Until Death Do Us Part - Jonas

Rabu, Januari 21, 2009

#2.Isu : Pelan Tindakan Sejuta Penonton Di Rangka PFM

31hb Disember, 2008
Berita Harian

PERSATUAN Pengeluar Filem Malaysia (PFM) menggariskan lima cadangan yang disifatkan sebagai Pelan Tindakan Ke Arah Sejuta Penonton Filem Tempatan.

Pelan itu ialah meningkatkan nilai dan mutu filem; meningkatkan kempen pemasaran; meningkatkan kerjasama dengan pawagam; sokongan kerajaan dan dana industri pembangunan industri perfileman negara. Menambah nilai dan mutu filem Malaysia adalah dengan menghasilkan karya kreatif dan komersial seperti mempelbagaikan genre filem tempatan. Ini membabitkan penghasilan skrip dan konsep, meningkatkan kreativiti sutradara, sinematografi, memantapkan persembahan pelakon selain memberi perhatian terhadap penghasilan set dan busana.

Presiden PFM, Ahmad Puad Onah berkata, persatuan mencadangkan supaya pemilik panggung memperluaskan pengedaran dengan mempercepatkan kewujudan rangkaian Digital Cinema (D Cinema) sekaligus meringankan kos pengedaran.

Selain itu, katanya, dipercepatkan pembukaan pawagam di Perlis, Kelantan, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan serta mengenal-pasti kawasan-kawasan perumahan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

“PFM juga turut meminta mereka menyediakan laporan penjualan tiket secara “online” yang telus dan cepat. Kita juga mahu Finas mengemas kini Skim Wajib Tayang dan memastikan pemilik pawagam sentiasa akur dengan syarat-syarat yang disediakan,” katanya.

Katanya, kerajaan juga dicadangkan supaya mewujudkan Dana Pembangunan Industri Filem dengan melaksanakan Cukai Filem Asing iaitu setiap tiket untuk filem import dikenakan levi sebanyak RM1.50.

Menurutnya, jumlah dana yang boleh dikumpul berdasarkan prestasi semasa ialah RM44.6 juta setahun dan ia boleh digunakan untuk ‘macthing grant’ serta geran untuk pawagam beralih ke sistem D Cinema.

Ahmad Puad berkata pada masa sama, dana filem lain juga patut dikaji seperti meningkatkan Tabung Filem Cereka dari RM50 juta kepada RM100 juta. “Kita juga mencadangkan supaya diadakan dana sebanyak RM100 juta untuk prasarana pawagam D Cinema selain dijadikan ‘macthing grant’ bagi filem bercorak patriotik atau epik yang mencerminkan budaya Malaysia,” katanya.

FAKTA

* Anggaran Saiz Pasaran = RM 330,000,000 setahun (lebih kurang 33,000,000 tiket) dengan filem Barat menguasai 65% pasaran box office, filem Bahasa Cina 15%, Bahasa Malaysia 10% dan Bahasa Asing yang lain 10%.

* Pengedar filem Malaysia mengedarkan secara purata 35 print bagi setiap judul filem dengan kos pengedaran dianggarkan sekitar RM4,000 bagi setiap lokasi.

* Kos penerbitan filem Malaysia secara purata adalah RM1.2 juta sementara RM300,000 untuk pemasaran.

* Tiada pawagam di Perlis, Kelantan, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan

* Masalah cetak rompak masih berleluasa (DVD haram biasanya akan berada di pasaran 2 minggu selepas tayangan di pawagam).

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP