Until Death Do Us Part - Jonas

Jumaat, Februari 06, 2009

#93. Filem : Push (2009)

" One Push Can Change Everything. "

Tajuk Filem : Push (2009)
USA (Summit Entertainment (presents), Icon Productions (in association with), Infinity Features Entertainment) 111min Color
Genre : Sains Fiksyen, Thriller
Tarikh Rilis : 06hb Februari, 2009 (USA)
Web Filem : http://www.push-themovie.com
Pengarah : Paul McGuigan
LakonLayar : David Bourla
Sinematografi : Peter Sova
Pelakon : Chris Evans, Dakota Fanning, Camilla Belle, Djimon Hounsou
Plot : Nick (Chris Evans) menyaksikan pembunuhan ngeri ayahnya didepan mata sendiri dan sejak itu dia terus menyembunyikan diri kerana kuasa telekinetik (Movers) yang diwarisi dari ayahnya sehinggalah Cassie (Dakota) seorang gadis psikik(Watchers) berjaya menemuinya dan demi membantu Dakota mencari Kira (Camilla Belle), satu-satunya gadis Pusher yang berjaya melepaskan diri dari ujikaji Division sebuah agensi sulit kerajaan. Kesemua mereka harus bergabung untuk menumpaskan Division namun seorang agen Division bernama Henry Carver(Djimon Hounson) yang juga memiliki kuasa Pusher merupakan halangan utama.

Trailer :


My 2cent : Menonton Push seakan menyaksikan filem Hulk, X-men dan Jumper malah tidak keterlaluan Maya katakan hampir menyerupai siri tv Heroes biarpun begitu Push ada sentuhan tersendiri. Filem yang dipenuhi dengan insan berkuasa luarbiasa menjadikan kesibukan kota Hong Kong dan China sebagai lokasi penggambaran menyaksikan plot kejar-mengejar, bersembunyi dan adegan pertarungan ditambah dengan kesan muzik yang menarik sesuai bagi penggemar aksi pertarungan tanpa henti ala permainan video dengan sekuen yang pantas dan Maya agak tertarik bilamana filem ini hanya sekali menggunakan teknik skrin hijau pada babak kereta dipandu laju dan selebihnya penuh dengan visual thriller kesan CGI. Maya amat tertarik dengan lakonan Dakota Fanning kerana mengingatkan Maya pada lakonan Jodie Foster dalam filem taxi driver (1976) begitu juga dengan lakonan Chris Evans (Fantastic Four 2005) . Secara peribadi Maya lebih menyukai filem Lucky Number Slevin (2006) namun buat peminat superhero dan Sains Fiksyen Thriller tidak rugi menonton bersama teman dihujung minggu.

Antara Filem lakonan Dakota Fanning iaitu War Of The Worlds (2005) dan The secret Life Of Bees (2008).

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP