Until Death Do Us Part - Jonas

Isnin, Jun 29, 2009

#585. Filem Menarik Sepanjang Jun - Ogos 2009

FILEM: Transformers: Revenge of The Fallen
ARAHAN: Michael Bay
LAKONAN: Shia LaBeouf, Megan Fox, Isabel Lucas, Josh dan Duhamel
GENRE: Aksi / Sains Fiksyen
TAYANGAN: 24 Jun 2009
ULASAN: Firdaus Sahat

MENGAGUMKAN! Campuran elemen aksi menerusi imej janaan komputer (CGI) yang nyata canggih, babak komedi dan romantik menjadikan Transformers: Revenge Of The Fallen satu penantian yang berbaloi.Arahan sutradara Michael Bay ini sememangnya menarik. Namun, ada yang membandingkan filem ini dengan yang pertama, malah pelbagai pendapat diberi.Bagaimanapun, bagi penulis, tiada apa perlu dikesalkan, lebih-lebih lagi karya Bay sentiasa padat dengan aksi menarik dan setiap babaknya mengujakan penonton.Bagi Bay, babak letupan dan aksi menjadi identitinya dalam mana-mana filem. Tidak mustahil jika dilihat kembali karyanya yang terdahulu seperti Armageddon (1998), The Rock (1996) dan Bad Boys (1995, 2003), semuanya menarik perhatian ramai.

Menerusi filem pertama Transformers, Bay menceritakan peperangan dua raksasa robot yang datang ke bumi dikenali sebagai Autobots dan Decepticons. Kali ini pula, Bay merungkai jalan ceritanya dengan lebih mendalam apabila dia turut menyentuh mengenai sejarah silam ‘makhluk asing’ dari sebuah planet, Cybertron.Sesiapa yang mengikuti sejarah barangan mainan keluaran syarikat Hasbro sejak 1984 ini yang kemudian diterbitkan menerusi komik tentu mengenali karektor Transformers. Malah, kali ini lebih ramai raksasa ‘besi’ berkenaan berkeliaran di muka bumi.

Tambah menarik, penambahan watak seperti Constructicons, Ravage dan Soundwave dan The Fallen untuk Decepticons dan watak lucu menerusi Jet Fire serta pasangan robot kembar, Skids dan Mudflap yang menganggotai Autobots cukup menghiburkan.Watak utama seperti Optimus Prime, Ironhide, Bumblebee, Starsream dan Megatron yang dikekalkan masih dijelmakan dengan baik. Bagaimanapun, kali ini lawan Prime bukan lagi Megatron, sebaliknya The Fallen yang lebih berkuasa.

Menerusi filem ini, barangkali peminatnya mahu melihat transformasi gergasi Decepticons menerusi watak Constructicons. Bagaimanapun, pelbagai kenderaan yang bertukar menjadi raksasa robot berkenaan tidak cukup memuaskan hati penonton yang mahu melihat dengan lebih jelas bagaimana ia berubah.Jet Fire pula perlu mengorbankan diri semata-mata untuk membantu Prime mengalahkan The Fallen. Di sini, sebahagian tubuh Jet Fire digunakan oleh Prime dan ia menjadi babak menarik untuk ditonton.Menyentuh soal lakonan, watak Sam Witwicky (Shia LaBeouf) dibawa dengan baik.


FILEM: Ice Age 3: Dawn of the Dinosaurs
ARAHAN: Carlos Saldanha
LAKONAN: Denis Leary, John Leguizamo, Queen Latifah dan Ray Romano
GENRE: Animasi
TAYANGAN: 1 Julai 2009
ULASAN: Shakilawati Abd Rahman

MENERUSI Ice Age, penonton disajikan dengan usaha murni Manny, Sid dan Diego melindungi bayi, kemudian tiga hero ini berusaha melepaskan diri daripada banjir besar berikutan pencairan ais dalam The Meltdown dan kini mereka kembali dengan penemuan luar biasa dinasour di perut bumi.Selain mengekalkan karektor utama, penceritaan Dawn of the Dinasours lebih berwarna dengan adanya watak baru seperti Scratte, tupai betina, Buck si pemburu dinosaur dan pelbagai spesies dinosaur. Kewujudan wajah baru ini secara tidak langsung membuatkan filem ini terus segar dan seronok ditonton.

Kisah bermula dengan keseronokan Manny dan Ellie yang tidak sabar-sabar menanti kelahiran anak sulung sehingga menyebabkan Sid dan Diego rasa terasing.Kesungguhan Manny mendorong Sid untuk memiliki keluarga dan hasrat itu hampir menjadi kenyataan apabila Sid bertemu tiga telur dinosaur di dalam sebuah gua ais.Tanpa berfikir panjang, dia menjaga telur yang dihias dengan wajah riang itu seperti anak sendiri. Kegembiraan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila ibu dinosaur tiba-tiba menyerang Sid dan rakannya. Haiwan besar itu bukan saja mengambil anaknya, malah membawa sama Sid ke dunia dinosaur.

Demi menyelamatkan sahabat mereka, Manny, Elli, Diego, Crash dan Eddie sanggup mempertaruhkan nyawa masuk ke dunia dinosaur yang bahaya.Penonton pasti terpesona dengan kerja teliti tulang belakang filem ini yang berjaya mencipta satu dunia baru yang sangat indah. Bukan saja didiami pelbagai jenis hidupan besar yang ganas, dunia ini diserikan dengan bunga liar, hutan, air terjun dan lahar yang menakjubkan.

Bagaimanapun, bagi mereka yang membeli tiket 3D, jangan letak harapan terlalu tinggi kerana hanya ada satu dua babak objek keluar dari skrin.

Bagaimanapun, ia tidak mencacatkan filem ini kerana banyak lagi perkara menarik mampu mencuri perhatian penonton, antaranya karektor Buck dan aksi perebutan serta romantik Scrat dan Scratte. Meskipun berlebih-lebihan, aksi mereka tidak mengganggu fokus penonton terhadap usaha Manny dan rakan menyelamat Sid.Filem ini sangat menghiburkan dan terbaik dari dua karya sebelum ini.


FILEM: G.I Joe: Rise Of Cobra
ARAHAN: Stephen Sommers
PELAKON: Channing Tatum, Dennis Quaid, Joseph Gordon-Levitt, Marlon Wayans dan Rachel Nichols
GENRE: Aksi
TAYANGAN: 6 Ogos 2009

SEPULUH tahun akan datang, sekumpulan unit askar khas iaitu G.I Joe diwujudkan daripada sebuah organisasi, Cobra. Mereka ditugaskan untuk mematah serta melumpuhkan kegiatan jenayah yang sering berlaku di bandar berkenaan.Bagaimanapun, ketua penjenayah berkenaan sukar ditemui dan ia menjadikan jenayah di bandar berkenaan sering menjadi-jadi. Namun, G.I Joe bertekad menghapuskan penjenayah itu atas sebab tertentu.


FILEM: Final Destination 4
ARAHAN: David R Ellis
PELAKON: Bobby Campo, Haley Webb, Nick Zano dan Shantel VanSanten
GENRE: Thriller / Seram
TAYANGAN: 24 Ogos 2009

KETIKA Nick O’Bannon mendapat ilusi dan melihat bayangan rakannya terbunuh dalam kemalangan maut membabitkan kereta lumba, O’Bannon tidak mengendahkannya dan menganggap ia hanya mimpi.Bagaimanapun, ketika semua perkara menjadi benar, dia mula resah dan panik, malah meminta semua penonton di perlumbaan berkenaan melarikan diri.Namun, maut masih mengekori O’Bannon dan rakannya, malah ada antara mereka terbunuh dalam keadaan ngeri. Mampukah O’Bannon melarikan diri daripada ajal yang mengejarnya?

Sumber : Harian Metro

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP