Until Death Do Us Part - Jonas

Selasa, Februari 17, 2009

#125. Punisher : War Zone (2008)

" Vengeance Has a Name "

Tajuk Filem : Punisher : War Zone (2008)
USA/CANADA/GERMANY (Lions Gate Films, MHF Zweite Academy Film, Marvel Enterprises, Marvel Knights, Media Magik Entertainmen, Red Corner Productions, Valhalla Motion Pictures)103min Color
Genre : Aksi, Thriller, Jenayah
Tarikh Rilis : 05hb December, 2008 (USA),
Tayangan : 19hb Februari, 2009 (M'sia)
Web Filem : http://www.punishermovie.com/
Direktur : Lexi Alexander
Produser : Gale Anne Hurd
LakonLayar : Nick Santora, Art Marcum, Matt Holloway
Muzik : Michael Wandmacher
Sinematografi : Steve Gainer
Pelakon : Ray Stevenson, Dominic West, Doug Hucthison, Collin Simon, Julie Benz
Plot : Frank Castle yang dikenali sebagai Punisher meneruskan misi dendamnya membenteras jenayah sehingga terbunuh salah seorang agen FBI yang sedang menyamar sebagai penjenayah. Walaupun Frank berjaya menumpaskan ketua Mafia, Gaitano Casera namun salah seorang anggota mafia Billy Russoti berjaya melarikan diri namun berjaya dicampak oleh Punisher kedalam mesin penghancur kaca tetapi berjaya pula diselamatkan oleh konco-konconya dan setelah kecederaan dimukanya berjaya dibaiki, beliau menukar nama kepada Jigsaw dan berazam membalas dendam pada Punisher bersama bergandingan dengan adiknya yang juga pesakit otak merupakan ancaman maut buat Punisher.

Trailer :


Pesta darah kembali lagi menyimbah skrin sinema dengan aksi maut Frank Castle aka Punisher seorang vigilante (seorang yg tidak mempercayai bahawa undang-undang dapat menegakkan keadilan lalu mengambil inisiatif dan cara sendiri menghapuskan penjenayah hingga melampaui batas undang-undang). Punisher : War Zone merupakan filem ketiga dalam siri adaptasi komik keluaran Marvel berjudul The Punisher yang pertama kali diadaptasikan ke filem dengan judul yang sama pada tahun 1998 menyaksikan Dolph Lundgren sebagai Punisher kemudiannya di-reboot pada tahun 2004 dengan Thomas Jane sebagai Punisher disamping John Travolta sebagai villain (watak jahat) dan kini di-reboot sekali lagi dengan menyaksikan aktor Irish, Ray Stevenson (Rome :2005-2007) melakonkan watak Punisher manakala watak jahat dilakonkan oleh Dominic West (300 -2006). Filem ini memilih Quebec dan Montreal di Kanada sebagai lokasi pengambaran diselubungi dengan pelbagai kontroversi dan bertambah malang setelah ditayangkan hanya mampu menduduki carta pungutan terendah diantara filem adaptasi komik Marvel.

Maya berkesempatan menontonnya pada sabtu lepas dan Maya rasakan filem ini tidaklah seburuk yang ditulis diinternet dan Maya percaya bagi peminat filem aksi thriller pasti inilah filem yang dinanti-nantikan. Dari minit pertama filem diputarkan hingga keminit akhir hanya aksi pertarungan menjadi santapan mana tidaknya tirai dibuka dengan aksi Punisher bergayut atas lampu chandeliar dan dengan dua machine-gun ditangan berjaya membunuh Gaitano Casera, ketua mafia dan konco-konconya yang sedang menjamu selera, bukan itu saja berbanding filem sebelumnya, aksi gore dengan pembunuhan kejam serta percikan darah agak memualkan memenuhi ruang tayangan terutama ketika Loony Bin Jim (apakah nama ini sindiran buat Osama Bin Laden? kalau ya, Maya tak suka!) merobek perut dan memakan mentah buah pinggang juga ketika dia me-ngapak Carlos dan membunuh ibu Frank.

Biarpun tidak seburuk yang dihentam dalam internet namun Maya rasakan sedikit hambar malah disesetengah babak langsung tiada uumphh mungkin kerana hampir sama saja mesej yang ditonjolkan malah minit pertama menonton sudah dapat mengagak apa kesudahannya tema balas dendam kerana menuntut bela untuk orang tersayang, korupsi pihak berkuasa, culik menculik..uurgh bosan dengan watak Punisher yang tiada kelainan namun Maya teruja bila babak Punisher memburu Billy Russoti, mafia yang berjaya melarikan diri ketika misi dikediaman Gaitano mana tidaknya didalam gudang tempat persembunyian Billy dicampakkan kedalam mesin memproses/menghancurkan botol kaca dan Maya jangkakan ia akan mati tapi berjaya diselamatkan fuih! Dan selepas dibedah pastinya line-dialog ini tak akan Maya lupakan "From now on, my name is 'Jigsaw.' "!!! dengan kulit muka yang berjahit! mengingatkan Maya pada filem Texas Chainsaw dan Scarface.

Filem ini juga menekankan betapa rapuhnya kuasa perundangan dalam membenteras jenayah dengan korupsi berleluasa sehingga memaksa agen FBI Paul Budiansky menukar matlamat asalnya mahu menangkap Punisher sebaliknya bergandingan dengan Punisher bagi menumpaskan Jigsaw yang pada asalnya telah berjaya ditangkap namun dibebaskan setelah menukar kebebasan dengan menyerahkan Cristu Bulat, penyeludup senjata ke Arab kepada FBI. Kecewa dengan pembebasan Jigsaw, Paul mempengaruhi bapa Cristu Bulat untuk bersama-sama Punisher menumpaskan Jigsaw.
Kehadiran watak anak kecil bernama Grace (Stephanie Janusauskas) dan ibunya Angela (Julie Benz) sedikit meredakan aksi pertarungan dan membongkar rahsia lampau Punisher. Angela merupakan bekas isteri pada agen FBI yang ditembak mati oleh Punisher ketika menjalankan penyamaran sebagai mafia, biarpun Angela tidak dapat memaafkan Punisher namun akhirnya dia memaafkan setelah Punisher berjaya menyelamatkan dia dan anaknya dari menjadi mangsa Jigsaw. Maya juga tersentuh dengan momen sayu ketika Frank memandang wajah Grace anak perempuan Angela mengingatkannya pada mendiang anaknya yang mati dibunuh. Antara dialog yang menarik perhatian Maya adalah perbualan antara Grace dan Frank.
Grace : You're standing in my light
Frank Castle: [sambil memberikan lampu suluh] Here you go, Just in case if someone is standing in you light
Keseluruhannya filem ini amat ringan biarpun sarat aksi ganas dan amat sesuai bagi yang dahagakan pesta darah tanpa henti. Penonton yang baru pertama kali menonton tidak perlu gusar sekiranya tidak menonton filem Punisher sebelumnya kerana plot mudah difahami dan siapa yang perlukan kata-kata bila aksi bisa berbicara.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP