Until Death Do Us Part - Jonas

Rabu, Januari 28, 2009

#40. Skoop : M. Jamil Kembali Dengan Cerita Momok

17hb Januari, 2009
Berita Harian
Nurulhisham Abdul Latiff

Satu lagi filem seram tempatan yang bakal gempar panggung wayang kita

TAHUN ini, nampaknya syarikat produksi terus berlumba-lumba menghasilkan filem Melayu, menyedari potensi besar yang dimiliki filem tempatan. Seandainya tahun lalu menyaksikan kira-kira 25 judul filem tempatan ditayangkan, tahun ini jumlah yang lebih kurang sama pasti akan menggegarkan pawagam.

Pada ketika penggambaran Remp-It V3 terbitan Metrowealth rancak dilakukan, sebuah lagi filem dijadualkan memulakan penggambaran pada 15 Januari lalu. Kali ini, Galaksi Seni Sdn Bhd (GSSB) yang dengan kerjasama Finas menerbitkan filem berjudul Momok the Movie (MTM), sebuah lagi judul seram untuk tontonan penggemar filem tempatan.

Menurut pengarahnya, M Jamil, Momok the Movie pernah dihasilkan dalam format VCD pada tahun 2004 ini mendapat sambutan memberangsangkan.

Ia diilhamkan daripada pementasan teater dan pameran Hantu-Hantu Yang Saya Kenali anjuran Jabatan Antikuiti Muzium Negara pada 2003/04.

"Tidak keterlaluan jika dikatakan Momok ialah pencetus kepada genre filem seram. Selepas Momok, terhasillah filem seram seperti Pontianak Harum Sundal Malam, Pontianak Menjerit sehinggalah filem seram terkini yang mendapat sambutan hangat iaitu Jangan Pandang Belakang.

"Filem genre seram juga masih mendapat sambutan hingga sekarang. Saya berkeyakinan Momok the Movie masih relevan dengan pasaran filem ketika ini kerana isu seram ialah isu yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas," katanya.

Katanya, Momok the Movie ialah cerita rakyat yang pasti mampu mengembalikan nostalgia orang ramai. Jika ia berjaya dibuat secara visual atau dalam bentuk gambar, persembahannya pasti dibuat sejujur yang boleh berdasarkan cerita dan tempat kejadian sebenar.

"Saya akan lakukan sebaik mungkin mengikut ilmu dan kemampuan yang saya ada, berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang seni dan produksi. Apa-apa kemungkinan sambutannya pula akan menentukan hala tuju saya dalam industri ini," ujar Jamil.

Selain Julia Ziegler sebagai pontianak, Mimi Rahzia sebagai hantu sampuk, Baby Faralina sebagai hantu di langkah kucing hitam, Siti Mariam sebagai pocong, Hanis Zalikha menjadi Puteri Bunian dan Seela Devi Manorajithan sebagai Mohine - hantu badi mayat, pelakon lain yang membintangi filem ini ialah Datuk Aziz Sattar, Datuk Sarimah, Nabil, Faizal AF4, Mama Rina dan ramai lagi.

Selain Kampung Sanggang Seberang di Temerloh Pahang, lokasi lain bagi filem ini ialah Gunung Senyum, Temerloh, Mentakab, Kuantan dan Pekan, Pahang serta di Teluk Intan, Perak. Penggambaran dijangka akan selesai dalam masa 35 hari.

Pihak GSSB dikatakan membuat persiapan dan perancangan teliti memandangkan Momok the Movie ialah filem yang yang dibuat berdasarkan cerita dan lokasi sebenar kejadian yang berlaku. Khidmat seorang pawang juga digunakan bagi memastikan tiada `gangguan' berlaku di lokasi.

Filem Momok the Movie mengisahkan Adlin yang bekerja di Bintulu, Sarawak, pulang ke kampungnya untuk bercuti. Seperti biasa, setiap kali pulang ke kampung, Adlin bertandang ke Warung Pak Ajis untuk menikmati Mee Calong dan bersembang kosong. Kepulangannya kali ini untuk bertemu ibunya Mak Ton, adiknya Isham dan Esah, selepas berada enam bulan di Bintulu. Kepulangan itu membawa pengalaman yang tidak akan dilupakan olehnya sepanjang hayat.

Bersama, Kadir, teman sekampung, Adlin ke warung Pak Ajis. Pelbagai kejadian dan petanda yang seolah-olah menunjukkan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Apabila sampai di warung terletak di tepi tebing sungai di hujung kampung, seperti biasa mereka mula bersembang sehinggalah kepada cerita mengenai kisah-kisah seram.

Pak Ajis, Adlin dan Kadir juga mendapat teman bercerita, Noniswara, gadis India pekerja kilang yang diganggu peristiwa seram menaiki bas tanpa pemandu ketika pulang dari kerja pada malam itu.

Cerita kisah pontianak, pocong, orang bunian, badi mayat, mayat hidup di langkah kucing hitam dan sampuk menjadi cerita mereka berempat pada malam itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP