Until Death Do Us Part - Jonas

Isnin, Mac 16, 2009

#265. Cinema : Race To Witch Mountain [2009]

FILEM: Race To Witch Mountain
PENGARAH: Andy Fickman
PELAKON: Dwayne Johnson, AnnaSophia Robb, Carla Gugino, Ciaran Hinds, Alexander Ludwig, Tom Everett Scott, Christopher Marquette, Cheech Marin dan Garry Marshall
GENRE: Aksi/Adventure
MULA TAYANG: 13 Mac 2009

FILEM francais, Race To Witch Mountain yang menggunakan pendekatan bertemakan kekeluargaan dan persahabatan penuh adventure dan drama. Ia menceritakan mengenai Jack Bruno lakonan (Dwayne Johnson) seorang pemandu teksi dari Las Vegas yang terjebak dengan dua penumpang remaja Sara dan Seth yang seolah-olah sedang melarikan diri dari sesuatu, lakonan AnnaSophia Robb dan Alexander Ludwig.

Agak mengejutkan pasangan remaja yang juga adik beradik itu bukan saja memiliki kuasa luar biasa tetapi mereka juga agak terdesak kerana diburu tentera upahan dari tempat asal mereka selain pihak yang mahu menjadikan mereka bahan uji kaji.

Rasanya sejak sekian lama macam-macam versi cerita yang didengar mengenai sebuah lokasi rahsia milik kerajaan yang khabarnya tersorok di tengah-tengah gurun Nevada. Ia juga cukup popular apabila ada khabar menceritakan ada kelibat aneh dan lintasan yang sukar diperjelaskan. Siri francais terbitan Disney yang juga dikenali sebagai Escape To Witch Mountain ini memang sesuai untuk menarik penonton seisi keluarga maklum musim cuti sekolah bermula 14 Mac ini.

Tidak perlu banyak berfikir, tidak perlu berkerut dahi cuba merungkai plot dan subplot. Naratifnya memang cukup mudah. Selain mengajar kita erti persahabatan, kejujuran dan kasih sayang, filem ini memberatkan dengan nilai moral yang tinggi termasuk kesedaran betapa selama ini kita sebenarnya menzalimi alam yang dikurniakan pencipta tanpa disedari.

Skrip yang ditampilkan cukup ringkas dan menarik. Malah, dalam kebanyakan babak, suasana yang tertekan berubah menjadi cukup lucu dek punch line yang menggelikan hati. Hakikatnya sebagai seorang dewasa, bukan mudah bagi Jack Bruno untuk memahami jiwa dua remaja yang memberontak. Apa lagi Sara dan Seth sendiri sebenarnya berada dalam bahaya dan tidak boleh sewenang-wenang mempercayai manusia.

Jackson sebagai Bruno sebenarnya tidak perlu banyak bermain ekspresi wajah dan dia berjaya melakukannya dengan baik kali ini. Malah elemen lucu banyak dibantu Dr Alex Friedman lakonan Carla Gugino, seorang saintis yang sering mendapat kecaman kerana teorinya yang tidak diterima.

Lakonan AnnaSophia dan Alexander pula sederhana saja dan tiada apa yang terlalu mengagumkan, namun gandingan sebagai adik beradik yang berasal dari dunia asing cukup meyakinkan.

Apapun, boleh dirangkumkan Race To Witch Mountain bakal menjadi antara tarikan utama di panggung sepanjang Mac memandangkan umpan dari segi musim cuti persekolahan dan penampilan Dwayne Johnson atau lebih kita kenali sebagai The Rock, selain elemen sains fiksyen yang tidak kurang dengan teknik kesan khas serta bunyi yang cukup mengujakan.

Sumeber : Berita Harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP