Until Death Do Us Part - Jonas

Isnin, Mei 18, 2009

#428. Tayangan 3 Budak Melayu

FAKULTI Teknologi Kreatif dan Artistik (FACT), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam akan mengadakan majlis tayangan filem dan sidang media filem 3 Budak Melayu di Pawagam Mini P.Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Hulu Klang pada 19 Mei ini.Filem terbitan UiTM ini diarahkan pelajar FACT, Mohd Faizal Lokman serta dijayakan Aizam Othman sebagai Epol, Noorfariza Hishamuddin (Ajune), Yaya Shahiera (Yaya) dan pelakon undangan Zaidi Omar dan Liza Othman manakala Radhi Khalid membuat penampilan khas dalam filem ini.

Ia dihasilkan untuk memenuhi keperluan kursus Honour Showcase - PPA 553 dan diseliakan Dekan FACT, Prof. Dr Hatta Azad Khan yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Wayang.Sidang media dan tayangan promosi filem ini diadakan bertujuan mempromosikan filem hasil pelajar kepada pihak media dan syarikat produksi.Filem ini mengisahkan perjalanan tiga sahabat, Epol, Nana dan Zurin yang merupakan pelajar jurusan perfileman berusaha mencari duit membuat filem.

Mereka bertiga bukannya daripada keluarga senang dan untuk projek akhir kursus itu, mereka melakukan pelbagai pekerjaan bagi mendapatkan duit untuk membeli peralatan.Antaranya menjual motosikal manakala Epol berpura-pura buta untuk meminta sedekah, menyanyi di khayalak ramai, meminjam daripada along dan banyak lagi. Mereka bertemu pelbagai ragam manusia. Dapatkah mereka merealisasikan impian selepas melalui pelbagai rintangan?

Sumber : Harian Metro [14/05/09]

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP