Until Death Do Us Part - Jonas

Khamis, Januari 22, 2009

#19. Cinema : Penangan Maut Bade

15hb Januari, 2009
Kosmo
JESSABELL SOO

Dulu semasa muda saya boleh membikin filem ‘mengarut’ atau untuk hiburan semata-mata. Tapi kini rasanya kini saya perlu membuat filem yang lebih serius – BADE"

ISI kandungannya mengenai kematian telah membuatkan ramai ternanti-nanti untuk menyaksikan apa yang bakal ditonjolkan dalam filem arahan Bade Azmi ini. Dua tahun menanti, karya genre suspen dan drama misteri, Maut, akhirnya bertemu dengan penonton di pawagam bermula hari ini.

Sungguhpun topiknya berat tetapi cerita ini disampaikan lebih ringan berbanding filem Syaitan (2007) yang turut diarahkan oleh Bade. Ideanya turut datang lebih awal daripada filem Syaitan dan Bade berpendapat usia yang bertambah matang memerlukan dia membikin karya yang lebih serius seperti Maut.

Dibahagikan kepada tiga cerita yang digambarkan dalam tiga bulan - Sya'ban, Ramadan dan Syawal - semuanya menceritakan fokus sama iaitu kematian. Cerita pertama mengenai roh yang tidak tenang dan yang kedua berkisar tentang keinsafan manakala bahagian ketiga yang dibikin lebih dramatik memilih pembalasan selepas meninggal dunia sebagai isi penceritaan.

"Dulu semasa muda saya boleh membikin filem 'mengarut' atau untuk hiburan semata-mata. Tapi kini rasanya saya perlu membuat filem yang lebih serius. Jadi saya memilih subjek Malaikat Maut sebagai inti pati cerita. Sebenarnya subjek ini mengenai orang Islam tetapi tidak banyak yang boleh dijelas dan dikupas secara mendalam.

"Banyak benda yang kita tidak perlu tahu seperti roh atau malaikat. Tetapi dalam filem ini, rasanya saya telah mengupas lebih daripada yang sepatutnya. Cuma untuk subjek Malaikat Maut saya membiarkan penonton untuk membuat tafsiran sendiri bagaimana Malaikat Maut itu wujud untuk meragut nyawa," kata Bade ketika ditemui selepas tayangan filem Maut kepada media baru-baru ini.

Memandangkan isu yang dikupas serius, adakah filem ini boleh diterima penonton umum terutama yang bukan kaum Melayu?

"Filem ini tidak sukar untuk difahami. Apa yang penting dalam sebuah filem ialah nilai hiburan dan mesej yang ingin disampaikan. Konflik dan isu yang diselitkan menjadi nilai hiburan,"kata Bade.

Memilih cerita yang mendekati realiti kehidupan masyarakat setempat, filem yang turut ditulis oleh Bade yang awalnya dikenali dengan judul Malaikat Maut ditukar kepada Maut atas alasan sensitiviti.

"Tujuan asal filem ini dibikin kerana ingin bercerita mengenai Malaikat Maut, namun judul ini ditolak oleh pihak Lembaga Penapisan Filem Malaysia. Kami telah memikirkan beratus-ratus judul tetapi akhirnya membuat keputusan untuk memilih Maut kerana difikirkan ia lebih relevan dan dekat dengan mesej asal.

"Disebabkan perubahan judul ini juga, sedikit perubahan dilakukan dari segi suntingan tetapi jalan cerita masih dikekalkan," tambah Bade yang terkenal dengan filem-filem seperti Bilut, Berlari Ke Langit, KL Menjerit dan Gangster.

Mempertaruhkan Su (Liyana), Farah (Sabrina) dan JJ (Que) sebagai tunjang utama, filem ini juga ditapis dan disunting hampir 11 syot oleh LPF. Timbul pertanyaan sama ada jalan ceritanya akan tidak difahami penonton?

"Memang saya tahu filem ini akan disunting semasa ditapis dan saya sudah bersedia. Namun, ia tidak sedikit pun menjejaskan jalan cerita. Lagipun benda yang disunting ialah syot sahaja bukannya satu babak.

"Babak yang terlalu panjang atau tidak sesuai telah dipendekkan. Cuma sedikit masalah wujud di bahagian penataan bunyi semasa suntingan dibuat," tambah Bade.

Disebabkan tiga cerita berlainan, filem ini telah menggunakan khidmat ramai pelakon termasuk Liyana Jasmay, Raja Farah, Danny X-Factor, Reza ERA, Zack Taipan, Sabrina Hassan, Mohamad Bathich, Diana Danielle, Noniswara, Fauziah Ghoush, Que Haidar, Awal Ashaari, Nana ERA, Syarizad, Eja, Hasnul Rahmat, Fauziah Nawi, Riduan Hashim dan Rabecca Ahmad.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP