#600. Berehat Seketika [till we meet again]
Salam buat semua pembaca Layar,
Maya ingin mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga pada semua yang sudi singgah membaca blog Layar. Maya mungkin tidak dapat menulis dalam waktu terdekat kerana keadaan kesihatan Maya tidak mengizinkan dan Maya terpaksa dirawat di Hospital buat suatu jangka waktu tertentu. Tidak sekali-kali mengucapkan Selamat Tinggal pada semua tetapi memberitahu agar semua teman2 tidak tertanya-tanya kemana hilangnya Maya. Maya ingin memohon ampun dan maaf kepada teman2 blogger dan pembaca andai terdapat kata-kata, komen mahupun pandangan Maya menyinggung hati dan perasaan. Segala yang buruk dan hina itu semuanya dari diri Maya yang penuh kekurangan dan kelemahan. Ampunkan Maya dan Maya berharap andai diizinkanNYA Maya panjang umur, Insyaallah setelah tamat tempoh rawatan dan Maya sihat, Maya akan kembali menulis. Sehingga itu sambutlah salam sayang dari Maya buat semua teman-teman blogger dan semua pembaca yang Maya sayangi.
Salam dan Terimakasih.
Sayang Selalu
Maya