Until Death Do Us Part - Jonas

Memaparkan catatan dengan label LayarNote. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LayarNote. Papar semua catatan

Isnin, Julai 13, 2009

#600. Berehat Seketika [till we meet again]



Salam buat semua pembaca Layar,

Maya ingin mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga pada semua yang sudi singgah membaca blog Layar. Maya mungkin tidak dapat menulis dalam waktu terdekat kerana keadaan kesihatan Maya tidak mengizinkan dan Maya terpaksa dirawat di Hospital buat suatu jangka waktu tertentu. Tidak sekali-kali mengucapkan Selamat Tinggal pada semua tetapi memberitahu agar semua teman2 tidak tertanya-tanya kemana hilangnya Maya. Maya ingin memohon ampun dan maaf kepada teman2 blogger dan pembaca andai terdapat kata-kata, komen mahupun pandangan Maya menyinggung hati dan perasaan. Segala yang buruk dan hina itu semuanya dari diri Maya yang penuh kekurangan dan kelemahan. Ampunkan Maya dan Maya berharap andai diizinkanNYA Maya panjang umur, Insyaallah setelah tamat tempoh rawatan dan Maya sihat, Maya akan kembali menulis. Sehingga itu sambutlah salam sayang dari Maya buat semua teman-teman blogger dan semua pembaca yang Maya sayangi.

Salam dan Terimakasih.

Sayang Selalu
Maya

Baca Sepenuhnya...

Rabu, Mac 18, 2009

#290. LayarNote : Kena Tag!!


Entri ini buat teman blogger, Yatie Chomeyl di Fukuoka, Kyushu Japan yang telah me-nge-tag Maya harap Tie senyum sokmo. .

1. Nama ‘Timang-timangan’ anda oleh yang tersayang?
Maya andaikan 'yang tersayang' tu adalah famili Maya hehehhe..nama timangan Maya adalah Rin (In Japanese, the name Rin means- companion).

2. Anda seorang yang…
Introvert.


3. Describe apa membuatkan si dia terlalu istimewa dimata anda
Maya tak der 'si dia'

4. Makanan & Minuman favourite anda
Ikan Keli Masak Lemak Cili Api bersama Daun Asam Paya (airtangan Opah), Colcannon (airtangan granny/Mamó), Air Kedondong Asam Bol Ais, Green Lemonade,

5. Favourite Color
Violet dan Hijau

6. Dalam sebulan,berapa kalikah cik puan menukar cadar?
Maya tukar cadar setiap minggu.

7. Cik puan mengamalkan 'family planning' tak?
Maya belum menikah lagi.

8. Adakah cik puan berpuas hati dengan jumlah anak sekarang?Ada perancangan untuk menambah?
-

9. Sanggup kongsi blog dengan suami tak?Maksudnya bersama-sama bikin entry.
Jika suatu hari nanti dah berumahtangga dan suami sudi, apa salahnya berkongsi satu blog.

10. Andai kata suami cik puan dalam diam mempunyai blog tanpa pengetahuan cik puan,tetiba kantoi bila dapat tahu dari orang lain.Pastu semua follower ialah gadis-gadis jelita,kalau lelaki pun yang blom akil baligh je baca,cik puan hangin tak?Kalau hangin,nak buat apa?Baling periuk ke?
Andai ini berlaku pada Maya, Maya tak akan naik hangin atau jadik tsunami dlm umah hehehhe Maya amat menghormati privasinya.

11. Akhir kata, sila sertakan sekeping gambar cik puan ketika zaman sebelum kawen.
Hah! yang ini kena tunggu Maya nikah/kawen dulu pastu baru kasi.

Baca Sepenuhnya...

Selasa, Mac 10, 2009

#240. LayarBuku : Guna Filem dalam Pendidikan

Salam buat semua,
Maya menerima banyak email yang dihantar kepada Maya bertanyakan benarkah kita boleh mendapat manfaat dari filem yang ditonton? Bukankah filem barat banyak keburukannya hanya mengajar kita cara membunuh sahaja? bagaimana pula ianya boleh mendidik? Dibawah ini Maya senaraikan antara buku-buku yang menghuraikan serta memberikan kaedah bagaimana melihat dan menggunakan filem dalam mendidik.

Reading In The Dark : Using Film As A Tool In English Classroom Pengarang : John Golden
ISBN-13: 978-0814138724 Harga : $ 24.25

Kebanyakan kita menganggap filem sebagai hiburan semata namun dalam buku ini ibubapa dan guru/pendidik mendapat manfaat tentang jenis filem apa dan bagaimana menggunakan filem khusus dalam pendidikan bahasa dan kesusateraan dengan lebih menarik beserta teknik, soalan, klip, assessment, ide dan teaching aid yang disesuaikan untuk semua grade dan level pelajar.


Organizational Behaviour : Using Film to Visualize Principles and Practises Pengarang : Joseph E. Champoux Harga : $38.48 ISBN-13: 978-0324048568

Sebanyak 82 filem popular dibahagikan kepada 25 tajuk utama merangkumi perbahasan dari sudut 'behaviour' sikap dan perangai disamping persepsi individu maupun masyarakat terhadap seseuatu sikap dan bagaimana mencari titik tengah dalam memotivasikan diri serta merubah sikap menjadi pemimpin. Watak dianalisis behaviour-nya dan jika digandingkan dengan visual filem ianya menjadi bahan menarik buat pelajar.


Weekend at the Movies : 14 Blockbusters Retreats For Youth Pengarang : Samuel F. Parvin ISBN-13: 978-0687031818
Harga : $ 2.40

"Youth and movies go together like popcorn and soda." Remaja dan filem tidak dapat dipisahkan umpama popcorn dan soda dan buku ini lebih berupa buku 'How To' dalam menggunakan 14 buah filem blockbuster menjadi tarikan dan mendidik remaja menghadapi permasalahan sosial, kekeluargaan dan masa depan mereka. Bagi keluarga dan pendidik muslim perlu memberikan perbandingan agama menerusi filem2 ini.


Crossing Cultures Through Film Pengarang : Ellen Summerfield
Harga : $29.00 ISBN-13: 978-1877864216

Buku ini mengutarakan persoalan komunikasi antara budaya menerusi filem-filem yang dipilih. Filem-filem tersebut dianalisa dari sudut budaya serta minoriti sesuatu bangsa dan budaya serta memaparkan kewujudan rasa, isu serta ketidaksenangan antara kaum dalam tajuk perkauman yang ditonjolkan secara langsung mahupun kiasan menerusi filem-filem yang dipilih.



Teaching Ethnic Diversity With Film Pengarang : Carole Gerster; Laura W. Zlogar Harga : $39.95 ISBN-13: 978-0786421954

Buku ini mengupas keberlangsungan pembikin filem Hollywood menerap lalu mengubah pemikiran serta menanam budaya baru melalui persepsi ide dari kacamata mereka hingga mempengaruhi masyarakat Afrika Amerika, Asia, Asli Amerika dan Latino menjadikannya satu fenomena. Buku ini memaparkan secara rasional setiap perubahan dengan mencari erti sebenar latarbelakang budaya asli bangsa. Lesson-plan buku ini hanya sesuai untuk pelajar High School dengan menjurus 4 disiplin ilmu bersama unit pelan pembelajaran yang spesifik.

Baca Sepenuhnya...

Jumaat, Mac 06, 2009

#222. Filem Pertama Maya Tonton



Kesibukan dengan tugasan harian membataskan waktu Maya menulis begitu juga kotak email tidak dijenguk langsung justeru blog hanya dimuatkan dengan berita filem semasa dan kotak e-mail mencecah ratusan kiriman. Kesempatan di tengahmalam semalam Maya gunakan untuk membaca kesemua e-mail2 yg dikirimkan pada Maya. Terimakasih tidak terhingga pada kiriman dari pembaca blog Layar, benar2 terharu atas sokongan anda mana tidaknya blog Layar berusia tidak sampai 3 bulan. Maya tidak menyangka ada diantara pembaca yang benar2 mengikuti perkembangan Maya terutama selepas komen yang Maya berikan diblog tontonfilem.blogspot.com. Maya mohon maaf kerana tidak dapat membalas satu persatu e-mail yang dikirimkan kpd Maya namun izinkanlah Maya membalasnya/menjawabnya disini.

Hampir 90% kiriman dari pembaca blog Layar bertanyakan soalan mengenai Maya dan filem ; berapa byk filem dah tonton, sejak bila menonton, apa fave movie, kenapa hanya beri contoh filem Inggeris zaman lapok, dan lain-lain berkaitan manakala 5% menyatakan sokongan pada komen, beri semangat supaya Maya terus menulis, suka semangat cintakan filem dan 5% lagi macam biasa bertanyakan soalan cepumas ; umur Maya berapa ek? Leh kenal? Dok mana dan nombor h/pon apa? Maya ni dah kahwin ker belum, isteri orang ker janda muda, pelajar ker pengajar tidak kurang juga yang mengecam ; anak kacukan memang tak patriotik kerana tak kasi contoh satu pun pelem melayu, pan-asia suka tunjuk lagak, sombong dan banggakan pelem omputih.

Maya mula mengenali apa itu tayangan gambar atau wayang ketika berusia 7 tahun dan filem pertama Maya tonton adalah filem Sound Of Music (1965) filem musikal yang menghiburkan disamping mesej kekeluargaan dan kasih sayang dalam kemelut peperangan dan hampir sebulan lamanya hidup Maya hanya dipenuhi dengan cerita filem Sound of Music!. Pasti ada yang bertanya kenapa jadi begitu dan tidakkah terlalu muda usia Maya untuk diperkenalkan dengan filem sebegini sedangkan kanak-kanak lain menonton cartoon dan Sesame Street? Sebenarnya Maya tidak mengikuti pelajaran secara formal disekolah2 seperti anda, lantaran tugas ayah sering bertukar Negara memaksa mama dan ayah memberi pendidikan kepada Maya secara Homeschooling dimana Maya belajar menerusi lesson-plan dan kurikulum yang dibuat oleh mama dan ayah selaras dengan objektif pendidikan yang diwajibkan Cuma cara pembelajaran berbeza dan waktu belajar fleksibel dengan ruang litup kajian subjek lebih luas dan elektif pendek kata Maya tidak terikat dengan cara pembelajaran disekolah dan yang penting semua subjek dikaji selidik sendiri tanpa suapan guru hanya panduan dan guide-line dari lesson-plan yang dikembangkan mengikut tahap kemampuan daN kreativiti Maya tanpa menyasar dari objektif dan standard pendidikan internasional.

Berbalik kepada filem pertama yang Maya tonton, mama telah menyediakan lesson-plan buat Maya meliputi subjek sejarah, geografi, bahasa, language art, agama, politik, psikologi, kemanusiaan dan musik sesuai dengan tahap umur Maya dan semakin Maya membesar, filem ini tetap menjadi rujukan terutama dalam biografi, senilakon dan penulisan skrip serta nota muzik. Antara tugasan yang Maya buat adalah membuat map-story bagi filem ini, mengkaji susur galur kehidupan bagi watak Mary Von Trapp dengan diakhiri menulis sendiri ending cerita ini dengan ide sendiri, membina monolog perkembangan watak pilihan berdasarkan story-map dengan menentukan dimana sepatutnya ditempatkan samada selepas atau sebelum klimaks atau dipermulaan frasa, mengkaji perbezaan antara written language dan spoken language, menambah perbendaharaan kata dengan mempelajari tatabahasa yang betul dari intonasi hinggalah pada pronunciations dan memahami emosi setiap watak dalam kesemua babak dan punca disebalik wujudnya perasaan tersebut disamping kaitannya pada keseluruhan watak serta kesan pada jalancerita.

Selain itu Maya juga diberi tugasan menyelidik lirik dan lagu dengan menyediakan senarai lagu dan dikaji dari segi dinamiknya, instrumentasinya, lirik, melodi, modality, rhythm dan tempo seterusnya mensuai-padankan lagu dengan monolog yang telah dibina diawal tadi. Lagu-lagu tersebut diteliti dari aspek muzik elemennya yang memberi reflek mood dan emosi pada watak dalam monolog yang mana musik yang dipilih akan mengiringi ketika membentangkan monolog sebagai intro atau semasa memberikan konklusi.Menerusi filem inilah pertama kalinya Maya diperkenalkan dengan piano dan nyanyian. Maya telah diajar oleh mama bagaimana menyanyi menerusi solfege syllables Do-Re-Mi dan Maya rebiu dengan ‘key of C dalam carta solfege. Disinilah permulaan Maya mengenal nota muzik dan diajar bermain piano. Mama menggunakan solfege syllables brainstorming worksheet sehingga Maya mahir mengenal hubungan antara nama ‘key’ didalam carta.

Selain itu menerusi filem pertama ini jugalah Maya mengenal negara Austria dan Jerman serta Hitler disamping sejarah, sains politik, kesan perang dan kemanusiaan. Mengkaji dan menyelidik tokoh perang Hitler serta Holocaust dengan memahami makna Anschluss membawa kepada penulisan ringkas biografi Hitler dan Holocaust serta Nazi. Mengasingkan antara fakta dan fiksi menerusi Venn Diagram yang mana Venn Diagram tersebut Maya gunakan sebagai pre-writing dalam penulisan esei bagi membandingkan kontras kedua-dua sudut fakta dan fiksi setelah Maya berusia 12tahun. Assessment Rubric antara kaedah penilaian yang mama gunakan untuk menilai tugasan Maya. Maya juga diberi penjelasan tentang agama Kristian dan fungsi ‘nun’ serta pembandingan dengan Islam dan struktur dakwah Islam. Selain itu Maya juga mempelajari tentang batas pergaulan, kasih sayang, morality dan nilai kekeluargaan.

Sejak menonton filem Sound Of Music (1965) telah menjadi rutin bagi Maya menonton dua buah filem setiap minggu samada untuk tugasan ataupun untuk waktu terluang dari Elementary, Junior High, Middle School sehinggalah High School. Maya akan menyambung lagi tulisan ini bagi membincangkan filem yang digunakan oleh mama dan ayah bagi mendidik Maya. Terimakasih sekali lagi kerana sudi membaca dan Maya harap terjawab soalan anda dan bagi yang ingin mengirim e-mail kepada Maya, alamatkan sahaja ke mayasofieya@yahoo.com dan yg ingin berinteraksi tegurlah bila nampak Maya online di YM id – mayasofieya.

1. The Sound of Music (The Five Star Collection) Directed by Robert Wise. 175 min.,
2. A Letter To My Children: Historical Memory and the Silences of Childhood, by Timothy J. Stanley, University of Ottawa Dannhauser, A. Cornell, J.H. translator.
3. Solfege des Solfeges, Book 1: New York/London: G. Schirmer, 1891.

Baca Sepenuhnya...

Rabu, Februari 11, 2009

#100. Terimakasih atas email anda.

Salam dan terimakasih buat yang sudi membaca blog Layar. Pada posting yg ke 100 nih, Maya ingin mengambil kesempatan menjawab beberapa soalan dari pembaca yg dihantar kepada Maya menerusi e-mail.

ciputstarz & mangkokedap : napa pilih tulis dlm bahasa melayu?
Maya : bahasa ibunda maya.

pakngah : aper citer blog kamu nih ?
Maya : blog Layar mengandungi rebiu filem terbaru dan dvd(sedang diusahakan), keratan akhbar dan berita filem dari pelbagai sumber juga poster filem akan datang dan original soundtrack(ost) berserta lirik.

baby_ekin21 : tak leh nak komen per per pon!
Maya : dah tukar setting :D check it out

sparklemint : u nih kejer gan kompeni felem ker or wartawan? aku tahu dah..ntah2 kor nih cikgi tak? bahasa pun semacam jer
Maya : kesemuanya pun bukan.

northstarz : naper ek u tulih psal movie? dah banyak blog dah review movie beb!
Maya : sebab minat pada movie dan menulis. harapan Maya blog layar menjadi pelengkap pada blog movie review yang lain terutama dlm memberi info dan data filem dalam bahasa Melayu.

pinkygurl16 : gossip artis dan fesyen selebriti tak der ker? boring tul blog akak nih!
Maya : hehehehe memang takda ruangan gossip dik kat blog akak nih.

mie_kajang : ngantok gilerr aku kat blog kor baik kor tulih diari jer laa
Maya : banyak link bagi info filem, mie juga boleh layari blog lain yg telah maya sediakan :)

tapirberendam : citer panas dan sensasi takder ker Maya?
Maya : kompom takder ;)

Harapan Maya moga terjawab persoalan dibenak pembaca sekalian...what? ader lagih nak tanya? Silakan :)

Baca Sepenuhnya...

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP