Until Death Do Us Part - Jonas

Sabtu, Februari 14, 2009

#113. Tiga filem cinta menarik di TV2

14hb Februari, 2009
Utusan Malaysia



PELBAGAI cara dilakukan oleh masyarakat bagi menyatakan rasa cinta. Lebih-lebih lagi bulan Februari yang dianggap sebagai bulan penuh kasih sayang.Justeru kepada anda yang merancang untuk meluangkan momen-momen indah di rumah hujung minggu ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjanjikan tiga filem menarik bertemakan cinta.

Menerusi Dunia Ria TV2, dua filem Inggeris yang dijanjikan ialah Intolerable Cruely yang bakal bersiaran 10 malam ini dan The Prince And Me pada 15 Februari (esok) pukul 3 petang.

Selain filem Inggeris, kepada RTM turut tidak menghampakan para peminat filem Tamil dengan menjanjikan siaran filem Sillunu Oru Kaadhal juga ditayangkan esok bermula pukul 12 tengah hari.

Intolerable Cruelty mengisahkan, Miles Massey, seorang peguam duda di Los Angeles yang memiliki segala-galanya termasuklah senarai nama pelanggan di kalangan golongan ternama.

Miles yang juga seorang peguam yang memegang rekod kemenangan yang tinggi di mahkamah mula berasa bosan dengan kejayaan yang dianggapnya mampu dimiliki secara mudah. Oleh itu dia mula tercari-cari sesuatu yang lebih mencabar.

Ketika itu, muncul Marylin Rexroth bakal isteri kepada pelanggannya Rex Rexroth, seorang pembangun hartanah yang kaya raya.

Kerana kemahiran yang dimiliki Miles yang mewakili pihak lawan di mahkamah, Marylin kalah dalam sebuah kes dan merancang untuk membalas dendam terhadap Miles.

Filem The Prince And Me pula berkisarkan kehidupan pelajar di sekitar Universiti Winconsin.

Eddie yang merupakan pewaris kerajaan Denmark serta pelajar dari Universiti Edvard baru sahaja ditukarkan ke universiti itu.

Kelakuan pelik Eddie menarik perhatian Paige Morgan, anak gadis kepada seorang peladang di kawasan tersebut.

Hubungan baik mereka berlarutan sehingga membuahkan rasa cinta dan berjaya dihidu oleh wartawan.

Tidak lama selepas itu, disebabkan masalah kesihatan bapanya yang tidak memuaskan, Eddie terpaksa pulang ke negaranya.

Menyedari Eddie adalah cinta sejatinya, Paige mengambil keputusan meninggalkan kerjayanya demi menjejaki Eddie di Copenhagen.

Mengisi slot Spice of India, filem Sillunu Oru Kaadhal mengisahkan gadis kampung bernama Kundavi.

Dia memiliki dua orang rakan karib sejak dari bangku sekolah lagi. Namun, mereka terpisah setelah rakan-rakannya berkahwin dan berpindah.

Bapa Kundavi menjodohkannya dengan Goutham, seorang ketua mekanik yang berjaya. Biarpun pada awalnya mereka tidak saling menyintai tetapi mereka hidup bahagia bersama seorang anak perempuan berusia lima tahun.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP