Until Death Do Us Part - Jonas

Rabu, Februari 18, 2009

#127. Tyler Perry's Madea Goes To Jail ( 2009)

" Something big is coming to the big house "
Judul Filem : Madea Goes To Jail ( 2009)
USA (The Tyler Perry Company, Lionsgate) 103m Color
Genre : Komedi, Drama, Jenayah, Adaptasi
Tarikh Rilis : 20hb Februari, 2009
Web Filem : http://www.madeagoestojailmovie.com
Direktur : Tyler Perry
Produser : Tyler Perry, Reuben Cannon
LakonLayar : Tyler Perry
Muzik : Aaron Zigman
Sinematografi : Alexander Gruszynski
Pelakon : Tyler Perry, Keshia Knight Pulliam, Derek Luke, Robin Coleman, Jackson Walker, Drew Sidora, David Mann, Tamela J. Mann, Sofia Vergara
Plot : Madea, seorang nenek yang menghadapi masalah menguruskan amarahnya terlibat dalam pelbagai kesalahan dan akhirnya dihantar kepenjara. Dipenjara, Madea bertemu dengan Candy bekas pelacur dan cuba melindungi dan mengubahnya sementara keluarganya cuba mencari jalan membebaskannya.

Trailer :


Siapa kata kritikan membunuh? mungkin bagi yang lain tapi tidak pada pengarah prolifik, Tyler Perry buktinya fiem debut Diary Of A Mad Black Women 2005 melonjak dalam carta mingguan filem paling popular pada minggu pertama tayangan menyaksikan sebanyak $22 million tiket habis dijual. Namun ada kata sinis dilemparkan bahawa kejayaan tersebut adalah kerana kejayaan Perry mempersembahkannya di teater, apakah filem Madea Goes To Jail akan mengulang sejarah yang sama?. Tyler Perry, pengarah kulit hitam yang sebelum ini merempat dijalanan gigih menulis bagi pementasan teater juga pengarah filem amat dikenali dengan trademarknya yang sering menggunakan namanya pada tajuk filem dan sinonim mementaskan teater dan filem dari sudut pandangan dan pengalaman kehidupan keluarga Afrika-Amerika menyaksikan hampir keseluruhan pelakon yang membarisi filem dan teaternya adalah berkulit hitam sehingga kini telah pun menghasilkan 6 buah filem namun tiada satupun yang berjaya memecah rekod Box-Office dan belum satupun filemnya ditayangkan di Eropah. Apakah filem Madea Goes To Jail akan menembusi pasaran Eropah setelah Perry diberitahu bahawa mereka diluar sana tidak berminat dengan kisah kehidupan rakyat Afrika-Amerika?
Bagi yang telah menonton filem-filem beliau sebelumnya pasti akan menantikan buah tangan Perry yang ke7, dan kali ini berlatar belakangkan bandar Georgia, Atlanta USA kisah kali ini berkisar tentang Madea seorang nenek yang menghadapi masalah menguruskan perasaan marahnya sering terlibat dengan pergaduhan samada verbal atau fizikal akhirnya dijatuhkan hukuman dan dihantar kepenjara. Biarpun dipenjara, Madea tidak berubah tambahan pula sejak kehadiran Candy, pelacur muda yang sering dibuli oleh banduan bernama Big Sally. Madea bukan sahaja melindungi Candy malah cuba me-reformasinya. Berjayakah Madea? Filem ini juga menyaksikan Tyler Perry melakonkan watak Madea, Joe dan Brian disamping pelakon Keshia Knight (Cosby Show) yang memegang watak Candy/Candance dan juga Derek Luke (Lions For Lamb 2007). Secara peribadi, Maya terhibur namun terdapat babak yang ketara splastik komedinya dan tiada kelainan dalam filem ini, tiada sesuatu yang baru semuanya tradisi Perry malah ada yang menyamakan filem ini seakan filem Ernest Goes To Jail (1990). Dengan plot yang santai filem 'dark komedi' ini sesuai ditonton dihujung minggu bersama teman.

Antara filem-filem arahan Tyler Perry :

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP