Until Death Do Us Part - Jonas

Khamis, Februari 19, 2009

#132. CHE ( 2008 )



Judul Filem : CHE (2008)
France/Spain/United States (Estudios Picasso, Laura Bickford Productions,) 268m Color
Genre : Biografi, Drama, Sejarah
Tarikh Rilis : 12hb Disember, 2008
Tayangan : 24hb Januari, 2009 (USA)
Web Muvi : http://www.che-movie.co.uk
Direktur : Steven Soderbergh
Produser : Laura Bickford, Benicio del Toro
LakonLayar : Peter Buchman, Benjamin A. van der Veen
Sinematografi : Steven Soderbergh (as "Peter Andrews")
Muzik : Alberto Iglesias
Pelakon : Benicio del Toro, Julia Ormond, Franka Potente, Catalina Sandino Moreno,
Plot : Kisah perjuangan Ernesto "Che" Guevara seorang pejuang Marxis di Argentina.

Trailer :


Setelah kejayaan filem biografi Erin Brokovich pada tahun 2000 yang mengangkat pelakon utamanya Julia Roberts menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Majlis Acedemy Awards (Oscar) 2001, pengarahnya Stevem Soderbergh kembali semula dengan filem biografi terbarunya CHE (2008). CHE merupakan biografi epik yang mengisahkan rentetan perjuangan ikon revolusi Cuba iaitu Ernesto Che Guevara dari tahun 1956 hinggalah kematiannya pada 1965 dan bagi merealisasikan kisah ini di layar watak Che dilakonkan oleh pemegang anugerah Oscar 2001 dan 2003 merangkap produser bagi filem ini iaitu Benicio del Toro. Filem yang menelan bajet $58million ini juga menyaksikan kemunculan semula aktres Julia Ormond yang menghilang selepas kejayaan filem Sabrina (1995) lakonannya bersama Harrison Ford.
Berikutan jangkamasa 10tahun dalam hidup Che yang ingin dipersembahkan pada penonton terlalu panjang dengan pelbagai peristiwa menarik untuk diselitkan, Steven membahagi filem ini kepada 2 bahagian Che Part 1: The Argentine bertumpu pada permulaan penglibatan Che dalam gerila dimana setelah bertemu Fidel Castro, mereka telah bergabung bersama menyertai Revolusi Cuba dan berjaya menumbangkan pemerintahan kuku besi pimpinan presiden Fulgencio Batista.Manakala pada bahagian kedua pula berjudul Che Part 2: Guerrilla memaparkan cabaran yang dihadapi oleh Che sehinggalah cubaannya untuk mewujudkan revolusi di Bolivia berakhir dengan kematiannya pada tahun 1965.Filem ini telah ditayangankan serentak dua bahagian di Festival Filem Cannes dan juga di kota new York dan Los Angeles pada Disember 2008 yang lalu.
"Che was a weird combination of an intellectual and an action figure, Gregory Peck and Steve McQueen, wrapped in one."— Benicio Del Toro Interview by Sheila Johnston, Daily Telegraph,December 29, 2008
Hollywood telah mengiktiraf kehebatan Benicio dalam dunia lakonan dengan penganugerahan Oscar menerusi filem Traffic(2000) dan 21 grams (2003) namun mampukah beliau memberikan impak hebat dalam Che seperti wataknya sebagai Fred Fenster dalam The Usual Suspects (1995) dan Javier Rodríguez dalam Traffic (2000) segala persoalan itu terjawab bilamana anak kelahiran Puerto Rico ini telah membuktikan kehebatannya menghayati watak pemimpin gerila ini sekaligus dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik 2008 di Pesta Filem Cannes 2008. Difahamkan idea menghasilkan filem Che telah tersemat sejak tahun 1996 lagi ketika produser Laura Bickford meminta dia meneliti biografi CHE dan sejak hari itu dia terus mengkaji dan meneliti perjalanan perjuangan CHE sehinggalah Steven setuju menerima tanggungjawab sebagai sutradara filem ini. Bagi menjayakan impian melakonkan watak ikon ini, Benicio telah meneliti semua tulisan karya CHE dan bertemu dengan rakan serta kaum kerabat beliau.
"What Soderbergh has sought to capture here is a grand process of birth and extinguishment, one that produced a complicated legacy in which John McCain, Barack Obama and Raúl Castro are still enmeshed. There will be plenty of time to argue about the film's (or films') political relevance or lack thereof, to call Soderbergh names for this or that historical omission, for this or that ideological error. He's made something that people will be eager to see and eager to talk about all over the world, something that feels strangely urgent, something messy and unfinished and amazing." — Andrew O'Hehir, Salon Magazine
CHE (2008) telah memulakan pengambarannya pada Julai 2007 dibeberapa lokasi stategik sekitar Sepanyol, Puerto Rico dan Mexico. Maya melihat CHE bahagian satu menampilkan kisah perang yang dipersembahkan seakan filem perang klasik mendiang John Sturges (The Great Escape 1963). Che (2008) bahagian satu mudah difahami plotnya berbanding bahagian kedua agak sukar dan 'quixotic' dan harus diakui bahawa filem ini tidak seperti mana-mana filem biopik konvensional yang lain, langsung tiada sorotan kisah peribadi bagi rujukan psikologikal seperti bagaimana kisah zaman remaja CHE, karier beliau sebagai doktor, perkahwinan mahupun kehidupan sosial namun tidak pula keterlaluan ditonjolkan ke-hero-annya disinilah Maya melihat kebijaksanaan Steven mengarap satu kisah biografi kontroversi tanpa mengocak mana-mana elemen sensitif sehingga akhirnya ia menjadi satu santapan minda bersejarah dilayar memaparkan seorang lelaki yang bijak dan berkarisma menyandang senjata dan bergerak dihutan belantara yang akhirnya tersungkur dikota semata-mata kerana idealismanya hinggakan Maya merasakan paling ideal kisah ini ditonton bagi yang pertama kali mendengar namanya.

Dengan menampilkan CHE sebagai seorang yang naturalistik berbanding sebagai subjek psikologikal dan memfokuskan CHE dalam docu-drama sebagai objektif telah meletakkan CHE sebagai sebuah filem yang amat praktikal berlaku didunia yang nyata sebagai ekspresi ideologinya dimana interaksi padu dengan lapisan bawahan menjadi tunjang kemenangannya dalam Revolusi Cuba dan sebaliknya pula dalam mencetuskan revolusi di Bolivia jelas dipaparkan perjuangan CHE laksana Ying dan Yang (bhgn 1&2) seterusnya menyerlahkan kekuatan garapan style 'off-centre' Steven sekaligus menolak dakwaan bahawa CHE (2008) seperti filem Lawrence Of Arabia (1962).

Ketara benar Steven memilih untuk mengunakan kanta pembesar bagi memfokuskan watak CHE sebagai pemimpin tentera gerila dan sebagai publik pesona dari sudut saintifik berbanding untuk menyuntik watak dari sudut dramatik dan ini jelas dalam babak bagaimana efisyennya CHE mengatur strategi, memberi arahan ketenteraan dan berjaya diimplementasikan dan diluahkan secara fizikal ekspresi oleh Benicio disinilah kekuatan filem ini, persembahan fizikal Benicio sebagai CHE benar-benar memukau mengingatkan Maya pada lakonan Philip Seymour Hoffman’s sebagai Truman Capote dalam Capote ( 2005). Perlu diingatkan filem ini bukan filem perang tradisi dan juga bukan biografi bertunjangkan sepenuhnya sejarah sebaliknya Che (2008) banyak digarap berasaskan tulisan jurnal harian yang dicatat oleh CHE selama berada didalam hutan serta nota-nota peribadi beliau dengan itu selain dari babak pertempuran filem ini turut memaparkan keindahan alam yang rapat dengan para pejuang dimana dihutan tebal mereka ber-markas dan dijurang bahaya menjadi perangkap maut buat mereka. Penonton dibawa menghayati kehidupan para pejuang dihutan dengan sudut sinematografi yang menguatkan lagi plot serta memberi impak besar pada penonton mana tidaknya pengambaran diluar (outdoor) memberi Steven peluang besar bermain dengan RED digital kameranya.
Sean Penn is stunned pal Benicio Del Toro hasn't been recognised for his portrayal of revolutionary Che Guevara in biopic Che. Penn singled out Del Toro as one name the film award organisations had overlooked during his Best Actor acceptance speech at the Screen Actors Guild Awards on 25 January, and he's still struggling to come to terms with the fact the four-hour epic has become the forgotten movie of 2009. "Maybe because it's (Che) in Spanish, maybe the length, maybe the politics." - Sean Pean
Maya secara peribadi merasakan CHE (2008) adalah sebuah karya yang menarik untuk dinilai mahupun ditonton kerana berbeza dari karya biopik yang tersedia ada ianya digarap tersendiri oleh Steven yang dikenali memiliki pelbagai variasi gaya pengarahan termasuk cenderung mengimplimentasikan gaya La Nouvelle Vague namun entah dimana silapnya sambutan pengkritik agak dingin. Malah sejak ditayangkan disekitar bandar New York dan Los Angeles, Maya sudah mengagak CHE bakal meraih Anugerah Best Picture bagi Acedemy Award ke-81 namun CHE tidak dicalonkan dibawah mana-mana kategori pun. Apakah benar seperti sangkaan Sean, ianya kerana terbahagi 2 bahagian atau kerana berbahasa Sepanyol atau...kerana politik? Anda yang tentukan.

Rujukan :
(1) Drew Morton. "French New Wave Influences in Steven Soderbergh Films". http://stevensoderbergh.net/articles/2003/frenchnewwaveinfluences.php.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP