Until Death Do Us Part - Jonas

Isnin, Mac 30, 2009

#357.Cinema : 400 tahun dulu

MENGANGKAT kisah kerajaan Langkasuka 400 tahun dulu, karya terbaru daripada sutradara Nonzee Nimibutr ini sesuatu yang menarik untuk ditonton. Begitupun, jika dibandingkan filem ini dengan karya sebelumnya berjudul Nang Nak, tidak banyak yang boleh dibanggakan.MENGANGKAT kisah kerajaan Langkasuka 400 tahun dulu, karya terbaru daripada sutradara Nonzee Nimibutr ini sesuatu yang menarik untuk ditonton. Begitupun, jika dibandingkan filem ini dengan karya sebelumnya berjudul Nang Nak, tidak banyak yang boleh dibanggakan.

Filem ini mengisahkan mengenai Raja Langkasuka yang mati dibunuh dan tempatnya digantikan Puteri Hijau yang menghadapi pelbagai rintangan dalam meneraju negaranya.Mampukah seorang gadis mengetuai kerajaannya dalam berdepan pelbagai halangan musuh yang mahu menakluki kekayaan negaranya? Dibintangi Jarunee Suksawat sebagai Puteri Hijau, watak dibawa aktres ini mempesonakan.Menceritakan seorang gadis yang kebingungan untuk menerajui sebuah kerajaan masyhur ketika itu dijelmakan dengan baik oleh aktres ini. Ditambah pula gandingan Ananda Everingham sebagai Pari, pahlawan hebat yang memiliki kuasa luar biasa.

Menyentuh mengenai pembikinan filem ini, tidak banyak yang boleh dibanggakan. Durasi tayangan terlalu panjang, dimuatkan dengan subplot yang terlalu banyak, memberi impak negatif terhadap filem ini. Jika dilihat kembali, subplot yang dipaparkan kebanyakannya membosankan.Ditambah pula teknik penggambaran yang tidak profesional menjadikan filem ini kelihatan biasa saja. Begitupun, kesan khas ditampilkan serta babak aksi menghidupkan kembali keseronokan menonton filem ini.Imej janaan komputer (CGI) yang menampilkan ikan paus gergasi serta babak Pari menunggang seekor ikan unik berbentuk pari-pari dijelmakan dengan baik.

Bagi penonton yang meminati filem seperti ini, jangan biarkan kelemahan pada cerita mengganggu persepsi anda. Tonton dulu dan kemudian buat kesimpulan sendiri sama ada ia berbaloi atau tidak.

Data

FILEM: Queens Of Langkasuka

PENGARAH: Nonzee Nimibutr

PELAKON: Ananda Everingham, Jarunee Suksawat dan Sorapong Chatree

GENRE: Aksi / Pengembaraan / Fantasi

TAYANGAN: 9 April 2009

Sumber : Harian Metro

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP