Until Death Do Us Part - Jonas

Khamis, Februari 05, 2009

#82. Kisah seram berbeza dalam Keliwon di TV3

05hb Februari, 2009
Berita Harian

SLOT Seram yang disiarkan menerusi TV3 terus mendapat sambutan menggalakkan setiap minggu. Sejak diperkenalkan, bermula dengan siri Susuk sehinggalah Puaka Niyang Rapik, peningkatan penonton yang menyaksikan slot yang disiarkan setiap Khamis jam 9.30 malam ini bertambah setiap kali ia disiarkan. Kini, TV3 mempamerkan kelainan dalam slot ini dengan menampilkan satu lagi siri seram Keliwon yang akan menemui penonton mulai hari ini. Berbeza dengan siri yang disiarkan sebelum ini, Keliwon memaparkan kisah yang berbeza setiap minggu dengan pelakon yang berbeza.

Keliwon arahan Rashid Sibir, pengarah yang sinonim dengan drama bergenre cinta yang sering menyentuh perasaan naluri penonton menerusi hasil kerjanya. Buat pertama kalinya, Rashid mencuba sesuatu yang baru apabila berubah arah kepada penghasilan drama bergenre seram pula. Lebih menarik siri Keliwon yang bersiaran sebanyak 13 episod ini menampilkan kelainan pada setiap episod yang memaparkan kisah seram rakyat. Siri ini diterbitkan oleh syarikat miliknya sendiri, Rashbir Media Sdn Bhd.

“Ini adalah percubaan pertama TV3 bagi membawa kelainan dengan menampilkan pelbagai cerita dalam slot seram ini. Apa yang penting adalah pada tajuk itu sendiri. Keliwon adalah perkataan Jawa dan menurut kepercayaan mereka, makhluk halus pada malam Jumaat ketiga setiap bulan ditafsir sebagai malam yang ‘keras’ dan akan merayau dan mengacau orang ramai.

“Drama sebegini bukan berniat untuk menakut-nakutkan orang tetapi ini adalah untuk mengajar penonton mengelakkan diri daripada tertipu atau mempercayai ajaran tahyul. Cerita sebegini membangkitkan nostalgia kepada generasi lama dan membuka mata generasi muda,” kata Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Nurul Aini Abu Bakar.

Berdasarkan cerita seram rakyat ini, sebanyak 13 episod yang akan membawa penonton mengenali entiti seram dengan tajuk menarik seperti Sungai Puaka, Darah Lantera, Saka Harimau, Saka Pulut Kuning, Santau, Pontianak, Hantu Kopek, Tiang Seri, Anak Belaan, Rasuk, Puaka Kain Kapan, Mak Andam Cantik dan Puja. Dengan cerita berbeza setiap minggu ia akan membangkitkan rasa seram dan suspen dalam minda penonton. Dengan jalan cerita yang ringkas dan mudah difahami setiap episod juga turut menyelitkan unsur-unsur pengajaran dan panduan.

Barisan pelakon yang membintangi Keliwon ini juga tidak kurang hebatnya. Setiap minggu ia menampilkan pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Emelda Rosmila, Zed Zaidi, Zulhuzaimy, Elly Mazlein, Fezrul Khan, Mariani, Adet, Kefli, Maria Farida, Hamidah Wahab, Khatijah Tan, Norlia Ramli, Wan Maimunah, Rosnah Mat Aris, Norkhiriah, Safura, Fazura, Azizan Nin dan ramai lagi.

Kepada penggemar siri seram, jangan ketinggalan untuk menonton pelbagai variasi cerita seram dalam siri Keliwon yang akan mula disiarkan di TV3 pada 5 Februari ini. Untuk mengalami sendiri misteri dan mengembara ke alam mistik pastikan anda meluangkan masa menonton Keliwon di slot Seram setiap hari Khamis, jam 9.30 malam.

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP