Until Death Do Us Part - Jonas

Selasa, Mei 12, 2009

#403. GAFIM Harap Kesepakatan

PERSEDIAAN hari tua bukan saja tertumpu kepada penjagaan kesihatan ketika zaman muda malah ia turut menitikberatkan perancangan kewangan yang sistematik dan mampu membantu pada saat usia meniti senja.Namun, tahap kesedaran menabung untuk kehidupan pada hari tua dalam kalangan penggiat seni di Malaysia masih rendah berbanding negara lain.Di negara maju, golongan artis di sana menyertai simpanan menerusi insurans sosial dan seperti di Itali, badan karyawan seni di negara itu menjadi badan pelaburan yang menguruskan simpanan pelakon dengan cekap untuk manfaat pada hari tua.

Berdasarkan realiti itu, Gabungan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) tampil memberi kesedaran kepada penggiat seni tanah air untuk mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)."Cadangan tabung penggiat seni dalam KWSP sudah lama dibincangkan dan ia adalah cetusan idea Datuk Mustapha Maarof yang ketika itu menyandang kerusi Presiden Gafim."Walaupun Mustapha sudah tidak lagi menjadi presiden, perjuangan skim KWSP untuk penggiat seni tetap diteruskan sehingga hari ini."Sehubungan itu, kami mengambil inisiatif dengan mengadakan Kempen Caruman Sukarela KWSP di kalangan penggiat industri hiburan tanah air," kata Naib Presiden Gafim, Syed Mohamed Hassan Benyahya.

Bercerita mengenai caruman sukarela, kata Syed Mohamed, cadangan itu hanya dapat dilaksanakan melalui persetujuan daripada penerbit.

"Kami tidak boleh memaksa penerbit bersetuju dengan usul ini kerana tiada undang-undang atau akta yang mewajibkan mereka mematuhinya.

"Namun, apa yang kami harapkan adanya kesepakatan antara penerbit dengan artis atas nama budi bahasa untuk simpanan mereka (penggiat seni) pada hari tua," katanya pada sidang media Kempen Caruman Sukarela KWSP di kalangan penggiat seni di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), baru-baru ini.

Sumber : Harian Metro [Oleh Sakini Mohd Said]

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP