Until Death Do Us Part - Jonas

Rabu, Januari 21, 2009

#7. Skoop : Kecoh Betul Selepas Akhirat

05hb Januari, 2009
Berita Harian
Zaidi Mohamad

Walaupun penggambaran belum selesai, penerbit sudah rancang terbit Kecoh Betul bahagian 2.

BERBEKALKAN modal RM 1.8 juta dan semangat baru, S Baldev Singh bangkit mengarahkan filem Kecoh Betul terbitan White Merpati Entertainment, anak syarikat Sri Saheb Productions yang sebelum ini menerbitkan filem Akhirat.Menurutnya, biarpun filem Akhirat tidak mendapat sambutan, dia secara peribadi menganggapnya masih berjaya dan seterusnya memberikan azam untuk menerbitkan filem kedua pula.

Baldev sudah 24 tahun berkecimpung dalam industri perfileman dan mendakwa pernah mengarahkan filem di Indonesia dan India. Syarikatnya juga adalah pembekal dan penerbitan program Irama Bollywood yang disiarkan di RTM. Selain itu, dia juga pernah menerbitkan program berbentuk majalah di Astro.

Walaupun sebagai filem komedi, Kecoh Betul masih membawakan mesej berguna mengenai apa yang sering terjadi kepada masyarakat kita, namun tidak disampaikan secara serius.

Kecoh yang cuba digambarkan di dalam filem ini ialah mengenai gambaran gejala sosial seperti Along, melepak dan merempit. Manakala, ungkatan Betul pula merujuk kepada dalam setiap kesilapan perlu ada proses pembetulan untuk menjadi lebih baik.

Antara pelakon yang terbabit dalam filem ini ialah Datuk Aziz Sattar, Sheila Mambo, Bell Ngasri, Yatt, Nabil, Diana Danielle serta bakat baru dikenali sebagai Shah R.

Biarpun penggambaran filem ini belum selesai, Baldev tidak teragak-agak untuk memaklumkan bahawa pihaknya sudah bersiap sedia untuk menerbitkan Kecoh Betul bahagian kedua.

“Mengikut perancangan Kecoh Betul akan sambungannya. Besar kemungkinan juga filem ini akan dijadikan drama siri dan masih mengekalkan Nabil sebagai teraju utamanya.

“Pada Julai 2009, saya akan terbitkan filem seram menampilkan Diana Danielle yang belum ditentukan judulnya.

“Gandingan tiga pelawak daripada generasi berbeza, Datuk Aziz Sattar, Saiful Apek dan Nabil antara tarikan untuk penonton. Saya tidak ada masalah dengan Nabil dan begitu juga dengan pelakon lain,” katanya sewaktu Hip ke lokasi penggambaran filem ini di Jalan Hamzah, Kampung Baru pada 24 Disember lalu.

Pemilihan Kampung Baru sebagai lokasi utama filem Kecoh Betul mempunyai ceritanya tersendiri.

Kata Baldev, Kampung Baru menjadi simbol bagi orang Melayu kerana di sebalik Kuala Lumpur sangat pesat maju, tetapi penduduknya masih mengekalkan suasana dan budaya Melayu sejati.

“Biar kita maju ke depan sekalipun, persekitaran dan budaya Melayu masih kekal ada di Kampung Baru. Lupakan mengenai isu warga asing yang membanjiri Kampung Baru, sebaliknya daripada rumah kampung yang digunakan sebagai sebuah lokasi penggambaran, kita masih akan nampak mercu tanda kebanggaan Malaysia seperti KLCC dan Menara Kuala Lumpur.

“Seperti filem Akhirat yang diadaptasi daripada kisah benar adik tiri perempuan saya yang dihasilkan dengan sepenuh kasih sayang, Kecoh Betul juga menerapkan mesej yang boleh dijadikan teladan.

“Kehadiran Pak Ajis (Datuk Aziz Sattar) dalam filem ini juga akan mengimbas kenangan dan pengalamannya di Jalan Ampas,” katanya yang dibantu Ikhzal Azfarel sebagai pembantu pengarah.

Aziz Sattar syukur kesihatan baik

SEMENTARA itu, Aziz berkata dia bersyukur kerana kesihatannya semakin baik sehingga boleh memulakan penggambaran untuk filem Kecoh Betul.

Sebelum ini, beliau dimasukkan ke hospital pada 20 Disember lalu kerana asma. Pelakon berusia 83 tahun itu berkata, dirinya bahagia apabila diundang berlakon dalam filem itu.

Katanya, tanpa mengira watak yang diberikannya, dia sebenarnya lebih teruja kerana dapat bergandingan dengan dua pelawak generasi muda iaitu Saiful Apek dan Nabil.

“Soal penyakit itu menandakan saya sudah ‘senja’ dan tidak mampu mengelak cubaan daripada Allah Taala. Ia menguji sejauh mana kesabaran kita dan ingatan kita terhadapNya.

“Mengenai lakonan pula, walaupun sudah 56 tahun dalam industri, tidak semestinya saya sudah cukup bagus kerana penonton yang menilai kita. Kedatangan bakat baru menandakan satu semangat dan persaingan yang sihat.

“Nabil sebagai contoh, dia kacak dan berbakat. Dia boleh melawak secara spontan dan begitu juga dengan Saiful Apek. Mereka memang sama-sama bagus,” katanya yang akan terbabit dengan filem Momok arahan M Jamil.

Menurutnya, selagi hayat di kandung badan, dia akan terus memanjangkan legasi seninya selain berharap filem Melayu terus mendapat sambutan baik daripada penonton.

“Kalau nak bandingkan zaman saya dulu dengan sekarang memanglah jauh beza. Zaman sekarang lebih sengit persaingan sebab sudah ada banyak medium seperti TV dan laman siber, berbanding zaman saya dulu yang hanya ada radio semata-mata.

“Jika kita tidak betul-betul komited memartabatkan dunia seni, nescaya kita akan kecundang kerana persaingan sentiasa terbuka. Tidak semua filem Barat bagus dan industri filem kita sendiri ada kelemahan dan kekuatannya. Dapat setanding dengan filem luar pun sudah memadai dan lebih baik jika kita berjaya mengatasi mereka,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP