Until Death Do Us Part - Jonas

Khamis, Jun 18, 2009

#515. " Saya Belum Cukup Ilmu "

Aksinya dalam kebanyakan drama dibintangi begitu bersahaja dan tidak kurang mencuit hati. Paling diingati lakonannya menerusi drama penuh kontroversi, Pengantin Popular dengan menjadi pasangan kepada Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy).Sepanjang kerjaya seninya pelbagai watak sudah dijayakan Jalaluddin daripada ahli korporat, sultan, lelaki miang sehinggalah baru-baru ini menjadi mak nyah dalam teater Patung Kertas.
Berdasarkan kepada pengalaman dimiliki ternyata Jalaluddin, 55, boleh dianggap guru dalam bidang lakonan apatah lagi sepanjang terbabit dalam drama Nur Kasih rata-rata pelakon muda memuji akan sikapnya yang tidak kedekut ilmu dan banyak memberikan tunjuk ajar.

Bagaimanapun, apabila perkara ini dinyatakan kepadanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama Nur Kasih, baru-baru ini, Jalaluddin dengan merendah diri berkata, ilmu dimiliki dalam bidang lakonan belum cukup."Walaupun sudah 20 tahun terbabit dalam bidang lakonan, tetapi hakikatnya saya masih belajar."Bagi sesetengah kerjaya, lagi lama kita bekerja lagi banyak pengalaman diperoleh, tetapi berbeza dengan dunia lakonan, kerana ia ibarat perigi, apabila airnya sering ditimba lama kelamaan ia akan kering."Begitu juga dengan ilmu lakonan, apabila ia selalu dikeluarkan akhirnya tiada apa lagi yang tinggal. Kerana itu untuk menjadi pelakon yang baik saya harus berusaha untuk memperbaiki diri."Selain itu prinsip kerja saya apabila berlakon berikan tumpuan dan beri persembahan terbaik," katanya.

Atas alasan itu, Jalaluddin tidak pernah menolak watak yang dirasakan baik dan mampu menguji kemampuannya sebagai pelakon. Kerana mahukan cabaran dia sanggup memegang watak mak nyah dalam Patung Kertas 2 yang baru saja selesai dipentaskan akhir awal Mei lalu.Terbaru, khabarnya Patung Kertas mahu di bawa ke filem dan Jalaluddin sekali lagi ditawarkan untuk memegang peranan utama.

"Saya ada mendengar mengenainya dan baru-baru ini penulis skrip Patung Kertas, Wahid Nasir ada cuba menghubungi saya.Sepatutnya dalam minggu ini kami akan bertemu dan berbincang.

"Saya tidak mempunyai masalah untuk melakonkan watak sama dalam filem kerana dua medium (filem dan teater) ini berbeza dan mempunyai cabaran tersendiri.

"Sekiranya benar saya terbabit dalam filem Patung Kertas, saya mahu lihat sejauh mana saya mampu menjayakan watak itu di layar lebar. Bolehkah saya menggunakan disiplin lakonan yang dipelajari sepanjang membintangi teater itu dalam filem," katanya.

Walaupun sebelum ini pembabitannya dalam teater Patung Kertas menerima kritikan negatif tetapi ia bukan penghalang untuk Jalaluddin melakukannya sekali lagi.

"Ingin saya tegaskan di sini, pembabitan saya dalam drama itu atas dasar cabaran dan sekiranya apa yang saya lakukan itu mampu memberi iktibar kepada penonton mengapa tidak saya terus melakukannya.

"Bagaimanapun, untuk filem yang mahu dilakukan ini saya mahu melihat skripnya terlebih dulu.

"Sekiranya ia memberikan impak positif kemungkinan saya akan melakukannya tetapi kalau ia memberikan kesan negatif saya tidak teragak-agak untuk menolaknya," katanya.

Sumber : Harian Metro [02/06/09]
Oleh Rudy Imran Shamsudin

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP