Until Death Do Us Part - Jonas

Khamis, Mac 19, 2009

#294. LayarSkoop : Azam hasilkan lebih baik berbanding filem

TIDAK kira drama mahupun filem, pengarah seni memainkan peranan penting dalam aspek mencari syot sesuai sebelum penggambaran bermula.Bagi drama JPB, tugas pengarah seni yang dipikul Ahmad Rusli Mohamad Khadri turut mencabar kerana dia bertanggungjawab memilih set atau lokasi yang menarik untuk setiap adegan dipaparkan.

Katanya, penonton meletakkan harapan tinggi pada drama JPB selepas versi filem meraih sambutan hebat. Memikirkan faktor itu, dia sentiasa berazam memberikan hasil kerja lebih baik berbanding versi filem."Apabila cerita daripada filem sehebat JPB dijadikan drama bersiri, penonton pasti mahukan suatu berbeza yang mampu menarik perhatian mereka untuk menonton. Justeru, mereka di belakang tabir perlu merancang setiap adegan dengan teliti untuk memastikan hasil diperoleh adalah terbaik.

"Untuk drama JPB, saya bertanggungjawab mencari syot menarik seperti adegan bayi dimasukkan dalam busut, kubur yang dihantui saka dan bagaimana ia merasuk manusia. Pada saya, cabaran mendapatkan syot dan melakonkan adegan berkenaan sama seperti cabaran menghasilkan sebuah filem.

"Bagi mendapatkan hasil terbaik, saya turut menyumbang idea untuk menjadikan adegan dirakam menjadi menarik. Dalam drama ini, tugas saya banyak membantu pengarah.

"Namun, ada ketika berdepan dengan cabaran apabila pendapat saya dengan pengarah berbeza. Sungguhpun begitu, kami tetap mencapai kata sepakat selepas melakukan perbincangan. Penting dalam sesebuah produksi, perbincangan dilakukan supaya keputusan yang dibuat memuaskan hati semua pihak," katanya.

Ketika bekerja, Rusli, 30, menyatakan faktor masa ketika berada di lokasi penggambaran tidak menentu. Meskipun terpaksa bersengkang mata pada lewat malam hingga awal pagi, dia tetap puas hati apabila melihat hasil penggambaran yang dibuat menepati apa yang dirancang.

"Tidak cukup tidur adalah perkara biasa apabila bekerja dengan produksi. Bagi saya, minat untuk berkerja dalam bidang ini mengatasi segala-galanya hingga saya sanggup menghabiskan banyak masa hanya untuk bekerja.

"Walaupun bekerja di produksi berdepan dengan banyak cabaran termasuk dimaki pengarah, itu semua pengalaman berguna untuk mendisiplinkan diri."Biasanya apabila pengarah maki, perkara itu hanya berlalu di situ saja dan tidak terbawa-bawa hingga ke hari penggambaran seterusnya. Sebagai pekerja, perlu banyak bersabar dengan teguran pengarah. Sejak enam tahun bekerja dalam bidang produksi ini, saya mahu mencabar diri dan meletakkan keyakinan bahawa mampu berikan hasil terbaik dalam kerja yang dilakukan.

"Mengenai cerita seram sama ada drama atau filem, saya berpandangan ia masih mempunyai tarikan kepada penonton. Apa yang saya harapkan, drama JPB mampu mengatasi kehebatan drama Puaka Niyang Rapik apabila ditayangkan nanti," katanya.

Dalam drama ini, teknik kesan khas turut digunakan ketika adegan Ashraf merawat pesakit yang menyaksikan bola merah muncul daripada kuasanya dan air jampi yang berasap. Memberikan cabaran, Rusli turut terbabit membuat busut palsu yang memaparkan adegan watak Wak Hitam (lakonan Wan Hanafi Su) menjumpai bayi dalam busut berkenaan.

Sumber : Harian Metro

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP