Until Death Do Us Part - Jonas

Jumaat, Jun 26, 2009

#558. Kehebatan Filem Melayu

Filem klasik ini kian dilupai anak muda kini yang lebih tertumpu kepada cerita dari Barat berbanding menonton filem tempatan. Mengapa ini terjadi? Dek kurangnya pendedahan filem tempatan sejak kecil, bak kata mantan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad, 'Melayu mudah lupa'. Anak-anak diajar menonton filem Inggeris hingga terlupa jati diri bangsa sendiri.Menyedari masalah yang melanda masyarakat kita, Paradise Sandy Beach Resort meneruskan aktiviti tahunan untuk tahun kelimanya iaitu Festival Filem Klasik Paradise.

Festival yang bakal berlangsung selama tiga hari dari 11 hingga 13 Julai diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti menayangkan filem klasik terpilih sekitar pantai berdekatan Paradise Sunday Beach Resort, bengkel lakonan, seminar dan majlis makan malam serta persembahan nyanyian.

Pengurus Hotel Paradise Sandy Beach Resort, Jeff De Zilva, berkata pihaknya mahu mengajak golongan muda menyusuri 'khazanah bangsa Melayu' supaya adat dan budaya Melayu dapat dikekalkan.

"Kita mahu adakan festival ini bagi memartabatkan filem Melayu serta mengajak anak muda mengkaji filem klasik yang tidak ternilai harganya. Di samping itu, kita mahu merapatkan hubungan antara pihak hotel, seniman dan seniwati serta peminat.

"Peminat akan mendapat pengalaman berharga dengan menghadiri festival ini. Kita bawakan filem klasik untuk mereka dan berikan mereka pendedahan mengenai dunia perfileman.

"Kita akan teruskan usaha ini setiap tahun untuk dekatkan masyarakat dengan filem klasik kerana filem sebegini mempunyai nilai artistik yang tinggi dalam susunan muzik, pelakon, set penggambaran dan sebagainya," katanya.

Senator Tan Sri Jins Shamsudin memuji usaha Hotel Paradise kerana menjadi hotel tunggal yang mengadakan festival seperti ini.

Menurutnya, pelajar universiti berdekatan akan dijemput menyertai bengkel yang disediakan. Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pelajar mengkaji perbezaan filem klasik dan filem masa kini.

"Festival kali ini berbeza kerana selain menayangkan filem, kita turut mengadakan sesi perbincangan dan dialog serta bengkel yang dikendalikan pelakon filem itu.

"Filem box-office di Singapura, Pontianak turut ditayangkan. Selain itu, pameran mengenai filem klasik dipaparkan serta festival ini diserikan dengan kehadiran 'orang lama' persada seni tanah air," katanya.

Tambahnya, festival ini pernah menempah sejarah dalam Malaysia Book of Record dengan penayangan siri filem klasik berturut-turut tanpa henti selama tiga hari.

Festival ini dilihat baik kerana menghimpunkan tokoh lakonan dari dulu hingga kini. Ini sebenarnya dapat merapatkan hubungan sesama mereka.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Datuk Mustapha Maarof, berkata tujuan festival ini diadakan seiring dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan persada seni tempatan.

"Kita cuba lakukan yang terbaik untuk festival kali ini. Jika sebelum ini kita lebih tertumpu kepada hiburan, kali ini diselitkan dengan diskusi untuk menambah rencah festival ini.

"Walaupun mengadakan kelainan tetapi hiburan tetap ada dengan tayangan Pancha Delima, Pendekar Bujang Lapok dan Sumpah Pontianak," katanya.

Festival yang menghimpunkan seniman dan seniwati negara seperti Tan Sri Jins Shamsuddin, Datuk Mustapha Maarof, Datuk Aziz Satar, Kuswadinata, Mariani Ismail, Salmah Ahmad dan Datuk Maria Menado dan Omar Puteh ini dilihat sebagai usaha memartabatkan filem klasik.

Tahun ini diserikan dengan kehadiran artis seperti Imuda, Rosyam Noor, Hail Amir dan Uji Rashid.

Pelbagai program menarik diatur untuk menarik minat pengunjung seperti diskusi filem, makan malam bersama seniman dan seniwati dan malam kemuncak Festival Filem Klasik Paradise.

Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian Jins dan Mustapha khas untuk festival ini.

Acara tahunan ini diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Haji Abbas dan mantan Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Festival selama dua hari satu malam ini membuka peluang kepada peminat filem klasik untuk turut serta di samping promosi istimewa ditawarkan pihak hotel dengan hanya RM350 berserta bilik untuk dua orang dengan sarapan dan tiket untuk dua orang ke majlis makan malam bersama seniman dan seniwati.

Sumber : Harian Metro [22/06/09]
Oleh Ahmad Shazwan Md Yusof

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP