Until Death Do Us Part - Jonas

Memaparkan catatan dengan label Hype. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hype. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 26, 2009

#576. Hype : Semai Sikap Tak Puas Hati

SUDAH menjangkau enam tahun model dan pelakon Jehan Miskin, 29, membabitkan diri dalam dunia seni. Namun, pemuda kelahiran Pulau Pinang ini belum berpuas hati dengan pencapaian yang dikecapinya setakat ini.Bunyi seakan-akan tamak kerana kalau dilihat, Jehan sepatutnya bangga kerana sudah membintangi banyak drama mahupun filem seperti Manjalara, Mentua VS Menantu, Puteri Salju, Gong, Anak Halal dan Qaisy & Laila.Sehingga hari ini rezeki Jehan dalam dunia lakonan tidak pernah putus dan sentiasa disambar penerbit. Lakonannya kini dapat disaksikan di TV3 menerusi slot Samarinda, Suria Kasandra setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam berganding dengan Intan Ladyana.

Kata Jehan, usianya sebagai pelakon masih mentah dan mengakui perjalanannya masih jauh untuk terus membina nama kukuh sebagai aktor yang paling disegani di negara ini. Tidak dinafikan, selain memiliki wajah kacak, Jehan juga mempunyai karisma untuk diangkat sebagai pelakon berkaliber.

Bahasa tubuh dan gaya lakonannya membuktikan dia tidak cuba untuk meniru mana-mana pelakon yang sedia ada sebaliknya, berjaya membina namanya sendiri. Kekuatan identitinya membuatkan Jehan berjaya mempertahankan kariernya sehingga hari ini.

“Sebagai insan seni sudah tentu saya bersyukur dan gembira dengan apa yang dikecapi. Namun, itu bukanlah satu penanda tamatnya perjalanan pelajaran dalam bidang seni lakonan.

“Malah, saya akan sentiasa belajar untuk membaiki kelemahan diri kerana tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini. Walaupun sudah berada di tahap yang tinggi, sebagai pelakon sikap suka mempelajari benda baru perlu ada.

“Ini penting kerana seni lakonan juga sentiasa mengalami perubahan mengikut peredaran masa. Sekiranya, kita tidak mahu belajar untuk mempertingkatkan kemahiran kerana fikir diri bagus sangat, tidak mustahil suatu hari nanti segala kenikmatan yang dikecapi akhirnya tersungkur jua.

“Disebabkan itu, saya sentiasa menyemai sikap tidak puas hati dalam peribadi diri. Bukan bererti tidak mahu mengucapkan syukur dengan apa yang diperoleh atau tamak, namun saya fikir semangat belajar perlu diterapkan dalam diri. Tambahan pula, apabila bercakap mengenai ‘belajar’, ia menuntut manusia itu mendalami ilmu hingga akhir hayat,” katanya.

Sekiranya segelintir pelakon melenting apabila dikritik mengenai tahap lakonan, berlainan pula dengan Jehan. Baginya, kritikan membantu ke arah peningkatan mutu lakonan.“Apabila membabitkan diri dalam pentas lakonan tempatan, bukan saja perlu mensahsiahkan sikap suka belajar dalam keperibadian diri malah turut meliputi keterbukaan menerima kritikan.

“Saya tidak melihat dari sudut pelakon lain, tetapi daripada saya sendiri, kritikan adalah satu nasihat berguna untuk berlakon dengan lebih baik.

“Saya fikir, sikap keterbukaan menerima kritikan membantu melihat kelemahan diri lantas berupaya membawa ke arah pembaikan kualiti lakonan. Justeru, saya tidak ambil hati apabila ada yang bersuara mengkritik lakonan saya,” katanya.

Mengenai perkembangan terkini, kata Jehan, dia sedang menjalani latihan filem epik Hikayat Merong Mahawangsa, karya sulung Yusry Abdul Halim. Selain itu, Jehan turut menerima tawaran berlakon telefilem Doa Ibu untuk siaran Astro Prima, Mentua VS Menantu dan Cinta Biru Laguna untuk TV9.

Akui Jehan, jadual kerjanya memang sibuk hingga tiada waktu untuk merehatkan diri. Namun, kerana memikirkan itulah karier dan tempatnya mencari pendapatan halal, Jehan tidak kisah semua itu.

“Saya memang suka bekerja. Lagipun, saya membabitkan diri dalam bidang yang disukai iaitu lakonan. Kata orang, apabila buat sesuatu benda yang kita minat, ia tidak akan jadi bebanan. Malah, kita sanggup bekerja keras untuk sentiasa cemerlang.

“Bagaimanapun, saya tidak terus sasarkan diri untuk kerja berterusan. Sistem kerja saya, tiga bulan aktif kemudian satu bulan rehat. Ini secara tidak langsung, membuatkan peminat tidak jemu melihat lakonan saya,” katanya.

Mengenai teman hidup, Jehan yang pernah putus cinta dengan pelakon Zuliana Abdul Aziz atau Jue pada Mac tahun lalu, mengakui belum berminat mencari pengganti.

Malah mengakui pernah tidak yakin dengan institusi perkahwinan dan hampir menoktahkan impian mulia itu. Bukan itu saja, melihat senario kahwin cerai di kalangan selebriti yang semakin menular dan hampir menjadi virus pula turut membimbangkan Jehan.

“Memang saya takut melihat fenomena ini hingga berfikir dua tiga kali apabila diajukan perihal perkahwinan. Namun, masa berlalu sejajar dengan peningkatan usia dan kematangan, akhirnya mengembalikan keyakinan diri terhadap sistem perkahwinan.

“Perubahan diri lahir apabila melihat kegembiraan hidup berkeluarga di samping seronok melihat keletah anak kecil. Melihat situasi itu, tanpa disedari saya tersenyum dengan kemeriahan sistem kekeluargaan yang tercantum indah,” katanya.

Sumber : Harian Metro [26/06/09]
Oleh Sakini Mohd Said
sakini@hmetro.com.my

Baca Sepenuhnya...

Isnin, April 13, 2009

#394. Buah Tangan Pertama Isma

PENAMPILAN menerusi telemovie, Sutun arahan pengarah muda, Shahrul Ezad Mohameddin atau Ezad sekitar 2002 mendorong Isma Yusoof, 27, untuk terbabit dalam kerja di belakang tadbir.Malah, Isma yang mendapat bimbingan Ezad menganggap pembabitan dalam lakonan memberi ruang kepadanya untuk mendalami ilmu bidang produksi.Penuntut filem animasi, Universiti Multimedia (MMU) ini mengakui meminati dua bidang iaitu lakonan dan pengurusan di belakang tabir yang mempunyai peranan tersendiri.

"Sejak mula membabitkan diri dalam lakonan, keinginan yang tinggi untuk mengetahui pengurusan sesuatu produksi dalam menjayakan penggambaran membuatkan saya mula membabitkan diri dengan tugas di belakang tadbir. Memang banyak benda yang saya belajar ketika terbabit dalam drama pertama itu."Malah, Ezad banyak membantu dan memberi galakan kepada saya untuk terbabit dengan tugas di belakang tadbir. "Saya bukan saja terbabit sebagai pelakon, malah sama-sama mengikuti perkembangan selain bertugas menyiapkan drama berkenaan. Secara tidak langsung saya dapat belajar banyak benda.

"Walaupun pernah menuntut dalam bidang berkaitan namun saya tidak menganggap ia sebagai jalan mudah untuk saya menguasai tugas dalam produksi.

"Sebaliknya, saya tetap bermula daripada bawah iaitu sebagai kru am selain melaksanakan tugas pengurusan produksi.

"Pada pandangan saya, berlakon dan pengurusan di peringkat belakang tabir dalam produksi adalah dua tugas yang berbeza.

"Sebagai pelakon saya hanya mengetahui mengenai tugas lakonan. Sebaliknya apabila bekerja di belakang tabir banyak perkara yang saya ketahui. Secara tidak langsung memahami tugas individu yang terbabit dalam penggambaran," katanya.

Isma ditemui ketika mengarahkan drama pertamanya, Merah Puteh bertempat di Shah Alam, baru-baru ini. Drama bersiri 20 episod untuk slot Lagenda TV3 mula disiarkan sejak 7 April setiap Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang manakala ulangannya di TV9 jam 8.30 malam pada hari sama.

Dia berasa bertuah kerana diberi peluang oleh pihak pengurusan produksi, Radius One Sdn Bhd selain mendapat kepercayaan Ezad untuk mengarahkan drama itu.

"Ini kali pertama saya diberikan peluang untuk mengarahkan drama. Begitupun saya banyak membantu dalam proses penggambaran sebelum ini seperti siri Cinderalla yang ditayangkan di TV3 tahun lalu.

"Saya juga bertuah kerana mendapat sokongan daripada mereka yang berpengalaman di samping pengarah bersama Megat Shahrizal.

"Pada mulanya saya memang tiada keyakinan untuk mengarahkan drama ini. Namun dengan Ezad sebagai penerbit selain pasukan produksi yang berpengalaman dan mantap membuatkan perasaan itu dapat dihakis. Begitupun, banyak lagi yang perlu saya belajar.

"Saya juga gembira dan berbangga kerana dapat bekerja dengan bakat baru selain nama-nama besar dalam lakonan seperti Redzuan Hashim dan Shahruddin Thamby," kata Isma yang bakal membuat kemunculan pertama di layar perak menerusi filem komedi, Setem arahan Kabir Bhatia yang dijadualkan tayangannya tidak lama lagi.

Selain mengarah Isma juga berbakat dalam penulis lagu. Malah, tiga lagu karyanya dipilih sebagai lagu tema untuk drama itu.

Lagu berkenaan dinyanyikan Aizat iaitu Kau Aku, Amylea (Aku dan Mimpi) dan kumpulan Bau (Anggun).

Sumber : Harian Metro

Baca Sepenuhnya...

#392. Seronok Bergabung Semula

FILEM aksi dan perlumbaan kereta popular, Fast & Furious yang sudah memasuki siri keempat bukan saja mempunyai peminat setia di seluruh dunia, malah menaikkan nama dan populariti pelakon utamanya, Paul Walker.Walker, 36, dari Glendale, Selatan California, Amerika Syarikat bukan sekadar bersandarkan paras rupa yang kacak untuk digilai peminat filem itu, malah lakonan mantapnya bergandingan dengan aktor hebat Vin Diesel.

Justeru, tidak hairanlah ramai peminat filem ini ternantikan kemunculannya dalam siri keempat yang menjengah pawagam seluruh dunia bermula 2 April lalu. Dalam satu temu bual yang disiarkan laman web Collider.com, Walker berkata, dia gembira kerana dapat bergabung semula dengan semua pelakon yang terbabit dalam The Fast & The Furious pada 2001.

"Ia sesuatu yang bagus dan menyeronokkan kerana dapat bekerjasama dengan Jordana Brewster sekali lagi. Saya suka bekerja dengannya sejak musim pertama lagi dan dia juga sudah berkahwin sekarang.

"Pada siri pertama dulu, kami memang nampak 'gila-gila' kerana masih remaja. Saya juga tidak tahu berapa umur Jordana ketika itu tapi sekarang dia sudah pun berkahwin. Diesel juga begitu. Saya juga sukakan Michelle Rodriguez. Saya hanya berjumpanya dua kali, tapi dia menyeronokkan dan sukar diramalkan.

"Saya kembali lagi dalam filem ini kerana ia menyeronokkan dan dapat bergabung semula bersama semua pelakon dan mendapat bayaran sekali lagi," katanya.

Walker mengakui pada mulanya tidak berminat terbabit dalam siri keempat itu. Malah dia dimaklumkan pengarah filem ini, Justin Lin wataknya dimatikan pada siri keempat dengan babak Brian lari bersama kereta.

"Bagaimanapun, Justin memberitahu, perkara itu tidak mungkin berlaku. Saya juga ingin berehat buat seketika daripada filem ini kerana sudah terlalu banyak masa habiskan dalam studio.

"Saya juga ingin terbabit dalam filem bajet kecil untuk terus dikenali ramai. Sebenarnya, saya juga ada 'nilai' di luar negara, tetapi jika sudah duduk terlalu lama dalam sesebuah filem itu, saya sukar untuk keluar daripadanya.

"Contohnya, 'Running Scared' lakonan saya tidak mendapat kutipan box office, tapi saya tetap menyukai filem itu. Namun, saya tetap boleh berbangga sekurang-kurangnya masih ada filem 'Fast & The Furious," katanya.

Kata Walker, Fast & Furious 4 tetap mempunyai kelebihan berbanding siri sebelumnya kerana melihat siri keempat ini adalah siri sebenarnya.

"Diesel dan saya bergandingan dalam filem pertama dan akhirnya kami bersatu semula dalam siri keempat. Setiap kali berjumpa peminat, mereka sering bertanya, bila saya akan beraksi lagi dalam Fast and The Furious? Kenapa tiada Diesel dalam siri kedua?

"Sekarang saya tahu orang akan bertanya, di manakah Tyrese dan mengapa Tyrese tiada dalam siri kali ini? Namun, apabila saya beritahu saya dan Diesel kembali beraksi dalam siri keempat ini, rata-rata peminat sangat teruja mendengarnya," katanya.

Sepanjang penggambaran filem itu, Walker mengakui tidak ada masalah bergabung semula dengan Diesel kerana mereka buat kerja masing-masing. Apabila ada babak memerlukan mereka bersama, mereka jayakan sebaik mungkin.

Kedudukan Diesel dalam siri keempat ini berbeza. Selain menjadi penerbit dan pengarah, dia juga tampil dengan idea yang bagus. Kadang-kadang, saya seperti tidak mahu mendengar pandangannya sedangkan saya tahu ideanya bagus kerana ia sekadar pandangan saja," katanya.

Walker dan Diesel juga dilaporkan bakal bergandingan untuk sekuel kelima Fast & Furious tidak lama lagi. Mereka mengumumkan perkara itu ketika jelajah Fast & Furious 4, baru-baru ini.

Ketika ditanya sejauh mana kebenarah produksi siri kelima Fast & Furious, Walker berkata, dia juga mendengar khabar angin mengenai francais baru untuk filem itu.

"Saya sudah bercakap dengan pihak eksekutif di Universal dan mereka juga sangat serius mengenai perancangan untuk menghasilkan musim baru. Saya difahamkan, mereka merancang melakukan penggambaran sekuelnya di Eropah," katanya.

Mengenai wataknya dalam siri keempat, Walker berkata, Brian O'Conner sudah menjadi anggota polis dan dia juga ejen Persekutuan.

"Brian hanya buat apa yang dia perlu buat dan dia tahu apa yang terbaik buat dirinya. Tapi dia tiada arah yang sebenarnya. Dia fikir, anggota polis adalah tugas yang bagus dan ia seperti apa yang dia fikir bagus untuk dirinya.

"Dalam filem ini, saya mendapat pengalaman menyeronokan memandu kereta yang saya suka. Contohnya, saya berpeluang memandu R-34, Nissan Skyline pada peringkat awal siri kedua filem ini, tapi Brian pula merosakkan kereta itu dalam perlumbaan pertama dan selepas itu Brian memandu pula kereta model baru Subaru SCI," katanya.

Kata Walker, Fast & Furious siri ketiga dihasilkan lebih bertaraf antarabangsa berbanding yang pertama dan kedua.

"Terus terang saya tidak tahu sama ada filem ini masih ada peminat atau tidak. Tidak ada siapa pun yang tahu dan saya tidak dapat menjamin perkara itu.

"Apa yang pasti, penerbit ada kumpulan sasaran yang meminati filem ini. Apapun, ramai orang menyukai kereta di dunia ini dan minat ke arah itu akan berterusan dan pada masa sama, filem ini juga tetap ada peminatnya," katanya.

Sumber : Harian Metro

Baca Sepenuhnya...

#390. Tak Sanggup Kepala Dipijak – Pierre Andre

Filem Jangan Tegur arahan Pierre Andre, 25, terbitan Metrowealth Movie Production (MMP) menemui penonton di pawagam sejak 9 April lalu.

Filem ketiga arahan Pierre selepas 9 September dan I’M Not Single itu melalui detik-detik panas apabila tujuh adegan akhir diarahkan oleh orang lain. Penerbit MMP, David Teo dalam kenyataannya sebelum ini amat kecewa kerana teknik pencahayaan Pierre pada adegan itu terlalu buruk dan menjejaskan kualiti filem. Akhirnya David mengambil pengarah lain untuk menghabiskan tujuh adegan yang “tidak menjadi” itu.

Krisis tersebut menyebabkan hubungan David dan Pierre menjadi semakin tegang hingga David menganggap Pierre seperti budak-budak.Pada ketika itu Pierre pula khabarnya menghadapi tekanan perasaan gara-gara kisah cinta halusinasinya dengan seorang wanita menyebabkan prestasinya menurun.Pierre akhirnya menghilangkan diri dan David juga sudah tidak mahu ambil tahu lagi orang yang pernah diasuhnya itu. Petang Khamis lalu Pierre menjawab panggilan Pancaindera.

Pada waktu itu, dia baru habis menonton filem Jangan Tegur bersama pelakon Julia Ziegler di KLCC. Apabila ditanya mengenai hubungannya dengan David, kata Pierre mereka masih belum berhubung.

“Saya kena jaga maruah saya dan tidak membiarkan orang pijak kepala saya,” kata Pierre kepada wartawan NIEZAM ABDULLAH.

Ikuti luahan hati Pierre.

Pierre ada di mana ni?

Saya baru keluar panggung wayang. Di KLCC. Dengan Julia Ziegler. Kita orang baru habis tengok filem Jangan Tegur.

Puas hati dengan hasil kerja sendiri?

Okey! Saya puas hati. Saya lihat filem ini banyak elemen suspen. Ia memang sebuah filem hantu. Saya nampak ada mood dan pencahayaan yang baik. Cuma saya tak nafikan keseluruhan cerita ini ada sedikit longgar. Tapi saya tak puas hati dengan muzik yang dipaparkan. Elemen itu bukan yang saya mahukan. Saya dah bagi tahu pengarah muzik sebelum ini, tapi muzik dalam Jangan Tegur lebih kurang dengan Jangan Pandang Belakang saja. Sepatutnya ia kena berubah.

Dah tengok tujuh adegan yang dibuat semula itu?

Tujuh adegan itu saya rasa okey. Tak ada masalah. Menarik. Cuma kalau nak bandingkan cerita hantu dalam filem Jangan Pandang Belakang, cerita itu lebih menyerlah berbanding filem ini. Tapi saya mengaku Jangan Tegur ada kekuatan sendiri.

Masa prebiu filem ini kenapa tak datang?

Saya tak tahu pun. Tak ada orang jemput. Sebab itu saya datang tengok hari ini (9 April 2009). Tak apalah, itu semua hak dia oranglah nak jemput atau tidak.

Bagaimana hubungan Pierre dengan David setakat ni?

Masih tak ada apa-apa tindakan. Sebelum ini saya sudah minta keluarga saya tolong selesaikan masalah saya dengan David secara profesional. Ayah saya ada telefon David sebelum Tahun Baru Cina dulu. Dia kata dia sibuk. Saya tak salahkan dia. Orang nak raya. David kata nak telefon balik lepas dia sambut raya. Sampai hari ni tak ada apa-apa pun. Saya anggap dia tak nak kawan dengan saya lagilah.

Kenapa Pierre sendiri tak berurusan dengan dia?

Saya ada keluarga. Ada mak bapak. Lebih baik minta tolong dia orang bantu saya. Itu lebih baik bagi saya.

Jadi macam mana sekarang ini kerana Pierre masih terikat kontrak dengan MMP?

Saya tak berani nak cakap soal kontrak ini. Saya dah berunding dengan peguam saya. Saya tak nak komen bab-bab tu. Kalau saya tak boleh mengarah, saya buka kedai burger cukuplah (ketawa).

Apa perancangan Pierre lepas ni?

Saya ada rancangan nak berhijrah ke Indonesia. Orang sini dah tak suka saya. Wartawan pun sama tak suka saya. Saya pergi tempat lainlah. Bulan 12 nanti saya ada projek lain nak buat filem usaha sama Malaysia dan Jepun pula. Sebuah filem kisah cinta.

Eh, wartawan ada la telefon Pierre. Pierre yang tak layan!

Ala... lepas kes dengan David tu, tak ada pun wartawan telefon saya. Yang ada KOSMO! saja. Masa itu saya terharu sangat ada juga wartawan yang ingat saya. Yalah... sebelum ni saya pernah dengar ada orang kata Pierre jahat. Yang penting saya tak ganggu orang cukuplah.

Nak buat apa ke Indonesia?

Saya ada projek di sana. Saya dah jumpa kawan-kawan di sana. Mungkin saya akan arahkan filem dengan produksi di sana nanti. Tunggulah ya. Saya pun dah cari rumah dah. Bulan Jun saya akan ke sana balik. Saya pun ada berlakon filem usaha sama Malaysia – Indonesia iaitu Crazy yang akan ditayangkan di sana bulan Jun nanti.

Sampai bila Pierre nak merajuk? Kenalah beralah mungkin boleh baik dengan David.

Dia kata saya budak-budak tapi saya budak-budak yang ada maruah. Saya tak sanggup orang pijak kepala saya. Saya rela kerja angkut sampah atau jual burger kerana saya kaya dengan maruah daripada bagi diri dipijak. Kalau dia (David) nak berkawan, saya tak ada masalah. Saya anggap apa yang berlaku selama ini ada hikmahnya.

Bagaimana dengan kehidupan Pierre sekarang?

Saya bahagia. Saya suka dengan keadaan sekarang. Hidup saya pun lebih teratur. Sekarang saya dah boleh lihat diri saya sendiri yang kerdil ini.

Sebelum ini bila di sekeliling kita ada sesuatu yang membuatkan kita popular, kita akan cepat lupa. Sekarang saya dapat lihat manusia sebenarnya kecil sahaja. Perubahan ini membuatkan saya tak suka untuk bercakap dengan orang yang bongkak. Itu saja yang saya boleh cakap

Sumber : Utusan Malaysia [12/04/09]

Baca Sepenuhnya...

Jumaat, Mac 27, 2009

#351. Jim Carrey jadi syaitan

WATAK komedi cukup sinonim dengan kemunculan aktor Jim Carrey, 41, di layar perak. Filem lakonannya seperti Ace Ventura: Pet Detective, The Mask dan Dumb & Dumber pada 1994 selain Bruce Almighty (2003) serta Fun With Dick And Jane (2005) menyerlahkan dirinya sebagai pelakon berbakat.Carrey yang muncul dengan filem Yes Man arahan Peyton Reed penghujung Disember lalu sebenarnya tidak putus menerima tawaran filem baru setiap tahun.

Namun, dalam banyak filem yang dilakonkan persamaan masih wujud apabila dia diminta produser untuk membawakan watak komedi. Sebelum ini, dia pernah mencuba watak berbeza seperti Riddler atau Dr Edward Nygma yang menjadi watak antagonis pada watak utama, Batman menerusi Batman Forever pada 1995.

Mencari kepuasan dalam lakonan, penghujung bulan lalu Carrey turut memaklumkan dia akan bergandingan bersama Jake Gyllenhaal menerusi filem muzikal baru berkonsepkan broadway, Damn Yankees.

Filem itu mengisahkan peminat sukan besbol sanggup melakukan perjanjian bersama syaitan untuk memastikan pasukan kegemarannya menang. Dalam filem ini, Carrey memainkan watak syaitan dan dia menyatakan ini adalah kerjasama kali pertama antara dia bersama Gyllenhaal.

Sementara itu, Carrey juga menyatakan persetujuan untuk membintangi filem baru, The Three Stooges bersama seorang lagi aktor terkenal Hollywood, Sean Penn.

Masih menampilkan genre komedi, filem ini bukan hanya ditunggu peminat kedua-dua pelakon popular itu, tetapi penonton setia sitkom komedi The Three Stooges yang pernah ditayangkan pada 1930-an turut mahu menyaksikan kemunculan semula tiga watak popular, Larry Fine, Moe Howard dan Curly Howard.

Jim dijangka membawakan watak Curly Howard manakala Penn sebagai Larry Fine. Untuk watak Moe Howard, khabar angin mengatakan ia bakal dijayakan Benicio Del Toro yang pernah dikenali menerusi filem 21 Grams pada 2003 dan Sin City (2005).

Pasangan adik-beradik, Bobby dan Peter Farrelly pula diberi kepercayaan mengarah filem ini yang dijangka akan memulakan penggambaran penghujung tahun ini.

Kata Carrey, dia berbesar hati untuk berlakon dalam filem ini apatah lagi dia bersama dua pelakon utama lain menggalas tanggungjawab penting menghidupkan kembali tiga watak legenda ini.Katanya, walaupun filem ini masih mengetengahkan genre komedi ia tidak memberi masalah kepadanya dan pada waktu sama berusaha menjiwai watak ini dengan mendalam.

“Saya cukup bersemangat untuk membintangi filem ini dan berhasrat mahu filem ini berjaya seperti mana kegemilangan sitkomnya suatu ketika dulu. Sudah tentu, ramai peminat yang tidak sabar menonton filem ini dan ia tetap memberi tarikan apabila ditayangkan nanti,” katanya.

Daripada maklumat awal plot filem ini, ia menggunakan zaman kini sebagai latar belakang dan berusaha mengangkat bagaimana kehidupan trio pelakon komedi popular ini bertemu dan mencapai kejayaan.

Untuk tahun ini, Carrey juga muncul dengan dua filem baru, I Love You Phillip Morris dan A Christmas Carol. Carrey atau nama sebenar, James Eugene Carrey berasal dari Newmarket, Ontario, Kanada menunjukkan minat pada lakonan sejak awal usia 10 tahun apabila berani menghantar resume untuk program TV bersiri, The Carol Burnett Show pada 1967.

Dalam mengasah bakat seni, Carrey sememangnya berminat menjadi pelakon komedi. Selepas tamat sekolah menengah, dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke Los Angeles untuk mengembangkan bakat lakon.

Selepas aktif beberapa tahun membuat lawak pentas di The Comedy Store, dia kemudian menarik perhatian produser untuk mengambilnya berlakon.

Terbabit dengan drama bersiri, The All-Night Show pada 1980, Introducing... Janet (1983) dan The Duck Factory (1984), dia kemudian bertemu jodoh dengan aktres Melissa Carrey pada 1987. Perkahwinan pertamanya bertahan selama lapan tahun sebelum dia berkahwin dengan aktres Lauren Holly pada 1996 tetapi berpisah setahun selepas itu.

Sumber : Harian Metro

Baca Sepenuhnya...

#348. Mahu menghadap Tuhan begini - Sidek


KETULAN daging seberat satu kilogram yang di pipi kanan menjadi pengenalan diri buat aktor Sidek Husin.Bermula dengan saiz sebesar bola golf, semakin hari, ketulan daging itu makin membesar.Pada sebilangan besar daripada kita, kewujudan ketulan daging itu sudah tentu merimaskan.Sebolehnya, ada yang akan berikhtiar dan berusaha untuk membuangnya.

Namun pada tuan punya diri, apa perlu dia 'mengkhianati' kurniaan llahi.Reda dengan ketentuan itu, Sidek semakin menyedari hikmah yang ada di sebalik apa yang Allah berikan kepadanya.Lalu, dengan penuh rasa yakin seniman berkulit sawo matang mahu mengekalkan 'kelebihan' yang ada pada wajahnya.Paling utama juga, aktor tersohor itu mahu menghadap Yang Maha Esa seadanya tanpa perlu melakukan transformasi.

"Biarlah saya mengadap Tuhan dengan muka begini. Ini pemberian Tuhan dan saya tidak akan mengubahnya," itu ikrar Sidek dalam satu pertemuan dengan Hits baru-baru ini.Pertemuan itu diatur membolehkan kami mendasari suara hatinya.

Sebetulnya, sudah lama hajat kami ingin berkongsi perasaannya mengenai kehidupan yang dilalui sebagai satu-satunya seniman tanah air yang memiliki 'kelebihan' tersendiri.

Kata Sidek, dia tidak ada rasional yang kukuh untuk melakukan pembedahan membuang ketulan daging yang tumbuh pada wajahnya memandangkan, ketumbuhan itu langsung tidak menjejaskan kehidupan sehariannya.

"Kalau benda (ketulan) ini menyakitkan atau menyebabkan migrain, mungkin saya jalani pembedahan, tetapi ia langsung tidak menjejaskan kehidupan seharian saya.

"Melainkan kalau ia tumbuh di kaki dan menyekat pergerakan mungkin saya akan buang . Saya lebih suka membiarkannya.

"Lagipun senang bila saya mati nanti sudah ada bantal, jadi tak payahlah letak tanah nanti," sempat lagi seniman itu berseloroh pada pertemuan yang berlangsung di kediamannya di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.

Sebetulnya, Sidek dan ketumbuhan di pipinya itu bukanlah cerita baru bagi sebilangan besar masyarakat atau peminat seni tanah air.Cuma persoalannya, benarkah seperti yang diceritakan oleh ramai artis kononnya Sidek enggan membuang ketumbuhan itu kerana berpendapat ia membawa tuah dan rezeki buatnya?

Ada juga yang lebih nakal. Dakwa mereka, Sidek pernah melarikan diri dari hospital kerana takut dibedah!Mana satu yang betul?

Menjawab soalan yang diajukan, Sidek sekadar menggeleng kepala sebelum menyambungnya dengan kenyataan-kenyataan sebegini:"Mengarut semua cerita itu. Bukan saya tak pernah buang ketulan ini."Pada tahun 1979 ketika ketumbuhan itu sebesar bola golf, saya menjalani pembedahan di Hospital Sungai Buloh.

"Tetapi selepas tiga tahun ia tumbuh balik. Kini setelah 30 tahun ia menghiasi wajah saya, biarlah ia kekal begini. Sekurang-kurangnya Sidek Husin ada identiti tersendiri!" sambungnya lagi.

"Biarlah kalau ada yang anggap jijik"

Sudah lebih tiga dekad hidup dengan 'kelebihan' pada wajahnya, sebagai manusia yang waras pemikirannya, Sidek tidak pernah berkecil hati jika ada yang takut untuk mendekatinya.Bahkan, Sidek juga sudah lali dengan pandangan negatif padanya.

Kalau sekalipun ada yang berasa jijik untuk berdepan dengan Sidek, pelakon berusia 58 tahun itu tidak langsung terguris."Saya tidak kisah jika ada pelakon yang menganggap diri mereka superstar memandang jijik dengan ketulan pada wajah saya.

"Ini kerana saya percaya semua yang terjadi adalah dengan kehendak Allah. Lagipun ia (ketulan) tidak kacau orang," ujar beliau menarik perhatian penulis dan jurugambar mengenai pandangan negatif sesetengah karyawan seni padanya.

Benarlah kata Sidek dalam temu bual itu, dia tidak pernah berhenti memohon doa daripada Allah agar memudahkan perjalanan hidup dan kariernya.

Suatu hari, hikmah yang dijanjikan padanya hadir tanpa beliau duga sama sekali.

Ketika ada rakan pelakon yang 'geli' melihat ketulan daging di pipinya, dia didatangi sepasang hamba Allah yang mahu membantu memulihkan semula wajah Sidek.

Khuniza Abdullah bersama suami yang menetap di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur merupakan salah seorang peminat Sidek.Selepas menonton lakonan Sidek dalam drama Cantiknya Buruk yang ditayangkan di saluran Ria, Astro pada musim raya tahun lalu, pasangan itu berusaha menjejaki Sidek untuk menaja pembedahannya.

"Bayangkan mereka sanggup bersusah payah mencari saya. Setelah berjumpa, mereka memberitahu yang mereka telah mengatur temu janji dengan doktor untuk pembedahan membuang ketulan daging di pipi saya.

"Bukan itu saja, pasangan itu juga sanggup memberi saya RM25,000 untuk menanggung kos pembedahan dan selebihnya mereka hadiahkan kepada saya untuk menunaikan umrah.

"Tapi semuanya saya tolak kerana saya tidak mahu mengambil kesempatan atas anugerah Tuhan kepada saya.

"Saya sarankan kepada mereka agar sedekahkan duit itu kepada mereka yang memerlukan," Sidek berkongsi cerita keluhuran pasangan yang sudah dianggap sebagai rakan baiknya.

Sekali lagi Sidek menjelaskan, bukannya beliau enggan membuang ketumbuhan berkenaan.

Sebaliknya, Sidek pernah merujuk kepada doktor pakar di Hospital Kuala Lumpur beberapa tahun lalu.

Doktor berkenaan menasihatkan Sidek supaya tidak membuang ketulan daging itu kerana ia akan memberi kesan kepada penglihatannya khususnya pada sebelah mata kanan.

Saranan yang serupa diberikan anak bongsu Sidek, Mohd. Adam yang merupakan penuntut dalam bidang perubatan di Universiti Malaya.

Kini, diam tak diam sudah hampir sepuluh tahun ketulan daging pada wajah Sidek sudah berhenti daripada terus membesar.

Jiwa sensitif Sidek

Walaupun dalam drama atau filem, Sidek terkenal dengan watak antagonisnya tetapi mengenali lelaki ini sejak tahun 1982 menerusi drama popular, Anjang Aki, itu bukanlah perwatakannya yang sebenar.

Sidek yang dibenci kerana watak Malek yang memfitnah Anjang Aki hingga dipenjara dalam penjara buluh di hujung kampung, sebenarnya seorang lelaki yang berjiwa sensitif dan romantis.

Barangkali, ramai yang tidak tahu, andai terlihat sesuatu insiden atau tragedi yang menyentuh hati berlaku di depan matanya, air mata lelakinya sudah tentu akan membasahi pipi.

Dan bertitik tolak dari jiwanya yang sensitif itulah lahirnya skrip Panggilan Ilahi.

Melalui telefilem itu, Sidek yang membawa watak lelaki buta bernama Sudin berjaya membawa transformasi karakter berbanding watak-watak yang pernah dibawanya sebelum ini.

Malah apa yang nyata, seniman berwajah bengis ini berjaya membuat ribuan penonton meratapi 'kematiannya' dalam drama berkenaan.

"Saya tahu saya tak handsome... tapi bukan nak cakap besar, saya yakin kalau saya berlakon pasti penonton mengalirkan air mata. Saya juga boleh tepis lakonan pelakon-pelakon popular hari ini,

"Saya juga tak kisah kalau digandingkan dengan pelakon lelaki popular hari ini, saya percaya mereka boleh tenggelam cuma berani atau tidak mereka untuk berlakon dengan saya," kata Sidek yang kini tidak gemar menonton drama di TV kerana katanya drama-drama terbitan hari ini asyik menampilkan wajah pelakon yang sama.

Untuk rekod, Sidek mula berlakon pada tahun 1972 menerusi drama sulung Hujan Batu Di Rantau arahan Allahyarham Roslee Jalil.

Menyusul selepas itu, Sidek bersama-sama pelakon seangkatannya, Razali Buyong dan Omar Abdullah sering diberi kepercayaan menerajui drama-drama terbitan RTM ketika itu antaranya drama bersiri Potret Pekerti.

"Sebenarnya saya kecewa dengan senario hari ini, penerbit hanya sanggup membayar bayaran tinggi kepada pelakon cantik, muda dan handsome walaupun lakonan mereka stereotaip.

"Pelakon-pelakon macam saya, jangan mimpi nak dapat bayaran yang setimpal dengan bakat dan pengalaman.

"Saya tidak mahu bandingkan diri ini dengan pelakon Hollywood yang semakin tua lagi dihargai, cuma saya mempersoalkan kenapa mentaliti penerbit dan stesen TV tidak berubah?" kata Sidek meninggalkan tanda tanya.

Bulan Jatuh Ke Bumi

Bukan sekadar layanan dingin daripada pengusaha stesen TV atau penerbit drama dan filem sahaja yang diterima, sebaliknya, mungkin juga ada yang terlepas pandang bahawa Sidek juga sering dilupakan dalam pelbagai acara glamor.

Tanpa berselindung, seniman itu meluahkan kebenaran yang beliau tidak pernah diundang menghadiri apa-apa acara anugerah atau festival filem walaupun sudah 26 tahun berlakon.

Justeru, tidak hairanlah kenapa selama hampir sedekad, Sidek membuat keputusan berhijrah ke Ipoh, Perak.

Kebetulan isterinya, Sabiah Sulaiman, 54, bertugas di Pos Malaysia cawangan sana.

Namun, usaha bersungguh-sungguh sutradara Rashid Sibir menjejakinya di Ipoh membuatkan Sidek tidak mampu menolak tawaran membintangi Cantiknya Buruk.

Kini, minat dan kecenderungan Sidek lebih terarah menulis skrip selain berlakon.

Buat masa sekarang, Sidek sedang menyiapkan skrip Sejenis Air Mengalir yang memaparkan kisah percintaan antara jururawat desa dengan pengemudi bot penambang yang berakhir dengan kematian.

"Saya juga akan menulis skrip komedi Bulan Jatuh Ke Bumi yang mengisahkan tiga orang gila yang bercakap mengenai bulan," ujarnya.

Bagi Sidek, walaupun sejak muda hingga kini dia menyara hidup keluarganya dengan berlakon namun bersyukur kerana lima orang anaknya

berjaya menamatkan pengajian di menara gading.

Empat cahaya matanya daripada perkahwinan pertama iaitu Siti Hajar, 28, lulusan Universiti Teknologi Mara kini bertugas sebagai seorang guru.

Kata beliau, Umi Kalsom, 27, juga merupakan seorang pendidik yang menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa.

Sementara Khairul Mizan, 23, pula bertugas di Bank Negara dan Siti Mariam, 22, yang juga lulusan Universiti Teknologi Malaysia bertugas di sebuah syarikat pengiklanan.

Manakala Mohd. Adam, 18, yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang Perubatan dan Pembedahan di Universiti Malaya pula merupakan anak Sidek hasil perkahwinannya dengan Sabiah.

Sumber : Utusan Malaysia

Baca Sepenuhnya...

Isnin, Mac 23, 2009

#318. Hype : More of Syafie [Talentime 2009]

Talented kid: Syafie Naswip plays Hafiz in Talentime[2009]

IT is quite extraordinary meeting the actor behind the character, Hafiz, in Talentime and, previously, Mukhsin in Mukhsin.

On screen, the 17-year-old is larger than life and he is convincing as the characters he plays. It’s no wonder he was named best child actor at the 20th Malaysian Film Festival two years ago. Hence, it is surprising to see that the actor, Mohd Syafie Naswip, is smaller than an average teen and wears glasses.

Similarly, if Syafie had to portray sadness as he struggles to cope with his dying mother (played by Azean Irdawaty) in Talentime, the actor himself is quick with an engaging smile. He is polite even though he seems a little uneasy. Maybe, like most teenagers, Syafie has his share of insecurities. Then again, in some situations, that is understandable.

After all, anyone would be apprehensive if they have to share their scenes – which requires a lot of heartfelt emotions – with veteran actress Azean. Syafie was so nervous about his scenes. He recalled: “It was the first day of filming and I had doubts pulling off my scenes with Kak Yan. I just couldn’t get past the fact that I was sharing a scene with Azean Irdawaty and it was a very difficult scene, too.”

Luckily, the older actress knew a trick or two that she could pass to the youth. “She told me to take one step at a time, and that it will all work out,” he said.

Well, that must have done the trick because the scene in which Hafiz has a heart-to-heart talk with his mother is quite incredible to watch.

Although what the audience sees in Talentime is a natural progression of Hafiz’s character, Syafie attested that the role is a challenging one.

It has been rewarding too because he made new friends and got to show off his lip-synching ability.

Actually, Yasmin just can’t get over how brilliant Syafie is at lip-synching. She said: “We invited people to be the audience for the final night of talentime in the film, and they had no clue whatsoever about the story or Hafiz’s plight, but when Syafie started lip-synching Pete Teo’s I Go, some of them started to shed tears. It was amazing.”

The only child of an odd-job worker from Kuala Lumpur, Syafie contributes to the family’s income working on films and dramas. He also keeps some of his earnings for his education.

He hopes, in the long run, to be involved in the filmmaking industry as a cinematographer. Hopefully, this doesn’t mean he’d give up acting totally as it would be a shame to lose a talent like his behind the camera.

Right now, he is amused that someone calls him by his character’s name and some are even unaware of his real name. Don’t worry young man, it’s only a matter of time before Mohd Syafie Naswip becomes a household name.

Source : The Star

Baca Sepenuhnya...

#316. Hype : Lucky break for Mahesh [Talentime 2009]

Silence is golden: Mahesh (Mahesh) and Melur (Pamela Chong) have a quiet moment in Talentime.

First-time actor Mahesh Jugal Kishor nets a major role playing a deaf guy in Yasmin Ahmad’s Talentime.IT’S a shot in a thousand, really, but it’s the kind of story that dreams are made of. Mahesh Jugal Kishor was having lunch at a restaurant in Kuala Lumpur when he was spotted by an artiste manager who asked him if he’d be interested in acting.While the 19-year-old is more keen on a career revolving around engineering and information technology, his response to the acting offer was, “Why not?”

As Mahesh would find out later, that particular offer was even more remarkable because it was for one of the leading roles in Yasmin Ahmad’s film Talentime, which features three teenagers with different backgrounds and personalities as protagonists.Mahesh soon found himself having lunch with Yasmin, Ho Yuhang and Pete Teo.

“We talked about everything else but the movie,” recalled Mahesh.

“Then before she left, Yasmin simply told me, ‘You’re in’. I was shocked. When I asked her, if she was sure, she said, ‘yes’.”

While Mahesh didn’t have any problems getting the acting gig, he did have initial difficulty getting into character. Understandably so; for his very first role he has to portray a teen who is deaf.

“Learning sign language was a challenge,” said Mahesh, who is currently doing his Diploma in IT at Asia Pacific University College of Technology and Innovation in Bukit Jalil.

“I met with deaf people to get an idea (of their world). What I’ve learned from communicating with them is that they have so much more emotions and expressions, it’s amazing. The best thing when talking to them is to see all the expressions on their faces.”

To help him re-configure how to protray his character’s emotions just through facial expressions and body language, Mahesh wore earplugs for a while.

He got the hang of things during rehearsals, and managed his character well when the cameras rolled.

He added: “The other actors really helped me a lot.” A lot of his scenes were shared with stage actress Sukania Venugopal, and newcomers Jaclyn Victor and Pamela Chong.

According to Yasmin, what she looks for in any talent is charisma, a trick she said she picked up from a Czech director, Jirí Menzel. Well, it’s a method that has worked well for her, especially for Talentime.

Established actors such as Sukania, Adibah Noor, Jit Murad, Azean Irdawaty, and newcomers Mahesh, Chong, Syafie Naswip, Hon Kahoe and Victor lend appealing interpretations to the characters they play. Yasmin said: “What you see in this movie is what any of us sees every day.”

Talentime starts with a group of teachers auditioning students for a one-night performance, in which the winner gets a cash prize. A group of male students with motorbikes are chosen to send the contestants from their house to the school for rehearsals and the performance night.

Through this arrangement, the most unlikely people come together to discover that differences can be set aside, and new friendships forged, finding common ground.

One story revolves around Mahesh, who comes from a family steeped in traditional values. His life becomes entangled with a Muslim girl whose family comprises many races.

Another interesting subplot revolves around Hafiz (Syafie) and Kahoe (Hon), two classmates who are direct opposites. Yasmin said: “The story is not about the competition, but about friendship.”

Mahesh is no stranger to the majmuk (plural society) concept that exists in Malaysia.

Besides becoming fast friends with his co-stars, his mother is of Indian and Chinese parentage and speaks several languages.

As for Mahesh, he tried to learn all the other languages but ended up mastering only English and Gujerati (his father is Gujerati).

With such a solid theme, Talentime promises to engage the audience in tears and laughter. For Mahesh, the ultimate challenge was in invoking raw emotions during an especially touching scene with his on-screen mother – take after take for different camera angles.

Mahesh said: “The crew was very understanding and gave me as much time as I needed to get ready for that scene.”

Although he’s certain that acting is only a part-time venture for him, he is nonetheless curious to see what happens after Talentime.

Unleash your talent

SILKYGIRL and GUA (gua.com.my) are working together to organise a talent-search contest in conjunction with the release of Yasmin Ahmad’s film, Talentime.

So if you are talented in singing, dancing or playing musical instruments, here’s your chance to “Unleash Your Talent”. You may choose any of the three categories you wish to participate in, record a short video of it and upload it onto www.gua.com.my/peraduantalentime

Those who make the grade will receive Silkygirl products as well as cash prizes of up to RM15,000. For more information, log on to www.gua.com.my/talentime

SILKYGIRL and Grand Brilliance are organising a special screening of Talentime tomorrow (March 24). To find out how you can win free movie passes to this exclusive screening, just log on to www.silkycosmetics.com.

Talentime opens in cinemas nationwide this Thursday.

Source : The Star

Baca Sepenuhnya...

Jumaat, Mac 20, 2009

#299. Hype : Riri selit imaginasi sendiri

PENGALAMAN selama sedekad di layar perak banyak mengajar pengarah, Mohammad Rivai Riza atau nama komersialnya, Riri Riza memahami konsep filem yang memenuhi kehendak penonton. Bagi Riri, 39, filem seharusnya dibuat mengikut apa yang dipercayai produser dan pengarah itu sendiri dalam menterjemahkan plot cerita yang mampu menarik perhatian penonton.

Berdasarkan tujuh filem yang pernah diarahkannya sebelum ini bermula dengan Kuldesak pada 1999, Petualang Sherina (2000), Eliana, Eliana (2002), Gie dan Untuk Rena (2005), 3 Hari Untuk Selamanya (2007) serta Laskar Pelangi, tahun lalu, penerimaan penonton hadir secara tidak langsung apabila filem itu memang menarik apatah lagi mengangkat kisah realiti masyarakat yang dipaparkan menerusi filem.

"Saya lebih cenderung membuat filem mengikut apa yang saya baca dan faham. Walaupun sebelum ini, saya gemar menyingkap kisah masyarakat di Indonesia sebagai plot dalam kebanyakan saya tetapi saya percaya, ia masih mempunyai kekuatan yang membuatkan khalayak mahu tonton.

"Sewaktu membuat filem, saya tidak pernah termimpi filem saya ditonton berjuta orang tetapi mempunyai hasrat filem saya diterima baik ramai penonton.

"Antara fakta dan imaginasi yang menyumbang pada idea menghasilkan plot secara kreatif, kedua-duanya memainkan faktor penting.

"Saya tidak mahu plot filem saya hanya diambil berdasarkan fakta walaupun ia kisah benar. Seperti filem Gie yang mengisahkan perjuangan aktivis politik, Soe Hok Gie, saya turut menyelitkan imaginasi sendiri untuk menjadikan filem tambah menarik.

"Saya fikir filem itu penting dalam mengolah kehidupan masyarakat tempatan yang mampu tarik perhatian penonton antarabangsa. Malah, filem sebegini lebih memberi kepuasan kepada saya. Namun, kisah yang ingin dipaparkan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk cerita sama ada politik atau cinta remaja," katanya.

Riri yang juga bekas graduan Diploma Pengarahan Filem dari Institut Kesenian Jakarta pernah menimba pengalaman sebagai produser filem Ada Apa Dengan Cinta pada 2002 dan Rumah Ketujuh (2003).

Sepanjang pengalaman aktif dalam bidang pengarahan, dia pernah menerima pengiktirafan luar negara menerusi filem Eliana, Eliana yang mendapat anugerah Sinema Muda pada Festival Filem Antarabangsa Singapura dan Dragons And Tigers Awards (Special Citation) di Festival filem Antarabangsa Vancouver pada 2002.

Empat tahun selepas itu, filem Gie pula mengulangi kecemerlangan apabila meraih Anugerah Khas Juri pada Festival Filem Asia Pasifik dan Festival Filem Antarabangsa Singapura.

Kejayaan manis juga dicatatkan menerusi filem 3 Hari Untuk Selamanya yang diiktiraf Filem Terbaik pada Festival Filem Antarabangsa Jakarta Kesembilan, dua tahun lalu.

Sementara itu, Riri berkesempatan berkunjung ke negara ini baru-baru ini ketika menghadiri acara Siri Wacana Karyawan Muda Nusantara anjuran Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. Acara yang diadakan selama dua hari itu bertempat di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang, Selangor turut memberi peluang kepada pelajar fakulti berkenaan mengadakan aktiviti diskusi mengenai filem.

Dalam pertemuan itu, Riri berpandangan dia masih berminat untuk menghasilkan filem baru meskipun ekonomi dunia dilanda kegawatan.

Katanya, dia pernah berhadapan masalah yang sama ketika menghasilkan filem pertama, Kuldesak. Namun, dia mahu terus berkarya dengan filem yang mempunyai plot penceritaan menarik dan kualiti lebih baik. Berhasrat mahu membuat filem di luar negara dan meraih sambutan daripada penonton antarabangsa, dia bersikap terbuka dalam menerima kritikan media mahupun penonton.

"Kegawatan ekonomi bukan halangan untuk terus berkarya kerana ada penonton yang masih ke pawagam untuk mendapatkan hiburan. Dalam berkarya, saya tidak pernah berasa putus asa dengan kritikan yang diterima. Sesebuah filem yang siap sepenuhnya dan ditayangkan di pawagam tidak terkecuali daripada kritikan. Mungkin untuk 10 tahun ini, saya mahu mencuba menghasilkan filem daripada genre berbeza seperti seram atau komedi.

"Pada saya, tiada genre yang sentiasa berada di puncak dan hanya menarik perhatian penonton. Saya sendiri tidak mempunyai masalah untuk mencuba genre berbeza dalam filem baru saya akan datang dan peluang ini adalah lanjutan untuk saya menimba pengalaman baru.

"Saya mengagumi bakat pengarah Win Wenders dari Jerman yang tidak menjadikan seks dan keganasan sebagai sumber menghasilkan sesebuah filem tetapi hasilnya sering menyentuh perasaan ramai termasuk saya. Buat masa ini, saya merancang membuat sekuel filem Laskar Pelangi yang mendapat sambutan baik daripada penonton di Indonesia tahun lalu.

"Jika filem pertama memberi tumpuan pada watak kanak-kanak tetapi sekuelnya pula menyaksikan watak kanak-kanak ini membesar meniti usia remaja.

"Saya juga berharap filem ini mendapat sambutan positif daripada penonton di Malaysia yang mungkin berpeluang menonton filem ini tahun ini," katanya.

Sumber : Harian Metro

Baca Sepenuhnya...

Khamis, Mac 19, 2009

#291. Hype : Phua Chu Kang selepas sedekad

APABILA ungkapan "Don't pray-pray" dan "Best in Singapore, JB, and some say Batam" ini disebut, dengan serta-merta fikiran kita akan membayangkan seorang figura lelaki berambut kerinting, bertahi lalat besar di tepi bibir kanannya serta sepasang but kuning yang menjadi identitinya.

Dialah Phua Chu Kang yang dilakonkan oleh Gurmit Singh sebagai kontraktor yang cukup berjaya dan terkenal di Singapura yang dizahirkan ke kaca televisyen menerusi siri komedi, Phua Chu Kang Pte. Ltd. (PCKPL) yang telah membawa satu fenomena baru dalam penerbitan drama komedi bersiri di kota Singa itu.

Masakan tidak, sejak kali pertama PCKPL bersiaran pada tahun 1997, ia telah berjaya memikat hati penonton bukan sahaja di Singapura malah juga dari Malaysia sehinggakan kelompok peminat PCKPL lebih ramai di sini berbanding di Singapura.

Bukan itu sahaja, selama 10 tahun bersiaran menerusi lapan musim yang disifatkan cukup berjaya, terlalu banyak kenangan manis dan kejayaan yang telah dikecapi oleh siri komedi ini.

Para pelakonnya juga telah mengalami transisi hidup yang cukup ketara apabila mereka diibaratkan sebagai ikon di Singapura.

Tetapi, selepas melalui sedekad yang penuh warna-warni, siri itu akhirnya melabuhkan tirainya pada 11 Februari 2007 dan ia ternyata memberi kesan kepada peminat mahupun pelakonnya.

Khabar angin yang bertiup kencang mengatakan PCKPL tidak lagi dapat disambung adalah kerana pihak kerajaannya merasakan penggunaan slanga Singlish dalam sitkom itu telah mempengaruhi cara komunikasi rakyat republik itu.

Namun, perkara tersebut tidak dilihat sebagai satu halangan dan kekangan untuk penerbit sitkom itu kerana apa yang penting buat mereka adalah penerimaan yang baik daripada penonton yang telah menjadikan PCKPL sebagai sebuah kejayaan.

Memikirkan tentang sambutan dan sokongan peminat yang tidak pernah berkesudahan, sitkom popular itu kini kembali menemui peminatnya setelah dua tahun PCKPL dinoktahkan.

Kemunculan semula sitkom ini juga menampilkan satu pembaharuan dan pendekatan yang berbeza.

PCK kini dikenali sebagai Phua Chu Kang Sdn. Bhd. (PCKSB) yang menyaksikan Phua Chu Kang dan isterinya, Rosie (lakonan Irene Ang) berhijrah ke Malaysia untuk memulakan perniagaannya di sini.

Ia boleh diibaratkan sebagai PCK yang baru mengambil konteks Malaysia yang mampu mendekatkan lagi sitkom ini kepada peminat setianya di negara ini.

Apa yang menariknya, PCKSB menampilkan pelakon dan artis dari Malaysia yang membintangi sitkom itu yang akan memulakan tayangannya setiap hari Rabu bermula 25 Mac ini menerusi saluran ntv7 (Saluran 107, Astro) pukul 8.30 malam.

Mereka yang dimaksudkan itu ialah Adibah Noor, Harith Iskander, Nell Ng, Carliff Carleel dan Fadzlie Rahim yang akan muncul dalam musim pertama PCKSB sebanyak 13 episod itu.

Ketika ditemui sejurus selepas berlangsungnya pelancaran sitkom tersebut di Bandar Botani, Klang, minggu lalu, Hits sempat berbicara dengan empat pelakon utamanya iaitu Gurmit, Irene, Adibah dan Nell tentang penglibatan mereka dalam siri popular itu.

Tidak pernah puas - Gurmit

ARTIS berusia 43 tahun ini tidak pernah menyangka watak Phua Chu Kang yang dibawakannya sedekad yang lalu telah memberikan impak yang cukup besar dalam diari seninya.

Rata-rata orang disekelilingnya tidak memanggilnya dengan nama Gurmit tetapi mereka ternyata lebih selesa memanggilnya dengan gelaran PCK.

"Saya gembira sebenarnya apabila sitkom ini muncul kembali. Memang saya sentiasa bersedia seandainya PCK akan diterbitkan semula. Walaupun sudah lapan musim saya membawakan watak yang sama, saya tidak pernah puas dengan Phua Chu Kang.

"Biarpun ramai yang mengkritik dengan mengatakan saya tidak akan berkembang apabila membawakan watak ini berulang kali tetapi ironinya, banyak membawa kebaikan dan seribu kemanisan dalam hidup saya," kata Gurmit membuka bicara.

Bercerita tentang PCKSB, Gurmit ternyata tidak mampu menyembunyikan perasaan terujanya lebih-lebih lagi dapat beraksi dengan bakat-bakat Malaysia yang disifatkannya sebagai terbaik.

Apatah lagi, selepas PCKPL tamat, dia mengharapkan magis untuk sitkom itu muncul semula yang juga telah melonjakkan namanya sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Asian Television Awards sebanyak lima kali.

"Bekerja dengan orang-orang seperti Harith dan Adibah yang pertama kali dipertemukan, membuatkan saya benar-benar bertuah. Mereka sungguh berbakat, profesional dan banyak yang saya belajar daripada mereka.

"Pada mulanya, saya agak bimbang juga tidak akan wujud sebarang keserasian antara kami tetapi ternyata saya silap. Kami cukup serasi sebaik sahaja muncul di set pada hari pertama.

"Tentang PCKSB, saya tidak melihat ia adalah satu transformasi kerana watak dan karakter saya masih lagi sama. Cuma yang bezanya adalah senario dan lokasinya sahaja. Tetapi, itu bukanlah satu masalah kerana Singapura dan Malaysia adalah sama. Lagipun, negara ini sudah menjadi rumah kedua saya," katanya yang mempunyai darah kacukan India, Cina dan Jepun itu lagi.

Bukan itu sahaja, dia juga telah membeli rambut palsu, tahi lalat, aksesori serta but kuning yang dipakainya selama menjadi Phua Chu Kang.

"Semuanya mempunyai nilai sentimental buat saya dan kerana Phua Chu Kang juga, telah menjadikan saya dikenali. Tidak mungkin untuk saya melupakan Phua Chu Kang," katanya sambil memberitahu Phua Chu Kang The Movie kini sedang dalam perbincangan.

Impak besar Rosie - Irene

APABILA duduk bersembang dengan wanita ini, memang tidak pernah kering gusi dibuatnya.

Ada sahaja perkara dan kata-kata yang terpacul dari mulutnya yang bisa membuatkan anda ketawa berdekah-dekah.

Apatah lagi, melihatnya membawakan watak Rosie dalam sitkom popular itu membuatkan ramai yang menyangka personaliti dirinya yang sebenar sama seperti watak yang dibawakannya itu.

Malah, figura yang sudah sedekad memerankan watak Rosie itu sempat memberitahu selepas PCKPL tamat, dia nekad untuk meninggalkan bidang televisyen dan mahu menumpukan perhatian kepada perniagaannya.

"Tetapi, apakan daya, saya tidak mampu untuk menolak kehendak takdir apabila mereka mahu membawa kembali. Saya tidak menafikan bahawa Rosie telah memberikan impak yang bukan sedikit dalam hidup saya.

"Sana sini, mereka memanggil saya Rosie dan mereka juga menyangka perwatakan saya sama seperti di dalam sitkom tetapi realitinya, saya tidak. Jujurnya, saya pernah berasa penat untuk membawakan watak ini tetapi saya sedar kerana Rosie saya menjadi apa yang saya miliki hari ini.

"Jadi, apabila mereka mahu menerbitkan PCKSB, saya terima kerana saya mahu menceriakan dan menggembirakan peminat saya dan PCK khususnya," katanya penuh makna.

Apa yang pasti, sepanjang menjalani penggambaran di Malaysia, ia telah memberikan pengalaman baru buat Irene terutama sekali apabila dipertemukan pertama kali dengan Abidah yang dianggapnya sebagai seorang yang cukup fantastik.

Malah, dengan penuh jujur, Irene memberitahu dia tidak pernah mengenali Adibah secara personal apatah lagi tentang dunia seni pelakon dan penyanyi hebat itu.

"Saya pernah diberitahu oleh seseorang sebelum ini yang mengatakan dirinya adalah diva. Takut juga saya tetapi semua itu silap. Kami memang akrab dan cukup serasi.

"Lepas mengenalinya, dia memang seorang yang cukup baik, ramah dan senang di bawa berbincang. Begitu juga dengan Harith dan Nell," jelas Irene.

Apabila ditanya dengan kritikan yang diterima berhubung dengan penggunanan Singlish dalam sitkom itu, Irene yang juga merupakan pengacara dan pelawak itu mempunyai pandangannya sendiri.

"Saya melihat ini merupakan satu senario yang sering berlaku kerana apa yang diucapkan dalam sitkom itu adalah realiti hidup yang sebenar. Saya tidak fikir jika kita berkomunikasi sesama sendiri akan menggunakan bahasa yang formal melainkan jika ia memerlukan kita berbuat demikian.

"Kerana Phua Chu Kang juga, saya pernah didatangi oleh seorang wanita Jepun yang berupaya belajar bahasa Inggeris hanya dengan menonton Phua Chu Kang. Jadi, saya fikir ia adalah sesuatu yang menarik dan saya bangga apabila peminat dan penonton mengambil sesuatu yang baik daripada siri ini," ujarnya yang menghabiskan masa selama satu setengah jam setiap hari untuk solekan dan dandanan bagi watak Rosie.

Adibah peminat setia PCK

SEBAIK sahaja Harith menawarkannya satu watak dalam PCKSB, Adibah tidak mampu untuk menolaknya.

Ini kerana jelas Adibah, selain daripada dia merupakan peminat setia PCK, dia menyifatkan tawaran itu adalah sesuatu yang tidak wajar untuk dilepaskan.

"Siapa yang tidak mahu berlakon dalam PCK yang mempunyai penangan dan auranya yang tersendiri. Jadi, apabila diberikan peluang ini, saya sifatkan ia sebagai satu lembaran baru dalam karier seni saya.

"Apatah lagi, ini juga merupakan kali pertama saya berlakon dalam sitkom. Apa yang saya harapkan, PCKSB adalah platform terbaik untuk saya memperkenalkan diri saya kepada peminat rancangan ini yang mungkin tidak pernah mengenali diri saya," kata Adibah penuh harapan.

Membawakan watak Fatimah yang juga merupakan ibu kepada Izzy dan Fazzy yang dilakonkan oleh Harith dan Fadzlie, penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu memberitahu dia tidak berhadapan dengan sebarang masalah sepanjang penggambaran.

"Saya sudah banyak kali bertemu dengan Gurmit dan kiranya sudah masak dengan perangainya (ketawa). Malah, sepanjang berlakon bersama mereka, saya tidak berhenti ketawa sehingga pengarahnya menyuruh saya berhenti dan ketawa puas-puas sebelum meneruskan lakonan.

"Namun, perkara itu tetap terjadi. Bukan itu sahaja, sebahagian besar dialog yang kami ucapkan adalah daripada kami sendiri. Ada juga ikut skrip tetapi apabila sudah berlakon, semuanya terjadi sendiri tanpa mengikut skrip," jelasnya sambil ketawa.

Bukan itu sahaja, Adibah yang akan muncul dalam filem Talentime pada 26 Mac ini juga memberitahu dia diberi sepenuh kebebasan untuk mewarnai watak Fatimah.

Biarpun PCKSB tidak akan ditayangkan di Singapura, Adibah tidak sedikit pun berasa kecewa walaupun ia merupakan platform terbaik untuk memperkenalkan lagi namanya di republik itu.

"Phua Chu Kang juga dapat disaksikan di YouTube. Jadi, saya fikir itu satu cara juga untuk peminat di sana mengikuti PCKSB," ujarnya yang turut membuat penampilan istimewa dalam filem Magika sebagai Mak Kundur.

Pendedahan baru Nell

NAMANYA sudah lama dikenali tetapi mungkin ramai yang masih tidak lagi mengenali anak jati Kuala Lumpur ini.

Bagi, mereka yang mengikuti perkembangan teater tempatan, Nell bukanlah seorang pelakon yang asing terutama bagi mereka yang mengikuti perkembangan Actorlympics.

Tanpa disedari, semakin hari nama Nell mula meniti di bibir peminat seni tempatan apabila drama lakonannya, Kelibat ditayangkan berulang kali di saluran Ria (saluran 104, Astro).

Bukan itu sahaja, watak seorang wartawan hiburan bernama Lulu yang dibawakannya dalam drama bersiri Frontpage tidak lama dulu sedikit sebanyak memberikan impak kepada wanita gebu ini.

Justeru, apabila dia mendapat watak sebagai Datin Suzie dalam PCKSB, Nell menyifatkannya sebagai batu loncatan untuk mengembangkan lagi bakat dan namanya.

"Sewaktu mula mendapat skrip, saya membuat penyelidikan dan cuba memahami bagaimana karakter Suzie yang merupakan seorang rupawan, manja, bergaya dan bercita-cita tinggi.

"Bukan mudah untuk membawakan watak ini kerana ada kalanya, saya akan terlepas dan menjadi diri saya sehinggakan pengarah memberitahu saya perlu jelmakan lagi watak Suzie itu.

"Saya percaya watak Suzie memang wujud dalam kehidupan masyarakat kita dan watak Suzie juga bukanlah satu watak yang dibuat-buat yang saya rasa penonton mampu mengaitkan dengan diri dan kehidupan mereka," kata Nell yang pernah berlakon dalam siri 2+1 com.my. tidak berapa lama dulu.

Phua Chu Kang bukanlah satu yang asing bagi Nell kerana sebelum ini dia pernah muncul dalam dua episod PCKPL. Tetapi, kali ini, dia bertuah kerana diberi peranan yang cukup besar dan berdampingan dengan pelakon lain.

Sumber: Utusan Malaysia

Baca Sepenuhnya...

Isnin, Mac 16, 2009

#274. Hype - Dunia seni tidak ditinggalkan

Jins Shamsudin masih teruskan perjuangan dalam industri hiburan biarpun aktif berpolitik

PEMBABITAN Tan Sri Jins Shamsudin dalam dunia politik bukan baru berusia satu atau dua tahun. Bahkan tokoh filem yang baru saja diumumkan sebagai penerima Anugerah Seniman Negara ini mengaku sudah berpuluh tahun bergiat cergas dalam dunia politik tanah air. Sejak tahun 1959 lagi, katanya, beliau sudah mula bergerak aktif dalam politik apabila dipilih sebagai Anggota Jawatankuasa Penaja Umno Cawangan Coronation Street, Singapura.

Sejak itu, beliau dipilih menyertai pelbagai biro parti berkenaan pada peringkat cawangan mahupun bahagian. Namun, segala-galanya lebih jelas apabila Jins dilantik sebagai Anggota Dewan Negara atau Senator pada Oktober 2004.

Ketika artikel ini ditulis, tokoh filem ini menunggu hari untuk bertanding jawatan Anggota Majlis Tertinggi Umno apabila perhimpunan agung parti terbabit diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur, bermula 24 Mac ini. Pada perhimpunan itu, beliau dilihat antara calon yang mempunyai laluan mudah untuk menduduki satu daripada 25 kerusi dipertandingkan.

Menurut pengarah, penerbit dan pelakon veteran itu, biarpun pembabitannya dalam politik nampak lebih cergas sejak kebelakangan ini, ia tidak bermakna beliau akan meninggalkan terus perjuangan seni terutama seni filem yang sudah diterokanya sejak sekian lama.

"Saya tidak akan pernah meninggalkan seni kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya.

“Di dalam Dewan Negara sekali pun, saya tetap memperjuangkan nasib anak-anak seni dan industri seni itu sendiri. Contohnya, saya pernah menyuarakan saranan agar Akademi Seni Kebangsaan (ASK) dinaikkan taraf. Lihatlah, kini ia (Aswara) muncul antara institusi pengajian tinggi dalam bidang seni yang dihormati," katanya ketika ditemui pada majlis kesyukuran setelah diumumkan sebagai penerima Anugerah Seniman Negara di Kompleks Finas, di Hulu Klang, baru-baru ini.

Anugerah untuk karyawan filem

MENGENAI Anugerah Seniman Negara yang baru diterimanya, Jins berkata, ia adalah satu pengiktirafan dan penghargaan paling tinggi sepanjang pembabitannya dalam dunia seni.

Beliau menerima anugerah itu pada Februari lalu. Tokoh filem ini diiktiraf sebagai Seniman Negara dalam satu majlis yang disempurnakan penuh gemilang oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Kuala Lumpur,Beliau ialah Seniman Negara kelapan selepas Hamzah Awang Amat (wayang kulit - 1993); Datuk Syed Ahmad Jamal (lukisan - 1995); Wan Su Othman (ukiran - 1997); Khadijah Awang (makyung - 1999); Datuk Syed Alwi Syed Hassan (teater - 2002); Rahman B (bangsawan - 2004) dan Datuk Ahmad Nawab (muzik - 2006).

"Sejak anugerah ini diperkenalkan kira-kira 16 tahun lalu, belum ada penggiat filem yang diangkat sebagai penerimanya. Lalu, sudah tentu pengiktirafan yang diberikan oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) ini satu pencapaian yang tidak ternilai harganya bagi saya.

"Biarpun pada dasarnya pengiktirafan ini dilihat bersifat peribadi, iaitu diberikan kepada individu atas pencapaian dalam bidang seni, namun saya menganggapnya sebagai penghargaan tinggi kerajaan kepada seluruh seniman filem di negara kita.

"Saya juga amat berharap, selepas ini lebih ramai karyawan filem yang akan diangkat sebagai penerima Anugerah Seniman Negara, bagi menghargai jasa mereka dalam memajukan industri perfileman kita," tutur Jins yang sudah pun membabitkan diri dalam dunia seni selama 53 tahun.

Anugerah yang diterimanya itu juga menjadi pembakar semangat untuk bekas Pengerusi Finas ini bekerja lebih keras memastikan industri perfileman negara melangkah maju ke depan.

Info Jins Shamsudin:

# BELIAU ialah pengasas kepada penubuhan Finas dan beberapa persatuan berkaitan filem yang lain seperti Gafim, Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM) dan Akademi Filem Malaysia.

# JINS muncul karyawan filem pertama di negara ini dilantik sebagai Senator, pada 2004.

# BELIAU juga muncul seniman filem pertama yang dilantik sebagai Pengerusi Finas pada 2005.

Sumber : Berita Harian

Baca Sepenuhnya...

Jumaat, Mac 06, 2009

#225. Hype - Rosyam kongsi ilmu

BINTANG filem terkenal, Rosyam Nor akan mencurahkan pengalaman sebagai pelakon, pengarah dan penerbit kepada 150 peserta bengkel penulisan skrip drama TV dan filem yang akan berlangsung selama dua hari di Dewan Raja Lumu, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, bermula esok.

Pelakon drama Rozanna yang sedang disiarkan menerusi slot Samarinda di TV3, bukan hanya diiktiraf melalui bakat dan populariti dalam lakonan. Malah Rosyam juga bertindak sebagai Penerbit dan Pengarah Urusan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.Malah Rosyam membuktikan kemampuannya apabila tampil memegang watak utama dalam beberapa genre drama dan filem. Paling meninggalkan kesan karektor pelakon romantis seperti dalam Rozanna selain Gelora Di Hati Sara (RTM).

Justeru, pengalaman luas dalam bidang seni sedikit sebanyak dapat membantu mencungkil bakat baru dalam dunia lakonan.

Penerima Anugerah Karyawan Seni Filem (Pelakon) itu berkata, menerusi penganjuran program berkenaan ia sedikit sebanyak dapat memberi ruang kepadanya untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang seni.

"Program ini sebahagian daripada hasrat saya selepas menerima anugerah itu. Saya harap ini akan menjadi asas untuk mengorak langkah memberi ceramah kepada pelajar sekolah dan universiti yang ingin tahu mengenai dunia lakonan kerana sudah ada pengiktirafan kerajaan," katanya.

Sementara itu, Pengarah program, Fauziah Buyong berkata, selain Rosyam pihaknya turut mengundang Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim atau Mat London dan Setiausaha Persatuan Penulis Skrip Malaysia (SWAM), Ismail Ahmad sebagai fasilitator.

"Ini adalah peluang keemasan kepada mereka yang berminat dalam bidang penulisan skrip drama TV atau filem, tidak kira sama ada yang baru hendak berjinak-jinak ataupun yang sudah ada pengalaman.

"Kami bawakan kepada mereka tokoh yang sudah ada nama dan pengalaman luas dalam bidang ini untuk berkongsi ilmu pengetahuan secara langsung kepada mereka sebagai input yang paling berguna untuk mereka berkarya," katanya.

Menurut Fauziah, pihaknya tidak meletakkan motif perniagaan untuk menganjurkan bengkel tersebut meskipun sedikit bayaran dikenakan bagi menampung kos penganjuran. Apa yang paling utama membantu golongan yang berminat untuk menjana pendapatan dengan menulis skrip drama TV dan filem.

"Kami sekadar mahu berkongsi peluang dan menganggap ini adalah program ilmu yang berkonsep 'menang-menang'. Semua orang akan dapat manfaat dengan cuba mencari pendapatan dengan cara ini," katanya.

Kelebihan bagi peserta bengkel selain peluang menimba pengalaman daripada tokoh lakonan terkenal, peserta diberikan sijil penyertaan yang diiktiraf FDAM dan SWAM.

"Di samping itu, kami juga akan cuba menjadi perantara untuk menghubungkan peserta yang berminat dengan FDAM dan SWAM bagi mengetengahkan hasil karya mereka dalam bidang ini.

"Kami akan tubuhkan bank skrip daripada karya peserta dan skrip yang berkualiti kami akan bawa kepada FDAM dan SWAM untuk dikomersialkan," katanya.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai bengkel ini hubungi Fauziah di talian 019 2047271.

Sumber :
Harian Metro

Baca Sepenuhnya...

Rabu, Februari 04, 2009

#77. Hearing scheduled in Roman Polanski sex case

04th February, 2009
2 hrs 6 mins ago

Director Roman Polanski reacts during a news conference to present his musical 'Tanz der Vampire' ('Dance of the Vampires') in Oberhausen September 29, 2008.

LOS ANGELES – A hearing for Roman Polanski's bid to have a 31-year-old sex case dismissed has been rescheduled for Feb. 17.

The date was announced Tuesday, a day after Polanski's lawyer lost a bid to disqualify all Los Angeles Superior Court judges from considering the long dormant case against the director.

Polanski's attorney, Chad Hummel, claimed the entire Los Angeles Superior Court bench is biased against the director. The California 2nd District Court of Appeal rejected the motion to disqualify the judges. It also lifted a stay that had halted court proceedings in the case.

Polanski pleaded guilty to having sex with a 13-year-old girl in Los Angeles in 1978 but fled to France before he could be sentenced.

Baca Sepenuhnya...

# 73. Hype : Dari muzik ke dunia filem

04hb Februari, 2009
Berita Harian
Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my

Adnan Abu Hassan berbelanja besar untuk terbitkan karya mengenai alam bunian

SEBAGAI seorang komposer, nama Adnan Abu Hassan begitu gah dengan pelbagai anugerah sudah pun berada dalam genggaman. Begitu juga ramai penyanyi yang berhutang budi dengan pencipta lagu ini.Datuk Siti Nurhaliza, Fauziah Latiff, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar ialah antara deretan penyanyi yang mencipta nama menerusi lagu ciptaan komposer ini.

Dia sendiri sudah menceburkan diri dalam dunia seni sejak kira-kira tiga dekad lalu. Sama ada sebagai pencipta, penulis lirik, produser album, guru vokal dan juri pertandingan nyanyian, semuanya pernah dilakukan. Begitu juga dengan penghasilan muzik latar untuk filem cereka, dia turut mencubanya, sehingga mendapat pengiktirafan pada festival filem (menerusi filem Femina, 1994).

Kini, dia mengorak setapak lagi ke depan dengan memberanikan diri bergelar penerbit filem pula.

Menerusi syarikat Fantasy Films Sdn Bhd, Adnan menerbitkan filem sulung bercorak kembara fantasi yang diberi judul Bunian: Mahkota Seri Helang.

Membariskan ramai pelakon popular seperti Nasha Aziz, Rusdi Ramli, Ridzuan Hashim, Beego, Erry Putra, Maimon Talib, Hisham Ahmad Tajudin serta pelakon baru Mimi Rahzia, filem yang menelan belanja sekitar RM3.5 juta itu diarahkan Zaharil Izham Zainon atau lebih dikenali sebagai Jantan.

Sejak zaman kanak-kanak, Adnan sebenarnya sudah mula menyimpan kecenderungan pada muzik dan filem. Dia sering menghasilkan cerita untuk koleksi peribadi. Tidak pernah disangka olehnya, minat menulis itu membawanya kepada penghasilan cerita Bunian, seterusnya diangkat ke layar perak sebagai sebuah filem.

"Saya mula menulis dengan giatnya kira-kira tiga tahun lalu. Daripada perbincangan dengan Jantan, kami akhirnya berasakan projek itu mampu dijadikan sebuah cerita fantasi dan aksi kembara yang menarik untuk tontonan ramai," katanya ketika ditemui pada majlis prapelancaran filem terbabit di Hotel Legend, baru-baru ini.

Menjadikan filem Tan Sri P Ramlee, Sumpah Orang Minyak, sebagai rujukan, Adnan berkata, amat rugi sekiranya teknologi terkini dalam penghasilan filem seperti imejan janaan komputer (CGI) tidak digunakan bagi meneroka lebih jauh dalam dunia orang bunian, seterusnya membolehkan penonton berhibur dengan hasilnya.

Keyakinannya cukup tinggi untuk filem itu menerima sambutan hebat daripada penonton, apatah lagi setelah kajian dilakukan dengan mendalam, termasuk oleh pengarahnya sendiri. Jantan dikatakan sanggup ‘memasuki’ alam bunian demi mendapatkan gambaran sebenar serta memperoleh keizinan makhluk halus itu sebelum filem terbabit diangkat ke layar lebar.

Adnan juga tidak menolak kemungkinan filem terbabit dijadikan filem trilogi, sebagaimana filem hebat Lord of the Rings.

"Filem Bunian: Mahkota Seri Helang ini hanyalah pembuka ceritanya. Apabila pembukanya sudah ada, penutup cerita juga pasti menyusul kemudian. Jika peruntukan mengizinkan kami untuk terus menerbitkan filem, mungkin judul susulan akan menjelma," kata Adnan yang tidak menganggap filem itu sesuai untuk tontonan semua peringkat usia.

Menyentuh peruntukan sehingga RM3.5 juta (tidak termasuk kos promosi), Adnan memberitahu, dia tidak mahu berbelanja rendah bagi menghasilkan sesuatu yang begitu besar.

Penggunaan helikopter, pembinaan set kampung bunian, penghasilan prop yang banyak serta kehadiran ramai pelakon ternama, memerlukan bajet yang bukan sedikit.

"Kami juga akan menggunakan banyak kesan khas bagi menjadikannya benar-benar hidup. Semua itu memerlukan belanja besar. Saya boleh menghasilkannya dengan peruntukan RM1.5 juta, tetapi mungkin hasilnya nanti tidak seberapa.

“Jadi, baiklah saya mengeluarkan belanja yang lebih, tetapi mutunya boleh dibangga. Dalam hal ini, kami di Fantasy Films berani menanggung risikonya yang bukan kecil," ujarnya.

Adnan tidak berasakan penonton hari ini berat tangan untuk mengeluarkan RM10 bagi menonton filem itu, yang dikatakannya amat menarik bukan hanya kerana elemen makhluk halus serta kesan khas, malah oleh jalan cerita yang meyakinkan.

Dari segi pemilihan pelakon, Adnan berkata, mereka yang hadir pada majlis prapelancaran itu sebenarnya dipilih bukan menerusi uji bakat. Sebaliknya, sejak awal lagi mereka dipilih bagi menjayakan beberapa watak yang dicipta. Uji bakat diadakan bagi mencari pelakon pembantu saja.

Penggambaran filem ini dijadualkan bermula pada minggu kedua bulan ini di Kota Kinabalu, Sabah dan Perak.

Runut Bunyi Bunian

BAGI menguatkan lagi filem pertamanya, Adnan juga menghasilkan runut bunyi (soundtrack) untuk Bunian: Mahkota Seri Helang. Artis yang terbabit dalam pembikinannya pula terdiri daripada penyanyi wanita nombor satu negara, Siti Nurhaliza, serta bakat baru yang dicungkil Adnan, Sheila Abdul, Nurul dan Ian Helmy.

Lima lagu dicipta khas untuk filem terbabit iaitu Farha Marha, Ke Awan Biru, Semuanya Kerana Mu, Seloka Budi dan Gadis Itu.

Manakala bagi peminat yang ingin mengikuti perkembangan terkini pembikinan filem berkenaan, Adnan dan krewnya mewujudkan laman sesawang khas filem terbabit, www.bunianthemovie.com.

Di samping catatan serta foto terkini di sebalik tabir penerbitan, Adnan turut berharap dapat mengadakan siaran secara langsung secara online dari tapak lokasi penggambaran.

Bunian: Mahkota Seri Helang antara lain mengisahkan bagaimana seorang lelaki yang pergi mendaki gunung, tercedera dalam pengembaraannya. Dia diselamatkan seorang puteri bunian, yang membawa lelaki itu ke dunianya. Di alam bunian itu, konflik bermula apabila wujud perasaan cemburu antara dua beradik yang sama-sama menagih perhatian lelaki berkenaan.

Baca Sepenuhnya...

Khamis, Januari 29, 2009

#47. Hype : Lesbian Isu Realiti

29hb Januari, 2009
Kosmo
HARYATI KARIM

DI celahan deretan rumah teres satu tingkat di Kampung Tunku, Petaling Jaya, terlihat sebuah rumah yang tidak diubah bentuk luarannya. Pandangannya cukup menarik perhatian dengan warna putih yang menyaluti seluruh dindingnya.Bersih, ringkas dan tampak comel, itulah tanggapan pertama saat kaki melangkah ke ruang kerja pengarah kreatif terkenal, James Lee.

Rumah tempatnya mencari ilham ini diberi nama Da Huang Pictures dan dikongsi bersama beberapa lagi pengarah filem indie terkenal seperti Amir Muhammad, Tan Chui Mui dan Liew Seng Tat.

Di sinilah James sering mencari ilham bersama rakan seperjuangan dan di sini juga terletaknya pejabat yang menggerakkan segala hasil kreatif.

"Dulu kami semua susah. Saya pun susah juga sebab filem pendek arahan saya bukan semua orang terima kerana mereka tidak faham.

"Bila buat filem pendek hanyalah untuk kepuasan diri, bukannya untuk duit sebab itu kami semua tidak kaya," katanya sambil ketawa panjang.

Bercerita lebih lanjut tentang pengalamannya sebagai pengarah filem indie, James mengatakan kejayaannya hari ini disulami dengan pengorbanan besarnya pada masa lalu.

Pernah suatu ketika niatnya untuk terus berada dalam dunia perfileman dihalang keluarga kerana berpendapat bidang seni tidak memberi jaminan dan pulangan yang lumayan.

"Habis saja belajar, saya terus bekerja sebagai pereka grafik, setelah lima tahun saya mula rasa bosan dan kebetulan minat saya tertumpu pada bidang teater.

"Saya nekad berhenti kerja dan bersama Actor Studio. Masa itu, teater tidak seperti hari ini, duit untuk diri sendiri pun tidak cukup dan telah memaksa saya melakukan pelbagai kerja sambilan," ujarnya jujur.

Pengalaman menjadi seorang tukang masak di sebuah restoren Itali, pelayan dan juga menjaga stor selama dua tahun antara pengalaman yang tidak akan dilupakan.

"Demi minat saya sanggup buat apa saja, keluarga marah, saya tetap buat juga. Kalau ingat balik memang sedih, bukan senang untuk saya jadi pengarah seperti hari ini," katanya.

Namun, itu dulu. Saat karyanya tidak dihargai dan saat bakat yang ada dalam dirinya dipandang sebelah mata oleh segelintir pihak.

Kini, James boleh berbangga dan tersenyum puas dengan kejayaan yang diterimanya. Bukan calang-calang anugerah yang pernah diterima tetapi filem pendek arahannya The Beautiful Washing Machine telah menerima anugerah Filem Cereka Terbaik Asean dan hadiah FIPRESCI di Festival Filem Antarabangsa Bangkok pada tahun 2005.

Bukan itu saja, pada Festival Filem Asia Deauville ke-9 pada April 2007, hasil karya James telah diberi fokus dan ia satu penghormatan kepadanya sebagai seorang pengarah muda yang mempunyai visi.

"Sebenarnya saya tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang filem. Saya belajar melalui pengalaman dan melihat cara kerja orang lain.

"Saya bermula sebagai pembantu produksi dan pengurus produksi bersama produksi HVD pada tahun 1997 dan mula buat filem pendek pada tahun 1999 dan masih berterusan sehingga hari ini," tuturnya.

Nenek Kebayan, naskhah terbaru

Jika di luar, namanya sudah lama dikenali, tetapi dalam gelanggang tempatan namanya terkenal dengan filem seram komersial pertamanya yang berjudul Histeria.

Memperoleh pulangan lebih RM2.7 juta berbanding modal yang dikeluarkan hanya RM1.4 juta, filem arahannya itu berada dalam kategori antara filem seram yang berjaya.

Siapa sangka, karya-karya kreatif pengarah kelahiran Ipoh, Perak, yang pada segelintir khalayak sebagai sebuah karya yang sukar difahami dan dipandang sebelah mata, kini mula menjadi bualan ramai.

Meskipun Histeria sebuah filem seram, ia tidak hanya tertumpu pada hantu semata-mata tetapi James bijak menyelitkan beberapa adegan panas yang secara tiba-tiba meledakkan filem ini pada mata khalayak.

Adegan yang dimaksudkan adalah pembunuhan kejam serta adegan ciuman lesbian. Walaupun ramai yang mempertikaikan kewujudan adegan panas itu, James hanya mampu tersenyum apabila melihat kutipan tiket melebihi sasarannya.

"Saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pengarah dan insan. Adegan lesbian bukan bahagian utama, saya hanya pinjam daripada apa yang berlaku dalam masyarakat, tetapi adegan itu paling diingati penonton.

"Bukan mencari kontroversi, saya hanya lakukan yang terbaik selain menghibur, ia juga boleh menyedarkan penonton yang tidak sedar akan masalah sosial yang semakin berleluasa,"tegasnya.

Sungguhpun filem Histeria berjaya, James tidak akan terbabit dengan sekuel filem itu kerana beranggapan filem sambungan pastinya tidak sebaik dan berjaya seperti filem pertama.

Tidak mahu merugikan penerbit, pengarah berusia 37 tahun, kini dalam proses kajian filem seram keduanya yang berjudul Nenek Kebayan.

Tambahnya, kajian secara menyeluruh perlu dilakukan sebelum skrip ditulis. Walaupun nenek kebayan hanya mitos yang tersebar dari mulut ke mulut, ada yang mendakwa pernah terserempak dengannya.

"Itu yang menyebabkan saya tertarik untuk mengetengahkan nenek kebayan sebagai subjek utama kerana ia cukup dekat dengan orang Melayu walaupun ada yang hanya mendengar cerita saja," ujarnya.Beritahunya, walaupun dia berminat terhadap filem-filem seram, tetapi dia ingin dikenali sebagai pengarah versatil. Mungkin suatu hari jika terdapat bajet yang mencukupi, dia ingin sekali mengarahkan sebuah filem sains fiksyen seperti, filem aksi terkenal Matrix.

"Itu filem impian saya, tetapi bajetnya terlalu besar, tunggulah saya kaya dulu atau ada penerbit yang bermurah hati untuk memberi dana, saya akan lakukan," bicaranya sambil diiringi gelak tawa.

Baca Sepenuhnya...

Rabu, Januari 28, 2009

#39. Hype : Anugerah Berganda Buat Jins Shamsudin

15hb Januari, 2009
Utusan Malaysia
NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA

TIRAI tahun 2009 melakar satu lagi sejarah kepada dunia perfileman negara apabila Anugerah Seni Negara (ASN) yang dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW), pertama kalinya mengangkat insan filem negara sebagai penyandang utama. Bertepatan dengan ketokohan dan sumbangan yang diberikan, seniman tersohor Senator Tan Sri Jins Shamsudin diumumkan sebagai penerima kelapan Anugerah Seniman Negara oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal baru-baru ini.

Anugerah yang mula diperkenalkan pada 13 Januari 1993 itu sebelum ini memahat seramai tujuh nama besar penggiat seni di atas sumbangan dan kepakaran seni yang diberikan.

Mereka ialah Hamzah Awang Amat yang mahir dalam bidang wayang kulit pada tahun 1993, diikuti penggiat seni lukis, Datuk Syed Ahmad Jamal (1995), penggiat seni ukiran, Wan Su Othman (1997) dan penggiat makyung, Khatijah Awang (1999).

Penggiat teater, Datuk Syed Alwi Syed Hasan turut menerima anugerah yang sama pada tahun 2002, diikuti tokoh pementasan bangsawan, Rahman B (2004) dan tokoh muzik, Datuk Ahmad Nawab dua tahun lalu.

Ditemui pada majlis pengumuman tersebut, Jins Shamsudin melahirkan rasa terharu diiktiraf sebagai salah seorang penerima anugerah ulung yang mengangkat kepakaran penggiat seni bukan sahaja dalam bidang filem dan muzik tetapi juga dalam seni tari, teater dan seni visual.

"Saya rasa bersyukur kerana diiktiraf sebagai salah seorang Seniman Negara. Anugerah ini bagi saya satu pengiktirafan yang besar kepada penggiat seni perfileman negara. Ia juga merupakan sejarah kerana inilah kali pertama pengiktirafan ASN yang melibatkan tokoh perfileman dilakukan.

"Saya akan gunakan anugerah yang diberikan sebaik mungkin sebab ia merupakan pengiktirafan daripada negara. Apatah lagi, sebagai wakil yang kini berada di dewan negara membuatkan saya rasa bertanggungjawab dalam memperjuangkan apa sahaja yang berkaitan dunia seni," kata anak didik seniman agung, Tan Sri P. Ramlee itu.

Penerima Anugerah Seniman Negara bakal menerima wang tunai RM60,000, sepasang persalinan lengkap baju Melayu songket dan kemudahan perubatan percuma wad kelas pertama di mana-mana hospital kerajaan.

Selain itu, beliau juga dilantik menjadi pengkarya, pencipta karya tamu kehormat dan pakar rujuk serta menjadi wakil KPKKW dalam seminar atau forum peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Penerima lain termasuklah Anugerah Bakat Muda Seni Filem kategori pengarah filem, Osman Ali dan kategori pelakon, Farid Kamil Zahari.

Manakala Anugerah Karyawan Seni Filem kategori pengarah filem diberikan kepada Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Rosyam Nor bagi kategori pelakon.

Antara lain, Anugerah Karyawan Seni Teater kategori pengarah diberikan kepada Fauziah Nawi dan Datuk Jalaludin Hassan bagi kategori pelakon.

Profesor Adjung

Anugerah bakal disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam tempoh terdekat.

Jins Shamsuddin yang dilahirkan pada 5 November 1935 mula menempa nama menerusi filem arahan P. Ramlee, Panca Delima yang dilakonkan bersama Hashimah Yon pada tahun 1957.

Filem lain lakonannya termasuklah Sarjan Hassan (1958), Dandan Setia (1959), Lela Manja (1960), Si Tanggang (1961), Menanti Hari Esok (1977), Esok Masih Ada (1979), Esok untuk Siapa? (1982), Bukit Kepong (1982) dan Akhirat (2008).

Melakonkan lebih 30 buah filem memberi kelebihan kepada penerima anugerah Pengarah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) pada tahun 1980 (Tiada Esok Bagimu) dan 1982 (Bukit Kepong) itu dalam memberi inspirasi kepada bakat-bakat baru yang terlibat dalam dunia perfileman.

Kegembiraan pemilik nama sebenar Zain Shamsudin itu berganda apabila baru-baru ini beliau dilantik sebagai Profesor Adjung, Universiti LimKokWing untuk tempoh tiga tahun.

Menerima surat pelantikan pada 31 Disember lalu, menurut ahli Dewan Negara ini lagi, selain memberi pelbagai taklimat dan syarahan berkaitan seni dan perfileman, beliau turut diberi pengiktirafan menyampaikan ijazah kepada para graduan seni di universiti itu.

Menganggap penglibatan dan anugerah yang diberikan sebagai pendorong kepada anak-anaknya, kata Jins: "Semua ini merupakan kenangan daripada saya. Apabila saya sudah tiada nanti sekurang-kurangnya ada kenangan yang saya tinggalkan untuk anak-anak saya".

Hasrat filemkan riwayat hidup P. Ramlee

Usia yang kini mencecah ke angka 73 tahun bukanlah kekangan buat seniman berjiwa besar itu dalam meneruskan karya seninya.

Sepuluh tahun lalu, pernah beliau meluahkan hasrat menghasilkan filem yang berkisarkan perjuangan penduduk Tanah Melayu menentang penjajahan British, Pasir Salak dan kini, hasratnya hampir terlaksana.

"Memang sudah lama saya berhasrat, sebelum menutup mata saya ingin hasilkan filem Pasir Salak. Ia merupakan filem sejarah penting yang memaparkan bagaimana perjuangan nenek-moyang kita terdahulu dalam menentang penjajahan British di Tanah Melayu.

"Insya-Allah, saya akan berusaha menyiapkan filem ini selewat-lewatnya hujung tahun ini dan mungkin ini merupakan karya terakhir daripada saya.

"Bagaimanapun, jika masih dipanjangkan umur saya ada satu lagi hasrat iaitu untuk filemkan sejarah hidup guru saya, P. Ramlee apabila selesai kerja-kerja pengambaran filem Pasir Salak nanti," kata pengarah filem Bukit Kepong itu lagi.

Menyediakan peruntukan lebih RM5 juta menurut Jins, beliau telah memulakan pengambaran untuk Di Sebalik Tabir filem Pasir Salak itu nanti.

"Saya sudah membuat pelbagai penyelidikan selama dua tahun termasuk membelanjakan lebih RM200,000 dalam membuat pelbagai penyelidikan di London.

"Kini saya sudah mula menerbitkan produksi di sebalik pembikinan filem tersebut. Saya juga telah menempah sebanyak 120 pucuk senjata dan pakaian yang bakal digunakan dalam filem ini di Bandung, Indonesia," kata graduan ijazah kedoktoran (PHD) bidang perfileman, Universiti Utara Malaysia itu lagi.

Baca Sepenuhnya...

#38. Hype : Dua Hajat Besar Jins Belum Kesampaian

15hb Januari, 2009
Berita Harian
Akmal Abdullah

MINGGU lalu, Menteri Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengumumkan Senator Tan Sri Jins Shamsuddin bakal menjadi penerima kelapan bagi anugerah tertinggi negara dalam bidang kesenian dan kebudayaan, iaitu Anugerah Seniman Negara. Majlis penganugerahan akan diadakan tidak lama lagi yang akan disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Syabas dan tahniah buat seniman veteran ini kerana dalam usianya yang kini memasuki 74 tahun, beliau terus diberi pengiktirafan oleh kerajaan atas segala jasa bakti dan sumbangan besarnya terhadap perkembangan filem nasional. Jins juga muncul sebagai satu-satunya anak wayang yang menerima anugerah tertinggi itu selepas penerima lain sebelum ini membabitkan mereka dalam bidang teater, muzik, seni lukis, seni ukir, tarian tradisional dan wayang kulit.

Nama Jins sinonim dengan dunia filem Melayu. Pembabitannya dalam industri filem di Malaysia sudah lebih setengah abad, iaitu lebih 53 tahun. Jins tak pernah jemu untuk mengambil berat dan membantu mengenai dunia filem bangsanya. Jins ada karakter tersendiri. Gayanya dalam filem dan luar filem bagaikan serasi. Lebih membuatkan beliau terkenal dari dulu sampai sekarang kerana namanya yang unik.

Jins juga ada jenama tersendiri. Dia membina dan mengatur perjalanan seninya terutama dalam bidang perfileman dan seni budaya dengan cemerlang, mendaki satu tahap demi tahap anak tangga - bermula sebagai anak didik P Ramlee hingga akhirnya menjadi hero filem Melayu yang terkenal, menjadi idola ramai pelakon baru dan kini mencipta kehebatan sebagai tokoh perfileman Malaysia yang disegani dan disayangi ramai. Perjuangannya dalam dunia filem bukan setakat menghasilkan filem cereka menerusi arahan dan terbitannya tetapi dia banyak berperanan secara langsung dalam membangunkan industri sinema Malaysia seperti rancangan menubuhkan Finas, pembukaan akademi filem, pendidikan filem di universiti, kerap diundang jadi juri dan perwakilan di acara filem antarabangsa dan banyak lagi jasa baktinya yang membantu merubah landskap dunia filem Melayu era baru. Filem hebat sentuhannya pada 1981, Bukit Kepong membuka satu semangat baru kepada penggiat filem lain betapa filem Melayu boleh bangkit semula sesudah ia lesu sekitar dekad 1970-an.

Walaupun ramai yang suka dan ramai juga yang tidak suka pada Jins, beliau tetap bertahan sebagai tokoh filem yang dikagumi kerana rekod laluannya yang dibina dengan baik - tidak ada pencapaian anak seni lain terutama anak wayang yang masih hidup kini mampu setanding dengan kejayaan yang dicipta Jins. Lebih mengagumkan kerana Jins ada lebih 30 rekod peribadi kerana muncul sebagai orang pertama atau anak seni pertama dalam beberapa bidang kejayaan. Dari sudut lain, kesihatan Jins juga masih baik meskipun usianya sudah lebih tujuh dasawarsa. Dalam usia itu dia masih aktif bekerja tatkala ramai rakan seperjuangannya dulu sudah kembali kepada yang Maha Esa dan jika ada yang masih hidup, ramai yang mengalami masalah kesihatan dan bersara.

Selepas mencipta kejayaan sebagai anak seni Malaysia yang pertama menjadi Ahli Dewan Negara, beliau yang kini turut aktif dalam kegiatan politik bagaikan tidak puas untuk mencari pengalaman baru kerana sanggup bertungkus-lumus menyiapkan tesisnya untuk pengajian peringkat ijazah doktor falsafah di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dalam usia beliau sekarang, rupa-rupanya Jins masih ada azam untuk menghasilkan dua lagi filem cereka. Dia tetap mahu duduk di kerusi sutradara kerana yakin dengan kesihatannya yang masih baik dan kudratnya tertap bersemangat, dia mahu mengakahiri hidupnya dengan menghasilkan dua lagi filem. Semua tahu, hasratnya untuk menghasilkan filem epik sejarah, Pasir Salak - King of the River masih tertangguh sejak 16 tahun lalu. Sekian lama tertangguh, kini Jins mula membuka mulut semula untuk kembali membuat persiapan meneruskan kerja produksi filem berkenaan.

Jins kini sedang berusaha dengan pihak kementerian untuk mendapatkan geran bagi membolehkan Pasir Salak dapat dibuat penggambaran. Ketika berbual dengannya pada malam Selasa lalu, Jins akur filem itu sudah lama tertangguh tetapi tidak bererti ia akan terkubur begitu saja. Dia memang mahu sangat filem berkenaan dapat dihasilkan kerana ada sesuatu yang ingin disampaikannya kerana penyelidikan untuk skrip filem itu mengambil masa lebih dua tahun dan ia penting untuk hadiah kepada generasi baru.

Satu lagi filem yang mahu disiapkan Jins selepas Pasir Salak ialah filem berjudul P Ramlee. filem itu mahu dihasilkannya kerana ia adalah simbolik peribadinya dan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih tidak terhingga beliau terhadap sifu atau guru filemnya itu. Jins mengatakan, beliau sudah mendapat kebenaran rasmi daripada keluarga Seniman Agung itu yang mengizinkan beliau menghasilkan filem mengenai kisah hidup P Ramlee.

Jins sedar, hasratnya itu besar dan bukan mudah untuk dihasilkan dalam masa setahun dua ini. Cuma, dia berharap dan berdoa agar Tuhan memudahkan laluannya untuk menyiapkan dua filem itu. Dia juga berharap kesihatannya sentiasa baik dan dipanjangkan umur untuk dia berkorban masa dan tenaga bagi menyampaikan hajatnya itu. Jins sangat berharap ada pihak yang sudi membantu. Dua hajat besar ini masih belum kesampaian. Namun, Jins tetap berazam untuk merealisasikannya supaya dia akan meninggalkan sesuatu yang lebih bermakna untuk anak bangsanya dan negara sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

‘Kedua-dua filem ini amat bermakna dalam hidup saya. Lega rasanya kala filem ini berjaya dihasilkan. Pendek kata, kalau saya berjaya menyiapkan kedua-dua filem ini, kalau saya mati pun, mata saya akan terpejam rapat,” demikian kata Jins kepada pihak media sejurus selesai majlis pengumuman nama beliau sebagai penerima Anugerah Seniman Negara pada minggu lalu.

Baca Sepenuhnya...

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP