Until Death Do Us Part - Jonas

Rabu, Januari 21, 2009

#5. Cinema : 2.5juta Selepas 10 Hari Tayang

02hb Januari, 2009
Berita Harian
Serimah Mohd Sallehuddin

Kutipan kasar filem Histeria mampu capai sasaran walaupun bersaing sengit

FILEM pertama arahan James Lee, Histeria keluaran Tayangan Unggul pada mulanya tidak diandaikan mampu mencatat kutipan box-office.Ini kerana selain menampilkan pengarah baru dalam arus filem perdana, Histeria juga menyandarkan pelakon baru dan tidak ‘menjual’ nama pelakon besar, menjadikan tidak ramai menjangkakan filem yang berada di pawagam sejak 18 Disember lalu mampu meraih kutipan tinggi.

Bagaimanapun selepas lima hari ditayangkan, Histeria yang dijayakan Liyana Jasmay, Scha, Talya, Ainul Aishah, Yana, Rianna serta ramai lagi berjaya membuka mata pemerhati filem tempatan apabila berjaya mengutip RM 1.1 juta.

Secara keseluruhannya selepas 10 hari ditayangkan, kutipan filem itu meningkat dengan pantas iaitu sebanyak RM2.3juta walaupun menghadapi saingan sengit daripada filem terbitan Metrowealth, Brainscan: Aku dan Topi Ajaib serta beberapa filem dari luar.

James Lee ternyata bijak memikat penonton untuk ke pawagam dengan memilih genre seram sebagai pertaruhan ia paling digemari penonton tempatan. Bagaimanapun, James tidak mengambil kesempatan dengan kecenderungan penonton selain memastikan setiap karya yang dihasilkan benar-benar berkualiti dan dapat memuaskan hati penonton.

Penerbitnya, Gayatri Su-Lin Pillai, berkata Tayangan Unggul tidak meletakkan sasaran yang tinggi sebelum filem itu menemui penonton.

Sebaliknya, mereka lebih selesa dengan sasaran realistik sekitarRM 2.8 juta. Bagaimanapun dengan pergerakan pantas yang ditunjukkan Histeria, pihaknya yakin filem itu mampu melepasi sasarannya setelah siarannya tamat kelak.

“Kami tidak menjangka Histeria mampu mencatat kutipan tinggi dalam tempoh singkat. Setakat ini, angka yang berjaya dikutip filem ini setanding dengan Gangster dan Baik Punya Cilok selepas hampir dua minggu ditayangkan.

“Apatah lagi dengan kehadiran filem Brainscan ketika Histeria sedang ditayangkan menyebabkan kami tidak meletakkan sasaran yang besar. Bagaimanapun dengan catatan kutipan yang berjaya dicapai dalam tempoh 10 hari, kami mengharapkan Histeria mampu melepasi sasaran yang kami letakkan.

“Kami yakin kutipan Histeria mampu melepasi sasaran RM2.8 juta memandangkan kita masih mempunyai tempoh sehingga 15 Januari depan sebelum sebuah lagi filem terbitan Tayangan Unggul, Maut berada di pawagam.

“Saya amat berharap kutipan keseluruhan yang akan dicatatkan Histeria menutup tirai tahun ini dengan berita menggembirakan,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum menemui penonton di pawagam, Histeria terlebih dulu ditayangkan kepada pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang penghujung Oktober lalu untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka.

Ini kerana kata Gayatri, setelah melalui sendiri proses penggambaran dan penyuntingan, dia dan James buntu babak mana yang dapat menyentap jiwa penonton.

Tayangan itu ternyata mendapat maklum balas positif daripada pelajar USM dan ia sedikit sebanyak memberi perangsang kepada mereka.

Gayatri mengakui filem seram mudah menarik penonton untuk ke pawagam, namun katanya ia masih perlu bergantung kepada skrip serta jalan cerita yang menarik.

“James sendiri pada mulanya risau kerana ini adalah filem komersial pertamanya. Sebelum penggambaran dimulakan dia menyuarakan kebimbangannya apakah filem pertama arahannya akan diterima.

“Memang tidak dinafikan filem seram mudah dijual tetapi ia tetap bergantung kepada skrip yang baik bukan hanya bersandarkan kepada genrenya saja.

“Sebagai penerbit, saya gembira kerana filem yang tidak begitu dibincangkan sebelum ini mampu meraih kutipan yang bagi saya amat memuaskan dan ia adalah satu permulaan yang baik untuk James serta industri,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP