Until Death Do Us Part - Jonas

Khamis, Jun 18, 2009

#517. Hanya Untuk Pekerja Filem

Pengiktirafan kepada pekerja filem tidak salah jika ia kena pada caranya selain membina motivasi kepada pekerja anugerah berkenaan sebagai mengiktiraf sumbangan pekerja filem. Begitupun, jangan sampai nanti dilabel cuma menang gaya dan hakikat sebenar adalah sebaliknya.Ruangan Jarum Emas Metro Ahad pada 24 Mei lalu menjelaskan mengenai perkara itu. Malah ia disambut secara positif oleh presidennya, Khir Mohd Noor.Menurut Khir yang turut membaca ruangan itu, beberapa usaha sedang giat dirancang untuk memastikan keutamaan kepada kebajikan dan kepentingan ahli dapat dilaksanakan pada masa depan.

“Saya cuba berbincang dengan Ahli Jawatan Kuasa yang lain untuk mengadakan beberapa program dengan keutamaan kepada ahli. Hendak diikutkan, jadual perancangan program sudah diatur cuma ia bergantung kepada persetujuan dan sambutan daripada ahli sendiri.“Untuk Anugerah Oskar kali ini saya memikirkan untuk mengiktiraf anugerah bagi pekerja filem saja. Memandangkan anugerah buat pelakon sudah banyak dianjurkan pihak tertentu seperti Anugerah Skrin, Anugerah Bintang Popular, Anugerah Perdana Seniman dan Anugerah Seri Angkasa. Jika tiada aral, Anugerah Oskar tetap akan berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang pada penghujung tahun ini.

“Sebelum itu, saya turut merancang mengadakan program rombongan delegasi kru ke Jakarta bagi melihat dan menimba pengalaman menyaksikan penggambaran kru di negara seberang itu.“Destinasi Jakarta dirasakan sesuai kerana dekat dan membabitkan kos yang rendah berbanding mengadakan lawatan di Eropah atau Hong Kong.

“Bagaimanapun, lawatan di beberapa negara Eropah mungkin dalam pertimbangan pada masa hadapan. Selain mengadakan majlis persandingan beramai-ramai membabitkan kru apabila segala urusan kenduri ditanggung persatuan.

“Saya harap majlis ini akan dimeriahkan dengan pasangan yang berbilang bangsa dan majlis ini akan berlangsung di Finas. Saya harap dapat menarik 10 pasangan menyertai program yang julung kali diadakan ini,” katanya.

Turut menimbulkan persoalan mengenai penyerahan Sijil Ahli Kehormat Profima kepada sembilan individu.

Mengenai pemberian Sijil Ahli Kehormat itu Khir menyifatkan ia sebahagian daripada pengiktirafan kepada individu berkenaan yang menyokong penubuhan persatuan sejak lebih sedekad lalu.

Sijil berkenaan juga tidak semestinya diberikan setiap tahun kepada individu itu. Sebaliknya ia adalah pengiktirafan daripada persatuan.

Khir mencadangkan beberapa perkara membabitkan kebajikan ahli seperti bekerja di bawah 12 jam dan setiap ahli diwajibkan mengambil insurans perlindungan.

Setiap penerima sijil itu memainkan peranan tersendiri kepada persatuan. Begitu juga pihak media yang berperanan membantu dan membuat hebahan mengenai aktiviti yang diadakan persatuan.

“Saya akan banyak bincang dengan individu berkenaan seperti Ketua Pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim berkaitan persatuan sementara Ketua Pegawai Eksekutif, Sime Darby Insurance Brokers Sdn Bhd, Mohd Yahya Mohd Ibrahim mengenai beberapa insurans khas bagi pekerja filem. Begitu juga mereka yang lain. Saya berasakan setiap daripada kita saling memerlukan.

“Soal waktu berkerja mungkin mengambil tempoh yang panjang kerana ia bersangkutan dengan stesen televisyen. Malah ada dalam kalangan penerbit yang tidak boleh bertolak-ansur kerana perlu kejar waktu untuk siaran yang ditetapkan,” katanya.

Penubuhan Profima adalah untuk mengiktiraf dan menjaga kebajikan ahlinya. Mungkin tidak ramai sedar Profima dulunya dikenali sebagai Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PPFM) yang ditubuhkan sejak 16 tahun lalu.

Profima turut bergerak menerusi beberapa biro yang baru ditubuhkan seperti Biro Pengarah Fotografi, Biro Pengurus Produksi, Biro Penata Cahaya dan biro lain berkaitan tugas pekerja filem. Mengenai elaun khas bekerja di luar Lembah Klang pula, Khir yang pernah merasai pengalaman ketika menjadi pekerja filem dulu turut mencadangkan perkara sama.

Baginya, elaun berkenaan perlu diwujudkan semula untuk menambahkan pendapatan pekerja filem. Setiap tenaga kerja yang bekerja di luar tidak memerlukan elaun yang banyak cukup sekadar RM15 hingga RM20 sehari dengan makanan dan tempat tinggal ditanggung sepenuhnya pihak produksi.

Khir turut menggalakkan lebih ramai pekerja filem menyertai persatuan supaya segala bentuk aktiviti dan program dapat dimanfaatkan ahli. Dia turut memuji pengurusan Bright Network dan Grand Brilian Sdn Bhd yang memberi sokongan kepada persatuan dengan mewajibkan krunya menjadi ahli Profima sebelum penggambaran. Setakat ini Profima dianggotai lebih 300 ahli dan menerima sebanyak 140 ahli baru.

Sumber : Harian Metro [03/06/09]
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP