Until Death Do Us Part - Jonas

Isnin, April 13, 2009

#388. Jangan Tegur Masuk Panggung

Selain di negara sendiri filem seram ini turut ditayangkan di Brunei dan Singapura

MENGIKUTI jejak langkah filem seram keluaran Metrowealth Movies Production yang terdahulu, Jangan Tegur, filem terbaru daripada syarikat itu bakal ditayangkan di 64 skrin, termasuk tiga salinan di Brunei Darussalam, bermula 9 April.Salinan sebanyak itu pernah dicatat dua lagi filem seram terbitan ini, Jangan Pandang Belakang dan Congkak. Dua filem berkenaan berjaya memungut lebih RM10 juta apabila masing-masing ditayangkan pada 2007 dan 2008.

Produser David Teo berkeyakinan, filem berkenaan mampu menarik jumlah penonton yang ramai untuk ke panggung, berikutan kualiti tinggi yang dimiliki filem itu sendiri."Sehingga kini, kami mendapat ulasan yang baik daripada mereka yang sudah pun menontonnya. Mereka memberikan lima bintang kepada filem Jangan Tegur. Ia memberikan petanda positif kepada filem ini. Saya sendiri tidak akan bersedia menayangkannya kepada umum, seandainya tidak berpuas hati dengan produk akhir," katanya.

Menurut David, dia sanggup mengeluarkan kos lebih bagi memastikan filem terbitannya sentiasa mempunyai kualiti yang baik.

"Kami perlu mengekalkan imej yang bagus apabila menerbitkan filem seram. Kami sudah membuktikannya dengan Jangan Pandang Belakang dan Congkak. Jadi, kami tidak akan menayangkan Jangan Tegur kalau ia tidak setara atau lebih baik daripada dua judul terdahulu,” katanya.

Di Malaysia dan Brunei, filem arahan Pierre Andre itu sudah mula ditayangkan pada 9 April, manakala peminat di Singapura pula dapat menontonnya mulai 23 April. Sebanyak 11 salinan diputarkan di republik terbabit.

Selain Pierre sendiri, filem berkenaan turut menampilkan pelakon Julia Ziegler, Nadia Mustafar, Almy Nadia, Ellie Suriaty, Azri Iskandar, Kaza, Abu Bakar Juah dan Rozita Che Wan.

Kata David, mutu filem itu dipertingkatkan dengan melakukan penggambaran semula serta rakaman tambahan untuk menyempurnakan lagi ceritanya. Secara keseluruhan, sebanyak 17 minit rakaman semula dilakukan, atas nasihat Ahmad Idham. Sebahagian penggambaran semula dilakukan sendiri Pierre, manakala selebihnya oleh penolong pengarah, Abdul Azizi Awang Ghazali.

"Sebagaimana filem seram kami terdahulu juga, sekali lagi ibu mengandung dan mereka yang menghidapi masalah jantung tidak digalakkan menonton filem ini," katanya yang memaklumkan, Jangan Tegur diklasifikasikan sebagai judul 13PG oleh Lembaga Penapisan Filem.

Menurutnya, filem berkenaan juga tidak perlu menggunakan nama besar untuk menarik perhatian ke panggung. Sebaliknya dia percaya, gabungan usaha keras semua pihak, kekuatan cerita dan genre filem itu sendiri bakal memikat penonton untuk datang menontonnya.

"Dalam penghasilan filem seram ini, kami bergantung pada keseluruhan tenaga produksi termasuk penasihatnya, Idham. Kami juga mempunyai penata bunyi dan penyunting yang bagus, Brian Ng. Tanpa bunyi yang baik, belum tentu sesebuah filem seram berjaya," katanya.

Begitupun dia berkeyakinan, sesebuah filem yang baik mampu menaikkan nama pelakonnya.

Menerusi Jangan Tegur pula, dia memuji lakonan Nadia yang membawakan watak Baizura.

"Dia bukan saja pelakon yang baik, malah memberikan komitmen terbaik sepanjang promosi filem ini diadakan. Sayang sekali tidak banyak peluang diberikan kepadanya untuk menonjolkan keupayaan.

“Saya pula, amat gembira apabila dapat bekerjasama dengan pelakon berbakat besar sepertinya. Pastinya saya akan terus memberikan peluang buat Nadia dalam projek kami yang seterusnya," kata David.

Sinopsis:

JANGAN TEGUR mengisahkan Natasya yang terbabit dalam kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu dalam koma, Natasya bermimpi mengenai seorang gadis bernama Baizura yang disyaki hilang dua tahun sebelum itu, secara misteri. Natasya sering diganggu mimpi aneh yang menceritakan kesengsaraan Baizura yang dibomoh dan sering didatangi makhluk halus.

Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang dialami Baizura. Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk halus itu. Keadaan itu menambahkan kerunsingan suaminya, Kamal. Kamal seorang yang tidak mempercayai benda karut ini sehinggalah dia melihatnya sendiri.

Melalui mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang berlaku kepada Baizura. Siasatan itu menyebabkan dia sering diganggu makhluk yang mengganggu Baizura seperti dalam mimpinya.

Sumber : Berita Harian [10/04/09]

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP