Until Death Do Us Part - Jonas

Rabu, Januari 21, 2009

#8. Skoop : Inspirasi Dari Kembar Siam

06hb Januari, 2009
Berita Harian
Zaidi Mohamad

Penerbitan filem 2 Hati 1 Jiwa tercetus daripada nasib pasangan Laleh dan Lidan

SUKA duka dua wanita kembar Siam dari Iran, Laleh Bijani dan Ladan yang meninggal dunia dalam operasi pembedahan bersejarah pada 2003 lalu, menjadi inspirasi kepada pengarah Profesor A Razak Mohaideen mengarahkan filem ke-29 berjudul 2 Hati 1 Jiwa. Berbekalkan peruntukan kewangan sebanyak RM1.5 juta beliau kini sedang rancak menyiapkan filem ini dengan harapan dapat ditayangkan November depan.

Hasrat membikin filem realism ini sudah lima tahun dipendam Profesor Razak, namun cuma pada tahun ini ia mampu diusahakan melalui kajian, penyelidikan dan mengikuti perkembangan Laleh dan Ladan, ia sekali gus menaikkan semangatnya.

Berkesempatan ke lokasi penggambaran filem ini di Sunway Lagoon baru-baru ini, beliau menjelaskan, antara teknik terbaru yang turut digunakan dalam karya terbarunya ialah cantuman dua gambar dalam suasana masa dan latar yang berbeza.

Biarpun filem yang mengutamakan isu kembar pernah dibuat, Profesor Razak masih berani menjadikan subjek kembar bercantum sebagai topik utama dengan olahan cerita berbeza.

Untuk watak kembar ini, ia ditangani dua pelakon, Fouziah Gous sebagai Lana dan Yasmin Hani (Lina). Biarpun tidak ramai kembar sebegini mampu meneruskan hidup dengan peratusan kurang daripada satu peratus di dunia, Profesor Razak melihat kisah ini mampu dikembangkan untuk tatapan penggemar filem tempatan.

“Filem ini ditujukan khas buat pasangan kembar yang meninggal dunia (Laleh dan Ladan), walaupun kita tidak pernah kenal dan berkomunikasi dengan keluarga mereka. Pengalaman lepas menghasilkan filem yang menggunakan solekan dan kesan khas, sedikit sebanyak membantu untuk membuat filem ini.

“Ini adalah cerita realiti dan saya percaya ramai orang di luar sana yang nak tahu kisah sebegini dan mahu melihat bagaimana kehidupan insan istimewa ini berlaku.

“Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Seri Ibrahim Abu Shah juga ditampilkan dalam babak khas apatah lagi beliau memang cukup dikenali sebagai insan yang cukup prihatin terhadap golongan istimewa yang menjadi pelajar di universitinya,” katanya.

Buat filem ketika cuti semester

PELAKON dan juga penerbit drama syarikat Pena Creatives Sdn Bhd, Ziela Jalil yang turut berlakon di dalam filem ini sebagai ibu kepada Lina dan Lana, kagum dengan corak kerja Profesor Razak hingga membuatkan hatinya tersentuh apabila setiap kali memulakan dan mengakhiri penggambaran iaitu diiringi doa memohon keberkatan. Menurut Profesor Razak, sejak mengarahkan filem pertama hinggalah sekarang berkata, hal yang diperkatakan Ziela sudah menjadi rutin kerjanya selama ini.

Katanya, beliau sentiasa terbuka memberi peluang kepada pelajarnya di UiTM untuk mengutip pengalaman bekerja di bawah syarikatnya.

“Ia sebagai latihan awal kepada mereka sebelum ke alam realiti dunia pekerjaan.

“Itu pendekatan yang saya gunakan memohon dielakkan daripada terjadi perkara yang tidak diingini. Ia juga satu contoh dan teladan kepada krew yang terbabit termasuk pelakon di samping berdoa supaya filem yang dihasilkan akan menjadi berjaya.

“Selalunya penggambaran filem saya lakukan sewaktu pelajar bercuti semester dan daripada situ mereka boleh menimba peluang selok belok pengarahan. Pelajar saya yang memohon untuk bekerja dan membuat praktikal di bawah seliaan saya dan sebagaimana kebiasaan mereka dibayar secara profesional seperti di tempat lain,” katanya yang memberitahu sinopsis filem ini turut dipersembahkan di Pasar Filem Amerika yang dihadirinya November lalu hingga ia menarik minat pengedar di sana yang berminat dengan subjek kembar ini yang dilihat universal.

Selepas 2 Hati 1 Jiwa, Profesor Razak bercadang untuk mengarahkan filem dengan judul sementara Empat Madu dengan menampilkan pelawak terkenal sebagai watak utama.

Menurutnya, beliau juga bakal mengarahkan filem sejarah epik membabitkan kerjasama Malaysia dan Australia yang kemungkinan besar penggambarannya dapat dimulakan akhir tahun ini.

“Filem itu diberi judul Between Two Sky atau Antara Dua Langit. Filem ini akan mendapat kerjasama beberapa pihak termasuk FINAS dan menggunakan pangkalan tentera di Malaysia dan di sana,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP