Until Death Do Us Part - Jonas

Selasa, Februari 03, 2009

#66. Skoop : Antara Melayu dan kuasa mistik

03hb Februari, 2009
Utusan Malaysia
ARDYHANSAH AMAT & RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM

APABILA menyebut filem yang mempunyai unsur kuasa mistik, ia pasti akan mengingatkan kita kepada elemen-elemen seperti roh, hantu, kematian dan lain-lain.Namun, kali ini, ada kelainan yang ingin ditonjolkan oleh KasehDia Pictures iaitu sebuah syarikat komunikasi dan penyelidikan yang dalam proses menerbitkan filem pertama mereka, Haq.

Filem yang bakal memakan belanja sebanyak RM2.5 juta ini telahpun memulakan penggambarannya pada Januari lalu dan akan menemui penonton di pawagam pada akhir tahun ini.

Menurut Pengarah Urusannya, Jumaatun Azmi, filem Haq dihasilkan berdasarkan kehidupan moden manusia hari ini merangkumi cinta, nafsu, keluarga dan sahabat yang berlandaskan falsafah Islam.

Naskhah berkenaan juga akan diterbitkan secara bersama dengan pelakon terkenal, Nanu Baharuddin.

"Haq adalah filem dan jenama pertama kami dalam sektor (perfileman) ini. Kami telah meneliti untuk memilih konsep yang boleh menampung falsafah Islam dan juga mempunyai nilai komersial dan hiburan yang mantap, bagi memenuhi kehendak platform filem tempatan.

"Seperti projek-projek kami yang lain, ada mesej yang hendak kami sampaikan melalui filem ini, tapi ia mestilah dengan cara yang sesuai. Dalam sektor ini, produk kami mestilah menarik dan menghiburkan.

"Untuk mencapai matlamat, Haq akan mempunyai unsur-unsur aksi, thriller dan kisah cinta yang menarik,'' ujar Jumaatun pada sidang media sempena pelancaran filem tersebut baru-baru ini.

Sebelum ini, KasehDia terkenal sebagai syarikat komunikasi dan penyelidikan yang banyak menumpukan kepada promosi dan aplikasi konsep Islam secara kontemporari.

Syarikat ini dikenali menerusi portfolio mereka di dalam sektor halal menerusi World Halal Forum, The Halal Journal dan Halal Guides.

Haq yang merupakan filem pertama terbitan mereka mengisahkan dua orang adik-beradik angkat yang mempunyai kuasa luar biasa.

Konflik bermula apabila mereka diuji dengan keperitan hidup, godaan kemewahan, wanita dan ketidakpastian di antara perkara betul dan yang salah.

Filem berkenaan dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Zul Huzaimy, Nanu, Adi Putra, Raja Farah dan Fatimah Abu Bakar.

Bagi mencetus idea menarik serta hasil yang membanggakan, Haq menyaksikan sentuhan filem itu menggunakan khidmat dua pengarah muda, Fairuz Loy dan C.L Hor.

Bagi Jumaatun, pihaknya mempunyai alasan tersendiri kenapa menggunakan dua orang pengarah bagi filem tersebut.

Katanya, oleh kerana filem ini akan memaparkan kuasa mistik dalam masyarakat Melayu di samping penggunaan mood sinematografi yang berbeza berbanding filem lain, penggunaan dua pengarah ini dilihat sebagai satu jalan terbaik.

Fairuz Loy sebelum ini terkenal sebagai seorang pengarah yang mahir dalam karya-karya berunsur mistik.

Antara karyanya yang menjadi sebutan ramai ialah drama bersiri TV3, Susuk.

Sehubungan itu, Fairuz akan memastikan unsur-unsur mistik dan Melayu akan diterapkan secara baik dalam Haq ini.

Manakala, C.L. Hor pula seorang pengarah di peringkat antarabangsa.

Filem arahannya seperti Kinta 1881, 3rd Generation dan Purple Mirage pula sememganya sudah mempunyai rekod tersendiri.

Kerana itu, Hor akan menunjukkan kebolehannya mengaplikasikan penggunaan komputer dalam Haq kelak.

Malah, Lor melalui syarikatnya Black Box Pictures akan bekerjasama dengan KasehDia Pictures dalam usaha mencari pasaran di peringkat antarabangsa.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP