Until Death Do Us Part - Jonas

Rabu, Februari 11, 2009

#95. Berita Filem : Keganasan yang menakutkan

10hb Februari, 2009
Utusan Malaysia

DALAM sejumlah filem 'spaghetti western' iaitu filem-filem koboi arahan sutradara Itali seperti Sergio Leone dengan pengambaran yang dilakukan di Sepanyol, watak-watak yang dimainkan oleh aktor Clint Eastwood ialah watak yang sentiasa berdepan dengan keganasan.Dengan gaya lakonan 'minimalist' wataknya yang terkenal 'Lelaki Tanpa Nama' adalah sebenarnya watak 'antiwestern hero', seorang lelaki berdarah dingin dan seorang oportunis yang kejam, tetapi cukup enigmatik.

Maka filem-filem koboinya seperti Fistful of Dollar, For A Few Dollars More dan The Good, The Bad and The Ugly menjadi filem-filem koboi klasik dan turut membentuk formula untuk filem-filem Sphagetti Western.

Selama 35 tahun Eastwood muncul sebagai antara watak yang cukup berjaya dalam filem tetapi tanpa sebarang pencalonan Oskar.

Tetapi kemenangan filem Unforgiven telah mengubah kedudukan Eastwood menjadi pembikin filem yang cukup dihormati di Hollywood.

Sungguhpun keganasan telah menjadi subjek yang cukup utama sejak karya sastera bermula dan filem menjadikan keganasan satu keseronokan tetapi dalam Unforgiven, Eastwood ingin melihat kesan dan akibat keganasan itu kepada mangsa dan pelakunya.

Filem-filem Eastwood selepas itu sudah menjadi penilai semula erti keganasan dan kekerasan.

Sebenarnya keganasan adalah subjek yang tidak pernah lari daripada filem-filem Clint Eastwood, sama ada dalam Unforgiven atau Million Dollar Baby.

Kali ini dalam filem terbarunya Changeling (dihasilkan sebelum filem Gran Torino), Eastwood masih melihat kesan keganasan dan kekerasan.

Tetapi kali ini unsur keganasan itu datang dari satu sistem yang seharusnya menjadi pelindung dan kerana itu ia menjadi lebih menakutkan.

Changeling yang lakon layarnya ditulis oleh J. Michael Stracynski mengambil peristiwa sebenar tahun 1928 di Los Angeles.

Di permukaan ialah kisah penculikan kanak-kanak yang dilakukan oleh seorang pembunuh psikotik bernama Gordon Northcott (Jason Butler Harner).

Bagaimanapun, peristiwa penculikan kanak-kanak itu mula menarik perhatian umum apabila seorang ibu tunggal Christine Collins (Angelina Jolie) mendapati anaknya Walter Collins (Gattlin Griffith) tiba-tiba hilang dari rumah sekembalinya dia daripada bekerja.

Setelah lebih daripada lima bulan mencari, Christine tiba-tiba diberitahu oleh polis Los Angeles yang anaknya telah ditemui.

Tetapi kanak-kanak yang ditunjukkan itu disedari oleh Christine bukanlah Walter yang sebenar.

Kanak-kanak yang mengaku Walter ini lebih rendah, mempunyai perlakuan yang jauh berbeza dan tidak mengenali guru sekolahnya.

Tetapi pasukan polis Los Angeles yang berhadapan dengan tekanan daripada media kerana imej yang buruk disebabkan pelbagai rasuah, ganas dan tidak mempunyai kecekapan perlu mencari ruang membina reputasi dalam media dan akhirnya melihat kes penculikan Walter dan penemuan 'Walter baru' sebagai peluang membina imej baru.

Kapten J.J. Jones (Jeffrey Donovan) yang mengendalikan kes Walter Collins menggunakan pendekatan keras untuk memaksa Christine menerima Walter sebagai anaknya.

Bagaimanapun, Christine bukan sebarang wanita dan dia bertindak melawan tekanan polis dan akibatnya Christine menerima lebih banyak masalah daripada polis hingga akhirnya Christine dipaksa menerima rawatan di hospital pesakit jiwa Los Angeles yang jauh lebih mengerikan.

Di hospital ini Christine sekali lagi menerima tekanan daripada doktor yang tidak bersimpati dengannya.

Tetapi seorang paderi Gustav Briegleb (John Malkovich) nyata bersimpati dengan Christine dan berjaya membantu Christine menuntut keadilan.

Dalam Changeling, apa yang menarik ialah pendekatan naratif dan arahan Eastwood.

Arahannya kelihatan tenang, sensitif dan tidak mementingkan pendekatan sensasi dalam menangani elemen kekerasan.

Filem ini kelihatan awalnya sebagai sebuah drama penculikan daripada pembunuh bersiri kemudian berubah kepada drama seorang wanita yang melawan satu sistem yang sudah rosak.

Kemudiannya, dia berhadapan dengan keadaan yang mengerikan akibat penderaan psikologi yang dialaminya daripada ancaman yang datang dari kekerasan dan keganasan polis, terutamanya watak Kapten Jones yang sentiasa memancarkan senyuman yang sinis dan kering.

Biarpun pada lapisan atas filem ini mengisahkan kehilangan misteri seorang budak tetapi dalam proses pencarian itu, Eastwood dan Michael Stracynski sebenarnya mendedahkan segala korupsi, kelemahan dan kepincangan pasukan polis yang seharusnya menjadi sebahagian sistem yang melindungi orang awam.

Yang menariknya struktur filem Changeling ini tidak mengikut struktur konvensional Hollywood dengan kesimpulan yang pasti dan menggembirakan.

Sebaliknya, setia dengan pendekatan laporan peristiwa dan tidak membuat kesimpulan.

Apakah Walter sebenarnya mati atau berjaya melepaskan diri tetapi merasa trauma yang amat sangat untuk tampil menunjukkan diri?

Naratifnya, Changeling sekadar mendedahkan peristiwa demi peristiwa, tetapi distrukturkan dengan begitu dramatik sekali.

Filem Changeling dirakamkan dalam stail warna fotografi yang pastel yang lembut menjadikan filem ini begitu klasik.

Dalam filem ini Clint Eastwood sekali lagi memberikan perspektifnya tentang keganasan. Ia lebih untuk dirasakan dan bukan yang digambarkan melalui aksi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP