Until Death Do Us Part - Jonas

Khamis, Januari 22, 2009

#14. Isu : Survival Filem Melayu

11hb Januari, 2009
Utusan Malaysia

BUKAN gagal cuma tidak mencapai sasaran. Demikian tegas Norman Abdul Halim, penerbit KRU Films terhadap jumlah kutipan tiket filem sekuel Cicakman 2: Planet Hitam yang diarahkan adiknya, Yusry.

Akur dengan persaingan khususnya daripada filem-filem Barat serta tayangan filem tempatan pada saban minggu namun begitu, pihaknya tetap berpuas hati daripada segi produksi.

"Pada dasarnya Cicakman 2: Planet Hitam meraih kutipan RM3.2 juta termasuk bagi pasaran Brunei dan Singapura," kata Norman ketika dihubungi Isnin lalu untuk mengulas angka kutipan filem terbaru keluaran KRU Films itu.

Lebih membanggakan, filem tersebut juga berjaya memperoleh tangga lima tertinggi daripada segi jumlah kutipan daripada segi box office bagi tahun 2008.

Menurut Norman, biarpun menyasarkan RM5 juta hasil kutipan melihat kepada maklum balas memberansangkan daripada khalayak terhadap filem pengenalannya, Cicakman, banyak faktor lain yang mengundang kepada penurunan kutipan tiket bagi filem itu, juga filem-filem Melayu lain khususnya daripada segi luaran.

Ini termasuklah untuk meneka keinginan, selera dan pemikiran khalayak yang rata-rata terus meminati filem hantu, unsur seram dan komedi yang sebenarnya menjadi antara penarik utama mereka ke panggung.

"Melihat kepada kerja seni dan produksi, memang filem Melayu dah meningkat kerana semakin ramai penerbit dan pengarah memperbaiki karya dan jalan cerita mereka. Penataan seni dan produksi juga memberansangkan.

"Cicakman 2 cuba mengubah senario itu dengan memberikan aksi dan jalan cerita yang lebih serius tapi nampaknya peminat mahu terus ia kekal dengan aksi komedi seperti filem yang pertama," ujar Norman yang turut mengulas tentang artikel Kemelut filem Melayu yang Wanda tulis minggu lepas.

Mengakui masalah kutipan yang tidak memberansangkan ada kena mengena dengan tayangan filem Melayu baru pada saban minggu, tayangan filem barat khususnya dari Hollywood juga memberi saingan sengit apalagi tayangan mereka mempunyai jangka hayat lebih panjang.

Justeru berlaku pecahan audiens dan peminat perlu selektif untuk menonton selain mereka juga tidak lagi mengulang tonton filem Melayu kerana mahu membayar kepada filem lain yang ditayangkan.

"Penonton yang tengok filem Melayu adalah sama. Cuma mereka tidak lagi menonton sesebuah filem Melayu itu berulang kali kerana filem Melayu lain pula akan ditayangkan minggu depan selain mahu menonton filem Barat dan ini sebenarnya menyumbang kepada kekurangan jumlah kutipan tiket," jelasnya.

Menurut Norman, jumlah pawagam bukanlah masalah yang boleh menjejaskan kutipan tetapi dengan kira-kira 270 filem setahun yang dibawa masuk ke sini, pawagam tempatan dipenuhi filem-filem luar.

Oleh itu, Norman menegaskan, perlu ada kawalan kemasukan filem-filem luar selain mengkaji semula sistem skim wajib tayang yang diamalkan pada masa ini. Sudah tiba masanya kita melakukan sesuatu, kata Norman. Bukan tidak boleh bersikap terbuka tetapi kita perlu memberikan kelebihan kepada filem tempatan, tambahnya.

"Syarat wajib tayang selama dua minggu adalah lebih praktikal bagi memberikan peluang filem yang ditayangkan bernafas sebelum bersaing dengan filem baru," kata Norman. Dengan menyasarkan tayangan 35 buah filem tempatan setahun, sumber kewangan penonton juga perlu diambil kira, katanya.

Malah Norman menyarankan agar harga tiket untuk filem tempatan dan antarabangsa dikaji semula selain perlunya kawalan kouta filem luar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP