Until Death Do Us Part - Jonas

Khamis, Jun 18, 2009

#525. @Sinepleks : GSC Alamanda Tambah Skrin

Sejumlah 1,394 tempat duduk untuk peminat filem di Putrajaya dan kawasan sekitarnya.

TENTUNYA satu perkhabaran gembira buat penduduk sekitar Putrajaya kerana mulai 28 Mei lalu, tiga lagi skrin ditambah di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) Alamanda sempena meraikan ulang tahun pertama panggung wayang berkenaan di kompleks beli-belah terkenal itu.Dengan penambahan berkenaan, kini GSC Alamanda mempunyai lapan skrin kesemuanya. Pertambahan skrin bermakna lebih ramai penonton dapat menikmati hidangan pelbagai judul yang ditayangkan di kompleks pawagam berkenaan. Sekarang, sejumlah 1,394 tempat duduk tersedia buat peminat filem di Putrajaya dan kawasan sekitarnya, seperti Sepang, Kajang dan Puchong.

Sempena ulang tahun pertama itu juga, GSC Alamanda Putrajaya menawarkan satu minuman percuma kepada pelanggannya dengan setiap pembelian kombo bertih GSC saiz biasa atau besar dengan minuman F&N dan Coca-Cola.Sejak dibuka April tahun lalu, pawagam yang menyediakan kemudahan untuk golongan kurang upaya itu mencatat sejumlah kira-kira 600,000 kunjungan sehingga hari ini.Bagi penggemar filem di kawasan terbabit, tentunya dengan pembukaan skrin baru, lebih banyak judul yang dapat mereka ikuti tanpa perlu memandu jauh hingga ke Kuala Lumpur. Antara filem yang kini hangat ditayangkan di pawagam berkenaan ialah Night of the Museum 2: Battle of Smithsonian, Syurga Cinta, Terminator Salvation dan Monsters Vs Aliens.

GSC ialah pemilik dan pengedar filem utama di Malaysia, yang menempatkan 164 skrin di 23 lokasi seluruh negara termasuk Lembah Klang, Pulau Pinang, Sungai Petani, Ipoh, Seremban, Melaka, Batu Pahat, Johor Bahru, Kuantan dan Kota Kinabalu.

Sementara itu, filem Terminator Salvation nampaknya menunjukkan kekuasaan apabila terus melonjak ke anak tangga pertama carta filem pecah panggung di negara ini, pada minggu pertama tayangan. Robot pemusnah berjaya menguis ke bawah juara minggu sebelumnya, Night at the Museum 2 untuk selesa berada di takhta juara.

Bagi peminat yang gemar mengumpul cendera hati filem kesukaan mereka, jangan melepaskan peluang menyertai peraduan Terminator Salvation yang menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti kemeja-T, kit kelangsungan hidup, pen dan komik Terminator Salvation yang bernilai sehingga RM5,500!

Anda hanya perlu mengisi borang peraduan yang boleh didapati dengan pembelian Kombo Bertih Jagung Karamel Besar bersama minuman Coke / Sprite atau dua minuman Coke / Sprite dari 21 Mei hingga 15 Julai, dengan melengkapkan slogan "If I’m John Connor, I will ..... because ....." dengan menggunakan tidak lebih daripada 15 perkataan.

Hantarkan borang bersama resit asal ke Peraduan GSC Coca-Cola Terminator Salvation, Peti Surat 8785, Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor. Anda juga boleh menyerahkan borang berkenaan di mana-mana pawagam GSC berhampiran.

Sepuluh peserta yang menghantar paling banyak penyertaan berpeluang memenangi hadiah istimewa. Di samping itu, 90 hadiah sagu hati disediakan untuk 90 pemenang terpilih. Sekiranya keputusan seri, penentuan pemenang akan dilakukan berdasarkan slogan terbaik.

Terminator Salvation mengisahkan peperangan antara manusia dan robot berterusan selepas berlakunya malapetaka dahsyat. Menggunakan latar waktu sekitar 2018, filem keempat dalam siri Terminator ini dilakonkan Christian Bale, Sam Worthington, Moon Bloodgood, Anton Yelchin, Common, Helena Bonham Carter dan Bryce Dallas Howard.

Carta pecah panggung:

1 - Terminator Salvation

2 - Night At The Museum 2

3 - Monsters Vs. Aliens (3D)

4 - Syurga Cinta

5 - Angels & Demons

6 - I Corrupt All Cops (Hong Kong)

7 - Thoranai (Tamil)

8 - Star Trek

9 - X-Men Origins: Wolverine

10 - Sarvam (Tamil)

Sumber : Berita Harian [06/06/09]
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP