Until Death Do Us Part - Jonas

Jumaat, Mac 27, 2009

#347. Mamat tegur pelajar perfileman

APABILA ada masa terluang, Cik Normah melepak dengan kawan-kawan di kafe tempat bertugas. Inilah masanya hendak bertukar-tukar cerita. Kadang-kadang apa yang diceritakan tidak ada kena-mengena dengan kerja. Bersosial macam ini bukan saja boleh mengurangkan tekanan masa kerja tetapi juga dapat mengetahui perkembangan masing-masing.

Seorang daripada kawan Cik Normah bercerita fasal pertemuannya dengan Mamat Khalid. Katanya, sebulan yang lalu Mamat ke Rotterdam, Belanda kerana filem arahannya Kala Malam Bulan Mengambang ditayangkan pada festival filem antarabangsa di Belanda. Mereka yang nak tayang filem itu, kata Mamat lagi.

Macam mana pun, kata pengarah itu, sepanjang pengalaman berada di sana, ternyata banyak organisasi kebudayaan dan seni menyediakan dana kepada karyawan muda untuk menghasilkan filem. Ia dibuka kepada sesiapa saja, bukan kepada orang Eropah, bukan untuk orang Amerika tetapi untuk satu dunia.

Kata Mamat lagi, dia hairan macam mana tidak ada orang Malaysia tahu peluang ini. Kalau ada pun orang Malaysia yang ambil peluang itu, kebanyakannya adalah karyawan muda bukan Melayu. Di mana perginya anak muda Melayu?

Kawan Cik Normah itu bercerita lagi, Mamat kemudian membebel fasal karyawan muda Melayu yang apabila masuk universiti atau sekolah filem, belum apa-apa sudah pasang angan-angan nak jadi pengarah filem. Tapi macam mana nak cari duit untuk buat filem, mereka tak tau pula. Itulah masalah. Pendek kata, pelajar perfileman juga kena belajar berdikari macam mana nak buat filem, bukan setakat belajar apa itu filem. Bila bab nak buat filem, tentu tak cukup bermodalkan teori, air liur dan angan-angan saja dengan harapan duit boleh turun dari langit.

Lepas itu, bila filem sudah siap, takkan nak ditayangkan dalam ruang tamu rumah sendiri untuk ditonton oleh kawan-kawan dan sanak saudara saja.

Cik Normah setuju juga pandangan Mamat itu. Pernah Cik Normah pergi ke program perfileman anjuran pelajar perfileman di beberapa universiti. Semuanya bincang atau bercakap fasal macam mana nak hasilkan karya yang bagus. Berteori saja. Tapi perkara asas iaitu macam mana hendak cari wang buat filem, tidak pula dibincangkan. Macam mana nak jual filem, juga tidak pula dititikberatkan.

Sebab itu, Mamat minta pelajar rajin-rajinlah melayari internet untuk mencari peluang mendapatkan wang bagi buat filem sendiri. Itu juga sebahagian daripada proses belajar.

Sumber : Berita Harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP