Until Death Do Us Part - Jonas

Isnin, Mac 16, 2009

#264. Cinema : Sayang U Can Dance [2009]

FILEM: Sayang U Can Dance
PENGARAH: Bjorne Wong
PELAKON: Samuel Rizal, Sharifah Amani, Ebi Kornelis, Dafi, Carmen Soo, Alam, Smyth Wong dan Dominique Chiu
GENRE: Drama/Muzikal/Tarian
MULA TAYANG: 12 Mac 2009

ELOK rasanya kita mulakan dengan sinopsis filem ini yang berkisar mengenai seorang gadis remaja lincah, Mia yang baru saja tamat pengajian di Singapura dan kembali ke Kuala Lumpur. Menyimpan minat terhadap dunia tari, Mia mendapat halangan daripada keluarga terutama ayahnya.

Bagaimanapun, Mia yang kebetulan rapat dengan sepupunya, Daniel, diperkenalkan kepada satu kumpulan penari yang menggelarkan diri mereka DanceStarz. Hendak dijadikan cerita, Mia terpaut pada seorang anggotanya, Remie. Pada masa sama, kawan baik Remie, Robby juga menaruh hati terhadap Mia.

Konflik cinta yang wujud menjadikan hubungan Remie dan Robby renggang sekali gus menjejaskan latihan DanceStarz yang sedang berusaha untuk menjuarai satu pertandingan tarian.

Sebaik pembikinan filem ini dihebahkan dulu, penulis sudah membayangkan naskhah ini mungkin kaya dengan komposisi muzik trendy yang tidak membelakangkan budaya, selain reka tari kemas, lincah dan mampu mengagumkan penonton tempatan. Mudah kata, sesuatu yang kalau tidak banyak, sedikit seiras siri The High School Musical.

Bukan apa, melihatkan senarai pelakon segar yang ditampilkan terutama Alam, juara pertandingan realiti You Think You Can Dance, ia mampu meyakinkan kaki panggung untuk melayan filem begini. Bagaimanapun, semakin penulis dibawa ke dalam naratif sebenar naskhah ini seawal 30 minit pertama, sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Mungkin sutradara menganggap limpahan klise dalam filem ini sebagai lesen untuk berkreatif tetapi rasanya babak apabila tiba-tiba Remie (yang sudah boleh diagak, anak orang miskin) jatuh sakit dan perlukan bantuan kewangan untuk pembedahan segera agak terlalu biasa atau begitu stereotaip. Tidak begitu?

Natijahnya, semua orang sudah tahu kumpulan penari DanceStarz akan berusaha keras memenangi pertandingan untuk mendapatkan wang kemenangan bagi membantu Remie.

Menyentuh soal cinta pula, sudah terang lagi bersuluh akan timbul masalah cinta terhalang dek jurang ekonomi yang tidak setaraf. Biasalah, rasanya anda semua akan boleh membaca watak Mia berasal dari keluarga berada manakala Remie sebaliknya. Itu belum lagi perkara kecil yang tidak diberikan perincian sewajarnya termasuk soal bahasa dan babak dan watak sampingan yang kalau tidak wujud pun tidak akan menjejaskan jalan cerita.

Begitupun tidak bermaksud bahawa naskhah ini cuba untuk merendah-rendahkan kebijaksanaan penonton kerana dari segi pengisian ia masih sarat dengan nilai budaya, kekeluargaan, persahabatan, pengorbanan dan cinta. Selaku sutradara, Bjarne Wong dilihat cukup mengambil berat perkara membabitkan tanggungjawab sosial.

Kekuatan filem ini sebenarnya tidak pada naskhah tetapi barisan pelakon yang ditampilkan. Tidak dinafikan kehadiran mereka cukup mengumpan, tapi sayang karakter yang dibawa tidak dikembangkan selayaknya - akibat daripada itu hasilnya macam biasa saja. Bukankah itu suatu yang merugikan.

Sumber : Berita Harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP