Until Death Do Us Part - Jonas

Jumaat, Mac 06, 2009

#223. Berita TV : HBO papar tiga lagi filem blockbuster

UNTUK lebih peluang menikmati persembahan yang mengagumkan daripada beberapa pelakon yang terkenal, pastikan anda bersama HBO (Astro Saluran 411) setiap Ahad pada jam 9 malam, Mac ini. Saluran ini akan menampilkan Michelle Pfeiffer dan Robert De Niro dalam Stardust, Johnny Depp dan Helena Bonham Carter dalam Sweeney Todd: The Demon Barber Of Fleet Street, Will Smith dalam I Am Legend dan Rachel Weisz dalam Definitely, Maybe.

Stardust yang akan ke kaca televisyen buat pertama kali pada 8 Mac ini adalah sebuah cerita cinta sejati dan pengembaraan yang dinamik. Ia bermula dalam satu kampung kecil Inggeris bernama Wall. Di sini jejaka Tristan Thorne berjanji kepada gadis tercantik di kampung itu dia akan mendapatkan khas untuknya sebuah bintang yang terjatuh ke dunia.

Janji ini adalah dengan harapan Tristan dapat memenangi hati si gadis itu. Untuk mencapai hasratnya, Tristan terpaksa melangkah ke dunia ghaib, tetapi dia mendapati bahawa bintang yang terjatuh itu sebenarnya seorang gadis muda yang tercedera. Pelbagai pengalaman yang dilalui Tristan dan di antaranya adalah pertemuan dengan kapten lanun (Robert De Niro) dan ahli sihir yang menakutkan serta berkuasa (Michelle Pfeiffer).

Ia akan berulang siaran pada Isnin 9 Mac, 1 tengah hari, Khamis 12 Mac, 7 malam, Sabtu 14 Mac, 11 pagi dan 11 malam dan Ahad 15 Mac pada jam 3 petang.

Aktor kacak, Johnny Depp pula memegang watak seorang tukang gunting yang berdendam, Sweeney Todd yang menjadikan mangsanya satu pilihan ‘lazat’ di London, dalam filem Sweeney Todd: The Demon Barbe Of Fleet Street. Selepas menjalani hukuman untuk tuduhan yang palsu, Sweeney pulang ke kampung halamannya dan mendapati isterinya telah mati dan anak perempuannya menjadi tawanan. Semua ini adalah angkara seorang hakim yang jahat.

Sweeney kembali ke kedai lamanya yang terletak di tingkat atas kedai pai daging tuan rumah, Mrs Lovett (Helena Bonham Carter). Di sini, Sweeney membunuh pelanggannya dan menghantar mayat ke tingkat bawah, di mana Mrs Lovett menggunakannya untuk mengeluarkan pai yang sedap.

Tayangan perdana filem ini pada 15 Mac dan siaran ulangan dapat disaksikan pada Isnin 16 Mac, 1 tengah hari, Khamis 19 Mac, 7 malam, Sabtu 21 Mac, 11 malam, dan Ahad 22 Mac, pada pukul 11 pagi.

Filem seterusnya, I Am Legend, Will Smith berlakon sebagai Robert Neville, seorang saintis ketenteraan. Tiga tahun selepas sejenis virus memusnahkan kemanusiaan, Robert adalah manusia terakhir yang masih hidup di New York City. Tetapi dia bukan keseorangan. Robert boleh keluar pada waktu siang, tetapi pada waktu malam, dia mesti melindungi dirinya daripada ‘mutan’ pembunuh yang mengendap dalam bayangan dan kegelapan. Walaupun Robert hampir menemui cara untuk mengubati kesan virus itu, dia terpaksa menghadapi perubahan kelakuan makhluk itu.

Filem ini akan disiarkan pada 22 Mac 9 malam. Siaran ulangan adalah pada Isnin 23 Mac 1, tengah hari, Khamis 26 Mac, 7 malam, Sabtu 28 Mac, 11 pagi dan 11 malam serta Ahad 29 Mac, pada jam 3 petang.

Mengakhiri hujung bulan ini ialah pada 29 Mac menerusi filem Definetely, Maybe. Pelakon Ryan Reynolds sebagai Will, seorang ayah kepada anak perempuan yang berumur 10 tahun. Dia berdepan dengan situasi perceraian dan anaknya Maya mula menyoal mengenai hidup Will sebelum berkahwin lagi. Maya ingin tahu semua mengenai hubungan di antara ibu bapanya, bagaimana mereka bertemu dan jatuh cinta.

Filem komedi yang romantik ini membuat penonton asyik meneka siapakah ibu sebenar Maya, mungkinkah kekasih Will di kolej, Emily atau April yang membawa gaya yang mengelirukan atau pun gadis intelektual, Summer (Rachel Weisz). Ia berulang pada hari Isnin 30 Mac 1 tengah hari dan Selasa 31 Mac pada jam 5 petang.

Sumber :
Berita Harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP