Until Death Do Us Part - Jonas

Rabu, Mac 04, 2009

#202. Skoop : Buzz

1. Fokus filem baru

SELEPAS mengecapi populariti menerusi filem The Lord Of The Rings: The Return Of The King pada 2003 dan Pirates Of The Caribbean, aktor kacak dari Britain, Orlando Bloom mengakui kini sudah sampai masa baginya mengucapkan selamat tinggal kepada filem fantasi seperti itu.Malah fokus Bloom, 32, kini adalah projek filem barunya. Filem ini berdasarkan buku Fools Rush In oleh penulis dari Amerika dan pembikin filem Bill Carter yang pernah menetap di Sarajevo pada 1992 hingga 1995.

Dalam satu kenyataan, Bloom yang cukup dikenali dengan pembabitannya dalam filem fantasi berbajet besar seperti Lord Of The Rings dan Pirates Of The Caribbean juga mengakui sangat teruja untuk bekerja dalam filem yang tidak membabitkan sebarang teknik kesan khas.“Ini adalah projek dari produksi Hollywood yang sangat besar. Mungkin saya tidak membawa watak sebagai Bill (penulis buku ini) dalam filem ini. Apa yang boleh saya katakan, saya sudah membaca skripnya dan apa yang jelas kepada saya, ia kisah yang memaparkan isu kemanusiaan sejagat,” katanya.

Bloom memberitahu pemberita di Sarajevo selepas pertemuan kru filem itu dengan Datuk Bandar Sarajevo yang turut menjanjikan sumber kewangan dan sokongan lain bagi menjayakan filem berkenaan.Bagaimanapun, Bloom menolak untuk memberikan maklumat lebih terperinci mengenai filem itu kepada wartawan. Fools Rush In mengisahkan kehidupan Carter sebagai petugas perubatan di Sarajevo pada 1993 hingga 1994.Apa yang menarik, ia menceritakan kesukaran dan kegembiraan yang dikongsi Carter bersama penduduk tempatan.

2. Bloom jadi mangsa

TIDAK dinafikan penampilan aktor kacak dari Britain, Orlando Bloom sebagai Will Turner turut membantu kejayaan filem Pirates Of The Carribean hingga diminati peminat di seluruh dunia. Namun, Bloom nampaknya terpaksa akur apabila wataknya dalam sekuel keempat filem itu dimatikan bagi mengu rangkan kos filem berkenaan. Menurut satu laporan akhbar Britain, watak Bloom dianggap tidak penting berbanding pelakon utamanya, Keira Knightley dan Johnny Depp.

Seorang jurucakap Disney memberitahu akhbar Britain, The Daily Star Sunday, Pirates of The Caribbean sudah mencipta kejayaan besar dan mengubah nasib semua pelakon dan kru terbabit dalam filem itu.“Kejayaan itu kerana penampilan aktor Johnny Depp se bagai Captain Jack Sparrow dan aktres jelita Keira Knightley yang membawa watak Elizabeth Swann. Namun, penerbit dan pengarah cuba mengurangkan kos filem itu dan menjadi mangsanya ialah Bloom,” katanya.Selepas meninggalkan filem Pirates Of The Carribean, Bloom kini beralih kepada projek filem barunya, filem bebas mengenai kehidupan di bandar Sarajevo, Bosnia.

Profil
NAMA SEBENAR: Orlando Jonathan Blanchard Bloom
TARIKH LAHIR: 13 Januari 1977
TEMPAT LAHIR: Canterbury, Kent, England
STATUS: Bujang
PROFESION: Pelakon
FILEM: The Lord of The Rings, Troy, Kingdom of Heaven, Pirates of the Caribbean

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP