Until Death Do Us Part - Jonas

Rabu, Januari 21, 2009

#1. Isu : Pelajar Perfileman Tidak Minat Tengok Filem

31hb Disember, 2008
Berita Harian

ADAKAH institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan pengajian perfileman lebih cenderung untuk menghasilkan penuntut menjadi pembikin filem daripada menghargai seni filem?

Dalam erti kata lain, selepas tamat pengajian, mereka hanya ada cita-cita untuk jadi penerbit, pengarah, pelakon atau krew tetapi tiada langsung yang berminat untuk menjadi penonton dan seterusnya memberi sokongan terhadap industri perfileman, terutama filem tempatan.

Perkara inilah yang ditimbulkan oleh Dekan Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, Profesor Dr. Hatta Azad Khan, berkata negara ini sudah ada banyak sekolah seni termasuk yang mengajar program filem di universiti awam dan swasta dengan setiap program filem mengajar kaedah pembikinan filem dengan pendekatan yang berbagai tetapi amat mementingkan kualiti.w

“Graduan universiti juga sewajarnya menjadi intelek budaya sekalipun mereka tidak belajar filem. Graduan yang belajar di universiti di luar negara juga adalah golongan intelek yang celek dan cerdik filem.

“Kalau mereka semua menonton filem Malaysia yang bermutu, sepatutnya kita sudah mempunyai lebih dari sejuta penonton filem yang berfikir. Tapi di mana mereka? Saya tahu mereka boleh membaca akhbar dalam bahasa Malaysia dan Inggeris dan mereka juga membaca lawan web dan blogs. (Tetapi) Kenapa mereka tidak menonton filem Melayu di pawagam? Kita tak perlu tempuh yang lama, kerana golongan ini sudah sedia ada di kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Dr Hatta juga berpendapat kemudahan dan prasarana yang disediakan oleh kerajaan dan swasta sebenarnya mencukupi malahan di sesetengah keadaan, menonton filem pada sekarang sebenarnya lebih baik dan selesa.

“Prasarana yang bagaimana lagi kita mahukan? Pawagam sudah wujud di hampir kesemua pusat membeli-belah. Untuk ke pawagam cukup mudah. Anda boleh membawa keluarga menonton, makan minum, membeli-belah di bawah satu bumbung. Tempat letak kereta juga berbumbung, tidak perlu risau tentang panas atau hujan. Tapi kenapa penonton filem tempatan majoritinya golongan remaja?

“Di luar negara, bahkan di negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand semua golongan menonton filem di pawagam. Kenapa golongan pertengahan umur kita takut ke pawagam? Apa yang mereka takutkan?

Filem, teater dan apa saja persembahan yang berkait dengan kesenian adalah untuk semua golongan. Barangkali kita patut sediakan surau di sebelah atau berdekatan sinepleks supaya golongan ini tidak terlepas solat lima waktu jika datang menonton filem. Tapi saya rasa setiap pusat beli-belah memang sudah sedia ada surau, mungkin perlu lebih dekat dengan cineplex,” jelasnya.

Mengenai soal kualiti filem yang sering digembar-gemburkan oleh pengkritik dan penonton, beliau berpendapat itu semua sebenarnya bersifat andaian semata-mata kerana perkara itu (kualiti filem) bersifat subjektif.

“Pada saya apa saja yang dipersembahkan untuk tatapan umum, filem, teater, dramatari, atau apa saja perlu bermula dengan cerita dan skrip yang baik dan bermutu. Dengan sebuah skrip yang baik seorang pengarah dan pelakon hingusan pun akan mempunyai peluang untuk menjadi baik, tapi dengan skrip yang buruk, pengarah dan pelakon yang baik sekalipun tidak akan mampu menghasilkan filem yang bermutu. Itu kata mendiang Akira Kurosawa, saya hanya menyesuaikan petikan ini dengan keadaan tempatan,” jelasnya.

Dr Hatta juga mencadangkan supaya dibuat satu kajian mendalam mengenai tabiat penonton termasuk latar belakang mereka untuk dijadikan panduan kepada penerbit filem tempatan menghasilkan filem pada masa akan datang.

“Elok kita buat satu kajian selidik atau tinjauan kepada penonton itu sendiri: apa yang mereka rasa tentang status penontonan mereka? Cakap pasal kelas ini agak sensitif, nanti orang marah.

“Mana ada orang yang nak mengaku dia penonton yang tak ada kelas? Pada saya filem tempatan atau filem import sama saja, dua-duanya ada yang baik dan ada yang buruk. Tidak semua filem import itu bermutu,” katanya apabila menjawab pertanyaan adakah penonton tempatan berasakan statusnya jatuh apabila menonton filem tempatan berbanding menonton menonton filem import meskipun filem import itu tidak berkualiti langsung?

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP