Until Death Do Us Part - Jonas

Isnin, April 13, 2009

#391. Filem : Cinta Terlarang - Baler [2009]

BERDASARKAN peperangan yang tercetus di Filipina pada 1898, sutradara Mark Meily akhirnya tampil dengan sebuah karya yang boleh dibanggakan. Pertempuran di antara tentera Filipina dan tentera Sepanyol yang menjadi sejarah di negara itu berjaya di angkat ke layar lebar dengan berkesan.Menerusi cetusan idea menarik, hasil karya Meily yang disulam bersama teknik penggambaran yang artistik menambah tarikan untuk filem ini.

Namun, tidak dinafikan masih ada kekurangan terhadap karya terbaru Meily ini. Penggunaan kostum yang tidak menarik malah barisan pelakon memegang tugas sebagai tentera Sepanyol terdiri daripada wajah-wajah Asia bagai tidak kena dengan watak yang dibawa. Sekurang-kurangnya, tampilkanlah pelakon ‘mat salih.’ Peranan berkenaan lebih berkesan meskipun mereka sekadar pelakon pembantu.

Menyentuh soal lakonan, gandingan dua pelakon utama filem ini, Jericho Rosales dan Anne Curtis cukup serasi. Hasil lakonan mereka juga harus diberikan pujian sehingga berjaya mengangkat filem ini menjadi antara yang terbaik.

Mengulas jalan ceritanya, tidak banyak yang perlu disentuh. Garapan berdasarkan kisah benar itu turut memberikan maklumat mengenai apa yang berlaku. Walaupun tidak sepenuhnya benar namun penonton masih boleh menangkap kisah yang terjadi waktu itu.

Selain itu, Baler turut menceritakan mengenai hubungan dua gadis tempatan yang menjalin kasih bersama dua anggota tentera penjajah ini turut diungkap dengan berkesan.

Hubungan terlarang yang tidak direstui ibu bapa si gadis dan halangan bercinta ketika era peperangan sungguh mengasyikkan. Barangkali, ada yang bakal menitiskan air mata melihat kekasih gadis berkenaan dihukum bunuh rakan sepasukannya sendiri apabila cuba melarikan diri dari medan perang hanya untuk bersama buah hatinya itu.

Lebih menarik, Baler sudahpun memenangi 10 kategori anugerah filem yang diadakan di Filipina baru-baru ini. Kali ini, peminat gabungan filem cinta dan aksi mungkin berpuas hati tatkala menonton cerita ini.

Data
FILEM: Baler
PENGARAH: Mark Meily
PELAKON: Anne Curtis, Baron Geisler, Jericho Rosales dan Phillip Salvador
GENRE: Drama / Romantik
TAYANGAN: 16 April 2009

Sumber : Harian Metro

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP