Until Death Do Us Part - Jonas

Jumaat, Januari 30, 2009

#56. Filem : The Pink Panther 2 (2009)

" Inspect The Unexpected "

Filem : The Pink Panther 2 (2009)
Genre : Komedi, Adventure, Misteri, Sekuel
USA ( Metro-Goldwyn-Mayer, Columbia Pictures ) 92min Color
Tayangan : 05hb Februari, 2009 (USA)
Web : www.sonypictures.com/movies/thepinkpanther2
Direktor : Harald Zwart
Produser : Robert Simonds
Produser Eksekutif : Shawn Levy, Ira Shuman
LakonLayar : Scott Neustadter, Michael H. Weber, Steve Martin
Plot : Scott Neustadter, Michael H. Weber
Rekaan Watak : Maurice Richlin, Blake Edwards
Sinematografi : Denis Crossan
Muzik : Christophe Beck
Muzik Tema : Henry Mancini
Pelakon : Steve Martin, John Cleese, Jean Reno, Emily Mortimer, Aishwarya Rai, Alfred Molina, Andy García, Yuki Matsuzaki, Johnny Halliday, Lily Tomlin, Molly Sims

Pasti ramai yang masih ingat akan watak Inspektor Jacques Clouseau, aksi polis Perancis yang mencuit hati ramai dalam filem The Pink Panther (2006) kini beliau kembali menemui penonton dengan satu lagi kisah aksi komedi misteri dan wataknya masih lagi disandang oleh pelakon komedi Steve Martin pemegang Anugerah Mark Twain Prize (2005) dan Emmy Award (1969). Sekuel kali ini membawa kita sekali lagi ke kota Paris dimana kali ini perompak licik yang terkenal dengan nama Tornado telah mencuri cincin berlian Pink Panther bersama artifak berharga sekali lagi.

Ketika itu Inspektor Clouseau baru sahaja dihantar untuk bercuti keluar Perancis oleh ketuanya Inspektor Charles Dreyfus (John Cleese), justeru percutiannya kali ini bertukar menjadi misi memburu Tornado. Bersama beliau membantu menjejak berlian Pink Panther adalah Inspektor Pepperidge ( Alfred Molina) dari Great Brirain, Vincenzo ( Andy Garcia) seorang hartawan dari Italy, Kenji ( Yuki Matsuzaki ) pula pakar elektronic dari Jepun dan Sonia( Aishwarya Rai ) pakar penyelidik jenayah dari India. Mampukah Clouseau dan team antarabangsa menyelesaikan misteri kehilangan cincin berlian Pink Panther dan Magna Carta serta beberapa artifak berharga yang lain? Berjayakah Tornado dikesan dan dihentikan kegiatan jenayah rompak dan menyeludupnya?

Trailer :



The Pink Panther 2 telah menjalani penggambaran sepenuhnya di kota Paris pada Ogos 2007 berakhir di Boston pada tahun yang sama dan melalui filem ini pertama kalinya diperkenalkan logo baru MGM. Filem ini merupakan antara filem 'mesti tengok' bagi Maya bukan sahaja kerana Steve Martin tapi Maya ingin lihat kelainan yang bakal ditampilkan oleh pengarah sekuel kali ini iaitu Harald Zwart ( Hamilton 1998) yang menggantikan Shawyn Levy (Night At The Museum 2006), Harald yang lebih terkenal sebagai pengarah iklan komersial dan video klip merupakan warga Norwegian pertama diiktiraf sebagai ahli Directors Guild of America (DGA). Apakah beliau dapat mengangkat sekuel The Pink Panther 2 ini sehebat garapan beliau dalam filem debutnya Hamilton (1998) ?. Bukan sahaja pengarah bertukar malah Ketua Inspektor Charles Deyfrus lakonan Kevin Kline ( In & Out 1997) digantikan oleh John Cleese (A Fish Called Wanda 1988) dan kalau dalam The Pink Panther 2006 menampilkan bintang Beyonce kini kemunculan pelakon Asia iaitu Aishwarya Rai dan Yuki pula bakal mencuri tumpuan. Apakah lakonan Aishwarya akan lebih berkesan dari lakonannya sebagai anak petani dalam filem Bride And Prejudice ( 2003) atau sebagai imigran dalam The Mistress Of Spices (2005)?.

Filem Lakonan Steve Martin


0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP