Until Death Do Us Part - Jonas

Selasa, Jun 02, 2009

#498. Hargai Penggiat Seni

Selain bersempena hari memperingati pemergian Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, Hari Seniman Kebangsaan dianggap penting bagi menghargai penggiat seni yang banyak menyumbang kepada pembangunan tamadun bangsa.Sewaktu dihubungi, Setiausaha Bahagian Pengurusan Acara KPKK, Mohamad Yusri Hashim menjelaskan, objektif kerajaan mengisytiharkan Hari Seniman Kebangsaan dua tahun lalu dengan harapan dapat memartabatkan bidang seni dan penggiatnya ke tahap lebih tinggi setanding dengan kerjaya profesional lain.

“Selain itu, kita mahu memberi pengiktirafan setara kepada semua pendukung seni yang selama ini bekerja tanpa henti. Ini cara kerajaan menghargai mereka kerana banyak membantu membentuk kebudayaan tempatan.“Lebih daripada itu kita mengharapkan dengan adanya aktiviti yang dirancang sepanjang sambutan Hari Seniman Kebangsaan, ia dapat mempertingkatkan lagi tahap apresiasi dan penghayatan masyarakat terhadap seni itu sendiri.“Ingin saya tegaskan di sini, seni yang disentuh membabitkan skop yang luas dan tidak terhad kepada lakonan mahupun nyanyian. Ia sebaliknya merangkumi bidang penulisan, seni halus, khat dan seni tampak,” katanya.

Tema Hari Seniman Kebangsaan tahun ini adalah Seniman Menjunjung Negara yang membawa maksud setiap karya dihasilkan penggiat seni ini perlu meletakkan negara sebagai keutamaan.

“Ingin saya perjelaskan di sini, sambutan Hari Seniman Kebangsaan turut membabitkan semua kaum. Ini bagi menyahut seruan kerajaan yang mahu mewujudkan Satu Malaysia.

“Mengambil contoh Afrika, apabila seni berjaya mengangkat masyarakat mereka menjadi terkenal hingga ke serata dunia. Penggiat seni ibarat potret kepada pembangunan sosial dan budaya tempatan,” katanya.

Seperti tahun lalu kali ini kementerian bergabung tenaga dengan agensi di bawahnya untuk menganjurkan pelbagai acara.

Ia dimulakan dengan majlis tahlil yang akan dilangsungkan malam ini di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Hulu Klang. Semua penggiat seni tidak kira penyanyi, pelakon mahupun mereka yang aktif di belakang tabir dijemput.

Jelas Yusry, ia bukan saja untuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee, tetapi membabitkan semua penggiat seni yang sudah tiada dan banyak berjuang dalam bidang masing-masing serta memberikan sumbangan kepada negara.

“Selain itu menerusi Istana Budaya, kita menganjurkan pementasan teater dan muzikal seperti Mana Setangginya yang akan dipentaskan pada 13 hingga 21 Jun dan konsert Untukmu Sudirman (4 hingga 6 Jun).

“Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) pula akan menganjurkan pertandingan Tiru Macam Saya Saloma dan bacaan puisi bertemakan Warisan Seniman yang pada 26 dan 27 Jun ini,” katanya.

Bagi mengangkat kembali warisan tradisi Melayu lama, KPKK akan menganjurkan pameran dan persembahan membabitkan seni tari Menora, Mek Mulung dan Rodat pada 2 hingga 6 Jun ini di Pasar Budaya.

Untuk acara penutup satu program khas rasmi iaitu majlis makan malam meraikan seniman akan diadakan di Angkasapuri dengan diikuti persembahan khas membabitkan artis baru dan lama.

Sumber : Harian Metro [29/05/2009]
Oleh Rudy Imran Shamsudin

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP