Until Death Do Us Part - Jonas

Jumaat, Mac 06, 2009

#222. Filem Pertama Maya Tonton



Kesibukan dengan tugasan harian membataskan waktu Maya menulis begitu juga kotak email tidak dijenguk langsung justeru blog hanya dimuatkan dengan berita filem semasa dan kotak e-mail mencecah ratusan kiriman. Kesempatan di tengahmalam semalam Maya gunakan untuk membaca kesemua e-mail2 yg dikirimkan pada Maya. Terimakasih tidak terhingga pada kiriman dari pembaca blog Layar, benar2 terharu atas sokongan anda mana tidaknya blog Layar berusia tidak sampai 3 bulan. Maya tidak menyangka ada diantara pembaca yang benar2 mengikuti perkembangan Maya terutama selepas komen yang Maya berikan diblog tontonfilem.blogspot.com. Maya mohon maaf kerana tidak dapat membalas satu persatu e-mail yang dikirimkan kpd Maya namun izinkanlah Maya membalasnya/menjawabnya disini.

Hampir 90% kiriman dari pembaca blog Layar bertanyakan soalan mengenai Maya dan filem ; berapa byk filem dah tonton, sejak bila menonton, apa fave movie, kenapa hanya beri contoh filem Inggeris zaman lapok, dan lain-lain berkaitan manakala 5% menyatakan sokongan pada komen, beri semangat supaya Maya terus menulis, suka semangat cintakan filem dan 5% lagi macam biasa bertanyakan soalan cepumas ; umur Maya berapa ek? Leh kenal? Dok mana dan nombor h/pon apa? Maya ni dah kahwin ker belum, isteri orang ker janda muda, pelajar ker pengajar tidak kurang juga yang mengecam ; anak kacukan memang tak patriotik kerana tak kasi contoh satu pun pelem melayu, pan-asia suka tunjuk lagak, sombong dan banggakan pelem omputih.

Maya mula mengenali apa itu tayangan gambar atau wayang ketika berusia 7 tahun dan filem pertama Maya tonton adalah filem Sound Of Music (1965) filem musikal yang menghiburkan disamping mesej kekeluargaan dan kasih sayang dalam kemelut peperangan dan hampir sebulan lamanya hidup Maya hanya dipenuhi dengan cerita filem Sound of Music!. Pasti ada yang bertanya kenapa jadi begitu dan tidakkah terlalu muda usia Maya untuk diperkenalkan dengan filem sebegini sedangkan kanak-kanak lain menonton cartoon dan Sesame Street? Sebenarnya Maya tidak mengikuti pelajaran secara formal disekolah2 seperti anda, lantaran tugas ayah sering bertukar Negara memaksa mama dan ayah memberi pendidikan kepada Maya secara Homeschooling dimana Maya belajar menerusi lesson-plan dan kurikulum yang dibuat oleh mama dan ayah selaras dengan objektif pendidikan yang diwajibkan Cuma cara pembelajaran berbeza dan waktu belajar fleksibel dengan ruang litup kajian subjek lebih luas dan elektif pendek kata Maya tidak terikat dengan cara pembelajaran disekolah dan yang penting semua subjek dikaji selidik sendiri tanpa suapan guru hanya panduan dan guide-line dari lesson-plan yang dikembangkan mengikut tahap kemampuan daN kreativiti Maya tanpa menyasar dari objektif dan standard pendidikan internasional.

Berbalik kepada filem pertama yang Maya tonton, mama telah menyediakan lesson-plan buat Maya meliputi subjek sejarah, geografi, bahasa, language art, agama, politik, psikologi, kemanusiaan dan musik sesuai dengan tahap umur Maya dan semakin Maya membesar, filem ini tetap menjadi rujukan terutama dalam biografi, senilakon dan penulisan skrip serta nota muzik. Antara tugasan yang Maya buat adalah membuat map-story bagi filem ini, mengkaji susur galur kehidupan bagi watak Mary Von Trapp dengan diakhiri menulis sendiri ending cerita ini dengan ide sendiri, membina monolog perkembangan watak pilihan berdasarkan story-map dengan menentukan dimana sepatutnya ditempatkan samada selepas atau sebelum klimaks atau dipermulaan frasa, mengkaji perbezaan antara written language dan spoken language, menambah perbendaharaan kata dengan mempelajari tatabahasa yang betul dari intonasi hinggalah pada pronunciations dan memahami emosi setiap watak dalam kesemua babak dan punca disebalik wujudnya perasaan tersebut disamping kaitannya pada keseluruhan watak serta kesan pada jalancerita.

Selain itu Maya juga diberi tugasan menyelidik lirik dan lagu dengan menyediakan senarai lagu dan dikaji dari segi dinamiknya, instrumentasinya, lirik, melodi, modality, rhythm dan tempo seterusnya mensuai-padankan lagu dengan monolog yang telah dibina diawal tadi. Lagu-lagu tersebut diteliti dari aspek muzik elemennya yang memberi reflek mood dan emosi pada watak dalam monolog yang mana musik yang dipilih akan mengiringi ketika membentangkan monolog sebagai intro atau semasa memberikan konklusi.Menerusi filem inilah pertama kalinya Maya diperkenalkan dengan piano dan nyanyian. Maya telah diajar oleh mama bagaimana menyanyi menerusi solfege syllables Do-Re-Mi dan Maya rebiu dengan ‘key of C dalam carta solfege. Disinilah permulaan Maya mengenal nota muzik dan diajar bermain piano. Mama menggunakan solfege syllables brainstorming worksheet sehingga Maya mahir mengenal hubungan antara nama ‘key’ didalam carta.

Selain itu menerusi filem pertama ini jugalah Maya mengenal negara Austria dan Jerman serta Hitler disamping sejarah, sains politik, kesan perang dan kemanusiaan. Mengkaji dan menyelidik tokoh perang Hitler serta Holocaust dengan memahami makna Anschluss membawa kepada penulisan ringkas biografi Hitler dan Holocaust serta Nazi. Mengasingkan antara fakta dan fiksi menerusi Venn Diagram yang mana Venn Diagram tersebut Maya gunakan sebagai pre-writing dalam penulisan esei bagi membandingkan kontras kedua-dua sudut fakta dan fiksi setelah Maya berusia 12tahun. Assessment Rubric antara kaedah penilaian yang mama gunakan untuk menilai tugasan Maya. Maya juga diberi penjelasan tentang agama Kristian dan fungsi ‘nun’ serta pembandingan dengan Islam dan struktur dakwah Islam. Selain itu Maya juga mempelajari tentang batas pergaulan, kasih sayang, morality dan nilai kekeluargaan.

Sejak menonton filem Sound Of Music (1965) telah menjadi rutin bagi Maya menonton dua buah filem setiap minggu samada untuk tugasan ataupun untuk waktu terluang dari Elementary, Junior High, Middle School sehinggalah High School. Maya akan menyambung lagi tulisan ini bagi membincangkan filem yang digunakan oleh mama dan ayah bagi mendidik Maya. Terimakasih sekali lagi kerana sudi membaca dan Maya harap terjawab soalan anda dan bagi yang ingin mengirim e-mail kepada Maya, alamatkan sahaja ke mayasofieya@yahoo.com dan yg ingin berinteraksi tegurlah bila nampak Maya online di YM id – mayasofieya.

1. The Sound of Music (The Five Star Collection) Directed by Robert Wise. 175 min.,
2. A Letter To My Children: Historical Memory and the Silences of Childhood, by Timothy J. Stanley, University of Ottawa Dannhauser, A. Cornell, J.H. translator.
3. Solfege des Solfeges, Book 1: New York/London: G. Schirmer, 1891.

3 ulasan:

benludin Jumaat, Mac 06, 2009 5:04:00 PTG  

salam...
1st time masuk..terjumpa nama u kat blog pyanhabib...
nice blog...aku suka pilem gak...:)

Pyanhabib Jumaat, Mac 06, 2009 5:11:00 PTG  

tumpang lalu.
(cantik blog maya ini, penuh pasal filem!)

Maya Jumaat, Mac 06, 2009 6:02:00 PTG  

Salam sdr benludin dan sdr Pyanhabib,
Maya berbesar hati menerima kunjungan insan seni yang penuh pengalaman macam sdr berdua. Tkasih sudi singgah.

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP