Until Death Do Us Part - Jonas

Selasa, Mei 12, 2009

#405. Sinepleks : Karaoke DiBawa ke Cannes

JIKA sebelum ini, nama seperti Yasmin Ahmad, James Lee dan Tan Chui Mui ialah antara pembikin filem Malaysia yang sering dikaitkan dengan penyertaan dan kejayaan pada festival filem antarabangsa. Senarai itu mungkin dipanjangkan lagi apabila seorang anak muda dari Sabah, Chris Chong Chan Fui, bakal mengikut jejak yang sama.Filem cereka pertama arahannya yang dibuat dalam bahasa Malaysia, Karaoke, akan ditayangkan pada acara Director’s Fortnight, Festival Filem Cannes ke-62 yang akan berlangsung dari 14 hingga 24 Mei ini.

Karaoke ialah filem cereka Malaysia pertama dalam tempoh 14 tahun yang akan ditayangkan di Cannes. Pencapaian itu pernah dilakar filem arahan U-Wei Haji Saari, Kaki Bakar atau The Arsonist pada 1995.Lebih membanggakan, Karaoke dicalonkan untuk Camera d’Or (Kamera Emas), anugerah bagi menghargai filem cereka sulung terbaik yang ditayangkan dalam mana-mana tayangan pilihan Cannes (Official Selection, Directors’ Fortnight dan International Critics’ Week).

Chris yang ketika ini berada di Bangkok bagi menyiapkan kerja pasca-produksi filem terbabit berkata, penyertaan di festival filem sehebat Cannes sudah tentu sesuatu yang tidak dijangka.

"Menyertai festival filem yang terbesar di dunia dan menikmati tayangan serentak dengan filem daripada pengarah terkemuka dunia seperti Francis Ford Coppola menjadi penghargaan yang sangat hebat buat saya," katanya.

Mungkin Karaoke muncul filem cereka pertama daripadanya. Namun pengarah ini bukanlah pengarah mentah yang baru hendak bertapak kerana dia pernah menerima penghargaan antarabangsa menerusi dua filem dihasilkannya sebelum ini. Filem pendeknya, Block B yang dihasilkan tahun lalu, serta dokumentari Kolam (2007) masing-masing mencatat kejayaan membanggakan buat dirinya.

Pada 2008, Block B yang dihasilkan sebagai filem pendek eksperimental memenangi anugerah Filem Pendek Antarabangsa Terbaik pada Festival Filem Antarabangsa Del Plata Ke-23 di Argentina dan Filem Pendek Terbaik Kanada pada Festival Filem Antarabangsa Toronto 2008. Pada tahun ini pula, ia diundang menyertai Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (Tiger Competition) dan Festival Filem Antarabangsa Berlin (Forum Expanded). Tahun lalu, Chris diundi sebagai pemenang Top 10 Filem Pendek Kanada 2007. Chris juga ialah seorang daripada 20 pengarah muda terpilih untuk menyertai program Talent Lab 2008 sempena festival filem di Toronto yang membabitkan tenaga pengajar seperti Don McKellar, Stephen Woolley dan Olivier Assayas.

Diterbitkan oleh Tanjung Aru Pictures, syarikat filem kelolaan Chris sendiri, Karaoke, filem sepanjang 75 minit itu dirakam di lokasi penggambaran sekitar Selangor dalam jangkamasa 12 hari, pada Disember tahun lalu.

Sebelum penggambaran bermula, Karaoke sudah pun dijemput menyertai Klinik Skrip Festival Filem Berlin 2007, dan dipilih untuk menyertai Forum Penajaan Filem Hong Kong-Asia (HAF) pada 2008.

Filem ini ialah hasil nukilan penulis teater, penyanyi dan pencipta lagu Shanon Shah, yang juga diberikan tanggungjawab mencipta lagu dan lirik untuk filem ini. Ia menampilkan pelakon seperti Zahiril Adzim, Mislina Mustaffa, Mohammad Hariry, Amerul Affendi dan Nadiya Nissa.

Sumber : Berita Harian [Oleh Nurulhisham Abdul Latiff]

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP