Until Death Do Us Part - Jonas

Jumaat, Februari 06, 2009

#92.Filem : He Just Not That Into You (2009)

Judul Filem : He Just Not That Into You (2009)
USA/Germany (Flower Films (II), Internationale Filmproduktion Blackswan) 129min Color
Genre : Romantik, Komedi, Adaptasi
Tarikh Rilis : 06hb Februari, 2009 (USA)
Web Filem : http://www.hesjustnotthatintoyoumovie.com
Pengarah : Ken Kwapis
Produser : Drew Barrymore, Nancy Juvonen
Penulis Buku : Greg Behrendt, Liz Tuccillo
Lakon Layar : Abby Kohn, Marc Silverstein
Fotografi : John Bailey
Muzik : Cliff Eidelman
Pelakon : Drew Barrymore, Jennifer Aniston, Ben Affleck, Scarlett Johansson, Justin Long, Jennifer Connelly, Ginnifer Goodwin, Kevin Connolly, Bradley Cooper
Plot : Salah faham dan kekeliruan mentafsir makna dalam komunikasi menyebabkan Gigi (Ginnifer Goodwin) sering salah tafsir isyarat dan makna setiap lelaki yang menyukainya sehinggalah dia mendapat nasihat dan tip bagaimana mengenali lelaki dari Alex (Justin Long) pengurus bar. Dalam hubungan yang lain pula kesilapan komunikasi meretakan hubungan antara Janine (Jennifer Connelly) dan Ben (Bradley Cooper) mendorong Ben menjalinkan hubungan sulit dengan Anna(Scarlett) dan kisah hubungan ketiga pula menyaksikan perpisahan antara pasangan Neil (Ben Affleck) dan Beth's (Jennifer Aniston) yang telah bersama selama bertahun-tahun gara-gara Beth ingin mengakhiri hubungan mereka dengan ikatan perkahwinan sedangkan Neil langsung tidak pernah memikirkan soal perkahwinan.
Trailer :


My 2cent : Tajuk filem ini terdapat dalam episod Pick A-little, Talk-A little drama siri TV popular Sex in The City 1988-2003. Filem Amerika Romantik Komedi ini diterbitkan oleh Flower Films yang diasaskan oleh Drew Barrymore bersama Nancy Jovonen pada 1995 pernah melahirkan filem popular Never Been Kissed (1999) dan Charlie's Angel (2000). Filem ber-plot kronikal yang mengetengahkan masalah komunikasi yang dialami pasangan dua puluhan dan tiga puluhan telah menjadikan bandar baltimore, Maryland sebagai tempat penggambaran sementelahan penulis skrip Marc Silverstein pernah menuntut disana. Secara peribadi, Maya rasakan walaupun buku tulisan Greg dan Liz terlaris dipasaran tetapi sedikit mengecewakan pabila diangkat ke layar. Harus diakui filem ini sebenarnya bukan filem komedi romantik secara tradisionalnya kerana biarpun ada elemen bibit cinta namun detik indah dua insan bercinta itu terpaksa menghadapi realiti pahit perselisihan faham hingga pada perpisahan menyuntik babak serius dan ketegangan. Maya melihat kepelbagaian konflik dalam watak yang ramai serta jalan cerita yang kusut menjadikan ianya kelihatan berat dengan tonjolan sifat sekumpulan wanita neurotik yang ingin memiliki lelaki idaman berhadapan pula dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Mujur saja sutradara Ken Kwapis ( The Sisterhood Of Travelling Pants 2005) bijak mengawal sehingga tidak terjadinya diskriminasi dan penonjolan mana-mana gender yang ketara. Apapun filem ini pasti menghiburkan dan menjadi pilihan dengan barisan pelakon sukaan ramai.

Pengarah Ken Kwapis mengendalikan Film Society semasa menuntut di Universiti justeru tidak hairanlah kebanyakan filem beliau berasakan pengetahuannya dalam Film History ketara dalam 2 filem garapan beliau iaitu Dunston Checks In (1996) dan The Sisterhood of the Traveling Pants (2005)

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP