan dengan karya yang diangkat daripada sebuah novel pop paling laris pada tahun 1980-an. Dihasilkan oleh Ahadiat Akasyah, novel Lagenda Budak Setan (LBS) kini bakal divisualkan di layar lebar oleh pengarah dari India, Sharat Sharan.
LBS yang novel perdananya menggunakan judul Budak Setan mendapat sambutan luar biasa di kalangan pengikut novel.

Ia berkisar tentang kenakalan seorang pelajar sekolah bernama Kasyah hinggakan dia digelar ‘Budak Setan’.

Novel ini berkembang dengan pelbagai plot - lucu, nakal, sedih dan cinta yang membawa tumbuhnya karakter Ayu dan lain-lain. Novel itu itu kemudian disambung kepada Budak Setan II, Budak Setan III dan dikompilasikan dalam karya Lagenda Budak Setan.

Namun, satu fenomena yang bakal dilalui produksi adalah adakah filem ini akan laris sama seperti novelnya? Ini kerana di sebalik lambakan adaptasi novel ke filem yang sukses seperti adaptasi komik Superman dan fiksyen Narnia atau Harry Potter, terdapat segelintir filem yang hasilnya mengecewakan seperti Da Vinci Code.

Sedar akan fenomena tersebut, Sharat memberitahu dia begitu teliti dan teruja memproses LBS dalam bentuk visual.

Duduk berbincang dengan Ahadiat yang menjadi penulis skrip filem terbitan Astro Shaw Sdn. Bhd. hasil kerjasama Nusantara Films dan Tarantella Pictures ini, janji Sharat, imaginasi khalayak tidak akan lari daripada fokus novel.

Apa yang difilemkan hampir sama dengan apa yang pernah dibaca.

“Saya sedar bahawa penonton akan mencari persamaan antara jalan cerita novel dan filem.

“Namun, realiti yang harus diterima mereka adalah kami menghimpunkan semua jalan cerita itu menjadi satu tanpa menghilangkan nilai atau karakter yang hidup dalam novel ini,” katanya.

Sharat menyifatkan LBS sebagai hasil kerja paling mencabar buatnya kerana tidak dihasilkan dalam kepakarannya sebagai pengarah filem semi Bollywood.

Kenyataan itu disokong oleh pelakon utama LBS yang memegang watak Kasyah, Farid Kamil.

Menurut pelakon kelahiran Perlis ini, sebuah novel tidak boleh difilemkan sepenuhnya.

Bagaimanapun katanya, dengan pemahaman untuk menerbitkan sebuah filem, novel yang ditulis dengan ratusan muka surat akhirnya diterjemahkan dalam durasi kurang tiga jam.

Jelas Farid yang tidak terbeban membawa karakter Kasyah: “Benar karakteristik dari segi imaginasi seseorang terhadap sesebuah novel yang diadaptasi ke dalam sebuah filem akan berkurangan. Namun, itu tidak bermakna sesebuah filem yang diadaptasi tidak boleh sukses.

“Saya percaya dengan memahami plot juga karakternya, dan disokong oleh lakon layar yang baik, sebuah filem adaptasi akan berjaya.

“Lagipun, pengikut novel ini pasti ingin melihat bagaimana bentuk imaginasi yang mereka fahami sewaktu membaca novel ini divisualkan ke dalam sebuah filem.”

Lisa Surihani yang membawa karakter Ayu dan Que Haidar sebagai Azmi turut berpendapat LBS pasti akan mencapai kejayaan kerana label yang sudah dicipta sejak novel ini diterbitkan pada tahun 1984.

“Inilah cabaran yang harus kami semua pikul iaitu memberi persembahan terbaik dan membawa imaginasi pembaca selari dengan apa yang bakal mereka tonton di layar lebar.

“Namun dengan label LBS sendiri yang sudah kukuh dan mempunyai pengikut, kami yakin bahawa LBS akan menarik minat orang ke panggung,” ujar Lisa yang tidak pernah membaca novel LBS, berbeza dengan Que yang merupakan penggemar novel Ahadiat.

Biar apapun persepsi dan sambutan yang bakal diterima kelak, mereka sepakat menyatakan bahawa imaginasi setiap individu berbeza sewaktu membaca novel.

Bagaimanapun, satu yang pasti, semua titik fokus akan bersatu apabila menyaksikan sebuah naskhah diadaptasi dalam sebuah filem.

Sumber : Kosmo [14/06/09]

Baca Sepenuhnya...

#547. Jadilah Pemikir Filem

Filem yang baik tidak pernah dimusuhi zaman. Filem yang baik juga sentiasa relevan dengan semua zaman dan sama sekali tidak pernah ketinggalan zaman. Cuma filem yang ketinggalan zaman apabila dihasilkan untuk tujuan mengutip tiket.Selepas zamannya, filem begini tidak relevan lagi dan boleh dianggap ketinggalan zaman. Padahal hayat filem seharusnya tidak pernah berakhir seperti Citizen Kane (1941) yang berada dalam senarai sepuluh filem terbaik sepanjang zaman.

Baru-baru ini RTM menayangkan filem Bukit Kepong arahan Jins Shamsuddin. Filem ini dibuat tahun 1981 tetapi terus relevan hingga kini apa lagi tercetus desakan supaya Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan pulang ke negara ini.Filem Bukit Kepong mengingatkan kita kepada kekejaman komunis yang membunuh orang awam, polis dan juga tentera yang mempertahankan tanah air. Bukit Kepong memenangi anugerah Filem Terbaik Pesta Filem Malaysia ke-3 pada 1982.

Ia mengisahkan perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong menentang komunis dengan kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari 1950 di Balai Polis Bukit Kepong.

Kepada yang menonton, Wanda percaya akan dapat merasai kesengsaraan pihak polis dan orang kampung akibat kekejaman komunis itu.

Ini membuktikan filem yang baik, yang bukan dibuat macam mi segera akan dikenang sebagai berlian. Berharga dan terus berkilau.

Buat mi segera memang mudah. Kalau jual pun cepat dapat untung. Tapi mi segera tak tahan lama, cepat basi dan tidak boleh digunakan lagi.

Bukit Kepong bukanlah mi segera yang dibuat tanpa menggunakan pemikiran atau malas hendak berfikir.

Belum ada filem yang baik dilahirkan oleh pembuat filem yang malas berfikir. Sebaliknya filem yang baik akan memerah otak pembuat filem kerana mereka bukan sekadar menjadi “film maker” tetapi “film thinker”

Matinya Seorang Patriot arahan Rahim Razali juga sebuah filem yang baik. Filem ini tidak akan ketinggalan zaman kerana dihasilkan sebagai kritikan sosial yang sangat tajam terhadap penglibatan Melayu dalam sektor korporat. Filem ini mengkritik Melayu yang hilang jati diri apabila menjadi orang korporat.

Pemikiran P. Ramlee menjangkau zamannya dan kerana itu beliau terus relevan hingga ke hari ini. Elok benarlah dia diangkat Seniman Agung.

Tapi bagaimana pula dengan sebahagian besar filem-filem hari ini? Bukan Wanda kata tak ada yang bagus dan mampu berkilau umpama berlian cuma banyaknya diibaratkan seperti mi segera yang cepat basi.

Jadi kepada pembikin filem di luar sana, tepuk dada tanya selera. Kita mahu jadi jadi pembikin filem atau kita mahu jadi pemikir filem? Kalau kedua-duanya lagi bagus, kalau satu saja pilihlah menjadi pemikir filem.

Buat filem bukan sekadar aspek mekanikal tetapi pemikiran dan kreatif. Semuanya datang dari otak. Kalau mahu buat filem yang baik, jangan malas berfikir. Wanda ulang sekali lagi, jangan malas berfikir!

Sumber : Utusan Malaysia [14/06/09]
Oleh Wanda

Baca Sepenuhnya...

#546. Raja Azmi Bubuh Anu Dalam Almari?

Kih... kih... kih... tergelak terguling-guling bila produser sensasi Raja Azmi hantar mesej filemnya yang panas iaitu Anu Dalam Botol dah tukar tajuk.Kata Raja Azmi, anu yang nak dibubuh dalam botol tu tak jadi dimasukkan dalam botol tetapi nak disumbat dalam almari pula. Hai, macam-macamlah kisah produser panas ni.Menurut Raja Azmi, dia sudah hantar skrip filem tu kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk dinilai selepas beberapa pihak mengkritik hasrat dia nak berdakwah menerusi filem.

Filem Anu Dalam Botol ilham Raja Azmi tu mengisahkan kehidupan mak nyah insaf yang menyesal kerana memotong kemaluannya tetapi dia tak boleh kahwin gara-gara tak ada anu.Raja Azmi mendakwa filem itu adalah salah satu dakwah beliau untuk menceritakan kehidupan sebenar golongan tersebut yang patut dijadikan pengajaran.Gara-gara mendapat banyak kritikan, Raja Azmi terpaksa hantar skrip filem tersebut kepada Jakim dan dalam minggu lepas dia mendapat reaksi positif dari pihak berkuasa agama itu.

“Jakim dah lulus filem Kak Mi. Dia orang kata skrip itu tak ada masalah. Cuma dia orang minta tukar tajuk dari Anu Dalam Botol kepada Botol Dalam Almari.

“Kak Mi tak kisah asalkan filem ini diluluskan oleh mereka cukuplah. Syukurlah hasrat Kak Mi nak berdakwah dengan cara yang macam ni tercapai juga,” katanya.

Antara pelakon yang layak ke peringkat akhir sebelum terpilih membintangi filem tersebut ialah Zizan Nin, Arja Lee, Kefli (AF3), Ryzal - untuk watak maknyah manakala Norman Hakim, Tonny Eusoff, Fauzi Nawawi, Nazim Osman dan Wan Raja pula akan memegang watak sebagai pasangan kepada maknyah tersebut.

NIEZAM: Ikan laga dalam botol.

Sumber : Utusan Malaysia [14/06/09]
Oleh Niezam

Baca Sepenuhnya...

#545. Ketandusan Penulis Skrip

Hakikatnya, kualiti drama yang dihasilkan sering dipersoal hingga ia membosankan penonton.

Dalam memperbaiki kelemahan ini, ia sebenarnya merujuk pada tanggungjawab mereka yang terbabit dalam proses penerbitan sama ada produser, pengarah dan penulis skrip. Pada peringkat awal, penyediaan skrip yang menarik perlu diberi perhatian.Presiden, Persatuan Penulis Skrin Malaysia (Swam), Ismail Ahmad berkata kekurangan skrip yang berkualiti sudah lama berlarutan.Malah, anggaran 100 penulis skrip yang masih aktif dan berdaftar menerusi persatuan ini tidak cukup. Sepatutnya, jumlah ini ditambah hingga 500 penulis skrip yang berusaha mempelbagai konsep drama dengan menggunakan idea baru.

"Tidak dinafikan, banyak skrip yang menggunakan cerita yang sama, tetapi ia tidak dijadikan cerita yang menarik. Kelemahan skrip juga dapat dilihat pada dialog yang dipertuturkan pelakon."Berbanding drama dari luar negara, kebanyakan drama tempatan dinilai cetek dan tidak lagi mementingkan aspek bahasa sastera yang indah."Mengapa penonton kita tidak jemu menonton filem lakonan Tan Sri P Ramlee berulang kali kerana dialog yang disampaikan menghiburkan penonton.

"Dialog sebenarnya memainkan peranan penting dalam mencetuskan mood penonton dan memberikan tarikan pada sesebuah drama.

"Masalah ini yang menjadi struktur pada drama turut memberikan kesan pada usaha membawa drama tempatan ke luar negara.

"Akhirnya, drama kita sukar dijual ke pasaran antarabangsa kerana kita tidak mempunyai struktur kuat," katanya.

Bagi menyelesaikan masalah penulisan skrip dengan berkesan, persatuan turut mengguna pakai sistem pitching yang mengajak penulis skrip berbincang dalam menghasilkan drama yang bermutu.

Menariknya, sistem ini yang digunakan sejak empat tahun lalu memberi peluang pada penulis skrip untuk membentangkan sinopsis sebelum dipilih produser televisyen.

Pemilihan menerusi sistem ini dibuat menerusi majlis Jom Mesra Bersama Swam!.

Buat kali keempat majlis sama diadakan di Restoran Lemon, The Mines, Sri Kembangan, Selangor, baru-baru ini. Pada pertemuan kali ini, hampir 60 ahli hadir.

"Sistem ini sudah digunakan secara meluas di luar negara. Namun, ada kalangan penulis skrip kita tidak mahu ikut sistem ini kerana mereka berpandangan ia menyusahkan.

"Sebenarnya, menerusi sistem ini ia memberi kelebihan dalam mencari skrip dan cerita yang berkualiti. Ia sama seperti program realiti, On The Lot yang pernah diterbitkan Steven Spielberg dan Mark Burnett pada 2007.

"Dari 12,000 penyertaan, mereka kemudian memilih 50 peserta yang terbaik sebelum hanya seorang bergelar juara. Dalam konsep pitching pula, kami akan mencari skrip dan cerita yang bagus untuk dijual pada stesen televisyen.

"Dalam pada itu, persatuan berdepan masalah membabitkan kehadiran penulis skrip bebas yang tidak menganggotai persatuan ini.

"Apa yang berlaku, produser dan stesen televisyen lebih mudah menggunakan khidmat penulis skrip sebegini kerana mereka sanggup dibayar murah.

"Peranan persatuan adalah mahu membantu memperjuangkan nasib ahli. Namun, penulis skrip sebegini sebenarnya berdepan masalah kerana mereka tidak mempunyai pengalaman dalam menghasilkan skrip mengikut format yang betul.

"Di Swam, kami menyediakan latihan untuk penulisan skrip pada hujung minggu. Bagaimanapun, kami tidak paksa mereka untuk menyertai persatuan ini sebaliknya kami berusaha meminta kerjasama stesen televisyen untuk memberi galakan pada penulis skrip menyertai Swam," katanya.

Kata Ismail, persatuan berusaha untuk membantu penulis skrip yang menjadi ahli.

Malah, persatuan mempunyai panel untuk membantu ahli dari aspek memberi nasihat berkaitan kelemahan skrip. Untuk kebaikan ahli, Ismail juga berharap masalah bayaran pada penulis skrip dapat diatasi.

Sebelum ini, bayaran standard untuk drama yang mengambil durasi 90 minit adalah RM5,000, sejam (RM2,000), setengah jam (RM1,000) manakala 15 minit (RM500).

Sumber : Harian Metro [13/06/09]
Oleh Elrafaei Sapi

Baca Sepenuhnya...

#544. @Sinepleks : 24 Filem Tunggu Masuk Panggung

Walaupun banyak judul baru, tidak semua bersedia untuk ditayangkan

SEBANYAK 12 filem yang dihasilkan oleh syarikat penerbitan tempatan sudah ditayangkan bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2009. Mengikut data Unit Wajib Tayang Finas, bagi tempoh enam bulan kedua tahun 2009 pula, dianggarkan ada 24 filem sedang menunggu untuk dibawa masuk ke panggung.

Bagaimanapun, daripada 24 filem itu, ada beberapa filem yang statusnya agak diragui. Memang ada filem yang sudah siap dan menunggu masa untuk ditayangkan seperti Skrip 7707, Pappadom, Jin Notti, Mualaf, Estate dan Setem. Namun, ada juga beberapa filem yang belum diketahui statusnya sama ada sudah siap sepenuhnya atau tersekat kerana masalah mendapatkan pembiayaan promosi.Antaranya ialah filem Shhh...Dia Datang, Gentayangan, Aduh Saliha, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Lu Fikirlah Sendiri The Movie dan Misteri Dendam Balan Balan.

Agak menghairankan juga kerana sehingga kini filem yang dilaporkan menelan belanja besar tidak diketahui sejauh mana tahap proses pembikinannya. Misalnya, filem Mat Kilau yang dikatakan membabitkan kos RM10 juta!

Adalah diharapkan filem-filem seperti ini janganlah hanya gah di atas kertas saja dengan membesar-besarkan kos pembikinannya. Ia ibarat seorang pelari pecut yang hanya pantas di garis permulaan tetapi belum pun tiba di pertengahan, sudah mula tercungap-cungap, semput dan mungkin jadi pitam.

Sementara itu, Tarantella Pictures terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri perfileman di Malaysia apabila judul demi judul diterbitkan syarikat berkenaan, dengan kerjasama Astro Shaw mahupun Nusantara Films.

Selepas Diva (2007), Tipu Kanan Tipu Kiri (2008) dan Crazy Kreizy Krazy yang akan ditayangkan di Indonesia dan Malaysia pada Julai depan, Tarantella menghasilkan filem Lagenda Budak Setan.

Diarahkan oleh Sharad Sharan, yang juga Pengarah Urusan syarikat penerbitan itu, Lagenda Budak Setan ialah filem yang diangkat daripada novel terkenal tulisan Akadiat Akashah.

Filem cinta ini menampilkan barisan bintang muda tanah air seperti Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Fazura, Shikin, Raja Farah, Nubhan, Syed Nabil dan Zoey.

Kisah bermula dengan kenakalan Kasyah, seorang pelajar kolej yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain, bersama beberapa rakannya. Sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kehadiran pelajar baru, Ayu, yang menambat hati pemuda terbabit.

Hubungan Kasyah dan Ayu bertambah erat dengan bibit percintaan mulai bercambah. Pada semester akhir, Kasyah ke kawasan pedalaman bagi menjalankan kajian untuk tugasannya. Mereka tidak berhubungan dengan harapan Kasyah dapat menumpukan perhatian pada kajiannya.

Ketika pemergian Kasyah, bekas kekasih Ayu, Azmi, muncul menagih cinta. Azmi menggunakan kedudukan dan kemewahan keluarga bagi mempengaruhi ibu Ayu, Mak Leha, agar memujuk gadis itu berkahwin dengannya. Berpura-pura sakit tenat, ibu Ayu berjaya meminta anaknya berkahwin dengan Azmi, meskipun hatinya mencintai Kasyah.

Sebaik saja pulang ke kampus, Kasyah yang tidak mengetahui perkahwinan Ayu dan Azmi, terkejut dengan berita yang diterimanya itu.

Masa berlalu, rumah tangga Ayu dan Azmi berantakan lantaran sikap Azmi yang panas baran dan pemabuk. Ayu sering dipukul. Suatu malam, akibat tidak tahan dipukul Azmi, Ayu bertindak melarikan diri dari rumah dengan memandu kereta. Ayu hilang kawalan lalu terbabit dalam kemalangan. Ayu cedera parah dan dibawa ke hospital. Mukanya hancur dan terpaksa melakukan pembedahan plastik. Wajahnya berubah, tetapi dia pulih semula. Seterusnya Ayu menuntut perceraian.

Bersama wajah berbeza dan dengan trauma kehidupan lampau, Ayu kini bertekad untuk memulakan hidup baru. Bersama wajah barunya dan dengan pampasan perceraian, dia membuka syarikat perniagaan serta menampilkan diri sebagai Emilia. Menerusi Suzana, kawan rapatnya ketika di universiti, Kasyah diambil bekerja.

Kasyah yang mulanya tidak perasan kehadiran Ayu dalam diri Emilia, mulai berasakan sesuatu kerana persamaan yang dimiliki antara dua wanita itu. Emilia mendapati Kasyah masih setia menyintai Ayu. Keadaan itu menambah deritanya apabila Kasyah tidak menerima Emilia dalam hatinya.

Bagi pembaca novel popular ini, tentunya filem Lagenda Budak Setan bakal menjadi judul yang ditunggu-tunggu apabila ia memasuki panggung tahun depan. Ia muncul projek khas keempat Astro Shaw, dalam penghasilan filem yang diharap dapat dipasarkan di negara luar.

Sharad sendiri yakin, filem itu berbeza apabila mempertaruhkan visual yang kuat, muzik latar yang baik di samping barisan pelakon yang mantap. Dia juga berusaha mengekalkan rasa yang wujud dalam naskhah asal, budaya serta jalan cerita yang menggamit jiwa dalam filem terbabit.

Lagenda Budak Setan turut mendapat sentuhan luar seperti Mike (United Kingdom) sebagai jurukamera, manakala muzik dan lakon layarnya oleh pemuzik dan penulis Indonesia.

Carta pecah panggung:

1 - Terminator Salvation

2 - Jangan Pandang Belakang Congkak (Melayu)

3 - Night At The Museum 2

4 - Monsters vs. Aliens (3D)

5 - 17 Again

6 - Hannah Montana The Movie

7 - Angels & Demons

8 - Syurga Cinta (Melayu)

9 - Fighting

10 - Thoranai (Tamil)

Sumber : Berita Harian [13/06/09]
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff

Baca Sepenuhnya...

#543. Kutipan JPBC DiJangka 'Meletup'

David Teo yakin filem arahan Ahmad Idham bakal catat sejarah baru

METROWEALTH Movies Production berkeyakinan filem Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC) akan mencatat sejarah baru dari segi kutipan filem Melayu di negara ini. Keyakinan itu bersandar pada kemampuan filem komedi seram arahan Ahmad Idham itu mengatasi pencapaian kutipan harian filem seram Jangan Pandang Belakang, dua tahun lalu.Begitupun, penerbitnya, David Teo enggan mendedahkan jumlah kutipan filem lakonan Cat Farish, Shaheizy Sam, Lan Pet Pet dan Lisa Surihani itu kerana katanya, jumlah sebenar tidak penting.

"Apabila saya memaklumkan JPBC berjaya mengatasi pencapaian Jangan Pandang Belakang, dengan sendiri orang ramai sudah boleh mengagak berapa banyak filem itu mampu melakukannya," katanya ketika dihubungi Selasa lalu.Pada minggu pertama tayangannya, Jangan Pandang Belakang berjaya mengumpul kira-kira RM2.7 juta dan apabila tayangannya di negara ini selesai, filem itu memungut sejumlah RM6.4 juta untuk muncul filem Melayu paling berjaya di pasaran. Dicampur jumlah kutipan hasil tayangan di luar negara, produser itu mampu tersenyum lebar dengan jumlah RM7.5 juta.

Katanya, dia amat berkeyakinan JPBC berupaya mencatat sejarah baru dalam kutipan filem Melayu sejak 1933, melihat kepada sambutan cukup hangat diberikan kepada judul berkenaan.

"Saya sebagai penerbit amat terkejut dengan kemampuan filem ini mencatat pungutan sebegitu baik. Jadi, saya minta maaf kepada peminat yang gagal memasuki panggung kerana saya dimaklumkan pihak pempamer, ramai penonton kecewa apabila tidak dapat menonton JPBC akibat kehabisan tiket.

"Pada hari biasa juga, sambutannya amat baik. Panggung pula tidak mencukupi kerana pihak pempamer menjangkakan filem besar seperti Terminator Salvation akan menarik lebih ramai penonton. Jadi mereka tidak menyediakan skrin tambahan untuk filem ini. Nampaknya, JPBC mampu mengalahkan filem Hollywood itu pada minggu kedua tayangannya," katanya.

David menjangkakan, sambutan yang baik akan berterusan untuk beberapa minggu lagi dan berdasarkan pola tontonan sehingga semalam, tidak mustahil JPBC tampil filem paling cemerlang kutipannya pada tahun ini.

Ketika ini, filem yang turut dijayakan Zarina Zainoordin, Dina, Mas Muharni, Azlee, Den Wahab dan Piee itu diputarkan di 58 pawagam di bawah payung Skim Wajib Tayang.

Ditanya apakah Metrowealth mungkin mengeluarkan filem susulannya berikutan sambutan hebat diterima JPBC saat ini, David tidak berasakan mereka perlu mengikut trend sebegitu.

"Menghasilkan filem sekuel JPBC bukanlah sesuatu yang wajib kepada kami ketika ini. Sebaliknya, lebih baik Metrowealth menghasilkan filem atau jenama baru pula untuk hiburan penonton," katanya.

Menyentuh filemnya yang dijangka menemui penonton dalam masa terdekat, David memberitahu, tiga lagi judul bakal menemui peminat di pawagam sebelum berakhirnya 2009. Tiga filem terbabit ialah Senario Episode II: Beach Boys arahan Ahmad Idham, diikuti Remp-It V3 (Farid Kamil) dan Remp-It Nan Sempit (Ahmad Idham). Semuanya dijangka ditayangkan selepas musim Aidilfitri nanti.

"Saat ini, kami giat menjalankan penggambaran filem seram terbaru berjudul Santau yang diarahkan Azahari Zain. Pada Julai pula, kami akan melancarkan sebuah lagi filem komedi, manakala sebuah drama berat lakonan bintang ternama akan mula dirakam pada Oktober," katanya.

Santau muncul filem ke-34 keluaran syarikat berkenaan dan sehingga kini 30 judul sudah ditayangkan kepada umum.

Pada 2010, David berazam menerbitkan 10 judul dan dia tidak berasakan wujudnya sebarang halangan untuk Metrowealth merealisasikan impian berkenaan. Tambahan pula, dia sendiri sudah mengenal pasti beberapa pengarah baru yang mampu diketengahkan syarikat itu dalam membantu membangunkan industri perfileman Malaysia.

Sumber : Berita Harian [11/06/09]
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff

Baca Sepenuhnya...

#542. Sunyi Tanpa Canda Shukery

SEPANJANG hayatnya bergelar seorang anak seni, segala macam dugaan yang dialami, namun berkat kesabaran, Mohamad Shukery Hashim, muncul antara nama pelakon yang disegani masa kini.Beratus sudah drama yang menggunakan khidmatnya. Pelbagai watak juga sudah dibawa tetapi Shukery sering menjadi buruan penerbit untuk membawakan watak orang kaya, golongan korporat, Datuk serta watak komedi.Namun, segala itu hanya tinggal memori. Sedang drama lakonannya sedang hangat ditayangkan di kaca televisyen menerusi drama Cinta Gila, Shukery telah pergi untuk selamanya-lamanya.Allahyarham meninggal dunia selepas hampir empat bulan menderita penyakit barah pankreas yang telah merebak ke seluruh tubuhnya termasuk bahagian tulang belakang dan otak.Semenjak mengetahui penyakit barah sudah berada di tahap keempat pada Mac lalu, arwah hanya berulang-alik dari rumah ke hospital, sehingga berat badannya semakin menyusut akibat selera makan yang semakin berkurangan.

Deritanya meraih perhatian ramai pihak termasuk media dan rakan artis yang berkesempatan melawatnya di hospital. Meskipun dalam kesakitan, masih tergambar senyuman pada wajahnya saat melayani tetamu yang hadir.

Menurut anak keduanya Nurizety, yang ditemui di kediamannya semalam berkata, arwah ayahnya itu merupakan seorang yang cukup suka bergurau sehinggalah dia terlantar sakit di hospital.

"Arwah ayah tidak pernah kering idea untuk membuat kami sekeluarga tertawa, bila dia sakit pun sampat lagi buat lawak. Itu yang saya terasa sangat kehilangannya. Lepas ni rumah kami sunyi tanpa gurau-senda ayah.

"Isnin lepas masa jumpa arwah di hospital, ayah cakap lepas sihat ayah nak pergi Mekah, nak bawa anak cucu berjalan pergi makan angin dan bercerita tentang tempat makan yang arwah ingin pergi.

"Malah, arwah juga menyampaikan hasrat untuk bergambar bersama keluarga dan kami laksanakan hasratnya itu, tetapi tidak menyangka itu kenangan kami yang terakhir," katanya dalam linangan air mata.

Isteri Allahyarham, Faridah Mad Desa, 51, pula menceritakan semenjak arwah suaminya disahkan menghidap penyakit barah pankreas, arwah sentiasa berfikiran positif meskipun doktor memberitahu arwah hanya mampu untuk hidup dalam masa setahun.

Namun, Allah lebih menyayangi arwah, dan arwah pergi sambil ditemani semua anak-anaknya termasuk isteri di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada pukul 1.45 tengah hari semalam.

"Masa dimasukkan ke PPUKM pada pagi Jumaat lalu, apabila arwah mengadu perutnya sakit dan keras dan tidak tahan sakit yang ditanggung.

"Selepas makan ubat, arwah okey dan kata macam sihat pula. Masa itu saya berborak dengannya macam biasa, sampai arwah kata kalau dia pergi dulu dia tunggu saya di syurga," tutur Faridah dalam kesedihan.

Katanya lagi, sebelum arwah sakit kuat, arwah banyak menghabiskan masanya untuk berjumpa rakan-rakan lama, serta minta dihalalkan segala hutangnya.

Selain kaum keluarga, ramai juga sahabat handai termasuk rakan artis yang menziarahi jenazahnya, termasuk aktor Rosyam Nor yang turut terasa kehilangan seorang rakan dan bapa.

"Arwah banyak kali berlakon dengan saya dan saya selalu jadi anaknya dalam drama. Mungkin sebab itu hubungan kami rapat. Saya ada melawatnya semasa arwah pulang ke rumah dan kami berbual tentang banyak perkara.

"Antara katanya yang menyentuh perasaan saya, masa sakitlah baru kita tahu nikmat yang Allah berikan kepada kita. Selama ini makan dan tidur senang tetapi apabila sakit semua perkara itu menjadi sukar. Dan apabila berjaya dilakukan dengan mudah ia bagaikan nikmat," ujar Rosyam yang mengenali arwah sejak dia berumur 18 tahun.

Tambah Rosyam, arwah turut memberitahunya dia berbangga dengan hasil duit lakonan dia berjaya membina rumah dan membesarkan anak-anaknya seramai lima orang.

"Arwah bukan sekadar rakan, dia juga penasihat ekonomi saya. Arwah selalu pesan setiap apa yang dilakukan adalah untuk keluarga, malah, masa saya mula-mula buka syarikat dialah orang pertama yang melawat dan mendoakan agar syarikat saya maju," tutur pelakon dan penerbit ini lagi.

Pengarah drama terkenal, Rashid Sibir yang bergegas ke rumah arwah daripada penggambaran drama Kasih Tercipta memberitahu, dia mengenali arwah secara rapat apabila mengarah drama Mat Despatch pada tahun 1997.

"Apa yang saya kenali, arwah seorang yang merendah diri, tidak ambil pusing tentang orang lain dan tidak pernah merungut kalau penggambaran mula lambat walaupun dia datang awal.

"Kali terakhir saya bekerja dengan arwah untuk drama Keliwon episod Hantu Kopek. Bagi saya pemergiannya terlalu cepat kerana ketika melawatnya di hospital, arwah nampak sihat. Sekarang, kita telah hilang seorang lagi pelakon yang berbakat," katanya.

Selain terkenal sebagai pelakon drama, wajahnya juga pernah diabdikan dalam filem Rahsia (1987), Ujang (1989), Syahadat (1992), Seri Dewi Malam (2001), Janji Diana (2003) dan terbaru, Shh... Dia Datang.

Allahyarham yang meninggalkan seorang balu dan lima orang anak, Nurshikin, 28, Nurizety, 27, Mohd. Firdza, 24, Mohd. Aidil, 21, dan Mohd. Amirul, 14, selamat dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Keramat semalam.

Sumber : Kosmo [11/06/09]
Oleh HARYATI KARIM

Baca Sepenuhnya...

#541. Epilog : Long Piah Filem Melayu Purba Abad Ke-21?

KELMARIN di sebuah restoran eksklusif di Kuala Lumpur, diadakan majlis pelancaran satu lagi filem Melayu yang bakal menjalani penggambaran tahun ini. Filem itu berjudul Long Piah, iaitu boleh dianggap sebagai filem dalam genre epik legenda. Long Piah ialah nama kepada seorang penghulu yang dikatakan berjaya membuka negeri di Changkat Beruas sejak beratus tahun dulu tetapi kehebatan perwira Melayu ini tidak diperkatakan secara rasmi dalam mana-mana buku sejarah sebaliknya terus dibanggakan menerusi tradisi lisan.

Filem ini akan mendapat sentuhan Ruzaimei Aziz atau Bob Singah menerusi bajet hampir RM4 juta. Penggambaran dijangka bermula pertengahan Ramadan ini, iaitu pada awal September dengan menggunakan lokasi sekitar Kelantan, Kedah dan Perak. Dua watak utama filem ini ialah Zamshuri Ramli dan Nasha Aziz.Produksi berkenaan mahu mengangkat kehebatan dan kesaktian Long Piah sebagai wira yang berani dan mempunyai kekuatan tersendiri seperti kata kenyataan media produksi ini: “Filem berskala besar, grandeur dan agung yang mampu menggambarkan zaman purba kepahlawanan Melayu dulu yang menarik perhatian ramai sejarah negara kita dan asal usul Melayu purba.”

Epik bererti sebuah karya termasuk filem yang menjadikan kisah kepahlawanan atau heroisme sebagai perkara utama. Maknanya, Long Piah boleh dianggap filem epik kerana berkisar dunia keperwiraan tetapi produksi filem itu lebih mahu mengisytiharkan projek filem mereka ini sebagai sebuah filem purba yang mempunyai makna tersendiri kerana cuba mengangkat dinamika Melayu Islam yang hebat. Sebagai filem dunia purbawara alam Melayu, Long Piah akan lebih menjurus kepada naskhah metamorfosis filem purba Melayu yang mengadunkan semua nilai bentuk dan kandungan peradaban Melayu termasuk Islam serta pemikiran zaman dulu yang diperucapkan dalam sisi moden meskipun lingkaran naratif kepurbaan tidak boleh untuk bebas daripada sikap sastera purba yang berkembang melalui kebangkitan budaya penglipur lara Melayu.

Pada majlis pelancaran filem sulung terbitan syarikat produksi baru, Seven Sky Pictutres Sdn Bhd, pengurusannya menyifatkan Long Piah adalah dalam genre purba Melayu secara metamorfosis bagi mengulangi filem purba yang terakhir dihasilkan dalam industri filem Melayu pada 1981 menerusi Serampang Tiga arahan Ismail Sasakul.

Lalu, pihak produksi melabelkan projek filem Long Piah adalah filem pertama pada abad ke-21 yang bakal dihasilkan dalam genre purba, iaitu pada masa sama adalah filem purba Melayu ke-121 selepas berakhirnya filem purba Serampang Tiga terbitan Indra Film Productions.

Apa saja filem epik lain yang terbit selepas itu termasuk Puteri Gunung Ledang versi 2004 dianggap bukan dalam genre purba sebaliknya epik legenda.

Pensyarah filem Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah yang dilantik menjadi Penasihat Penerbitan untuk projek filem itu, menyifatkan genre purba ada perbezaan dengan epik legenda kerana purba lebih kepada cerita mitos dan sejarahnya tidak tercatat dalam mana-mana buku atau hikayat, sebaliknya menjadi sebutan daripada generasi silam hingga ke generasi sekarang.

“Ia adalah kisah sejarah lama yang memang wujud tetapi tiada dalam teks seperti Puteri Gunung Ledang, ia ada dalam teks. Ceritanya digabungkan dengan unsur mitos dan filem ini kelak bukan sebuah sejarah tetapi akan disejarahkan,” kata Abu Hassan yang meramalkan menerusi kajiannya selepas 2010, filem epik, sejarah dan purba akan menjadi trend pasaran filem di negara ini.

Apapun alasan dan hujah diberikan pihak produksi Seven Sky Pictures, industri filem tempatan ketika ini sangat mengalu-alukan kehadiran filem seperti Long Piah kerana sememangnya negara kita era ini ketandusan filem berunsur kenegaraan atau sejarah yang sewajarnya diperbanyakkan bilangannya. Bagi kita, Long Piah adalah satu usaha murni untuk mengimbas semula kehebatan bangsa Melayu terutama keperwiraan Melayu di Tanah Melayu

Kita berharap produksi Long Piah dapat menghasilkan sesuatu yang cukup menarik dan boleh dibanggakan apabila filem itu siap kelak dan dihidangkan kepada orang ramai di pawagam. Kita juga berharap hasrat dan janji mereka untuk memberi satu wajah filem purba Melayu yang hebat dan boleh membawa generasi muda kini berbangga dengan sejarah asal usul metamorfosis purba Melayu, bukan sekadar retorik atau indah khabar dari rupa. Seperti kata Abu Hassan, skrip Long Piah adalah luar biasa, maka kita juga mahu melihat visual dan naratif filem itu juga ada unsur luar biasa yang boleh dibanggakan industri filem Malaysia.

Praproduksi Long Piah khabarnya sudah dimulakan sejak enam bulan lalu dan lebih menarik apabila Seven Sky Pictures menjanjikan mahu membawa filem ini ke pentas antarabangsa. Industri filem memang menunggu filem sebegini dan sentuhan Bob Singah kelak diharap memberi sesuatu yang bermakna apatah lagi dia adalah pengarah generasi baru yang harus mampu memberi satu dimensi baru mengenai persepsi masyarakat terhadap filem genre epik atau purba.

Sudah tentu juga apabila projek filem ini siap kelak ia akan menemui penonton dan sejauh mana sambutannya, turut bergantung kepada corak persembahan filem itu. Kita tidak boleh tunduk dengan alasan filem berunsur sejarah seperti cerita klasik atau purba sering tidak mendapat sambutan baik penonton. Tetapi sering kali juga filem epik dari luar negara, malah di Thailand, filem epik terbarunya, Langkasuka boleh pula mendapat sambutan baik daripada masyarakat negara itu. Apakah silap masyarakat kita yang buta sejarah atau memang tidak suka pada kisah silam bangsanya sendiri.

Ia harus berbalik pada daya kreatif yang tinggi dan ciri persembahan filem dalam genre sedemikian yang seharusnya mampu memuatkan elemen menghiburkan, kesan emosi serta ada unsur spiritual dan intelektual.

Long Piah jika ditangani dengan baik dan berhati-hati, mampu memberi sumbangan besar untuk mengembalikan kehebatan genre filem purba atau epik dalam industri filem di Malaysia ketika era 1950-an dan 1960-an. Dulu, filem Melayu klasik purba seperti Panji Semerang, Cucu Datuk Merah, Arjuna, Dandan Setia, Dua Pendekar, Lancang Kuning, Panglima Harimau Berantai dan Dang Anum adalah antara judul yang cukup dibanggakan. Long Piah barangkali boleh menjadi permulaan untuk mengulangi kembali zaman kegemilangan itu. Selamat maju jaya buat Seven Sky Pictures.

Dalam perkembangan lain ketika ini, trend filem epik juga mula mendapat perhatian produser tempatan. Menerusi KRU Studio, filem epik legenda berjudul Merong Mahawangsa kini baru saja memulakan penggambaran menerusi bajet RM8 juta. Ketika ini juga filem berunsur sejarah, legenda dan mitos yang turut dirancang termasuk dalam peringkat praproduksi ialah Cik Siti Wan Kembang terbitan Nizarman, selain filem Empayar: Dendam Tamingsari, Mat Kilau dan Maharaja.

Malah, ada juga beberapa produser dan pengarah ketika ini berminat untuk menghasilkan filem berjudul Puteri Saadong, Tok Janggut, Tok Bahaman. Filem berunsur kenegaraan dan sejarah penting untuk melihat betapa sejarah bangsa Malaysia juga hebat dan harus menjadi kebanggaan anak watannya.

Kata orang, bangsa yang hebat kerana susur galur sejarahnya yang hebat...

Sumber : Berita Harian [11/06/09]
Oleh Akmal Abdullah

Baca Sepenuhnya...

#540. Nostalgia Pak Sudin

Menjenguk seniman veteran di Singapura membangkitkan pelbagai perasaan pada hati warga kerja Hip dan B*Pop. DISANGKANYA tiga tetapi yang tiba di rumahnya lebih daripada 15 orang. Jumlah yang agak mengejutkan Putih Esmon, isteri kepada seniman veteran yang juga pelakon komedi terkenal, S Shamsudin atau Pak Sudin.Namun, pasangan suami isteri ini sangat berbesar hati menyambut kedatangan warga kerja meja hiburan Berita Harian (Hip dan B*Pop) pada 7 Jun lalu. Bahkan, Mak Putih sudah sedia menunggu di depan pintu lif yang terus menuju ke rumahnya di tingkat 7, Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura.

“Laa... ramai yang datang rupanya. Pak Zaini (Zaini Sattar, adik kepada Datuk Aziz Sattar) bilang tiga orang saja. Tak apa, tak apa. Masuklah,” kata Mak Putih yang cukup mesra menyambut kedatangan rombongan kami.Tak lama kemudian, Pak Sudin yang berbaju kemeja lengan panjang dan kain pelekat muncul di depan pintu dan dengan wajahnya senyum, mempelawa kami masuk dan mempersilakan duduk di atas sofa sedangkan beliau sendiri selesa melabuhkan punggungnya di kerusi makan saja.

Dari raut wajahnya, ternyata Pak Sudin tidak seperti Shamsudin yang biasa kita tonton di kaca TV. Tubuhnya sangat kurus dan sedikit membongkok. Memang sesekali beliau cuba hendak berjenaka tetapi kerut wajahnya memperlihatkan dirinya sedang menahan kesakitan.

“Dia (Pak Sudin) baru sehari dua boleh bangun dan duduk begini. Selalunya dia baring saja. Dia memang sudah tak larat nak jalan jauh-jauh,” kata Mak Putih sambil menghulurkan sepinggan cucur bawang yang panas kerana baru saja digoreng.

Biarpun kesihatan Pak Sudin tidak mengizinkan bergerak cergas disebabkan usia tuanya, beliau masih mampu tersenyum menunjukkan deretan gigi palsu yang dipakai. Susuk badannya juga nampak susut.

“Sekarang nak makan pun dah tak sedap. Bukan pasal sakit, tapi pasal kena pakai gigi palsu,” kata Pak Sudin sambil menunjukkan beberapa batang gigi palsu yang dipakainya. Lenggok percakapannya hampir sama dengan dialog dalam filem komedi lakonannya.

Apapun, Pak Sudin pada usia sudah mencecah 80 tahun masih tabah meneruskan kehidupan mendatang. Biarpun agak uzur, wajahnya tidak banyak berubah seperti kita boleh lihat dalam filem Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok - filem yang dianggap sebagai antara karya agung Tan Sri P Ramlee seterusnya menjadikan ingatan peminat filem klasik terhadap Pak Sudin tidak pernah padam.

Filem itu juga membuatkan nama Pak Sudin terus malar segar. Sebenarnya, selain keempat-empat filem itu, banyak juga filem dibintangi Pak Sudin seperti menjadi penyamun bersama-sama Aziz Sattar dalam Nujum Pak Belalang atau sebagai pencerita menerusi filem Tiga Abdul.

Biarpun terkenal dengan watak komedi, Pak Sudin sebenarnya pernah memegang peranan serius dan berat seperti menjadi Hang Lekir dalam filem Hang Tuah atau menjadi kawan serumah Ghazali (P Ramlee) bernama Sudin dalam filem Antara Dua Darjat.

Malah, dalam pembabitan awal sebagai pelakon, Pak Sudin tidak ditampilkan sebagai pelakon komedi. Misalnya, dalam filem Istana Impian arahan V Girimaji pada 1953, Pak Sudin memegang watak bernama Sulung iaitu seorang yang baru memiliki kekayaan menjadi bongkak dan sering menghina orang yang tidak setaraf dengannya terutama terhadap Salim (lakonan Allahyarham Ahmad Mahmud) dan Sapiah (Allahyarham Saadiah).

Bagaimanapun, sekarang dengan keadaan kesihatannya yang semakin tidak mengizinkan, Pak Sudin menolak sebarang tawaran untuk berlakon. Malah, undangan untuk membuat persembahan amal anjuran penduduk setempat juga terpaksa ditolak. Semuanya kerana kudratnya yang sudah tidak berupaya untuk bergerak seperti dulu.

Ia kerana sejak lapan bulan lalu, Pak Sudin menghidap penyakit asma, paru-paru berair dan darah tinggi. Dalam keadaan itu, waktunya lebih banyak dihabiskan di rumah dan sesekali rumahnya terus dikunjungi rakan atas dasar hubungan silaturahim yang ingin terus dijaga.

Hampir sejam berada dalam rumah yang dihiasi ringkas saja. Di ruang makan, tergantung pada dinding gambar hitam putih beliau dan Aziz Sattar. Ingatan kami mula terbawa-bawa dalam cerita lakonannya bersama P Ramlee dan Pak Aziz. Apatah lagi saat mula menatap bingkai gambar lama Pak Sudin ketika aktif berlakon yang tersusun cantik di dinding dan kabinet rumahnya.

Biarpun singkat pertemuan itu, ia cukup memberi makna tersendiri. Pak Sudin dan Mak Putih cukup terharu. Suaranya agak sebak dan tidak putus-putus mengucapkan terima kasih atas kesudian kami meluangkan masa menziarahi mereka.

Sebagai tanda besar hati itu, Pak Sudin dan isterinya bersusah payah menjamu kami dengan hidang pisang goreng dan cucur bawang bersama-sama teh ‘O’. Malah, kalau ikutkan Mak Putih dia sudah bersedia untuk memasak soto. Tetapi kami terpaksa menolak kerana tidak mahu menyusahkannya.

Menurut Mak Putih, suaminya tidak banyak bercakap dan ingatannya juga kadang-kadang mula pudar. Namun, kalau mahu dibandingkan sejak dulu, suaminya itu kini jelas mahu juga bersuara. Katanya lagi, bapa kepada tujuh anak dan 14 cucu itu kurang berselera kerana gigi palsu yang dipakainya mula membuatkan nikmat makannya mula terhakis.

“Dia (Pak Sudin) memang takut nak pergi ke hospital dan seboleh-bolehnya dia memang mahu mengelak memakan ubat diberikan hospital. Malah, dia lebih suka memilih untuk memakan ubat yang dibeli di luar seperti farmasi atau kedai ubat.

“Pergerakannya memang agak terbatas selama dia bertarung dengan pelbagai penyakit ini. Cuma sesekali, dia akan bergerak berjalan di sekitar perkarangan rumah untuk mengambil angin. Dia pun sudah jarang berlakon disebabkan masalah kesihatan dihadapinya,” kata Mak Putih.

Sebelum mengundurkan diri, Kelab Hiburan Berita Harian menyerahkan sedikit sumbangan serta cendera hati kepada Pak Sudin dan isterinya. Ia diserahkan Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah bersama-sama Pengarang B*pop, Akmal Abdullah serta Penolong Pengarang Hiburan, Zainuri Misfar.

Menziarahi Pak Sudin ini adalah sebahagian atur cara lawatan warga kerja Unit Hiburan Berita Harian/Berita Minggu bersama keluarga masing-masing ke Singapura yang turut mendapat sokongan Singapore Tourism Board (STB) dan Sinarmas Travel dari Sungai Petani, Kedah.

PROFIL:

S Shamsudin atau Shamsudin Dali dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 1 Januari 1929. Bapanya, Dali Kechik berasal dari Melaka, manakala ibunya pula, Khatijah Ahmad dari Geylang, Singapura.

Sebelum menceburi lakonan, S Shamsudin atau Sudin melakukan pelbagai pekerjaan termasuk menjadi buruh kasar. Mula terbabit dalam filem sebagai pelakon tambahan dalam filem Chempaka arahan B S Rajhans pada 1948. Selepas itu ditawarkan berlakon dalam filem Aloha pada 1950 dengan peranan sebagai kawan baik P Ramlee (Allahyarham Tan Sri).

Daripada pekerja biasa di di Studio Malay Film Production (MFP), Sudin dinaikkan taraf sebagai pelakon dengan kontrak awal selama tiga tahun.

Bintang Sudin terus bersinar apabila menjadi pelakon utama dalam filem Tas Tangan Wanita arahan L Krishnan (Datuk) pada 1952 yang turut membariskan Osman Gumanti, Neng Yatimah dan Siti Tanjung Perak.

Lakonannya terus meningkat apabila P Ramlee untuk pertama kalinya mengarahkan filem komedi pada 1957 iaitu Bujang Lapok. Dalam filem itu, Sudin adalah antara tunjang utama selain P Ramlee sendiri dan Datuk Aziz Sattar.

Selepas kejayaan besar Bujang Lapok, P Ramlee melanjutkan watak Bujang Lapok dengan tiga filem seterusnya iaitu Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok.

Sebuah lagi yang menampilkan kekuatan Sudin ialah Antara Dua Darjat pada 1960. Filem itu menampilkan watak Sudin yang agak serius walaupun masih ada unsur komedi.

Apabila MFP di Singapura di tutup, Sudin berlakon dalam filem Keluarga Si Comat arahan kawan akrabnya, Aziz Sattar pada 1975. Sehingga kini beliau sudah berlakon hampir 40 filem dengan filem terakhir yang dibintanginya ialah Pontianak Harum Sundal Malam pada 2005.

S Shamsudin berkahwin dengan Puteh Esmoon pada 1954. Perkahwinan mereka dikurniakan tujuh anak.

Sumber : Berita Harian [11/06/09]
Oleh Zainuri Misfar dan Zaidi Mohamad

Baca Sepenuhnya...

#539. Filem Terakhir Yusri : Merong Mahawangsa

Filem terbitan KRU Studios ini garapan terbaru Yusri Abdul Halim membabitkan lokasi penggambaran di sekitar Terengganu, Kuantan dan Kuala Lumpur.Ketika ditemui Yusri berkata skrip filem ditulis merujuk kepada buku dan sumber Internet serta kajian yang dilakukan kru produksi.“Kita tidak mengambil keseluruhan cerita, sebaliknya hanya bahagian penting yang menguatkan jalan cerita. Ini kerana cerita asalnya banyak mitos dan kita menukarnya menjadi logik dan mudah difahami.

“Kita sesuaikan cerita dengan mengolahnya. Sebagai contoh, watak burung garuda dalam cerita asal kita tukar kepada watak lanun, tetapi masih mengekalkan namanya.“Setiap filem perlukan pelakon yang benar-benar layak membawakan sesuatu watak.“Justeru itu, KRU Studios mengadakan uji bakat kepada pelakon asing walaupun mereka menempah nama di Hollywood.“Pemilihan Stephen bersandarkan bakat dan kebolehan yang ada padanya.

“Kami memilih Stephen kerana dalam filem ini dia mempunyai darah Alexander The Great. Dia dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik, boleh belajar bahasa Melayu dan betul mendalami karakter.

“Begitu juga Jing Lu. Dia menjalani proses uji bakat yang kita lakukan sebelum terpilih. Kita bukannya tidak mahukan pelakon Cina Malaysia, tetapi mereka mempunyai masalah dalam sebutan bahasa kerana terdedah kepada American English dan British English.

“Kita mahukan puteri China dengan sebutan Inggeris dengan gayanya tersendiri.

“Di samping itu, saya mahukan watak wajah lelaki Melayu asli. Itulah sebabnya kami mengambil Wan Hanafi Su dan Khir Rahman. Wajah mereka jarang dilihat di kaca TV.

“Praproduksi dijalankan sejak setahun lalu. Ini termasuk pembinaan kapal, rekaan pakaian, props dan sebagainya.

“Ini kerana kita membuat kajian mengenai masalah yang akan timbul jika praproduksi dijalankan lambat serta masalah sepanjang penggambaran. Kita mencari penyelesaian terbaik untuk masalah yang dihadapi,” katanya.

Yusri mengatakan Merong Mahawangsa adalah filem besar terakhir arahannya kerana ingin memberi peluang kepada pengarah lebih berbakat mengarahkan filem terbitan KRU Studio.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studio, Norman Abdul Halim atau Norman KRU berkata, filem Merong Mahawangsa dihasilkan untuk memperkenalkan khazanah Malaysia di mata dunia.

Selain itu, filem berkenaan menampilkan kelainan dengan 70 peratus penggunaan bahasa Inggeris dan 30 peratus Bahasa Melayu klasik serta Cina digunakan.

Menurutnya, filem ini menggunakan khidmat pelakon aksi stunt dari Hong Kong yang sering bekerjasama dengan Jackie Chan serta pernah berlakon dalam filem Hell Boy 2.

“Kita hasilkan filem ini untuk menaikkan nama negara serta membuka mata pengedar filem antarabangsa untuk membeli filem negara kita.

“Kita mementingkan kualiti dengan menggabungkan kepakaran tempatan dan luar untuk menghasilkan filem terbaik,” katanya.

Norman berkata filem berkenaan dirancang sebaik tamat penggambaran filem Cicakman 2 - Planet Hitam. KRU Studios mahukan hasilkan filem yang lebih sukar berbanding filem Cicakman dan sebelumnya.

Menurutnya, dia cuba memberikan dimensi baru untuk filem epik tempatan.

Filem berkenaan tidak boleh dibandingkan dengan filem Queen of Langkasuka kerana filem Merong Mahawangsa berlaku pada kurun kedua di mana tiada peralatan seperti pistol dan meriam.

“Apa yang cuba kita tonjolkan di sini adalah interpretasi kita daripada buku dan kita gunakan bahasa Inggeris kerana bahasa Inggeris sesuai digunakan sebagai bahasa perantaraan seluruh dunia. Ini secara tidak langsung dapat menarik orang luar untuk turut sama menonton filem kita,” katanya.

Selain Stephen, filem yang dikatakan Yusri kosnya mencecah tiga kali pembuatan filem di Malaysia ini dibarisi Jing Lu (China), Gavin Stenhouse (United Kingdom), Henrik Norman (Sweden), Craig Fong (Australia), Keith Chong (Hong Kong), Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Datuk Rahim Razali, Jehan Miskin, Cat Farish, Ummi Nazeera, Deborah Henry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam, Cico, Vanida Imran dan pemenang Drama Pendek Radio ERA, Faiz Aizuddin Azmi.

Penggambaran Merong Mahawangsa bermula pada 9 Jun lalu dan berterusan hingga penghujung Ogos.

Apa menarik, sebanyak empat kapal dibina dan diubah suai untuk dijadikan props.

Pakaian pelakon direka mengikut kesesuaian pakaian masyarakat purba pada kurun kedua.

Menurut Yusri, tiada sebarang sumber rujukan yang sahih mengenai pakaian pada kurun berkenaan.

Oleh itu, pakaian direka mengikut kesesuaian zaman berkenaan.

Pelakon Merong Mahawangsa diperkenalkan kepada media pada Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Ke 17 KRU Studios dan Majlis Doa Selamat Penggambaran Filem Merong Mahawangsa di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kelmarin.

Sumber : Harian Metro [11/06/09]
Oleh Ahmad Shazwan Md Yusof

Baca Sepenuhnya...

#538. Produksi Naik Hantu Kejar Masa

Kelihatan pelakon tidak menghiraukan keadaan yang menunjukkan hujan akan turun.Mereka sebaliknya bersungguh-sungguh memberikan lakonan terbaik agar penggambaran dapat diselesaikan dengan cepat.Tidak perlu banyak latihan buat pelakon yang memegang watak utama iaitu Mas Muharni sebagai Mas, Scha Al-Yahya (Ziffa), Intan Ladyana (Fyza) dan Ezendy (Harun) kerana mereka tahu apa yang harus dilakukan.

Sesekali sebagai pengarah, Zack akan menegur agar pelakonnya memberikan riak wajah tepat untuk penghayatan yang seharusnya ditunjukkan.Menariknya dia menegur mereka sambil berlawak, menyebabkan orang di keliling ketawa, sekali gus mencecahkan ketegangan kakitangan produksi yang bertungkus-lumus melaksanakan kerja kerana mengejar masa.Rahmat Tuhan, sebaik Zack menyebut ‘cut’ memberi tanda penggambaran untuk babak 30 selesai, hujan mencurah lebat.

Ditemui sebelum menyambung babak 31 di ruang lobi hotel, Zack berkata sudah menjadi sikapnya cuba mencari jalan terbaik dalam menegur pelakonnya agar mood terhadap penghayatan watak tidak lari.

“Saya fikir cara terbaik adalah dengan berlawak, apatah lagi saya sendiri seorang yang kelakar.

“Secara tidak langsung apabila pelakon berasa tertekan, cara saya itu diharapkan dapat menukar situasi serius sewaktu bekerja menjadi lebih tenang,” katanya.

Sebelum bergelar pengarah, Zack terlebih dulu menimba pengalaman sebagai pengurus produksi kepada kebanyakan filem arahan Prof Razak Mohaideen seperti Nana Tanjung, Anak Mami dan Tangkai Jering.

Melihat latar belakang kerjayanya yang turut menjadi pensyarah di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), maka apabila diberi tanggungjawab mengemudi penggambaran drama Naik Hantu bertemakan drama komedi, ia bukan masalah baginya

“Walaupun begitu untuk menghasilkan drama mahupun filem bertemakan komedi cabarannya besar.

“Orang selalu cakap hendak bagi orang menangis tengok filem senang, tetapi tidak untuk buat orang ketawa. “Saya berterima kasih kepada Razak yang banyak memberikan ilmunya kepada saya,” katanya.

Produksi drama bekerja mengejar masa kerana mereka hanya ada seminggu untuk menghabiskan penggambaran membabitkan paling kurang 60 babak.

Oleh itu penggambaran Naik Hantu terpaksa dilakukan 10 hingga 15 babak dalam masa sehari.

Menjelaskan mengenai sistem kerja yang begitu mendesak, jelas Zack, selain komitmen jitu diberikan pelakon keserasian wujud antara kakitangan produksi penting.

“Semua tenaga produksi terbabit dalam drama ini sudah cukup kenal antara satu sama lain. Kami sudah bekerjasama sejak setahun yang lalu sewaktu kami menghasilkan drama seperti Bila Mama Pakai Celana dan terbaru Bio-Nik.

“Kami serasi dan saya senang bekerja dengan mereka. Ada antaranya turut bersama saya sewaktu mengarahkan filem Jin Notti. Kerana itu kami mampu menjalani 10 hingga 15 babak dalam masa satu hari kerana masing-masing sudah tahu tanggungjawab, sekali gus dapat membantu menjimatkan masa,” katanya.

Naik Hantu mengisahkan tiga wanita yang mempunyai latar kerjaya berbeza. Bagaimanapun mereka mempunyai satu persamaan dari sudut sikap iaitu panas baran.

Sikap panas baran yang dimiliki Mas, Ziffa dan Fyza ini menarik minat seorang pakar dalam bidang permasalahan emosi iaitu Harun.

Dia cuba membantu ketiga-tiga gadis cantik ini untuk mengawal perasaan dan apabila kemarahan mereka di luar jangkaan Harun akan datang membantu.

TENAGA PRODUKSI

Judul: Naik hantu

Terbitan: MIG Beats Sdn Bhd

Penerbit: David Teo

Pengarah: Azhari Muhammad Zain

Jurukamera: Kamarul Azhar Mohd Yatim

Penulis Skrip: Norsheera Mohd Shamsudin

Penolong Pengarah: Mohd Faizal Abdul Malik

Pengurus Produksi: Yuzaidania Abdullah Shukor

Penolong Pengurus Produksi: Yusrizan Yunus

Pembantu Produksi: Azman Ibrahim

Pengarah Seni: Izhar Abdul Karim

Jurusolek dan Pakaian: Zarina Abu Sidek/Radzi Omar

Pelakon: Mas Muharni (Mas), Scha Al-Yahya (Ziffa), Intan Ladyana (Fyza) dan Ezendy (Harun).

Sumber : Harian Metro [11/06/09]
Oleh Rudy Imran Shamsudin

Baca Sepenuhnya...

#537. David Teo Upah Bomoh

MIG Production Sdn. Bhd., (MIG) merupakan antara syarikat produksi tempatan yang paling banyak menerbitkan filem seram sejak mereka beroperasi pada tahun 2001.Antara filem seram terbitan MIG berjudul Potret Mistik, Jangan Pandang Belakang, Congkak, 7 Perhentian dan yang terbaru, Santau yang telah pun memulakan penggambarannya pada 8 Jun.Sepanjang menjalani penggambaran filem-filem seram sebelum ini, MIG sering berdepan dengan pelbagai kejadian aneh sewaktu di lokasi terutama pada waktu malam.

Justeru, penerbit MIG, David Teo telah mengupah seorang bomoh bagi memantau serta membantu mengelakkan gangguan makhluk-makhluk halus sewaktu penggambaran Santau yang kini sedang giat diadakan di sekitar Lembah Klang.Menurut penerbit berasal dari Segamat, Johor ini, beliau tiada pilihan selain menggunakan khidmat bomoh bagi mengelakkan kejadian-kejadian tidak diingini sepanjang penggambaran filem itu diadakan.

"Saya kena upah seorang bomoh atau kita panggil consultant (perunding) dalam bidang ini bagi mengelakkan gangguan semasa penggambaran Santau diadakan.

"Ini berdasarkan pengalaman kami mengadakan penggambaran filem Jangan Pandang Belakang sebelum ini di mana ada beberapa kejadian pelik dan seram yang berlaku ke atas krew serta pelakon filem itu.

"Dengan adanya bomoh atau consultant itu, maka kita harap kalau ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku, maka kita ada orang yang arif dalam bidang itu untuk menyelesaikannya.

"Maklumlah, biasanya kita shooting filem seram pada waktu malam dan tempat-tempatnya dalam hutan atau rumah kosong. Jadi kita kenalah bersedia kalau ada 'benda-benda' lain yang datang nanti," katanya ketika ditemui Hits selepas majlis doa selamat penggambaran Santau di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Santau merupakan filem ke-34 MIG selepas lapan tahun terbabit dalam industri perfileman tanah air di mana ia akan diarahkan oleh pengarah baru, Azhari Muhammad Zain.

Jelas David, selain menggunakan khidmat bomoh, pada masa sama beliau turut mengingatkan para pelakon dan krew Santau supaya menjaga tingkah laku serta pantang larang sepanjang penggambaran filem itu dijalankan.

Katanya, sikap para pelakon dan krew terbabit mampu untuk mengelakkan perkara-perkara tidak diingini berlaku demi memastikan filem dengan kos produksi berjumlah RM1.5 juta itu dapat disiapkan mengikut jadual.

"Sebagai contohnya, kalau mereka sedang shooting dan berada di lokasi janganlah kencing sebarangan atau membuang 'tuala wanita' di merata-rata tempat. Semua ini berpunca daripada sikap kita juga.

"Saya cakap begini kerana sebelum ini sewaktu shooting filem Jangan Pandang Belakang ada krew kita yang diserang histeria dan melalui pengalaman yang menyeramkan.

"Kalau banyak berlaku kejadian-kejadian seperti ini, kesannya saya juga yang terpaksa menanggungnya. Misalnya, masa penggambaran akan tertangguh dan mengambil lebih masa. Kos penerbitan juga akan meningkat," ujarnya.

Sementara itu, pengarah Santau, Azhari Muhammad Zain pula berkata, biarpun Santau berdasarkan kisah seram yang pernah dilalui oleh salah seorang kakitangan MIG tetapi beliau yakin inisiati daripada David Teo itu segala-galanya akan berjalan lancar.

" Kita harap filem ini dapat dijayakan dengan sempurna tanpa adanya 'gangguan' yang tidak diingini di lokasi.

"Niat kami menghasilkan filem ini pun baik iaitu untuk mencetuskan kesedaran dan pengajaran kepada para penonton tentang peri buruknya perangai segelintir orang Melayu yang masih kuat dengan sifat hasad dengki mereka," komennya.

Santau yang akan menggunakan sistem bunyi Dolby Digital Surround EX menampilkan barisan pelakon seperti Esma Danial yang akan melakonkan watak Halim, Putri Mardiana (Nina), Zul Handy Black (Man), Farisya Fatin (Tuty) dan Bob Lokman (Bomoh).

Sumber : Utusan Malaysia [10/06/09]
Oleh ABD. AZIZ ITAR

Baca Sepenuhnya...

#536. Hanya Untuk Pekerja Filem

WAJARKAH Anugerah Oskar anjuran Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) diteruskan sedangkan beberapa perkara yang perlu diutamakan seperti pembayaran, elaun bekerja di luar Lembah Klang masih menjadi tanda tanya? Pengiktirafan kepada pekerja filem tidak salah jika ia kena pada caranya selain membina motivasi kepada pekerja anugerah berkenaan sebagai mengiktiraf sumbangan pekerja filem. Begitupun, jangan sampai nanti dilabel cuma menang gaya dan hakikat sebenar adalah sebaliknya.

Ruangan Jarum Emas Metro Ahad pada 24 Mei lalu menjelaskan mengenai perkara itu. Malah ia disambut secara positif oleh presidennya, Khir Mohd Noor.Menurut Khir yang turut membaca ruangan itu, beberapa usaha sedang giat dirancang untuk memastikan keutamaan kepada kebajikan dan kepentingan ahli dapat dilaksanakan pada masa depan.
“Saya cuba berbincang dengan Ahli Jawatan Kuasa yang lain untuk mengadakan beberapa program dengan keutamaan kepada ahli. Hendak diikutkan, jadual perancangan program sudah diatur cuma ia bergantung kepada persetujuan dan sambutan daripada ahli sendiri.

“Untuk Anugerah Oskar kali ini saya memikirkan untuk mengiktiraf anugerah bagi pekerja filem saja. Memandangkan anugerah buat pelakon sudah banyak dianjurkan pihak tertentu seperti Anugerah Skrin, Anugerah Bintang Popular, Anugerah Perdana Seniman dan Anugerah Seri Angkasa. Jika tiada aral, Anugerah Oskar tetap akan berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang pada penghujung tahun ini.

“Sebelum itu, saya turut merancang mengadakan program rombongan delegasi kru ke Jakarta bagi melihat dan menimba pengalaman menyaksikan penggambaran kru di negara seberang itu.

“Destinasi Jakarta dirasakan sesuai kerana dekat dan membabitkan kos yang rendah berbanding mengadakan lawatan di Eropah atau Hong Kong.

“Bagaimanapun, lawatan di beberapa negara Eropah mungkin dalam pertimbangan pada masa hadapan. Selain mengadakan majlis persandingan beramai-ramai membabitkan kru apabila segala urusan kenduri ditanggung persatuan.

“Saya harap majlis ini akan dimeriahkan dengan pasangan yang berbilang bangsa dan majlis ini akan berlangsung di Finas. Saya harap dapat menarik 10 pasangan menyertai program yang julung kali diadakan ini,” katanya.

Turut menimbulkan persoalan mengenai penyerahan Sijil Ahli Kehormat Profima kepada sembilan individu.

Mengenai pemberian Sijil Ahli Kehormat itu Khir menyifatkan ia sebahagian daripada pengiktirafan kepada individu berkenaan yang menyokong penubuhan persatuan sejak lebih sedekad lalu.

Sijil berkenaan juga tidak semestinya diberikan setiap tahun kepada individu itu. Sebaliknya ia adalah pengiktirafan daripada persatuan.

Khir mencadangkan beberapa perkara membabitkan kebajikan ahli seperti bekerja di bawah 12 jam dan setiap ahli diwajibkan mengambil insurans perlindungan.

Setiap penerima sijil itu memainkan peranan tersendiri kepada persatuan. Begitu juga pihak media yang berperanan membantu dan membuat hebahan mengenai aktiviti yang diadakan persatuan.

“Saya akan banyak bincang dengan individu berkenaan seperti Ketua Pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim berkaitan persatuan sementara Ketua Pegawai Eksekutif, Sime Darby Insurance Brokers Sdn Bhd, Mohd Yahya Mohd Ibrahim mengenai beberapa insurans khas bagi pekerja filem. Begitu juga mereka yang lain. Saya berasakan setiap daripada kita saling memerlukan.

“Soal waktu berkerja mungkin mengambil tempoh yang panjang kerana ia bersangkutan dengan stesen televisyen. Malah ada dalam kalangan penerbit yang tidak boleh bertolak-ansur kerana perlu kejar waktu untuk siaran yang ditetapkan,” katanya.

Penubuhan Profima adalah untuk mengiktiraf dan menjaga kebajikan ahlinya. Mungkin tidak ramai sedar Profima dulunya dikenali sebagai Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PPFM) yang ditubuhkan sejak 16 tahun lalu.

Profima turut bergerak menerusi beberapa biro yang baru ditubuhkan seperti Biro Pengarah Fotografi, Biro Pengurus Produksi, Biro Penata Cahaya dan biro lain berkaitan tugas pekerja filem. Mengenai elaun khas bekerja di luar Lembah Klang pula, Khir yang pernah merasai pengalaman ketika menjadi pekerja filem dulu turut mencadangkan perkara sama.

Baginya, elaun berkenaan perlu diwujudkan semula untuk menambahkan pendapatan pekerja filem. Setiap tenaga kerja yang bekerja di luar tidak memerlukan elaun yang banyak cukup sekadar RM15 hingga RM20 sehari dengan makanan dan tempat tinggal ditanggung sepenuhnya pihak produksi.

Khir turut menggalakkan lebih ramai pekerja filem menyertai persatuan supaya segala bentuk aktiviti dan program dapat dimanfaatkan ahli. Dia turut memuji pengurusan Bright Network dan Grand Brilian Sdn Bhd yang memberi sokongan kepada persatuan dengan mewajibkan krunya menjadi ahli Profima sebelum penggambaran. Setakat ini Profima dianggotai lebih 300 ahli dan menerima sebanyak 140 ahli baru.

Sumber : Harian Metro [10/06/09]
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan

Baca Sepenuhnya...

#535. Finas Perketat Kawalan

Ia berikutan imej Finas yang tercemar dan tidak mahu nama baiknya terus diguna sewenang-wenang oleh individu tidak bertanggungjawab yang mahu mengambil kesempatan. Bahkan, Finas juga bercadang menggunakan kad pintar di pintu masuk bangunan.Ketua Pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim berkata tidak dinafikan banyak aktiviti dijalankan persatuan dan orang industri di perkarangan Finas.

"Justeru, barangkali pihak keselamatan Finas membuat andaian uji bakat lakonan itu sudah diluluskan."Tidak disangka pula begini jadinya apabila sesi uji bakat diadakan menjadi medan penipuan pengarah drama terbabit. "Apapun, sejak menerima laporan kejadian yang berlaku, kita (Finas) mengambil langkah memperketatkan pemeriksaan keselamatan terutama pada aktiviti diadakan sebelah petang, malam, hujung minggu dan cuti umum.

"Sekiranya, persatuan atau orang seni mahu menjalankan aktiviti seperti mesyuarat, uji bakat lakonan dan penggambaran perlu dapatkan surat daripada Finas.

"Menerusi surat kelulusan itu, barulah mereka boleh menggunakan bangunan Finas untuk menjayakan sebarang aktiviti. "Bukan apa, jika hari bekerja mungkin kita (pihak pengurusan Finas) boleh memantau, tetapi lepas waktu kerja dan cuti cuma pihak keselamatan yang bertanggungjawab," katanya.

Dalam soal ini, katanya, orang ramai jangan mudah terpedaya.

"Apa saja aktiviti diiklankan untuk mencungkil bakat dalam bidang hiburan terus berminat tanpa usul periksa.

"Sepatutnya, mereka hubungi dulu kakitangan Finas atau wakil syarikat yang bertanggungjawab mengadakannya untuk mendapatkan kebenaran. Namun, biasalah orang muda yang memang hendak glamor tidak pernah mengambil kira soal itu.

"Di Finas ini, selalunya semua aktiviti akan berlangsung sudah diuar-uarkan dalam laman web rasmi (www. finas.gov.my dan www.sinemamalaysia.com.my)," katanya.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian 03-4104 1300, 03-4104 1397 atau 03-4104 1398 (Jabatan Komunikasi Korporat Finas) untuk keterangan lanjut.

Ditanya mengapa begitu mudah Finas terlepas pandang, Mohd Mahyidin berkata perkara membabitkan penipuan itu boleh terjadi di mana-mana tempat.

Harian Metro Sabtu lalu melaporkan taktik auta digunakan seorang lelaki cukup mudah dengan

menyamar sebagai anak saudara kesayangan dramatis dan penerbit terkenal, Ziela Jalil.

Malah, dia turut menjaja nama beberapa artis popular tanah air.

Antaranya Yatt, Elly Mazlin, Raja Azri dan Kencana Dewi untuk meyakinkan artis baru bagi meminjamkan sejumlah wang.

Suspek berusia 23 tahun itu juga menyamar penulis skrip dan penerbit drama terkenal termasuk mendakwa dia dibesarkan dalam keluarga seni.

Kejadian yang berlaku awal Mei lalu di Finas itu dikesan menjadikan sesi uji bakat sebagai medan mencari mangsa sebelum dia lesap menghilangkan diri bersama wang ditipunya.

Mangsa diumpan dengan tawaran berlakon drama 66 episod.

Apapun, pelakon dan penerbit drama terkenal, Ziela Jalil, 39, juga sudah menjelaskan perkara itu kepada media dan menganggap perbuatan lelaki yang menyamar anak saudaranya untuk menipu duit orang ramai sebagai perbuatan melampau dan memalukan.

Penerbit Pena Creative itu ketika dihubungi Harian Metro menafikan mempunyai anak saudara lelaki kerana beliau anak tunggal dalam keluarga dan tidak mengetahui bagaimana pengarah auta itu boleh mengaku anak buahnya.

Sumber : Harian Metro [10/06/09]
Oleh Norhayati Nordin

Baca Sepenuhnya...

#534. Sembilan Kisah Satu Filem

Mengambil masa hampir tiga tahun sebelum bersedia menjengah pawagam pada Julai ini, Skrip 7707 dikatakan antara filem seram Razak yang terbaik setakat ini berbanding filem seram yang lepas seperti Mistik, Potret Mistik dan 7 Perhentian.Filem seram terbaru terbitan Grand Brilliance ini mengandungi sembilan kisah seram berbeza. Antara cerita yang ditonjolkan seperti legenda hantu di asrama, hantu raya yang mempunyai kebolehan menyerupai manusia biasa dan seorang lelaki meninggal dunia, tetapi adik kecilnya masih boleh melihatnya.

Apa yang menarik dengan filem ini ialah kesembilan cerita itu dihimpunkan dalam Skrip 7707 dan setiap kisah hanya mengambil masa sepuluh minit saja.Satu kelainan sekiranya dilihat filem seram sebelum ini yang hanya memaparkan satu jalan cerita berdasarkan satu judul filem.Menggunakan pelakon yang agak ramai, filem ini mendapat reaksi positif di kalangan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) ketika ditayangkan di Dewan Seri Budiman sempena promosi, baru-baru ini.

Antara pelakon yang terbabit dalam Skrip 7707 adalah M Rajoli, Mak Jah, Que Haidar, Fouziah Gous, Almy Nadia, Jehan Miskin dan Hafiz.

Bagi Fouziah Gous, menunggu hampir tiga tahun untuk menyaksikan reaksi peminat hiburan tempatan terhadap Skrip 7707, terselindung seribu hikmah di sebaliknya.

"Skrip 7707 adalah filem kedua saya selepas Rasukan Ablasa. Ketika menerima tawaran berlakon untuk kedua-dua filem itu, pembabitan saya dalam pentas lakonan tempatan masih baru lagi.

"Justeru, selepas habis menjalani penggambaran, setiap detik saya menunggu bila kedua-dua filem itu akan ditayangkan kepada umum.

"Dek terlalu lama menunggu, akhirnya saya biarkan saja. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya.

"Di saat menunggu ia menjengah pawagam, rezeki saya bertambah apabila banyak menerima tawaran untuk membintangi drama. Saya akui, drama yang membantu meningkatkan populariti di pentas lakonan tanah air.

"Bagaimanapun, saya bersyukur akhirnya Skrip 7707 akan menemui orang ramai pada Julai ini," katanya.

Bercerita mengenai watak, terang Fouziah, dia diberi kepercayaan menggalas peranan sebagai pembantu kepada pengarah filem iaitu Burn lakonan Norman KRU.

"Dalam filem ini, saya melakonkan watak Fouziah iaitu pembantu peribadi kepada Burn dan saya hanya terbabit di awal dan akhir cerita saja.

"Burn tengah mencari satu skrip cerita seram untuk dijadikan filem. Kerana tidak berpuas hati dengan skrip filem seram yang ada, Burn mengarahkan Fouziah mengiklankan dalam surat khabar mengenai satu perjumpaan sesiapa yang ingin berkongsi cerita seram di sebuah jirat Cina jam 12 malam pada 7 haribulan 7, 2007.

"Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Walaupun sekejap, tetapi setiap dari mereka yang terbabit dalam filem ini memainkan banyak peranan dan saya begitu seronok sepanjang menjalani penggambaran Skrip 7707," katanya.

Beralih kepada Jehan Miskin, pengalaman melakonkan watak Bob adalah sesuatu yang baru sepanjang pembabitannya dalam seni lakon layar tempatan.

"Ini adalah filem seram kedua yang saya lakonkan selepas Gong. Amat menarik, walaupun ia hanya membabitkan beberapa minit saja.

"Saya akui terdapat perbezaan ketara dari semua filem yang saya lakonkan sebelum ini. Entahlah kenapa, tetapi sejujurnya saya suka filem ini. Mungkin kerana saya minat jalan ceritanya.

"Antara sembilan cerita itu, kisah yang saya lakonkan hanya membabitkan tiga pelakon. Saya memegang watak Bob, seorang berpesonaliti buruk, jahat dan bekerja sebagai penarik kereta serta mengutip hutang.

"Satu hari, Bob membelasah sampai mati seorang lelaki biasa yang tidak menjelaskan bayaran ansuran keretanya. Selepas kejadian itu, Bob dihantui kejadian seram apabila lelaki yang mati dibelasahnya itu, datang untuk membalas dendam. Walaupun sekejap, namun saya fikir ia dapat menghiburkan penonton," katanya.

Sementara itu, bagi pelakon Almy Nadia yang sudah membintangi dua filem seram sebelum ini, Jangan Tegur dan Rasukan Ablasa, dia menganggap watak yang dibawanya dalam Skrip 7707 agak mencabar.

"Dalam filem ini saya memegang watak sebagai Jaja yang tengah sarat mengandung. Konflik mula tercetus apabila bidan yang dipanggil suami adalah hantu raya.

"Saya akui agak sukar untuk menjiwai dan melakonkan watak wanita yang tengah sarat mengandung. Apatah lagi, melakonkan babak menahan kesakitan yang teramat sangat ketika melahirkan anak.

"Semua itu memainkan banyak emosi. Walaupun singkat, ia banyak memberi kesan kepada saya.

"Sekiranya, sebelum ini saya pengsan ketika menjalani penggambaran Rasukan Ablasa dek dirasuk, namun Alhamdulillah tiada apa yang berlaku dalam Skrip 7707," katanya.

Berlainan pula dengan Mohd Hafiz Mohd Nafiah atau Hafiz yang mengalami pengalaman aneh ketika terbabit dalam penggambaran Skrip 7707.

"Saya memegang watak sebagai Jasrul dan mempunyai sekumpulan kawan baik. Seorang kawannya, Shahrol, seorang pemburu hantu.

"Satu hari, Shahrol ingin menjalankan misinya di sebuah hospital lama di Jalan Pudu.

"Oleh kerana teruja, Jasrul dan yang lain turut serta.

"Untuk pengetahuan, tingkat dua hospital lama itu memang betul berhantu dan di situlah kami jalani penggambaran. Ketika saya hendak pergi ke tandas, saya ternampak kelibat seorang perempuan tengah bermain rambut di hadapan cermin .

"Apabila saya cuba mendekatinya, secara tiba-tiba ia hilang. Ketika itu, saya terkejut dan tergamam sebentar. Tetapi, saya tidak cerita kepada sesiapa kerana tidak mahu menakutkan yang lain.

"Namun, itu tidak menghalang saya untuk terus terbabit dalam penggambaran Skrip 7707. Bagi saya, itu adalah antara pengalaman yang perlu ditempuhi ketika berlakon dalam cerita seram," katanya.

Sumber : Harian Metro [10/06/09]
Oleh Sakini Mohd Said

Baca Sepenuhnya...

#533. Seram Yang Melucukan

SEBUAH lagi filem arahan Ahmad Idham berada di pawagam. Sebelum ini Ahmad Idham menghasilkan filem Jangan Pandang Belakang, antara filem seram yang paling berjaya di pasaran dan filem seram Congkak. Kali ini Ahmad Idham menggabungkan judul dua buah filem seram terbitan Metrowealth yang cukup berjaya di pasaran untuk menjadi judul sebuah filem dalam genre komedi seram. Bagaimanapun filem Jangan Pandang Belakang Congkak bukan sebuah parodi sebaliknya sebuah spoof daripada genre seram.

Dalam keadaan pembikin filem banyak tertumpu kepada pembikinan filem-filem seram (lambakan filem seram di pasaran), menghasilkan filem komedi seram barangkali satu tindakan pemasaran yang bijak. Hal ini terbukti apabila Mamat Khalid menghasilkan filem komedi seram Zombie Kampung Pisang dan filem ini berjaya di pasaran.

Dalam sejarah filem Melayu, filem komedi seram yang awal adalah Pusaka Pontianak. Kebanyakkan filem komedi seram lebih merupakan filem kelas B, yang tidak dianggap filem utama, yang dihasilkan lebih sebagai spoof atau parodi untuk bersifat sinikal daripada filem A yang asli dan berjaya di pasaran. Namun terdapat juga filem komedi seram yang cukup menarik dan berjaya di pasaran seperti filem An American Werewolf in London, Ghostbusters dan Fright Night.

Warisan ilmu saka

Filem Jangan Pandang Belakang Congkak menggunakan elemen seram untuk menghasilkan suasana kelucuannya. Imej-imej daripada watak-watak yang menyeramkan seperti hantu raya, toyol dan orang minyak dimunculkan bukan untuk tujuan menakutkan sebaliknya untuk menimbulkan suasana lucu. Jadi tumpuan filem ini lebih kepada elemen komedi, bukan elemen seram tersebut.

Jangan Pandang Belakang Congkak yang ditulis oleh Zulkefli M. Said hanya mengambil aspek saka dan permainan tradisi congkak daripada dua buah filem seram terdahulu dan kemudian mengolah semula ke dalam bentuk cerita yang lain. Tiga sepupu iaitu Punai (Cat Farish), Asmat (Shaheizy Sam) dan Johan (Mazlan Pet Pet) yang dipanggil oleh pembantu datuknya, Mustika (Lisa Surihani) kembali ke kampung untuk menerima wasiat dan pusaka datuk mereka iaitu Pak Sudir.

Bagaimanapun pusaka yang diwariskan kepada mereka itu sebenarnya warisan ilmu saka yang sebelum ini diamalkan oleh datuk mereka. Akibat daripada menyentuh alat permainan congkak yang terdapat di rumah datuk mereka, ketiga-tiga pemuda ini telah berubah menjadi hantu raya, toyol dan orang minyak yang mengganggu penduduk kampong di waktu malam sahaja.

Filem Jangan Pandang Belakang Congkak adalah filem arahan Ahmad Idham yang ke-11, yang bermula dengan filem Mr. Cinderella pada 2002. Filem Syurga Cinta arahan Ahmad Idham sedang ditayangkan di pawagam. Ini bermakna Ahmad Idham antara pengarah filem yang cukup pantas mengarahkan filem iaitu satu setengah filem setahun dalam tempuh tujuh tahun.

Bagaimanapun kepantasan Ahmad Idham menghasilkan filem belum mampu mengatasi pembikin filem yang paling pantas bekerja iaitu A. Razak Mohaideen yang telah menghasilkan 25 buah filem sejak dua belas tahun lalu dengan filem pertamanya Gemerlapan (1997). Bukan itu sahaja filem mereka juga secara umumnya berjaya di pasaran.

Jika filem Jangan Pandang Belakang Congkak dihasilkan sebagai sebuah parodi sudah tentu filem ini akan membawa kritikan sinis sebaliknya filem ini hanyalah sebuah spoof yang tidak lebih untuk hiburan mudah dan ketawa semata-mata.

Sumber : Utusan Malaysia [09/06/09]

Baca Sepenuhnya...

#532. Santau Taruhan Baru IMG

Penggambaran sekitar Lembah Klang bermula hari ini, babitkan belanja RM1.5 juta termasuk kos promosi.ATAS kejayaan trek rekod pencapaian dan sambutan menggalakkan daripada filem terdahulu yang bergenre seram, Metrowealth (MIG) terus yakin untuk menerbitkan lagi wadah filem menggunakan pendekatan sama.Selepas kejayaan membanggakan menerusi filem Jangan Pandang Belakang dan Congkak, MIG kini mempertaruhkan filem menggunakan judul Santau.

Satu majlis kesyukuran dan doa selamat filem itu yang menjadi rutin produksi MIG sebelum memulakan sebarang penggambaran diadakan pada 2 Jun lalu di pejabat milik penerbit terkenal David Teo di Regalia Business Centre, Subang Jaya.Sebelum memulakan bicara, David sambil berseloroh memohon maaf kepada rakan media kerana terlalu banyak menyusahkan golongan kreatif ini dek kekerapan pihaknya mengundang wartawan untuk membuat liputan majlis berkaitan MIG.

Tidak dinafikan kebelakangan ini saja MIG memang acap kali mengundang wartawan untuk menghebahkan projek terbaru. Umum juga tahu, ia memberi penanda MIG begitu aktif menerbitkan drama, telefilem dan filem dalam masa terdekat ini.

Maklumlah, MIG mula merancang strategi yang cukup berjaya untuk menyiarkan hasil karyanya di stesen TV dan pawagam. Filem Syurga Cinta yang mula ditayangkan sejak 21 Mei lalu sebagai contohnya sudah mengumpul kutipan pecah panggung sebanyak RM2.1 juta selepas 11 hari tayangan.

David bangga kerana filem Syurga Cinta mencatat kutipan memberangsangkan dan mendapat komen positif daripada rakan media termasuk blogger. Malah, filem lakonan Awal Ashaari dan Heliza itu menjadi filem komedi romantik yang mendapat kutipan tertinggi setakat ini dalam sejarah penerbitan filem terbitan syarikatnya.

“Kejayaan ini takkan datang tanpa sokongan media yang selama ini tak putus memberikan sokongan kepada MIG. Harapnya sambutan yang baik juga akan menyebelahi filem Jangan Pandang Belakang Congkak selepas ini. Mengenai kekerapan MIG menjemput media kebelakangan ini, satu perkara yang saya boleh katakan dan berjanji ialah setiap liputan dibuat adalah berbeza,” katanya.

Berbalik kepada filem Santau, pengarah Azhari Zain atau lebih dikenali sebagai Zack diberi mandat dan kepercayaan buat julung kalinya untuk mengarahkan filem terbabit. Pada masa sama, Zack juga turut menjadi penulis skrip filem itu. Penggambaran bakal dilakukan di sekitar Lembah Klang bermula 8 Jun dan dijangka membabitkan belanja RM1.5 juta termasuk kos promosi. Seperti kebiasaan dalam filem seram MIG sebelum ini, Santau juga akan menggunakan sistem bunyi Dolby Digital Surround EX.

Pemilihan Zack dilakukan atas komitmen dan pengalaman yang ditimbanya sejak sekian lama termasuklah sewaktu menjadi pembantu pengarah di bawah filem arahan Prof A Razak Mohaideen dan terbitan MIG. Menurut David, dia mula mengenali Zack sejak 2001 ketika menjadi pembantu pengarah bagi filem Anak Mami.

“Saya pilih dia berdasarkan sikap, pengalaman dan latar belakang dimilikinya selama ini. Dia pernah beberapa kali menjadi pembantu pengarah dan pelakon cameo dalam filem arahan MIG. Dia juga mempunyai taraf pendidikan dalam Sarjana Pengarahan Filem dan TV dari Australia sejak akhir 2001. Dia kini juga bergelar pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam,” kata David.

Mengenai pemilihan pelakon utama filem Santau, David menggandingkan pelakon Esma Daniel dan seorang pelakon baru iaitu pemenang kategori lakonan, World Championship of Performing Arts (WCOPA), Putri Mardiana. Formula David menggunakan pelakon pelapis dan lama bukanlah sesuatu yang asing dalam setiap filemnya terutama dalam filem seram.

Sebagai contoh filem Jangan Tegur, Julia Ziegler diberi peranan utama buat pertama kali dalam filem dilakonkannya. Begitu juga Intan Ladyana dalam filem Jangan Pandang Belakang. Malah untuk filem Congkak, pelakon yang sudah lama membina nama, Nanu Baharudin dan Riezman Khuzaimi diberi kepercayaan sebagai teraju utama.

“Jika kita tidak berani mempertaruhkan wajah baru mahupun yang kurang popular di filem, sampai bila asyik wajah yang sama saja mendominasi layar perak. Setidak-tidaknya, kita memberi suntikan segar dan mengambil angin baru dalam setiap filem baru. Ikutkan trek filem seram yang diterbitkan MIG sebelum ini, kita tidak pernah mengambil khidmat pelakon yang sedia popular dan meletup.

“Saya tidak boleh nafikan pelakon turut memberikan tarikan magnet untuk menarik penonton ke pawagam. Tapi jika ia tidak diseimbangkan dengan plot cerita, skrip dan corak pengarahan yang bermutu, tiada guna juga akhirnya. Seperti Putri Mardiana sejak melihat kemampuan dia ketika bertanding dalam pertandingan WCOPA di Istana Budaya, saya berasakan dia mempunyai bakat yang bagus. Dengan pendedahan baik, siapa tahu dia mungkin boleh menjadi pelakon yang terkenal,” kata David mengakhiri perbualan.

Sementara itu, Putri Mardiana Zainal Abidin, 28, yang ditemui Hip berkata pengalaman bakal dititip berlakon dalam filem Santau dapat menjadi latihan penting baginya dalam memantapkan usaha jitunya sebelum menjejaki Los Angeles, Hollywood Julai ini bagi peringkat kemuncak WCOPA.

Tidak mempunyai pengalaman dalam bidang seni, apa yang dilakukan anak kelahiran Kuala Lumpur ini diiringi dengan minat mendalam terhadap bidang lakonan. Pembabitannya dalam WCOPA pun berlaku tanpa dirancang selepas menyertai uji bakat lakonan bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan tiba-tiba pihak itu menghubunginya untuk disaring menyertai WCOPA.

“Tawaran berlakon filem ini datang secara kebetulan apabila David Teo menyuruh saya datang ke pejabatnya dua minggu lalu. Alhamdulillah, akhirnya saya ditawarkan berlakon dan diberi kepercayaan memegang watak utama. Saya tahu menerima tawaran ini ibarat mengambil satu risiko yang besar kepada MIG dan diri saya sendiri. Namun, atas dasar mencuba dan nasihat keluarga dan insan tersayang, saya terima cabaran ini.

“Sebagai orang baru, saya sudah bersedia untuk menerima sebarang kritikan apatah lagi dimarahi pengarah. Namun, sebelum semua itu berlaku, saya harus melakukan sebaik mungkin supaya tidak terlalu berasa ralat. Atas sokongan suami dan anak juga, saya memberanikan diri untuk menempuhi perjalanan yang baru saja bermula ini,” kata ibu kepada tiga orang anak yang baru saja mengikat kontrak di bawah naungan MIG.

Seperti judul filem sulung lakonannya, dia yang mesra dengan panggilan Nina memberitahu pernah dua kali mengalami pengalaman disantau. Kebetulan juga watak yang dipegangnya seperti ditulis dalam sinopsis filem itu turut menggunakan nama Nina.

“Saya pernah disantau ketika berusia 19 dan 22 tahun. Pengalaman perit itu sedikit sebanyak dapat membantu saya menghayati watak dalam filem ini. Saya pernah muntah darah yang teruk di sebuah pusat beli-belah dan pernah secara tiba-tiba di atas tapak tangan saya ada sebuah kain bunjut berisi rambut, jarum dan kulit babi. Malah, ketika itu, saya juga cepat baran. Saya tahu siapa yang melakukan semua itu, tapi biarlah hanya Tuhan saja membalasnya,” katanya yang tidak mahu mengenang lagi episod duka itu.

Sumber : Berita Harian [09/06/09]
Oleh Zaidi Mohamad

Baca Sepenuhnya...

#531. David Teo Kembali Menyantau

Filem Syurga Cinta yang masih ditayangkan berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.1 juta dalam tempoh 11 hari tayangan diikuti filem Jangan Pandang Belakang Congkak yang baru mula menemui penonton pada 4 Jun lalu, manakala dua filem baru lain - Remp-it V3 dan Senario The Movie 2 masih menunggu tarikh tayangan.Biarpun empat filem baru ini menjadi pertaruhan MIG Production Sdn Bhd pada tahun ini, David tidak mahu duduk diam dalam memulakan projek filem barunya.

Selepas Rempit Nan Sempit arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri ke lokasi penggambaran, David berkeyakinan untuk kembali dengan filem seram, Santau.Dalam memberi tarikan pada penonton, dia memberanikan diri untuk menampilkan pelakon baru, Putri Mardiana Zainal Abidin bergandingan bersama Esma Danial sebagai pelakon utama.Kata David, dia berhasrat memberi peluang pada pelakon baru termasuk Esma yang sebelum ini lebih dikenali menerusi drama TV muncul di layar perak.

Dia mengambil keputusan memilih kedua-dua pelakon ini atas keyakinan pada bakat dan turut menampilkan kelainan pada aspek pengarahan menerusi Azhari Zain.

"Sebelum ini, saya pernah membawa pelakon baru menjadi pelakon filem seperti Intan Ladyana menerusi Jangan Pandang Belakang (JPB) dan Julia Ziegler yang membintangi Congkak.

"Saya ingin pula beri peluang pada Putri dan Esma pula untuk menjadi hero dan heroin filem ini.

"Bagi Putri, Esma dan Azhari, saya percaya mereka dapat memberi kerjasama dengan baik.

"Malah, saya sendiri sanggup melaburkan RM500,000 untuk aspek pemasaran setiap pelakon utama ini. Azhari pula sebenarnya pernah menimba pengalaman sebagai penolong pengarah dalam filem saya sebelum ini seperti Mami Jarum (2003).

"Dia kini berada dalam senarai Skim 10 Pengarah Muda selepas Pierre Andre, Norliana Samsudin (Yana) dan Farid Kamil. Apa yang saya harapkan, mereka mendapat sokongan untuk menjayakan filem ini," katanya.

Bagi Azhari, dia bersemangat untuk menyiapkan filem berkenaan yang akan bermula penggambaran pada 8 Jun ini di Beranang, Selangor.

Katanya, dia juga mempunyai perasaan takut apabila pertama kali menghasilkan filem genre seram, tetapi mahu berusaha memberikan hasil kerja yang terbaik.

Azhari, 37, mempunyai pendidikan Sarjana Pengarahan Filem dan Drama TV dari Universiti Bond, Australia dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Dia mula serius kerja belakang tabir bersama Prof Madya A Razak Mohaideen dan pernah berlakon dalam beberapa filem antaranya Kuliah Cinta, Nana Tanjung dan Otai. Terbaru, dia bertanggungjawab mengarah drama bersiri, Bio-nik yang sudah mencatat rating sebanyak 3.3 juta penonton.

"Filem lalu seperti JPB, Congkak dan Jangan Tegur menjadi rujukan pada saya untuk mengarah filem baru ini. Namun, saya berpandangan ketiga-tiga filem ini mempunyai kelas tersendiri.

"Sebenarnya, kerisauan dalam diri saya makin bertambah sejak skrip filem ini dihasilkan hingga penggambaran.

"Dalam filem ini, saya cuba gunakan dua elemen penting iaitu menggerunkan dan menjijikkan yang pernah diperkenalkan penulis cerita seram, John Noel.

"Filem antarabangsa seperti The Ring dari Jepun dan Shutter (Thailand), antara karya seram yang saya minati.

"Namun, plot filem ini diambil daripada kisah benar seorang rakan saya yang pernah berdepan dengan santau hingga menimpa keluarganya. Dalam mengolah cerita, saya akan bermain teka-teki dengan penonton. Walaupun ada watak bomoh ditampilkan, tetapi rawatannya tetap gagal.

"Pemilihan pelakon pula, saya fikir ia mempunyai elemen dekat dengan penonton seperti Esma termasuk beberapa pelakon pembantu lain, Mariani, Riezman Khuzaimi, Hisham Ahmad Tajuddin dan Bob Lokman. Filem ini juga memperkenalkan pelakon cilik, Farisya Fatin," katanya.

Pelakon baru, Putri, 28, berkata dia sedar risiko besar yang dipikul sama ada menjayakan filem berkenaan mahupun sambutan penonton nanti.

Namun, dia yakin untuk memberikan sepenuh komitmen kepada filem itu dan mengharapkan lakonannya diterima baik oleh penonton.

Bakat Putri mula dikesan David ketika dia bersaing untuk peringkat akhir pemilihan peserta negara ke Pertandingan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) yang akan berlangsung di Los Angeles pada 11 hingga 19 Julai nanti. Dalam pemilihan itu, dia berjaya mewakili negara sebagai peserta tunggal untuk kategori lakonan.

"Apabila buat keputusan untuk terima tawaran berlakon filem ini, saya juga sudah bersedia untuk dimarahi pengarah dan dikritik penonton. Peluang ini hadir secara kebetulan dan saya yakin untuk berikan lakonan yang terbaik.

"Dalam menghayati watak Nina, isteri pada Halim (lakonan Esma) yang disantau, saya pernah mempunyai pengalaman sebenar sebelum ini.

"Ketika usia saya 19 tahun, saya sakit teruk hingga muntah darah manakala ketika 22 tahun pula, perasaan saya menjadi berkecamuk dan selepas berubat, secara tiba-tiba ada satu bunjut berisi rambut, jarum dan kulit babi berada dalam tangan saya.

"Saya fikir pengalaman ini dapat bantu saya untuk hayati watak ini dengan baik," katanya.

Sumber : Harian Metro [08/06/09]
Oleh Elrafaei Sapi

Baca Sepenuhnya...

Khamis, Jun 18, 2009

#530. Poster : The Girlfriend Experience [2009]



The Girlfriend Experience is a 2009 experimental drama film shot in New York City. It is directed by Steven Soderbergh and stars Sasha Grey. A rough cut was screened at the Sundance Film Festival in January 2009.The film has also been made available on Amazon Video on Demand as a pre-theatrical rental.Soderbergh mentioned Michelangelo Antonioni's Red Desert and Ingmar Bergman's Cries and Whispers as influences. The film is also notable in that it was shot for 1.3 million dollars and that it was shot with a relatively inexpensive RedOne camera. Official Site http://www.girlfriendexperiencefilm.com/

Baca Sepenuhnya...

#529. Movie Trailer : Grace [2009]



Release: TBA 2009
Directed by Paul Solet
Starring Jordan Ladd, Stephen Park, Gabrielle Rose, Samantha Ferris, Malcolm Stewart
SYNOPSIS: Madeline Matheson is eight months pregnant and determined to deliver her unborn child, Grace, naturally. When an accident leaves the baby dead inside her, Madeline insists on carrying the child to term. Weeks later, when she delivers, the baby miraculously returns to life, but after returning home, Grace's health begins to deteriorate. When the baby's appetite for milk is replaced by a more sinister hunger for human blood, Madeline must make a mother's ultimate decision and discover how far she is willing to go to save her child.

Baca Sepenuhnya...

#528. " Saya Malas Berfikir " - Ahmad Idham

SAYA mahu pengunjung pawagam berasa puas hati selepas menonton Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC) di pawagam. Biarlah mereka hendak kata filem itu bodoh dan saya secara peribadi rela dikritik kerana mengarahkan filem sedemikian," kata Ahmad Idham penuh yakin.Pengarah itu juga mengakui filem JPBC memang kelihatan tidak logik dan sengaja mengamalkan elemen 'suka hati' kerana melalui cara itu penonton berasa terhibur selain dapat mengingati setiap lawak yang dibawa oleh pelakon yang membintangi filem berbelanja RM1.85 juta ini.Apa yang penting baginya, filem yang diarahkan itu dapat membuatkan penonton ketawa kerana perkara itu sebenarnya amat sukar dilakukan melainkan menerusi pengisian dialog atau gerak lakonan yang berkesan.Filem JPBC menggunakan konsep komedi seram dan tidak mempunyai kaitan dengan filem Jangan Pandang Belakang atau Congkak yang mencapai kutipan box-office sebelum ini.

Walaupun ia menggunakan judul filem yang dikitar semula, Ahmad Idham berkata, ia sememangnya tidak berkaitan dengan sikap dirinya yang malas berfikir untuk mencipta sesuatu yang baru. Bahkan pemilihannya kali ini amat bertepatan dengan cita rasa sasaran penonton yang mahukan sesuatu yang santai.

''Saya mahu cipta fenomena yang membuatkan penonton yang mendengar judul filem saya kemudian terus mengingatinya sampai bila-bila.

''Sebelum ini, filem Jangan Pandang Belakang dan Congkak mendapat perhatian orang ramai. Apa salahnya saya gunakan judul yang sama yang boleh membuatkan semua orang mengingati filem terbaru kali ini," jelasnya yang kini sedang mengarahkan filem terbaru Remp-it dan Sempit.

Tambahnya, ia juga merupakan satu strateginya untuk menarik penonton baru dengan menggabungkan dua judul filem menjadi satu dengan harapan ia menjadi box-office.

Beliau juga menafikan JPBC berbentuk spuf (spoof) yang menggabungkan lima atau enam adegan daripada filem besar. Hakikatnya ia hanya menyentuh dua sahaja.

Sebaliknya, JPBC mempunyai jalan cerita baru sepenuhnya dan tidak berkaitan dengan Jangan Pandang Belakang dan Congkak.

Beliau juga tidak menerapkan sebarang mesej dalam filem ini kerana apa yang ditekankan ialah elemen pop yang amat mencuit hati.

Filem JPBC yang memulakan tayangan bermula Khamis lalu itu menampilkan tiga pelakon komedi iaitu Mazlan Pet-Pet yang melakonkan watak Punai, Cat Farish (Asmat) dan Sam Shaheizy (Johan).

Ia diperkukuhkan dengan penampilan Lisa Surihani (Mustika), Dina Malaysian Idol, (Ziana), Zarina AF2 (Wati), Piee (Pak Sudir), Azlee Jaafar (Pak Mor), Den Wahab (Latiff), Belalang (Megat) dan Mas Muharni (Wawa).

Sumber : Utusan Malaysia [07/06/09]
Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT

Baca Sepenuhnya...

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto Saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP