Until Death Do Us Part - Jonas

Memaparkan catatan dengan label TV. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TV. Papar semua catatan

Isnin, Jun 29, 2009

#584. 62 filem blockbuster

MASIH ingatkah anda watak Michael Clayton selaku pekerja licik di sebuah firma guaman berprestij, Detektif John McClane dengan pelbagai aksi menarik menerusi Die Hard 4.0: Live Free Or Die Hard, kisah romantik dan komedi menerusi lakonan Cameron Diaz dan Ashton Kutcher dalam What Happens In Vegas dan kisah ‘anak laut’ dalam Pirates of the Caribbean: At World’s End? Barangkali, deretan filem hebat berkenaan masih lagi kekal dalam ingatan. Sempena Star Movies Fan Fest 09, kenangan menarik menonton pelbagai filem berkenaan bakal diulangi.Sepanjang Julai dan Ogos ini, anda tidak perlu lagi beratur panjang untuk mendapatkan hiburan dengan menonton wayang sebaliknya, Star Movies menerusi saluran 413 bakal memeriahkan anda dengan 62 tayangan filem blockbuster menarik setiap malam — hanya di kaca televisyen anda.

Naib Presiden Pemasaran Star Regional, Nini Yusof, berkata Fan Fest 09 adalah kesinambungan daripada program sama sepanjang empat tahun lalu.

“Sebenarnya, objektif kami adalah untuk menghargai penonton yang setia dengan saluran ini. Kami juga mahu memberi segala yang terbaik kepada mereka sejajar dengan saluran hiburan kami.

“Jadi, sebanyak 62 filem Hollywood akan dipertontonkan kepada mereka setiap 10 malam bermula Julai ini hingga akhir Ogos.

“Lagipun, kami mempunyai hubungan baik dengan beberapa syarikat pengeluar filem utama Hollywood seperti 20th Century Fox, Weinstien Company, NGM, Buena Vista dan Walt Disney. Jadi, pastikan penonton tidak ketinggalan menyaksikan pelbagai cerita menarik,” katanya.

Tambah Nini, bagi menyemarakkan sambutan Fan Fest 09, band indie tempatan, Bunkface diangkat menyanyikan lagu tema program berkenaan.

“Sebelum ini kami menggunakan khidmat band dari seberang iaitu Nidji. Untuk musim ini pula, kami memutuskan untuk menggunakan penyanyi tempatan.

“Lagipun, Bunkface punya banyak lagu versi Inggeris yang menarik dan sesuai dengan tema kami. Jadi, lagu berjudul Bunk Anthem dipilih untuk siri promosi program itu. Dalam masa sama, kami menjadi produser bersama merakam video klip lagu berkenaan untuk tayangan di Channel V,” katanya.

Sementara itu, vokalis Bunkface, Shamsul Annuar, melahirkan bahagia mereka dengan perkembangan karier terkini.“Alhamdulillah, ia menjadi peluang terbaik untuk kami meneruskan impian ini. Kami turut difahamkan, ini kali pertama band tempatan diberi peluang menyanyikan lagu tema untuk saluran Star Movies.

“Lagipun, lagu itu akan turut diperdengarkan di seluruh asia. Sekurang-kurangnya, ia menjadi pendekatan terbaik untuk kami mengharumkan nama negara, selain memperluaskan muzik yang dibawa,” katanya.

Sepanjang Fan Fest 09, pelbagai filem menarik seperti The Chronicles Of The Narnia: Prince Caspian, The Nanny Diaries, 13 Going 30, P.S. I Love U, The Game Plan, The Man in The Iron Mask, The Transporter, When Harry Met Sally, Skinwalkers, Alien vs Predator: Requiem, Pathology, Jumper dan Bangkok Dangerous tentu akan memeriahkan malam anda.

Yang pasti, pelbagai lagi rancangan menarik menanti anda. Jadi, tunggu dan jangan melepaskan peluang menontonnya, hanya di Star Movies.

Sumber : Harian Metro

Baca Sepenuhnya...

Jumaat, Jun 26, 2009

#575. Info Tv : Overhaulin' musim ketiga kembali di 8TV


PENGGEMAR kereta, rancangan Overhaulin' musim ketiga kembali di 8TV bermula 12 Jun lalu dengan paparan idea menarik serta menghiburkan yang menjadi sajian utama dalam setiap episod.Menemui penonton pada jam 10 malam, Overhaulin' membawa penggemar automobil untuk menyaksikan proses pengubahsuaian kereta lama yang dijalankan Chip Foose dan kumpulan A-Team.Pengubahsuaian itu menghasilkan kereta baru yang berbeza, lebih canggih dan menarik menerusi proses transformasi yang teliti cetusan idea mereka yang pakar dalam bidang automotif.

Rancangan terbitan Bud Brutsman bersama pengacara, Chris Jacobs dan Adrienne “AJ” Janic ini turut mengundang tetamu yang pakar dalam bidang pengubahsuaian automobil seperti Ian Ziering, Jason Priestly, Robby Gordon dan Tyler Hatzikina untuk berkongsi ilmu dengan penonton.

Kesemua mereka juga dipertanggungjawab untuk mengubahsuai kereta lama menjadi sebuah kereta canggih dan menarik menerusi proses transformasi teliti dalam masa satu minggu.

Overhaulin’ juga membawa penonton meneroka dengan lebih mendalam segala proses merangkumi pemasangan, pembinaan dan modifikasi sesebuah kenderaan.

Sebagai panduan, penonton juga diselitkan dengan pelbagai tips berguna yang dapat dimanfaatkan ketika mengubahsuai kenderaan sendiri.

“Peminat kereta seharusnya menjadikan Overhaulin’ sebagai program wajib tonton kerana mereka pasti terpegun serta kagum dengan kemampuan Chip Foose dan A-Team dalam pengubahsuaian kereta.

“Selain itu, penonton juga berpeluang mempelajari teknik modifikasi serta mengenalpasti tahap keselamatan sesebuah kenderaan,” kata Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim.

Paling istimewa mengenai Overhaulin’, kata Swee Kim adalah pemerhatian dan ketelitian yang dilakukan dalam setiap proses pengubahsuaian sesebuah kereta yang turut mengambil kira faktor keselamatan.

“Dalam masa tujuh hari, transformasi hebat akan berlaku tanpa mengabaikan kualiti sesebuah kenderaan. Itu antara keistimewaan yang dibawakan Overhaulin’,” katanya.

8TV boleh ditonton menerusi siaran 708 Astro atau dengan melayari www.mobile.8tv.com.my menerusi telefon bimbit untuk mengikuti program kegemaran.

Sumber : Berita Harian [26/06/09]
HIP

Baca Sepenuhnya...

Jumaat, Jun 19, 2009

#538. Produksi Naik Hantu Kejar Masa

Kelihatan pelakon tidak menghiraukan keadaan yang menunjukkan hujan akan turun.Mereka sebaliknya bersungguh-sungguh memberikan lakonan terbaik agar penggambaran dapat diselesaikan dengan cepat.Tidak perlu banyak latihan buat pelakon yang memegang watak utama iaitu Mas Muharni sebagai Mas, Scha Al-Yahya (Ziffa), Intan Ladyana (Fyza) dan Ezendy (Harun) kerana mereka tahu apa yang harus dilakukan.

Sesekali sebagai pengarah, Zack akan menegur agar pelakonnya memberikan riak wajah tepat untuk penghayatan yang seharusnya ditunjukkan.Menariknya dia menegur mereka sambil berlawak, menyebabkan orang di keliling ketawa, sekali gus mencecahkan ketegangan kakitangan produksi yang bertungkus-lumus melaksanakan kerja kerana mengejar masa.Rahmat Tuhan, sebaik Zack menyebut ‘cut’ memberi tanda penggambaran untuk babak 30 selesai, hujan mencurah lebat.

Ditemui sebelum menyambung babak 31 di ruang lobi hotel, Zack berkata sudah menjadi sikapnya cuba mencari jalan terbaik dalam menegur pelakonnya agar mood terhadap penghayatan watak tidak lari.

“Saya fikir cara terbaik adalah dengan berlawak, apatah lagi saya sendiri seorang yang kelakar.

“Secara tidak langsung apabila pelakon berasa tertekan, cara saya itu diharapkan dapat menukar situasi serius sewaktu bekerja menjadi lebih tenang,” katanya.

Sebelum bergelar pengarah, Zack terlebih dulu menimba pengalaman sebagai pengurus produksi kepada kebanyakan filem arahan Prof Razak Mohaideen seperti Nana Tanjung, Anak Mami dan Tangkai Jering.

Melihat latar belakang kerjayanya yang turut menjadi pensyarah di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), maka apabila diberi tanggungjawab mengemudi penggambaran drama Naik Hantu bertemakan drama komedi, ia bukan masalah baginya

“Walaupun begitu untuk menghasilkan drama mahupun filem bertemakan komedi cabarannya besar.

“Orang selalu cakap hendak bagi orang menangis tengok filem senang, tetapi tidak untuk buat orang ketawa. “Saya berterima kasih kepada Razak yang banyak memberikan ilmunya kepada saya,” katanya.

Produksi drama bekerja mengejar masa kerana mereka hanya ada seminggu untuk menghabiskan penggambaran membabitkan paling kurang 60 babak.

Oleh itu penggambaran Naik Hantu terpaksa dilakukan 10 hingga 15 babak dalam masa sehari.

Menjelaskan mengenai sistem kerja yang begitu mendesak, jelas Zack, selain komitmen jitu diberikan pelakon keserasian wujud antara kakitangan produksi penting.

“Semua tenaga produksi terbabit dalam drama ini sudah cukup kenal antara satu sama lain. Kami sudah bekerjasama sejak setahun yang lalu sewaktu kami menghasilkan drama seperti Bila Mama Pakai Celana dan terbaru Bio-Nik.

“Kami serasi dan saya senang bekerja dengan mereka. Ada antaranya turut bersama saya sewaktu mengarahkan filem Jin Notti. Kerana itu kami mampu menjalani 10 hingga 15 babak dalam masa satu hari kerana masing-masing sudah tahu tanggungjawab, sekali gus dapat membantu menjimatkan masa,” katanya.

Naik Hantu mengisahkan tiga wanita yang mempunyai latar kerjaya berbeza. Bagaimanapun mereka mempunyai satu persamaan dari sudut sikap iaitu panas baran.

Sikap panas baran yang dimiliki Mas, Ziffa dan Fyza ini menarik minat seorang pakar dalam bidang permasalahan emosi iaitu Harun.

Dia cuba membantu ketiga-tiga gadis cantik ini untuk mengawal perasaan dan apabila kemarahan mereka di luar jangkaan Harun akan datang membantu.

TENAGA PRODUKSI

Judul: Naik hantu

Terbitan: MIG Beats Sdn Bhd

Penerbit: David Teo

Pengarah: Azhari Muhammad Zain

Jurukamera: Kamarul Azhar Mohd Yatim

Penulis Skrip: Norsheera Mohd Shamsudin

Penolong Pengarah: Mohd Faizal Abdul Malik

Pengurus Produksi: Yuzaidania Abdullah Shukor

Penolong Pengurus Produksi: Yusrizan Yunus

Pembantu Produksi: Azman Ibrahim

Pengarah Seni: Izhar Abdul Karim

Jurusolek dan Pakaian: Zarina Abu Sidek/Radzi Omar

Pelakon: Mas Muharni (Mas), Scha Al-Yahya (Ziffa), Intan Ladyana (Fyza) dan Ezendy (Harun).

Sumber : Harian Metro [11/06/09]
Oleh Rudy Imran Shamsudin

Baca Sepenuhnya...

Khamis, Jun 18, 2009

#526. Sentuhan Islamik Kabir - Mira

KOLABORASI pasangan suami isteri ini sememangnya cukup menjadi dan tiada siapa pernah menyangka, kehadiran mereka berdua dalam industri hiburan telah membuka lembaran baru dalam penerbitan filem dan televisyen di negara ini.Biarpun sudah lebih sedekad menghasilkan karya untuk tatapan penonton, tetapi nama Kabir Bhatia dan Mira Mustaffa mula meraih perhatian menerusi filem Cinta yang telah mencetuskan revolusi baru dalam sinema tempatan.Lebih manis lagi, kolaborasi dua anak seni berlainan bangsa ini telah membuahkan hasil yang cukup lumayan apabila Cinta dinobatkan sebagai Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-20 dan Anugerah Skrin ke-9 pada tahun 2007.

Maka dengan itu, mereka mengembangkan bakat serta kreativiti di layar kaca menerusi drama bersiri, Kekasihku Seru yang ditayangkan tahun lalu menerusi slot Seram di TV3.
Siapa sangka percaturan Kabir dan Mira dalam genre seram telah mengubah pandangan sesetengah pihak terhadap mereka yang beranggapan kekuatan Kabir dan isterinya itu hanya mampu menghasilkan kisah cinta.Kekasihku Seru yang dilakonkan oleh Emelda Rosmila, Hairie Othman, Fizz Fairuz, Umie Aida dan Rose Iskandar itu telah mencatat rating yang cukup baik serta memberi satu dimensi baru dalam penghasilan karya-karya seram tempatan.

Masih lagi bekerjasama dengan stesen televisyen swasta pertama negara, TV3, Kabir dan Mira mempertaruhkan karya berjudul Nur Kasih.

Nur Kasih masih berlingkar dalam dunia percintaan tetapi ia lebih menjurus kepada dunia Islamik dan ternyata ia merupakan pendekatan yang cukup berbeza daripada dua karyawan seni ini.

Memulakan tayangan pada 29 Mei lalu, drama bersiri sebanyak 26 episod ini bukanlah kisah cinta biasa. Karya itu sarat dengan elemen drama dan tragis dalam merungkai kisah pengorbanan seorang anak dan abang terhadap keluarga serta adik yang cukup disayanginya.

Nur Kasih dijayakan oleh Fizz Fairuz sebagai Aidil, Remy Ishak (Adam), Datuk Jalaluddin Hassan (Ustaz Hassan), Liza Othman (Khadijah), Sharifah Sofea (Katrina), Ummi Nazeera (Siti Sarah) serta pendatang baru, Tiz Zaqyah sebagai Nur Amina.

Berbicara dengan Kabir dan Mira pada majlis pelancaran drama berkenaan di Restoran Puteri, Sungai Penchala baru-baru ini, mereka berdua tidak menafikan cabaran yang perlu ditempuhi dalam menghasilkan Nur Kasih.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar.

Sudah pasti dengan elemen Islamik yang diterapkan dalam drama ini, sememangnya ia bukan satu kerja yang mudah untuk meyakinkan penonton menyaksikan serta mendalami drama terbitan Filmscape Sdn. Bhd.

Mujurlah kata Mira, dia dibantu oleh dua orang sahabatnya, Mariana Hashim dan Maizurah Mohd. Idris untuk memantapkan lagi jalan cerita Nur Kasih yang ideanya sudah berada dalam kotak fikirannya sejak dua tahun lalu.

“Mereka berdua mempunyai idea yang cukup bernas untuk mencantikkan lagi cerita ini. Masing-masing ada kelebihan dalam mengutarakan isu serta penonjolan watak Aidil dan Adam yang menjadi penggerak dalam drama ini.

“Saya gembira apabila didatangi oleh TV3 yang mahukan saya dan Kabir menghasilkan drama seperti ini yang juga sesuatu yang baru dalam karier seni kami. Apa yang kami mahukan adalah untuk menyalurkan mesej yang berguna kepada penonton,” kata Mira.

Bagi Kabir pula, sesuatu yang cukup menyeronokkan dan mengujakan dalam mengarahkan Nur Kasih kerana buat pertama kalinya, dia dapat mengarahkan drama tempatan di luar negara.

Bukan itu sahaja, Kabir yang turut dibantu oleh Faizal Ishak selaku pembantu pengarah itu turut menampilkan teknik imej penjanaan komputer (CGI) untuk babak-babak tertentu dalam drama yang sudah pun selesai menjalani penggambaran sebanyak 14 episod.

Untuk pengetahuan, Nur Kasih telah menjalani penggambaran di Sydney, Australia selain di ibu negara dan sekitar Kuala Selangor.

Pada 2 Jun lalu pula, Kabir dan seluruh krew produksi sudah pun berangkat ke Jordan untuk menyelesaikan beberapa episod yang mengambil Jordan sebagai latar untuk disesuaikan dengan jalan cerita.

Ia adalah juga sebahagian daripada lebihan 12 episod lagi yang belum diselesaikan sebelum kembali ke tanah air dan menamatkan penggambaran pada bulan Julai nanti.

“Memang saya mahu mencuba genre yang lain dan apabila peluang itu diberikan oleh TV3, saya mahu buat yang terbaik. Di tambah pula dengan para pelakonnya yang hebat dan memberikan lakonan yang memuaskan hati saya, sudah cukup memperindahkan Nur Kasih.

“Saya rasa bertuah dan beruntung apabila dapat menjalani penggambaran di luar negara dan peluang itu saya ambil untuk memberikan hasil terbaik menerusi sinematografi dan pergerakan kameranya.

“Semua itu adalah menerusi perancangan rapi yang dilakukan dan setakat ini, semuanya berjalan lancar seperti mana yang telah dirancangkan,” jelasnya yang akan muncul dengan filem ketiganya, Setem terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd., bulan depan.

Tambahnya, selain mahu memberikan kelainan dalam karyanya, menjalani penggambaran di luar negara juga adalah untuk menyesuaikan dengan jalan cerita Nur Kasih.

“Sydney dipilih sebagai memberi satu santapan baru untuk karya tempatan kerana sebelum ini, Sydney agak jarang ditampilkan dalam drama-drama tempatan.

“Kami juga ada memikirkan untuk ke New Zealand tetapi pemandangan indah Sydney telah memikat kami,” ujar Kabir yang memberitahu dia dan Mira kini dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah filem romantik komedi bersama Grand Brilliance Sdn. Bhd.

Kepada penonton yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang jalan cerita serta karakter dalam Nur Kasih, bolehlah berbuat demikian dengan melayari laman web rasminya di www.tv3.com/nurkasih.

Sumber : Utusan Malaysia [06/06/09]
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

Baca Sepenuhnya...

Selasa, Jun 02, 2009

#489. Borak Lokasi : Khalid Pastikan Penggambaran Sempurna

Biarpun Zati sudi menerima lamaran Iskandar sebagai isterinya tetapi lelaki itu masih terfikir sama ada sumpahan menjadi makhluk berbulu seperti mawas yang dikenakan padanya akan hilang selamanya. Itu antara adegan menarik yang dipaparkan menerusi drama terbaru arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri iaitu Zati & Si Mawas yang mula ditayangkan di slot Lagenda TV3 pada 12 Mei lalu, jam 4.30 petang.

Drama sebanyak 20 episod ini yang menjalani penggambaran di Taman Dagang Ampang, Selangor, baru-baru ini menampilkan pelakon remaja Liyana Jasmay dan Kamal Adli sebagai teraju utama.Turut menjayakan drama ini, Ruminah Sidek, Dian P Ramlee, Sharifah Shahorah Syed Akil, Hairie Othman, Den Wahab dan dua bekas pelajar Akademi Fantasia iaitu Zarina Zainoordin (musim kedua) dan Ika Nabila Abdul Rahim (musim keenam).Kata Ahmad Idham, drama ini dihasilkan mengikut kesesuaian slot berkenaan yang mengangkat cerita dongeng atau fantasi menjadi drama. Berbeza dengan senario drama di Indonesia yang sudah banyak menghasilkan konsep sebegini, penerbitan drama tempatan yang menggunakan konsep cerita sama masih dianggap baru. Sebelum ini, beberapa drama tempatan yang pernah dihasilkan seperti Merah Puteh dan Puteri Salju.

Untuk drama kali ini, konsep cerita ini direka berdasarkan filem Hollywood iaitu Beauty And The Beast yang mengisahkan percintaan antara seorang gadis dengan manusia yang mempunyai rupa haiwan berbulu seperti mawas. Mengikut sejarah, filem Beauty And The Beast mula dihasilkan menerusi drama TV pada 1946 oleh pengarah, Jean Cocteau yang berasal dari Perancis.

“Sungguhpun konsep cerita ini diambil seperti filem Hollywood tetapi ia juga direka mengikut kesesuaian dalam versi tempatan. Pada saya, filem ini tidak terlalu berat untuk ditonton, apatah lagi skop penonton menerusi slot Lagenda tertumpu pada golongan seperti suri rumah, pencen dan pelajar sekolah.

“Dalam meraih sambutan penonton, saya berusaha menyediakan cerita yang menarik untuk ditonton walaupun ia adalah fantasi. Namun, jika merujuk pada sambutan drama terbitan produksi saya sebelum ini, saya yakin drama ini juga mampu meraih sambutan positif penonton.

“Berbeza dengan drama yang pernah ditayangkan di TV, saya berpandangan drama yang mempunyai slot khas seperti drama ini yang ditayangkan untuk slot Legenda, memainkan peranan penting pada sambutan yang diterima. Sebagai contoh, drama saya yang lalu seperti Impak Maksima The Series yang ditayangkan pada slot Aksi mencatat empat juta penonton.

“Begitu juga dengan drama Puaka Niyang Rapik menerusi slot Seram yang mencecah 3.7 juta penonton manakala slot Akasia menampilkan drama Exora meraih dua juta penonton.

“Bagi produser, kejayaan filem berdasarkan kutipan box-office manakala kejayaan dan kepuasan menghasilkan drama pula bergantung pada rating penonton. Pada saya, penerbitan drama tempatan perlu pelbagai agar memberikan selera berbeza pada penonton.

“Bagaimanapun, apa yang penting, asas Melayu tidak dilupakan seperti adat resam dan tutur kata. Saya sendiri belajar daripada pengalaman produser Mohd Noor Kadir suatu ketika dulu yang menyatakan penerbitan sesebuah drama tempatan perlu mempunyai ciri-ciri Melayu dan jangan terlalu ghairah dengan aspek lain seperti kesan khas untuk menarik perhatian penonton,” katanya.

Drama Zati & Si Mawas mengisahkan Iskandar, lakonan Kamal Adli iaitu anak Sultanah Baginda (Dian) dari kerajaan Maisulu di Sulu terkena sumpahan Nenek Kebayan (Ruminah) ketika dilahirkan hingga bapanya meninggal dunia. Nasib malang juga menimpa Zati (Liyana) yang kehilangan ibunya ketika dilahirkan. Sejak kecil, kehidupan Iskandar dan Zati tidak sama dengan kanak-kanak lain.

Iskandar sering dikurung di dalam rumah manakala Zati dibuli Mak Cik Anita (Sharifah Shahorah) dan adik-beradiknya lain iaitu Joey (Zarina AF2) dan Rina (Ika AF6). Hingga watak Iskandar, Zati, Joey dan Rina menjadi remaja, Zati dengan Iskandar bertemu di kolej dan mereka jatuh cinta. Bagaimanapun, hubungan mereka dicemburui Joey dan Rina yang ingin merosakkan kebahagiaan itu.

Kata Idham, sumpahan yang terkena pada Iskandar bertukar menjadi mawas dianggap unik. Watak itu hanya menjadi mawas apabila dia mempunyai perasaan cinta pada seseorang. Bagaimanapun, sumpahan itu hanya hilang jika ada wanita yang sanggup berkahwin dengannya tetapi dalam rupa mawas.

Borak Lokasi

JUDUL: Zati & Si Mawas

TERBITAN: Excellent Pictures Sdn Bhd

PENGARAH: Ahamad Idham Ahmad Nadzri

PENOLONG PENGARAH: Ismail Hashim

PENOLONG PENGARAH 2: Ahmad Khalid Ahmad Nadzri

KESINAMBUNGAN: Rozniza Zainal

PENGURUS PRODUKSI: Azaromi Ghazali

PENOLONG PENGURUS PRODUKSI: Rosnalee Khalil

PROP MASTER: Ridzwan Mat Hussin

PROPMAN: Mohd Nur Rafiuddin Abd Sani

JURUSOLEK: Jamal Mohd

RUNNER: Mustafa Fikri Mohd

WARDROBE: Harry Frankie Albert Hills

PENOLONG WARDROBE: Rosli Mohd Taib

PEMBANTU PERIBADI: Mohd Rohaizad Abd Aziz

JURUKAMERA: Khairrunizam Abdul Manan

BOOMMAN: Norhisham Jaludin

PENATA CAHAYA: Mohd Shahril Mohd Saad

PENOLONG PENATA CAHAYA: Akhbar Abdul Manan

JURU AUDIO: Saiful Azlan Jaludin

PELAKON: Liyana Jasmay sebagai Zati, Ahmad Kamal Ahmad Adli (Iskandar), Sharifah Shahorah Syed Akil (Anita), Hairie Othman (Ehsan), Zarina Zainoordin (Joey), Ika Nabila Abdul Rahim (Rina), Farish Ramli (Bagio), Dian P Ramlee (Sultanah), Ruminah Sidek (Kebayan), Zaharudin Abd Wahab (Ikbal), Farisha Irwayu (Fara), Aliza Abdullah (Kak Mah), Adeline Anthony (Zizi) dan Rosli Mohd Taib (Kassim)

Sumber : Harian Metro [28/05/2009]
Oleh Elrafaei Sapi

Baca Sepenuhnya...

#486. Toyol Curi Komputer

Pengarah drama ini, Abdul Azizi Awang Ghazali berkata, toyol versi baru ini juga mempunyai kelainan dari cerita toyol yang pernah dihasilkan sebelum ini."Sebelum menerima projek drama ini, saya juga banyak membuat kajian mendalam termasuk membaca buku dan menonton filem berkaitan toyol terlebih dulu."Maklumlah, penonton sekarang sudah bijak membuat penilaian dan sebagai pengarah, sudah pasti saya tidak mahu cerita ini nampak tidak logik serta dipertikaikan orang bila bersiaran nanti."Apa yang menarik, toyol dalam cerita ini nampak comel dan bukan menakutkan seperti yang dipaparkan dalam drama atau filem sebelum ini. Ia juga membabitkan sedikit teknik CGI untuk memberi kesan khas pada wajah toyol dalam cerita ini. Toyol versi komedi ini juga tidak mencuri wang sebaliknya mencuri komputer atau permainan PS2.

"Ia berkisar mengenai budak bernama Dogol/Iwan yang dibuli di sekolah dan menghasilkan laman webnya sendiri untuk membalas dendam," katanya.Abdul Azizi berkata demikian ketika ditemui sempena pelancaran drama bersiri e-toyol.com di Restoran Lemon, Mines, Seri Kembangan, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif, Metrowealth International Group (MIG), David Teo.Bagaimanapun, Abdul Azizi yang juga 'anak didik' pengarah Ahmad Idham mengakui berhadapan cabaran tersendiri untuk mengarahkan drama berkenaan.

"Ini drama kedua arahan saya selepas JPB The Series. Sebelum ini saya banyak menjadi penolong pengarah kepada Ahmad Idham menerusi projek filem dan dramanya seperti JPB Congkak, Impak Maksima dan Puaka Ni Yang Rapik untuk TV3.

"Bersandarkan ilmu pengarahan sedia ada, saya yakin boleh memberikan yang terbaik untuk drama bersiri ini.

"Saya tidak menafikan berhadapan dengan cabaran untuk mengendalikan enam pelakon kanak-kanak yang juga watak utama dalam cerita ini. Selain itu, cerita ini juga membabitkan seramai 30 pelakon pembantu," katanya.

Menurut Abdul Azizi, pihaknya juga membuat uji bakat mencari pelakon sesuai untuk bawa watak toyol versi komedi berkenaan.

"Akhirnya, kami bertemu pelakon sesuai untuk watak toyol dan Iwan iaitu Muhd Azhari Azizam. Pelakon kanak-kanak yang lain pula rata-rata ada pengalaman berlakon dan tidak sukar untuk menjiwai watak masing-masing.

"Penggambaran dibuat sekitar Kuala Lumpur bermula 15 Mei lalu. Kami juga memilih menjayakan penggambaran pada musim cuti sekolah kerana drama ini membabitkan ramai pelakon kanak-kanak dan kami tidak mahu penggambaran drama ini menjejaskan persekolahan mereka.

"Buat permulaan, saya perlu menyiapkan penggambaran sebanyak empat episod terlebih dulu yang mula bersiaran bermula 15 Jun nanti," katanya.

Cerita bermula dengan budak lelaki berkepala botak, pendek dan comel yang digelar kawan-kawannya di sekolah dengan nama Dogol kerana fizikalnya yang sama dengan watak Pak Dogol dalam wayang kulit. Nama sebenarnya ialah Erwan Hamidi yang juga anak pengusaha restoran.

Dogol ingin mengubah dirinya yang sering berasa rendah diri dan dibuli di sekolah kepada lebih yakin dan berani sertab mendapat kasih sayang secukupnya dari keluarga.

Sekalipun bukan murid pintar, Dogol sangat mahir dalam komputer dan internet. Dia juga menyimpan kemarahan dalam dirinya kerana sering menjadi bahan usikan di sekolah.

Justeru, dia mula menyebarkan kabar angin di internet dan mencipta laman web seram yang fokusnya adalah toyol.

Dia juga melakarkan rupa toyol yang kononnya pernah ditemui. Ramai orang terpedaya dengan cerita dongengnya itu sekali gus memudahkan rancangannya itu.

Sehinggalah pada suatu malam, toyol sudah memberontak dan berjaya melepaskan diri dari tuannya dan mencari Dogol/Iwan. Toyol juga leka melihat Dogol yang sering mengadap komputer seorang diri pada waktu malam dan akhirnya, bersemukalah Dogol dan Toyol.

Drama menarik ini dibintangi barisan pelakon seperti Norliana Shamsudin (Syamila), Nurul Abd Wahab (Mazlin), Muhd Azhari Azizam (Dogol/Iwan), Ifa Raziah (Kalsom), Erry Putra (Adlan), Fauzi Nawawi (Hamidi Busu), Rafidah Ibrahim (Ustazah Sarah), Ery Sulaiman (Man), Ahmad Ezzrin Loy (Haslam), Mohamad Azwan Azmi (Cikgu Razlan), Haszmi Abd Aziz (Cek), Nurdatul Fazillah (Rina) dan Iskandarsah Hashim (Bob).

Drama e-toyol.com akan menemui penonton menerusi slot lagenda untuk TV3 bermula 15 Jun nanti.

Sumber : Harian Metro [27/05/2009]
Oleh Ramlah Zainal

Baca Sepenuhnya...

Isnin, Mei 18, 2009

#430. Layar Arkib : Syor laksanakan Doktrin Televisyen Nasional

PTVM gariskan lima perkara untuk stesen TV laksana penambahbaikan kandungan penyiaran dalam membantu bina semangat kebangsaan,

SEMUA stesen televisyen di negara ini tidak kira sama ada milik kerajaan mahupun swasta harus kembali berperanan sebagai ejen pembentukan budaya murni dan wadah pembangunan yang menjana semangat kebangsaan supaya keharmonian masyarakat, perpaduan rakyat serta pembangunan kesejahteraan sosial dapat diperbaiki.Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) membuat gesaan ini memandangkan kebanyakan program televisyen ketika ini tidak banyak yang menjurus kepada semangat cintakan negara serta memupuk semangat patriotik.

Presiden PTVM, Jurey Latiff Rosli, berkata pada masa sekarang memang tidak dapat dinafikan pengaruh televisyen amat besar dalam pembentukan masyarakat dan seharusnya pengisian kandungan rancangan TV dipantau dan dikawal selari dengan hasrat kerajaan.

“Perlumbaan stesen TV mengejar rating dan penonton memperlihatkan faktor nilai hiburan dan komersial saja diambilkira tanpa mempedulikan kesan kepada masyarakat. Kerisauan dan keprihatinan PTVM dalam hal ini telah membuatkan PTVM menyediakan satu Doktrin Televisyen Nasional yang menggariskan perkara yang turut disebutkan Perdana Menteri untuk sama-sama membentuk masyarakat ke arah penyatuan dalam aspirasi ‘Satu Malaysia, rakyat didahulukan, prestasi diutamakan.

“Stesen TV kita harus membantu kerajaan untuk memupuk semangat kebangsaan yang kental di kalangan rakyat membabitkan semua kaum dan agama jika kita mahu masyarakat masa depan terus sejahtera dan harmoni biarpun berbeza pendapat dalam politik. Program yang memberi kesedaran dan keinsafan termasuk memaparkan semula kisah sejarah dan cabaran ayng dihadapi negara pada awal era 1970-an dan 80-an perlu direnung untuk kita mengambil iktibar.

“Doktrin Televisyen Nasional menggariskan beberapa perkara yang dicadangkan untuk diambil tindakan bagi tujuan memperkemaskan sistem penyampaian dan maklumat ke arah perpaduan dan semangat Satu Malaysia. Doktrin Televisyen Nasional yang diilhamkan ini juga mengambil kira kenyataan Datuk Seri Najib Razak pada 27 Mei tahun lalu ketika melancarkan Doktrin Media. Ketika itu, beliau mengumumkan pemikirannya mengenai kepentingan doktrin media nasional yang harus dikemaskini sejajar perkembangan global.

“Idea ini juga mengambil kira kepesatan pembangunan teknologi maklumat yang dilihat menembusi sempadan negara, politik, budaya, agama dan usia,” kata Jurey Latiff.

Lima perkara Doktrin Televisyen Nasional yang harus dilaksanakan ialah:

* Membudayakan pemikiran rakyat dengan memperoleh penyiaran kandungan pelbagai genre rancangan TV yang dinamik, berinfomasi dan positif dengan memartabatkan Bahasa Kebangsaan.

* Membina jati diri rakyat agar memiliki daya tahan, kekuatan moral dan rohani dalam menghadapi pengaruh globalisasi melalui usaha mengukuhkan prinsip asas ketuhanan dan keagamaan berdasarkan pembangunan modal insan.

* Berganding bahu dalam memikul tanggungjawab merealisasikan wawasan membina negara merdeka yang maju, bersatu padu, stabil politik dan makmur ekonomi.

* Menyemai nilai patriotisme rakyat terhadap raja dan pemimpin negara serta pengukuhan hidup dalam kepelbagaian bangsa dan agama.

* Membina kesetiaan rakyat yang cekal mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.

Jurey juga berkata, PTVM amat berharap perkara dalam Doktrin Televisyen Nasional dapat dipanjangkan serta dilaksanakan bagi penghasilan kandungan program TV tempatan seperti majalah, dokumentari, drama dan pelbagai lagi.

“PTVM berpendapat hanya kerajaan yang dapat menguatkuasakan arahan ini kepada semua stesen TV di negara kita. Senario penerbitan program TV tempatan kurang berkesan dalam mengambil kira lima perkara yang disarankan dalam Doktrin Televisyen Nasional. PTVM juga mengharapkan kerajaan melalui kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan dapat menggerakkan aspirasi ini bagi menjadikan kandungan program TV tempatan selari dan berada dalam landasan betul bersesuaian objektif kerajaan menerusi prinsip Satu Malaysia.

“Penerbitan program berkualiti amatlah perlu bagi menerapkan unsur patriotisme mendalam sehingga memberikan impak berkesan kepada masyarakat terutama generasi muda dan generasi baru. Nilai moral diterapkan secara tidak langsung dalam bentuk media sebegini akan dapat menimbulkan semangat kebangsaan berteraskan Rukun Negara yang amat menebal terhadap gagasan pentadbiran negara dan institusi Raja Berparlimen di kalangan rakyat.

“PTVM juga mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah atas pemilihan Datuk Seri Dr Rais Yatim selaku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang dilihat dapat memperkukuhkan lagi kegiatan serta menyemarakkan kesenian dan kebudayaan termasuk pembangunan modal insan melalui segmen dalam media cetak dan elektronik,” katanya.

Arkib Berita Harian [Berita Minggu]

Baca Sepenuhnya...

Selasa, Mei 12, 2009

#414. Bawang Putih Bawang Merah Versi Lelaki

FILEM berjudul Bawang Putih Bawang Merah yang ditayangkan pada 1959 merupakan antara karya klasik Melayu yang masih bertahan popularitinya sehingga kini.Menampilkan seniwati Latifah Omar serta Datin Umi Kalthum sebagai Bawang Putih dan Bawang Merah, kemunculan Allahyarham Siti Tanjung Perak selaku ibu tiri yang kejam sememangnya cukup berkesan dalam menghidupkan perjalanan cerita filem tersebut.Masih mendapat perhatian dan sering ditayangkan di stesen-stesen televisyen, ia membuktikan bahawa filem yang genap usianya 50 tahun itu punyai kekuatan tersendiri, sama seperti filem-filem klasik Melayu lain.

Justeru, atas dasar popularitinya yang kekal bertahan, Radius One Sdn. Bhd. mengambil kesempatan itu untuk menerbitkan karya terbaru mereka berjudul Merah Puteh yang mengambil latar filem itu sebagai sumber inspirasi.Mula menemui penonton sejak 7 April lalu di TV3, Merah Puteh yang bersiaran sebanyak 20 episod nyata membawa elemen berbeza berbanding karya klasik filem terbabit, termasuk versi moden Indonesia iaitu Bawang Merah Bawang Putih yang diterbitkan dalam bentuk sinetron pada 2006.

Mengekalkan jalan cerita kekejaman si ibu tiri, ia bagaimanapun diberi nafas baru dan apa yang menarik, watak utamanya dipegang oleh lelaki.

Merah Puteh menampilkan barisan pelakon handalan antaranya Ellyas Abdullah sebagai Puteh, Zahiril Adzim (Merah), Dira Abu Zahar (Anggun), Tania Zainal (Datin Mastura), Nadia Aqilah (Mulan) dan Shaharudin Thamby (Datuk Jehan).

Pengarah Merah Puteh, Isma Yusoff berkata, drama bersiri pertama arahannya itu dimodenkan bagi menonjolkan kelainan terhadap karya-karya Bawang Putih Bawang Merah sebelum ini.

"Walaupun mengetengahkan lelaki sebagai pemegang watak utama, selain jalan cerita yang sama, Merah Puteh masih mengekalkan elemen-elemen lain yang terdapat dalam filem klasik Bawang Putih Bawang Merah.

"Antaranya, unsur-unsur mistik, ibu tiri, ikan kaloi dan kemerduan suara yang dimiliki Bawang Putih.

"Namun, semua unsur-unsur itu diubah untuk diterapkan ke dalam versi moden ini,'' katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra pelakon Merah Puteh di Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.

Ujar Isma, menerusi Merah Puteh, setiap watak mempunyai dua sifat berbeza iaitu baik dan jahat.

Sebagai contoh, jelasnya, walaupun Datin Mastura, ibu tiri Puteh, selalu memberi layanan buruk terhadap Puteh, dirinya masih ada sifat-sifat baik yang lain.

"Dalam Merah Puteh juga, pastinya orang tidak akan marah sepenuhnya kepada Merah. Merah ada kalanya menjadi penyokong kepada Puteh,'' katanya.

Ditanya mengenai watak Mulan, lakonan Nadia Aqilah, yang digambarkan sebagai perempuan sihir, Isma berkata, ia juga telah melalui proses pemodenan dengan memperlihatkan Mulan bukanlah perempuan sihir seperti dalam karya klasik lain.

"Drama ini menyaksikan Mulan sebagai perempuan sihir yang amat berbeza. Dia tidaklah seperti perempuan sihir yang biasa kita tonton,'' jelasnya.

Kepada soalan tentang drama siri pertama arahannya itu, Isma menjelaskan, dia sangat optimis karya itu akan diterima baik oleh penonton.

"Sudah beberapa episod disiarkan, saya menerima maklum balas yang baik. Saya juga amat berterima kasih kepada pihak produksi kerana memberi kepercayaan untuk mengarahkan Merah Puteh,'' katanya.

Tahun ketiga Ellyas sebagai pelakon

Sementara itu, Ellyas ketika diajak berbicara tentang Merah Puteh berkata, dalam drama bersiri itu, dia membawa karakter sebagai lelaki yang pendiam tetapi bukanlah seorang pemalu.

Puteh, katanya, suka kepada bidang seni manakala saudara tirinya iaitu Merah lebih meminati sukan.

"Ini merupakan tahun ketiga saya dalam bidang lakonan. Saya bermula dengan drama bersiri Dunia Baru.

"Watak Puteh banyak bermain dengan ekspresi wajah tetapi tidaklah terlalu emosional kerana ini adalah versi lelaki,'' ujarnya.

Gementar bawa watak utama - Zahiril

Dalam pada itu, bagi Zahiril yang mula dikenali menerusi filem Kami pada tahun lalu, Merah Puteh begitu mencabar kerana ini adalah pengalaman pertamanya memegang watak utama.

"Sudah tentu saya gementar. Ini juga adalah peluang saya untuk mencuba pelbagai karakter.

"Merah sememangnya amat berlainan daripada sikap diri saya sendiri. Dia (Merah) seorang yang aktif dan agresif dan saya diberi kebebasan menyuarakan pendapat tentang watak Merah,'' jelasnya.

Zahiril sebelum ini pernah berlakon dalam filem Kami dan kemudiannya Seandainya Aku Siti sebelum berkecimpung dalam teater berjudul Kompilasi.

Sumber : Utusan Malaysia [11/05/2009]
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED

Baca Sepenuhnya...

#409. Kongsi Semangat, Aspirasi Dr. Rais

SARANAN Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya stesen televisyen menayangkan lebih banyak program serta drama yang mencerminkan wajah Malaysia daripada menyiarkan program atau drama dari luar mendapat sokongan padu stesen televisyen dan penerbit tempatan.Hasrat kementerian itu yang mahu lebih banyak program serta drama berkaitan masyarakat negara ini dipaparkan bagi membina serta membentuk negara berasaskan konsep 1Malaysia dilihat stesen televisyen dan penerbit sebagai satu usaha yang baik dalam membentuk pembangunan industri penerbitan tempatan.

Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, Astro menyokong konsep 1Malaysia itu. Dengan lebih 116 saluran di mana 27 daripadanya adalah jenama saluran Astro, mereka sentiasa membawa kepelbagaian khas untuk demografi Malaysia.“Akademi Fantasia (AF) , program realiti nombor satu dan Astro Ceria, saluran kanak-kanak nombor satu di Malaysia adalah antara contoh yang menonjolkan nilai 1Malaysia. AF contohnya dari mula lagi menonjolkan peserta dan pemenang yang terdiri daripada pelbagai etnik. Pada masa sama, kami juga bekerjasama dengan saluran antarabangsa untuk mempamerkan yang terbaik mengenai negara dan rakyat kita ke mata dunia menerusi program seperti Smart Tunnel dan The Making Of A King,” katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Amrin Awaluddin, pula berkata TV3 mengalu-alukan usul Dr Rais mengesyorkan stesen televisyen menerbitkan lebih banyak drama dan program berwajah 1Malaysia.Katanya, TV3 sudah pun melaksanakan usul itu sebaik mendengar saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.“Sebagai stesen televisyen yang sinonim dengan tayangan drama dan telemovie menarik serta berkualiti, TV3 sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik terutama kepada kandungan program yang menepati cita rasa masyarakat agar sentiasa relevan dan kekal sebagai stesen pilihan.

“Kami sudah mula menerapkan nilai kemasyarakatan seperti disarankan menerusi program TV3 malah akan terus berusaha untuk mempelbagaikan kandungan drama seperti Platun Satria, Mencari Arah Kiblat dan banyak lagi di samping menerapkan ciri-ciri yang mencerminkan 1Malaysia bagi memupuk semangat muhibah,” katanya.

Sambutan baik pula diterima daripada penerbit drama tempatan yang kebanyakan bersetuju dengan saranan menteri itu yang pada pandangan mereka dapat membela nasib penerbit tempatan.

Menurut mereka, pengurangan pembelian program dan drama dari luar secara tidak langsung melatih penerbit tempatan menjana produktiviti namun pada masa yang sama tidak mengabaikan kualiti.

Pemilik MIG Group, David Teo berkata, usul mencerminkan wajah Malaysia dapat membantu pembangunan industri penerbitan yang sebelum ini terpaksa bersaing dengan produk dari luar.

“Saya bersetuju dengan pandangan Dr Rais supaya stesen televisyen lebih menonjolkan nilai budaya masyarakat tempatan berbanding produksi dari luar.

“Peluang diberikan ini secara tidak langsung dapat menjana pembangunan industri penerbitan drama dan pada waktu sama dapat menjana pendapatan pelakon serta tenaga produksi.

“Kami di MIG sentiasa berusaha memaparkan jalan cerita yang pelbagai untuk menggambarkan kesejagatan rakyat Malaysia. Kami tidak pernah terhad mempamerkan kehidupan golongan kenamaan saja tetapi berusaha untuk memaparkan kisah hidup masyarakat daripada pelbagai latar belakang di negara ini,” katanya.

Penerbit Pena Creative, Ziela Jalil pula bersyukur dengan saranan serta keprihatinan yang ditunjukkan menteri terhadap industri penerbitan tempatan.

Katanya dengan menekankan konsep 1Malaysia, ia memberi peluang lebih kepada produksi tempatan yang sebelum ini terpaksa bersaing dengan program luar.

“Dengan membeli program dari luar, stesen televisyen tidak perlu pening kepala kerana semua benda boleh diselesaikan dalam jangka waktu pendek, mereka hanya yang perlu menyediakan wang untuk membeli program dimahukan.

“Pembelian program dari luar sedikit sebanyak memberi kesan kepada periuk nasi penerbit tempatan. Kadang kala hairan juga kenapa cerita dari luar yang boleh mencetuskan isu disiarkan. Bagaimanapun penerbit tempatan diberikan pelbagai garis panduan. Dengan aspirasi yang ditonjolkan menteri, nasib penerbit tempatan, tenaga kerja dan pelakon kita akan lebih terbela,” katanya.

Penerbit Global Station, Zaiton Mohamad Jiwa pula berkata, kebanyakan penerbit tempatan kini dapat menarik nafas lega dengan keprihatinan yang ditunjukkan menteri itu

“Sudah lama penerbit kita mengharapkan pembelaan seperti ini dan kami juga berharap saranan menteri itu dapat dilaksanakan dengan segera. Kami berharap penerbit tempatan diberi peluang lebih banyak dengan mengehadkan 10 peratus saja program dari luar ditayangkan di kaca televisyen kita.

“Penonton kita terlalu banyak disuapkan dengan program luar. Apa yang mengecewakan penerbit tempatan seperti saya adalah penayangan program luar pada waktu perdana. Kadang kala kami tertanya, apakah produk tempatan tidak mampu mencapai standard dari luar?

“Sebagai produser kami cuba menghasilkan produk berkualiti dengan mendapatkan pelakon yang hebat tetapi ada kalanya kami berdepan masalah yang tidak dapat dielakkan namun kami tetap berusaha mengatasi masalah itu dengan sedaya upaya menghasilkan produk terbaik,” katanya

Sumber : Berita Harian [07/05/2009]
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

Baca Sepenuhnya...

#404. Empat Pengajar Anak Wayang

PROGRAM realiti sememangnya diakui mampu menarik minat ramai penonton. Bagi saluran TV berbayar, Astro yang begitu gah dengan jenama program realiti Akademi Fantasia, kesinambungan dalam mencari bakat-bakat baru yang bakal mewarnai industri hiburan tempatan masih diteruskan.Bukan hanya terbatas dalam mencungkil bakat nyanyian, Astro mahu turut mencari lebih ramai bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan dalam lapangan lakonan.Jika Akademi Fantasia terkenal dengan program pencarian bakat nyanyian, Raja Lawak sebagai program yang mengetengahkan bakat pelawak pelapis, kini muncul pula Anak Wayang yang bakal melahirkan lebih ramai pelakon berbakat.

Anak Wayang merupakan projek mega yang melibatkan kerjasama dua saluran Astro, Astro Ria (saluran 104 Astro) dan Astro Prima (saluran 105 Astro) yang bakal memulakan siarannya pada 22 Mei ini pukul 9.30 malam di Astro Ria.Bakal menampilkan 25 peserta, seramai empat tenaga pengajar berpengalaman dipertanggungjawabkan dalam membimbing peserta dalam menghayati ilmu lakonan bagi mengasah bakat mereka.Empat tenaga pengajar tersebut ialah pelakon dan penggiat teater, Fauziah Nawi, pelakon dan pensyarah teater, Marlia Musa, pelakon harapan Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21), Mohd. Kamaruzaman Taib (Che Kem) serta pensyarah dari Fakulti Artistik dan Teknologi Kreatif, Hamzah Tahir.

Pengurus saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul pada majlis tersebut memberitahu, daripada jumlah 4,000 peserta yang hadir ke uji bakat di tiga buah negeri iaitu Johor, Pulau Pinang dan Selangor, hanya 25 peserta yang bakal diserapkan ke dalam rancangan itu.

"Apa yang kami cari daripada para peserta Anak Wayang sudah tentulah bakat kemudian komitmen kerana selepas ini mereka bakal terikat dengan kontrak lakonan dalam drama Kecuali Cintamu serta sahsiah diri," katanya.

Marlia Musa yang mengikuti setiap sesi uji bakat ketika diaju persoalan tentang kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta uji bakat memberitahu bahawa kebanyakan peserta uji bakat yang hadir mempunyai bakat lakonan tersendiri.

"Disebabkan ramai yang hadir begitu berbakat, maka kami telah letakkan satu aras yang tinggi dalam menilai kemampuan para peserta.

"Di Johor misalnya begitu ramai bakat-bakat yang bagus, malah ada yang mempunyai warna dalam karakter mereka dan itu antara aspek yang begitu penting untuk menjadi seorang pelakon.

"Di Pulau Pinang graf sedikit menurun tetapi di Selangor graf kembali naik kerana kebanyakan yang datang terdiri daripada pelajar-pelajar seni pementasan dan sebagainya," kata Marlia yang bertindak sebagai guru lakonan.

Terpilih sebagai guru lakonan dan vokal, menurut Fauziah Nawi dia bakal mengendalikan sesi latihan lakonan serta lontaran vokal.

Dua lagi guru, Hamzah yang sebelum ini pernah bertanggungjawab sebagai juri program Sehati Berdansa musim kedua, bakal bertindak sebagai guru olah tubuh.

Sementara Che Kem yang sebelum ini mempunyai pengalaman dalam penulisan skrip, bakal berkongsi pengalaman bersama peserta Anak Wayang selaku guru skrip dan analisa.

Pada majlis yang sama, turut diperkenalkan ialah barisan pelakon yang bakal beraksi dalam drama bersiri 50 episod, Kecuali Cintamu yang bakal menjadi platform bagi lima calon Anak Wayang yang memperoleh kedudukan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) tertinggi setiap minggu.

Drama bersiri yang bakal memulakan tayangannya setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 8.30 malam di Astro Prima itu menawarkan lima watak tambahan kepada lima calon popular Anak Wayang, iaitu jururawat, mekanik, pengelola majlis, gangster dan setiausaha.

Antara pelakon-pelakon hebat yang bakal menerajui drama tersebut ialah Nanu Baharudin, Haleeda, Mustapha kamal, Janet Khoo dan Aman Shah.

Tidak ketinggalan ialah Liza Abdullah, Roslan Salleh, Puspha Narayan, Ezani Nizariff, Ainul Aishah Shah Hassan.

Sumber : Utusan Malaysia [Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA]

Baca Sepenuhnya...

Isnin, April 13, 2009

#396. Bukan Hina Jongang - Halimah Jongang [2009]

SELALU sangat diberi watak air mata kecewa cinta sehingga nama Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar (Sheera) bagaikan sinonim sebagai pelakon kategori sedemikian.Bagaimanapun, dia cepat mencantas daripada gelaran itu terus melekat melalui beberapa drama yang menampilkan kelainannya, termasuk telefilem Halimah Jongang, Cucuk Sanggul Selendang Rubiah dan Si Capik.

Sekali imbas, mungkin ramai tidak mengenali gadis bergigi jongang di halaman Selebriti ini, tetapi itu yang membuatkan Sheera gembira. Malah, katanya, ketika di lokasi luar Halimah Jongang, orang ramai yang menyaksikan penggambaran produksi ini tidak mengenalinya.“Ini yang saya suka sebab karakternya lain daripada yang pernah saya buat. Mulanya sukar untuk bercakap sebab tak biasa. Saya diberi gigi itu sehari sebelum penggambaran dan sepanjang masa ke lokasi, saya akan pakai sebab nak biasakan.

“Memang tak selesa, rasa nak muntah pun ada, tetapi saya anggap ia cabaran. Ketika bawa kereta ke lokasi pun saya pakai dan menyanyi serta bercakap seorang diri untuk biasakan.

“Hari ketiga sudah OK. Saya boleh bercakap, cuma kena berhati-hati sebab takut tergigit. Kalau orang pakai gigi palsu, ia dilekatkan pada gusi. Sedangkan saya terpaksa berlapis dua,” katanya yang mengakui gusinya sakit selepas menanggalkan gigi palsu itu.

Telefilem berkonsepkan muzikal cinta terbitan A Aida Production dan arahan Malek Rahman ini bakal ditayangkan di Astro Prima pada Mei depan.

Menurut A Aida, penerbitan Halimah Jongang bukan berniat untuk menghina, tetapi mereka sebahagian daripada masyarakat kita juga.

“Jangan salah sangka, tetapi mesej yang cuba saya selitkan di sini, jangan memandang hina atau mentertawakan manusia bergigi jongang kerana mereka juga makhluk Tuhan. Lagipun, setiap kejadian-Nya mempunyai keistimewaan sendiri seperti yang saya tampilkan melalui drama ini.

“Di akhir cerita, Halimah berubah menjadi lebih cantik, tetapi kita kena tahu nilai kecantikan sebenar,” kata A Aida yang turut aktif menjalani bisnes e-dagang bersama ND Lala.Halimah Jongang yang ditulis bersama A Aida dan Zaini Kosnin berkisar kepada Halimah yang bercuti di kampung atuknya dan jatuh cinta dengan Ali (lakonan Johan Raja Lawak) tetapi pemuda itu menggilai Esah (Julia Ziegler).

Drama yang dimantapkan lagi dengan lagu tema ciptaan Eddie Hamid itu mula menjadi konflik apabila Ali tidak disukai ibu Esah kerana Ali orang tak berduit. Ali menggadai tanah ibunya dan mengusahakan ternakan kambing sehingga berjaya.

“Selepas kaya, baru Ali diterima dan Halimah yang mengajar Ali mengenai bisnes kambing itu kecewa apabila Ali memilih Esah. Ali tidak sedar yang Esah hanya mahukan kekayaannya.

“Selepas setahun, Halimah kembali ke kampung itu dengan berpenampilan cantik dan Ali kembali tergila-gilakan Halimah.

“Drama ini diinspirasikan daripada Ugly Betty, tetapi dengan sentuhan tempatan,” katanya yang turut mengajak surirumah menyertai e-dagang dengan menghubunginya di 012-2280166.

Sementara itu, Sheera menyatakan keseronokannya berganda kerana Halimah Jongang mempertemukannya dengan pelawak berpengalaman, Os buat pertama kali di layar. Dia akui, Os yang memegang watak sebagai atuknya banyak mengajar selok belok lakonan.

“Alhamdulillah, rezeki semakin banyak dan yang bagusnya, banyak pula diberi karakter luar biasa, termasuk sebagai gadis terencat akal dalam Cucuk Sanggul Selendang Rubiah. Seronok jadi orang lain,” katanya yang akan menyambut usia ke-24 pada 18 April ini.

Sumber :Harian Metro

Baca Sepenuhnya...

#395. Drama Penuh Konflik - The Brink Of Law

STESEN 8TV kembali dengan sebuah lagi drama bersiri yang cukup popular dari Hong Kong berjudul The Brink of Law. Drama penuh warna ini dibintangi pelakon terkenal Hong Kong antaranya Steven Ma, Ron Ng, Ngok Wah, Bernice Liu dan Michelle Yim. Drama Brink of Law sudah mula disiarkan 2 April lalu jam 7 malam.

Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim, berkata, pihaknya hanya menyediakan yang terbaik kepada penonton."The Brink of Law penuh dengan drama dan konflik yang mendebarkan dan ini pasti membuat anda tidak mahu terlepas menonton drama ini," katanya.Drama ini mengisahkan Tong Chi-Ko (Steven Ma) seorang peguam terkenal dan selalu menjadi kebanggaan bapanya.

Impian bapa Chi-Ko ialah ingin melihat anaknya menjadi seorang ketua peguam yang dihormati di Hong Kong. Namun, tabiat buruk bapanya yang suka berjudi menyebabkan ibu dan adiknya sentiasa dibebani hutang.

Ketika menyaksikan perlumbaan kuda, Chi-Ko bertemu dengan Tung Yat-Tsun, seorang doktor haiwan yang juga anak saudara kepada Tung Chin-Long, iaitu pemilik syarikat korporat terkenal yang kaya-raya.

Sejak dari hari itu, mereka menjadi sahabat baik.

Ibu saudara Yat-Tsun, Sung Gam-Chi (Michelle Yim) pula sangat mementingkan keluarganya lebih-lebih lagi keselamatan anak sulungnya, Tung Yat-Long. Manakala, anak bongsunya pula Tung Yat-Chiu (Vin Choi), seorang yang sangat bermasalah.

Suatu hari, ketika Chi-Ko berjaya menjadi ketua peguam, bapanya membunuh diri kerana menyangkakan keluarganya meninggalkan dia kerana masalah ketagihan judi dan tidak sanggup menanggung beban hutang.

Malang buat Chi-Ko apabila dia ditangkap kerana memiliki dadah angkara Yat-Chiu. Namun, nasib menyebelahi Chi-Ko apabila dia berjaya menjadi penasihat undang-undang untuk Nicholas (sebuah perniagaan fesyen milik Tung Chin-Long) dengan bantuan Yat-Tsun.

Suatu hari, Yat-Tsun ternampak ibunya datang ke Nicholas untuk bertemu dengan Tung Chin-Long.

Yat-Tsun akhirnya mengetahui tujuan sebenar ibunya bertemu dengan Chin-Long kerana ingin meminjam wang untuk membantu perniagaan suami barunya yang mengalami masalah.

Yat-Tsun terperanjat apabila terdengar perbualan di antara mereka yang ibunya dirogol oleh Chin-Long ketika dia mabuk dan Yat-Tsun sebenarnya merupakan anak kandung Chin-Long.

Setelah bapa Yat-Tsun (Tung Chin-Pang) mendengar berita ini, dia terus bersemuka dengan Chin Long dan satu pergaduhan kecil berlaku yang akhirnya menyebabkan bapa Yat-Tsun meninggal dunia kerana diserang sakit jantung.

Manakala, Gam-Chi (ibu saudara Yat-Tsun) pula menyangkakan Yat-Tsun ingin membolot harta suaminya dan sudah mengupah seorang pembunuh upahan untuk membunuh Yat-Tsun.

Sementara itu, Chi-Ko pula diarahkan oleh Madam Wong untuk menyiasat perniagaan Gam-Chi dan Chin-Long yang disyaki menggunakan wang syarikat untuk kegiatan haram.

Untuk mengetahui kesudahan cerita ini, jangan lupa untuk menonton The Brink of Law setiap Isnin hingga Jumaat bermula 2 April lalu, jam 7 malam. Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran 708 Astro.

Sumber : Harian Metro

Baca Sepenuhnya...

#394. Buah Tangan Pertama Isma

PENAMPILAN menerusi telemovie, Sutun arahan pengarah muda, Shahrul Ezad Mohameddin atau Ezad sekitar 2002 mendorong Isma Yusoof, 27, untuk terbabit dalam kerja di belakang tadbir.Malah, Isma yang mendapat bimbingan Ezad menganggap pembabitan dalam lakonan memberi ruang kepadanya untuk mendalami ilmu bidang produksi.Penuntut filem animasi, Universiti Multimedia (MMU) ini mengakui meminati dua bidang iaitu lakonan dan pengurusan di belakang tabir yang mempunyai peranan tersendiri.

"Sejak mula membabitkan diri dalam lakonan, keinginan yang tinggi untuk mengetahui pengurusan sesuatu produksi dalam menjayakan penggambaran membuatkan saya mula membabitkan diri dengan tugas di belakang tadbir. Memang banyak benda yang saya belajar ketika terbabit dalam drama pertama itu."Malah, Ezad banyak membantu dan memberi galakan kepada saya untuk terbabit dengan tugas di belakang tadbir. "Saya bukan saja terbabit sebagai pelakon, malah sama-sama mengikuti perkembangan selain bertugas menyiapkan drama berkenaan. Secara tidak langsung saya dapat belajar banyak benda.

"Walaupun pernah menuntut dalam bidang berkaitan namun saya tidak menganggap ia sebagai jalan mudah untuk saya menguasai tugas dalam produksi.

"Sebaliknya, saya tetap bermula daripada bawah iaitu sebagai kru am selain melaksanakan tugas pengurusan produksi.

"Pada pandangan saya, berlakon dan pengurusan di peringkat belakang tabir dalam produksi adalah dua tugas yang berbeza.

"Sebagai pelakon saya hanya mengetahui mengenai tugas lakonan. Sebaliknya apabila bekerja di belakang tabir banyak perkara yang saya ketahui. Secara tidak langsung memahami tugas individu yang terbabit dalam penggambaran," katanya.

Isma ditemui ketika mengarahkan drama pertamanya, Merah Puteh bertempat di Shah Alam, baru-baru ini. Drama bersiri 20 episod untuk slot Lagenda TV3 mula disiarkan sejak 7 April setiap Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang manakala ulangannya di TV9 jam 8.30 malam pada hari sama.

Dia berasa bertuah kerana diberi peluang oleh pihak pengurusan produksi, Radius One Sdn Bhd selain mendapat kepercayaan Ezad untuk mengarahkan drama itu.

"Ini kali pertama saya diberikan peluang untuk mengarahkan drama. Begitupun saya banyak membantu dalam proses penggambaran sebelum ini seperti siri Cinderalla yang ditayangkan di TV3 tahun lalu.

"Saya juga bertuah kerana mendapat sokongan daripada mereka yang berpengalaman di samping pengarah bersama Megat Shahrizal.

"Pada mulanya saya memang tiada keyakinan untuk mengarahkan drama ini. Namun dengan Ezad sebagai penerbit selain pasukan produksi yang berpengalaman dan mantap membuatkan perasaan itu dapat dihakis. Begitupun, banyak lagi yang perlu saya belajar.

"Saya juga gembira dan berbangga kerana dapat bekerja dengan bakat baru selain nama-nama besar dalam lakonan seperti Redzuan Hashim dan Shahruddin Thamby," kata Isma yang bakal membuat kemunculan pertama di layar perak menerusi filem komedi, Setem arahan Kabir Bhatia yang dijadualkan tayangannya tidak lama lagi.

Selain mengarah Isma juga berbakat dalam penulis lagu. Malah, tiga lagu karyanya dipilih sebagai lagu tema untuk drama itu.

Lagu berkenaan dinyanyikan Aizat iaitu Kau Aku, Amylea (Aku dan Mimpi) dan kumpulan Bau (Anggun).

Sumber : Harian Metro

Baca Sepenuhnya...

#389. Musim Kedua 'Ghost' Lebih Mendebarkan

PELBAGAI tanda tanya berlegar dalam fikiran Cheryl Samad setiap kali menjejakkan kaki ke lokasi penggambaran Ghost musim kedua.Keterujaan untuk berdepan momen yang sentiasa menjadi teka-teki menyisihkan segala lelah Cheryl biarpun siri yang akan menemui penonton 8TV mulai 19 April ini, jam 10.30 malam mengambil masa panjang untuk disiapkan.Penggambaran sudah dimulakan sejak Januari lalu namun drama bersiri 13 episod itu hanya siap sepenuhnya menjelang akhir bulan ini.

Akui Cheryl, dia senang dengan proses yang dilalui kerana percaya hasilnya nanti akan memberi kepuasan, apatah lagi musim kedua itu kembali menampilkannya sebagai pelakon utama.Membawakan watak Eza, wartawan yang membongkar pelbagai skandal dan konspirasi membabitkan nama besar, Cheryl akur akan keselesaan bekerja dengan Ng Ping Ho.“Dia sentiasa memberikan kejutan kepada kami,” kata Cheryl yang kembali bergandingan dengan Naz.

Ping Ho kata Cheryl, mempunyai caranya tersendiri untuk memastikan setiap pelakon memberikan persembahan terbaik mereka.

“Dia memberikan skrip secara berperingkat-peringkat. Selesai melakonkan tiga episod baru kami diberikan skrip untuk episod seterusnya.

“Cara Ping Ho itu berjaya membangkitkan mood segar kepada pelakon. Ini agak mencabar kerana kami perlu bekerja keras untuk menyesuaikan diri dengan rentak lakonan,” katanya.

Menyingkap watak yang dibawakan, Cheryl berkata, peralihan kematangan dapat disaksikan apabila Eza semakin tenang dan yakin untuk berdepan apa juga cabaran serta bahaya yang menerjah di depan matanya.

Cheryl turut mengakui akan persamaan antara Eza dengan sikap dirinya yang sebenar apabila di luar penggambaran.

Selain mengekalkan Cheryl dan Naz sebagai teraju utama, siri ini juga memperkenalkan beberapa nama baru seperti Fairil Emran, Anding Indrawani, Isma Hanum, Melissa Campbell, Zahiril Adzim dan Edmund Soo.

Bercerita mengenainya, Ping Ho berkata, kesemua pelakon dipilih menerusi uji bakat intensif untuk memastikan kesesuaian mereka dengan watak yang diberikan.

Mengulas mengenai kehadiran semula watak Zack Imran yang dibawakan Naz, Ping Ho berkata, karakter itu penting kerana setiap apa yang berlaku dalam musim terbaru ini mempunyai kaitan dengan pengalaman silam lelaki itu.

“Musim kedua Ghost lebih gelap dengan plot yang lebih menarik dan mendebarkan,” katanya teruja.

Sumber : Berita Harian Arkib Seminggu [10/04/09]

Baca Sepenuhnya...

Isnin, Mac 30, 2009

#362. Just call it MAX

JUST like how you’d call Robert, your buddy, Bob, Cinemax will be recognised simply as MAX from today. Not only is there a breezy, retrospective feel to it, HBO Asia’s MAX rebranding will also see the movie channel providing edge-of-the-seat entertainment with a fresh on-air style and enhanced content.The 24-hour commercial-free premium programming subscription service packs entertainment with a bold and direct attitude, indulging viewers with genre-driven action, sci-fi and suspense programmes.

Everybody gets a slice of the pie with a diverse spread of daily 10pm programmes under different slots:
·Mondays (MAX Twilight) – horror, sci-fi and fantasy.
·Tuesdays (MAX Fanboy) – cult titles.
·Wednesdays (MAX Icon) – iconic performances from Hollywood superstars.
·Thursdays (MAX Thriller) – suspense, mystery and thrills.
·Fridays to Sundays (MAX Action) – action.

Kicking off the fanfare tonight is the Asian television premiere of the J.J. Abrams-produced monster movie Cloverfield. And if you feel something for the fedora-clad Indy, then stay tuned for the Indiana Jones movie franchise which leads to the archaeologist’s most recent adventure in Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull.

Special treats include True Blood (Thursdays, 10pm, starting April 9), a sexy, scary yet entertaining HBO original series about a telepathic waitress with an irresistible attraction to vampires starring Anna Paquin (of X-Men fame) and Stephen Moyer.

Adding to the revelry is HBO World Boxing (midnight on Thursdays beginning April 16), which features classic boxing footage, with blows traded between Shane Mosley and Jose Rivera, Roy Jones Jr and Mike McCallum and, Antonio Margarito and Paul Williams.

After all, what do good buddies do? They entertain!

Source : The Star

Baca Sepenuhnya...

#360. Brotherhood renewed

[Edward (front) and Alphonse Elric return in Fullmetal Alchemist: Brotherhood. – © Hiromu Arakawa/FA Projects, MBS-photo]

A new version of Fullmetal Alchemist will return to the small screen – five years after the blockbuster anime ended its run in Japan.EDWARD and Alphonse Elric, the heroes of Fullmetal Alchemist (FMA), will soon be back on television in Fullmetal Alchemist: Brotherhood (FMAB). While Internet-savvy anime fans have known this piece of good news for months, Malaysian fans will be thrilled to know that they will be able to catch FMAB when it premieres on Animax on April 11, only six days after it is shown in Japan – a huge bonus to viewers outside the country!

First, a little background.
Fullmetal Alchemist, penned by Hiromu Arakawa, debuted in Square Enix’s Monthly Shonen Gangan in 2001. The tale of a talented boy alchemist who sought a way to restore his body and that of his brother’s became so popular that it spawned novels, action figures, drama CDs, soundtracks, and video games.But the most beloved adaptation would be the 51-episode anime by the Japanese studio Bones, which aired in Japan for a year from October 2003. Thanks to Arakawa’s powerful storytelling, and Bones’ solid animation and direction, FMA became a hit not only in Japan but worldwide.

In 2005, fans were treated to a movie sequel, Fullmetal Alchemist the Movie:Conqueror of Shamballa, which ended the movie on a pleasing note. But many fans wished that the story could have continued somehow.So when news of a second FMA animated series leaked out online in July last year, fans were delirious with anticipation. Would it be a continuation of where the movie left off?

Bones, however, wasn’t as delighted.

According to Anime News Network, a document from the animation company was leaked online listing FMA director Yasuhiro Irie as the “Iron/Fullmetal 2 director”. While forums and blogs went wild with speculation, Bones executives tried to rein in the hysteria.In an interview with Anime News Network last July, Bones president Masahiko Minami said the company had not decided on making an FMA sequel.

But in December, an FMAB teaser trailer was shown after a Mobile Suit Gundam 00 (second season) episode in Japan. The anime’s existence was further confirmed by a wraparound jacket on Vol.20 of the Fullmetal Alchemist manga, released last August in Japan.

Although the Internet leak may have ruined Bones’ surprise somewhat, excitement is still high. Which is why OtakuZone grilled the people at Animax and Bones for more information about FMAB. Sadly, no matter how hard we pleaded, Bones was tight-lipped about the plot details, although an Animax spokesperson confirmed what we and many fans have suspected: FMAB’s plot will be based on Arakawa’s manga. (The first FMA anime veered off the manga halfway.)

Romi Paku and Rie Kugimiya will reprise their roles as Edward and Alphonse, though some of FMA’s original seiyuu have been replaced. Roy Mustang, for one, will now be voiced by Shinichiro Miki (Asato Tsuzuki, Descendants of Darkness).

Meanwhile, we managed to secure a brief Q&A with Fullmetal Alchemist: Brotherhood producer Ryo Oyama through Animax Asia. Here’s a glimpse of the upcoming incarnation of the cult favourite.

What triggered the creation of Fullmetal Alchemist: Brotherhood ?

The biggest motivation to do this TV series is of course the support of FMA fans. It is this great support from not only the Japanese, but also from fans all over the world that led to the production of a new series.

What can you tell us about FMAB’s plot?

Because I hope viewers will enjoy watching the series, I don’t want to reveal too many details here. But it is a story that I think is going to be enjoyable for not only the devoted fans of FMA, but also for viewers who have not watched the first series.

Is production going smoothly?

High-quality image production of FMAB is currently in progress under the supervision of director Yasuhiro Irie. In fact, episode one of the series has just been completed. It is filled with many big-scale action scenes, so please look out for them.

How do you personally feel about producing an anime with such a loyal and international fan base, and which has had such success?

I am really feeling the thrill that you can only feel with animation. I can fully experience the power of FMAB having the ability to easily overcome geographical, racial and language barriers. For example, I see FMA fans gathering at events and cosplaying their favourite characters while enjoying the show. Be it in America, Germany, France, Hong Kong, Taiwan, or Singapore, we are able to see such occurrences internationally. This is truly a wonderful experience.

How have fans reacted to the announcement of FMAB? How did it make you feel?

The previous FMA series finished airing in Japan in October 2004, and the movie was released in July 2005. It has been four years since then, but because we have received tremendous and unwavering support from fans, I am starting to feel again the power that FMA possesses.

Can we expect another Fullmetal Alchemist series or movie in the future?

While the FMA staff have the intention to do so, I believe that with the fans’ support, it can work out. If there is great support from all over the world, I want to give an answer to this support. But for now, I am putting all my concentration on FMAB that is due to start in April.

‘Fullmetal Alchemist: Brotherhood’ premieres on Animax (Astro Channel 715) on Saturday, April 11, at 12.30am (English subtitles, Japanese audio). Animax will also be broadcasting ‘Tears to Tiara’ simultaneously with Japan on Monday, April 6, at 12.35am.

Source : The Star

Baca Sepenuhnya...

Jumaat, Mac 27, 2009

#350. Astro cambah minat terhadap sains

KANAK-kanak yang membesar pada era milenium ini semakin bijak dan sentiasa ingin meneroka bidang baru termasuk dunia sains. Minat untuk meneroka angkasa semakin bercambah berikutan kejayaan Malaysia menghantar angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muzaffar Shukor ke angkasa lepas dua tahun lalu.

Namun, mendidik generasi muda sekarang tidak sama seperti dulu. Dengan kecanggihan teknologi maklumat dan Internet, ibu bapa perlu meluaskan minda kanak-kanak dengan memberi mereka pendedahan kepada teknologi baru itu.Corak pembelajaran zaman moden ini juga tidak lagi tertumpu dalam kelas, tetapi juga aktiviti luar kerana kanak-kanak hari ini sukakan cabaran.

Sehubungan itu baru-baru ini, Astro menganjurkan Karnival Pembelajaran Untuk Kanak-Kanak iaitu Karnival Pembelajaran Kampus Astro selama dua hari di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara.Ia memenuhi tanggungjawab sosial stesen satelit itu terhadap masyarakat yang bukan saja menyajikan pelbagai program hiburan menarik dari dalam dan luar negara malah turut mendidik penonton cilik menerusi program bercorak pendidikan yang disediakan.Pelbagai aktiviti menarik diatur terutama untuk kanak-kanak termasuk pembabitan dari saluran Astro seperti Astro TVIQ, National Geographic, The History Channel (Rubic Cube dan The Genius) dan Discovery Channel (How Stuff Work).

Aquaria KLCC juga mengambil bahagian dalam karnival pembelajaran ini dengan menganjurkan permainan, Pin the Shark's Tail dan Tic Tac Toe. Pengunjung juga berpeluang bertemu maskot Aquaria, Mr Jerung dan penyelam yang berkongsi pengalamannya melakukan aktiviti selam.

Kanak-kanak juga berpeluang melihat demonstrasi pengacara Discovery Channel Fight Quest, Jimmy Smith dan Doug Anderson menunjuk cara pergerakan seni mempertahankan diri. Discovery Channel juga mengadakan bengkel khas untuk pengunjung wanita bersama dua personaliti itu mempelajari cara seni mempertahankan diri yang mudah dan efektif. Pengunjung juga dapat membawa pulang pelbagai hadiah dan barangan menarik.

Ketua Bahagian Pendidikan Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, program julung kali diadakan itu menerima sambutan amat menggalakkan. Selama dua hari, Kampus Astro menerima 4,000 pengunjung yang terdiri daripada pelanggan Astro.

"Kampus Astro dilancarkan November 2008 dan inilah kali pertama program seumpama ini diadakan. Program ini akan berlangsung sepanjang tahun dan lokasinya akan kami umumkan nanti. Karnival kedua akan diadakan Jun ini sempena cuti sekolah apabila kami merancang pelbagai aktiviti.

"Tujuan karnival ini diadakan untuk meluaskan pengetahuan kanak-kanak. Menurut kajian, kaedah belajar sambil bermain memudahkan kanak-kanak menerima maklumat, membantu perkembangan dan merangsang minda mereka. Mereka tidak sedar mereka sebenarnya sedang belajar sambil bermain.

"Karnival ini memberi peluang kepada kanak-kanak mengamalkan apa yang sudah mereka pelajari. Aktiviti yang paling hampir akan diadakan bulan depan. Astro bekerjasama dengan saluran National Geographic dalam aktiviti luaran yang dinamakan Big Blue, iaitu mempamerkan replika anak ikan puas mengikut ukuran sebenar (The World's Biggest Baby), sebab tiada haiwan lain yang lebih besar daripadanya.

"Pameran itu akan diadakan di pusat beli belah Midvalley, bermula 4 hingga 12 April ini. Pada hari pertama pameran itu berlangsung, Astro menerbangkan pakar ikan paus National Geographic, Dr Bruce Matt. Acara bersamanya diadakan pada dua sesi, jam 11 pagi dan 2 petang. Mereka boleh mendapatkan apa saja maklumat mengenai ikan itu daripadanya," katanya.

Kata Yasmin, Kampus Astro juga akan melancarkan Battle Of The Brains 2009 yang menyediakan peperiksaan percubaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) secara maya.

"Ia adalah peperiksaan yang dilakukan menerusi Internet yang boleh dibuat dari rumah sendiri. Ia terdiri daripada ujian bulanan bermula 18 April ini sehingga peperiksaan percubaan UPSR yang terakhir pada Ogos ini. Untuk maklumat lanjut layari www.astro.com.my.

"Battle Of The Brains menawarkan pelbagai pembelajaran, membantu pelajar membuat persediaan dan meningkatkan keyakinan diri menghadapi peperiksaan. Ujian pertama akan diadakan pada 18 April ini dan pendaftaran dibuka pada 30 Mac. Ia percuma untuk pelanggan Astro dan mereka yang menduduki ujian itu akan mendapat kad laporan.

"Pada 8 Februari lalu di Nabawan, Sabah, Astro juga melancarkan Program Bersama Komuniti Sekolah di seluruh negara termasuk sekolah agama, sekolah Tamil dan Cina. Astro membekalkan 10,000 dekoder terbaru, televisyen dengan 11 saluran berbentuk pembelajaran kepada semua sekolah.

"Projek komuniti bersama sekolah itu dimulakan di Sabah dan Sarawak. Kemudian akan diteruskan di Semenanjung meliputi jangka masa tiga tahun. Pembelajaran itu merangkumi program dari dalam dan luar negara.

"Untuk menjadikan pembelajaran itu lebih berkesan, Astro melatih guru media dan Pegawai Pusat Kegiatan Guru (PKG) cara menggunakan dekoder itu. Mereka yang dilatih ini pula akan melatih guru lain untuk menggunakan kemudahan itu. Astro menyediakan segala kemudahan itu dengan percuma," katanya.

Selain itu kata Yasmin, bagi terus menyokong pembelajaran kanak-kanak, Astro turut menyediakan saluran Astro TVIQ di saluran 552 yang menerbitkan program berbentuk sains dan matematik. Misalnya, kata Yasmin, Backyard Science yang menghubungkaitkan pengetahuan sains dengan pengalaman harian.

Sumber : Harian Metro

Baca Sepenuhnya...

#349. Musuh jadi rakan karib

PELBAGAI filem menarik berbentuk romantik, komedi dan aksi disiarkan 8TV setiap Sabtu jam 8.30 malam. Pastinya filem popular dari Asia menjadi pilihan penonton setia 8TV bagi memenuhi malam minggu bersama keluarga dengan penuh ceria.Bermula dengan filem komedi, Tricky King yang mengisahkan Ohmygod lakonan Eric Kot yang kehilangan pekerjaan dan maruah kepada King Of Tricks. Dia kemudian bekerja dan menjadi anak didik Supreme King of Tricks. Mereka kemudian ditugaskan Go Lumbus untuk memalukan kakak tirinya.Ohmygod pula jatuh cinta dengan Dkny (Anthena Chu) yang bekerja sebagai jururawat. Filem yang disiarkan pada 4 April ini padat dengan aksi lucu turut dibintangi Sherming Yiu, Mark Lui, Ann Lee, Wong Jing dan Nat Chan.

Siri seterusnya menampilkan gandingan pelakon popular Hong Kong, Anita Yuen dan Emil Chow dalam filem Just Married yang disiarkan menerusi slot sama pada 11 April.Filem romantik komedi mengisahkan Kau Siu Suet (Anita Yuen), eksekutif pemasaran yang bertemu dan akhirnya berkahwin dengan jejaka baik hati bernama Kong Chi Wah (Emil Chau).Namun, perkahwinan mereka dilanda masalah apabila Madam Kong (ibu Wah) yang dilakonkan Lydia Sum datang ke rumah mereka dan sentiasa mencari salah Siu Suet.

Filem yang padat dengan aksi dan tragik turut dipaparkan menerusi Welcome To DongMakGol yang disiarkan pada 18 April. Filem ini mengisahkan juruterbang tentera laut dari Amerika Syarikat, Neil Smith, yang ditimpa kecelakaan apabila kapal terbang dipandunya terhempas di Dongmakgol iaitu sebuah perkampungan terpencil di Korea.

Neil yang parah diselamatkan penduduk kampung. Tidak jauh dari kampung itu, perang tercetus antara Korea Utara dengan Korea Selatan dan membunuh ramai penduduk.

Namun, hanya tiga askar dari Korea Utara terselamat iaitu Rhee Soo-hwa (Jeong Jae-yeong), Chang Young-hee (Lim Ha-ryong) dan Seo Taik-gi (Ryu Duk-hwan).

Mereka dijumpai seorang budak perempuan terencat akal bernama Yeo-il (Kang Hye-jeong). Yeo-il membawa askar itu ke kampungnya dan di sana mereka bertemu dengan dua askar Korea Selatan iaitu Pyo Hyun-chul (Shin Ha-kyun) dan Moon Sang-sang (Seo Jae-kyung).Penduduk kampung langsung tidak mengetahui yang mereka bermusuhan. Namun Dongmakgol berjaya merubah persepsi dan pendirian masing-masing dan mereka akhirnya menjadi rakan baik.

Diikuti tayangan filem dari Jepun, Final Romance yang mengisahkan percintaan antara Ah Dik (Edison Chen) dan Jean (Amanda Strang). Ah Dik dan Jean bertemu di Jepun untuk membawa abu mayat adik mereka yang juga pasangan kekasih untuk disemadikan.

Ah Dik dan Jean akhirnya jatuh cinta namun hubungan mereka terganggu apabila bapa Jean membawanya pulang ke Hong Kong untuk dijodohkan dengan seorang doktor. Ah Dik pulang ke Hong Kong untuk bertemu Jean dan mendapat tahu kematian adiknya mempunyai kaitan dengan bapa Jean.

Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim berkata sebagai stesen televisyen tempatan yang mencatat pertumbuhan dari segi jumlah penonton pihaknya sentiasa memastikan pemilihan program terbaik untuk disiarkan di stesen berkenaan.

"Kami hanya menyediakan yang terbaik untuk penonton-penonton setia kami. Semoga penonton terhibur menerusi program yang disediakan," katanya.

Sumber : Harian Metro

Baca Sepenuhnya...

#346. Saluran Max khas untuk penonton lelaki

LEBIH 11 tahun bertapak, menerima pelbagai maklum balas serta reaksi penggemar setia salurannya, HBO Asia melakukan perubahan untuk saluran Cinemax dengan kandungan program lebih mantap menerusi jenama barunya, Max.Menemui penonton mulai 29 Mac jam 10 malam di Astro saluran 412, Max mensasarkan fokus rancangannya kepada penonton lelaki dengan pengisian kandungan program berunsur lasak, berani dan suspen sebagai memenuhi permintaan pelanggannya.

Timbalan Presiden Kanan, Program dan Persembahan HBO Asia, Robert A A Lyons ketika ditemui berkata, sepanjang bersiaran Cinemax diterima baik penonton di negara ini namun memerlukan suntikan wajah baru untuk mendekati pelanggan muda.“Biarpun sasarannya ditumpukan kepada penonton lelaki namun kami percaya kandungan Max akan memperluaskan spektrum demografik tontonan tanpa terikat batasan usia.“Keseluruhan kandungan ditentukan berdasarkan kajian mengenai tabiat tontonan penonton, lalu kami merangka himpunan program yang memberi hiburan kepada mereka,” katanya.

Memperjelaskan lagi mengenai Max, Lyons berkata, mereka bersedia untuk berdepan pelbagai risiko apabila mengambil langkah melakukan pembaharuan namun ia tetap mempunyai keunikan serta keistimewaannya tersendiri.

“Stail persembahan Max unik dan tersendiri dengan ciri interaksi ketika selingan program menarik membuatkan penonton sentiasa terhibur.

“Cara penyampaian Max yang jujur juga menjadikan saluran ini sebagai teman setia penonton,” katanya.

Max, satu daripada lima rangkaian bebas iklan komersial di bawah HBO Asia menyajikan rancangan berbentuk aksi, suspen dan sains fiksyen termasuk filem, siri yang pernah memenangi anugerah dan perlawanan tinju menerusi HBO World Boxing.

“Penonton disajikan dengan pelbagai program mengikut genre setiap hari pada waktu puncak iaitu jam 8 malam, 10 malam dan 12 tengah malam,” katanya.

Lyons berkata, penonton juga dibawakan dengan produksi berbentuk sains fiksyen, seram dan fantasi setiap Isnin menerusi tema Max Twilight, manakala Max Fanboy setiap Selasa membawakan filem berunsurkan kultus.

Menerusi Max Icon setiap Rabu, penonton dihidangkan dengan persembahan daripada ikon Hollywood diikuti filem misteri, seram dan cemas setiap Khamis dalam slot Max Thriller.

Hujung minggu pula menawarkan penonton dengan sajian filem aksi dan lasak menerusi Max Action.

“Kehadiran Max bukan untuk mempromosikan keganasan, sebaliknya kami membawakan himpunan rancangan dan filem berbentuk aksi dan mendebarkan untuk menyuntik kesegaran kepada saluran ini,” katanya.

Sempena pelancarannya, Max membawakan tayangan perdana filem arahan JJ Abrams, Cloverfield pada 29 Mac ini, jam 10 malam buat pertama kali untuk penonton rantau Asia.

Kerancakan program yang menambahkan keghairahan tontonan yang memacu adrenalin, Max menyediakan barisan filem aksi hebat termasuk keseluruhan francais Indiana Jones bermula Indiana Jones And The Kingdom of the Crystal Skull pada suku ketiga 2009.

Selain itu, susunan rancangan termasuk perlawanan klasik HBO World Boxing dan siri mini HBO, Generation Kill juga bakal dibawakan kepada penonton.

Tidak ketinggalan siri drama yang memaparkan kecekalan hati dibawakan dalam The Wire, diikuti drama HBO yang memenangi Anugerah Golden Globe, baru-baru ini, True Blood.

“Memberikan tontonan berbeza, Max menampilkan Oli Pettigrew yang mengendalikan segmen ePad on Mac iaitu berita hiburan terkini selama 15 minit dengan pelbagai informasi mengenai pilihan terbaik saluran itu.

“Siaran ini akan ke udara buat pertama kali pada 29 Mac ini, jam 9.45 malam sebelum tayangan perdana Cloverfield disusuli berita berbentuk majalah pada setiap Jumaat,” katanya.

INFO: Antara program menarik Max sepanjang Mac dan April

Mac:
# Cloverfield yang dibintangi Lizzy Caplan, Miller TJ dan Jessica Lucas pada 29 Mac ini, jam 10 malam

# Snakes On A Plane lakonan Samuel Jackson, Nathan Phillips dan Julianna Marguiles, pada 29 Mac ini, jam 11.30 malam

April:
# True Blood menampilkan lakonan Anna Paquin dan Stephen Moyer setiap Khamis, jam 10 malam bermula 9 April

# HBO World Boxing setiap Khamis jam 12 tengah malam, bermula 16 April

# XIII lakonan Stephen Dorff dan Val Kilmer pada 5 April, jam 10 malam

# Pistol Whipped lakonan Lance Henriksen dan Steven Seagal pada 12 April, jam 10 malam

# Art Of War II lakonan Wesley Snipes dan Lochlyn Munro pada 19 April, jam 10 malam

# Justice League lakonan David Boreanaz dan Lucy Lawless pada 26 April, jam 10 malam.

Sumber : Berita Harian

Baca Sepenuhnya...

Selasa, Mac 24, 2009

#326. TV : Phua Chu Kang pilih Klang

Tiga belas episod sitkom popular ini akan bersiaran di Saluran Ceria ntv7

MOODNYA mungkin sedikit terganggu, lantas kepenatan menjalani penggambaran dua hari terakhir siri Phua Chu Kang (PCK). Pos gambar yang dirakamkan jurugambar Berita Harian juga sekadar biasa-biasa saja dan cukuplah sekadar ada kerana jelas kelihatan riak wajah pelakon utama siri drama ini, Gurmit Singh bagaikan tidak kuasa.

Memahami keadaan yang cukup menyesakkan ini, salah faham dan masalah komunikasi yang diuruskan ntv7 dengan pihak produksi terbabit bukan bidang kuasa penulis. Saluran Ceria Anda ini bakal menyiarkan siri kegemaran ramai ini mulai 25 Mac depan mulai jam 8.30 malam. Sudah 10 musim siri PCK Private Limited (Ptd Ltd) bersiaran di Singapura menerusi saluran Mediacorp. Kini buat pertama kalinya ia akan disiarkan di saluran naungan Media Prima Sdn Bhd itu dengan judul baru PCK Sdn Bhd. Kerjasama ntv7 dengan Mediacorp juga sudah sering dilakukan dan sebelum ini ntv7 kerap menyiarkan drama berbahasa Cina.

Untuk versi Malaysia, drama 13 episod ini diarahkan Loh Ah Khoon dan Eanseymour. Ia adalah usaha sama Media Corp dan ntv7 di samping Screen Shot. Selain mengekalkan watak utama PCK dan isterinya Rosie lakonan Irene Ang, drama ini turut menampilkan watak baru buat Adibah Noor dan Harith Iskander. Tagline kali ini bertukar menjadi PCK Sdn Bhd ‘best’ in Singapore, lagi ‘best’ in Malaysia”.

Kembali kepada kekalutan kisah tadi yang berlaku di lokasi penggambaran PCK Sdn Bhd di Taman Botanik, Klang, Gurmit Singh masih sempat meluangkan masa ditemubual Hip dan agak tegas apabila melarang jurugambar mengambil gambarnya ketika sesi temu bual dijalankan.

Malah, dia meminta untuk mengambil saja gambar yang sudah disediakan pihak produksi. Melihat peribadi sebenar yang ditonjolkan ternyata ia jauh sekali menyimpang daripada watak humor yang dilakonkannya dalam PCK.

“Saya lebih suka menjadi pendiam dan pemalu. Ia memang jauh sekali berbeza dengan watak PCK yang ‘gila-gila’. Apa yang dipaparkan dalam PCK hanyalah tuntutan watak dan kerja semata-mata,” katanya yang turut mengacarakan program Don’t Forget The Lyrics versi Singapura dan bakal memasuki musim kedua tidak lama lagi.

Menjadi artis residen Mediacorp selama 14 tahun, artis berbakat ini cuba memanfaatkan bakat yang ada dengan mempelbagaikannya. Selain berlakon dan mengacara, Gurmit turut mempunyai kebolehan menyumbangkan suara di dalam nota nyanyian. Tapi tahapnya tidaklah sampai membikin album studio lagi ketika ini. Sekadar suka-suka, Gurmit pernah menunjukkan gaya nyanyiannya menerusi lagu duet dengan Tay Ping Hui menerusi lagu One (We Are One).

“Setiap bidang ini memberi kepuasan dan cabaran berbeza buat saya. Tapi saya cukup mencintai ketiga-tiga bidang ini kerana saya bukan jenis manusia yang terlalu fokus kepada satu bidang kerja saja. Ini juga bukti saya mencabar diri untuk menjadikan seorang yang versatile,” katanya turut mengacara Singapore Idol musim ketiga.

PCK menjadi entiti yang cukup sinonim di dalam hidupnya malah jodohnya dengan drama yang bertahan hingga 10 tahun itu cukup dihargainya. Elemen populariti bersifat subjektif kepadanya dan selagi bakatnya mampu menghiburkan penonton serta peminat, itu sudah memadai baginya.

Kalau mahu diukur betapa popularnya lelaki ini, soalnya kembali kepada Hip, perihal itu jawapannya ada kepada peminat setianya. Gurmit gembira melakukan apa yang dilakukannya selama ini tanpa ada sebarang paksaan daripada sesiapapun.

“Soal kemasyhuran dan populariti adalah satu bonus kepada hasil penat lelah yang kita laburkan. Selagi orang sukakan kita itu sudah cukup dan memadai. Saya tidak pernah menilai sama ada saya ini popular atau sebaliknya. Kalau iya, terima kasih itu satu kejayaan peribadi dengan tidak cuba berpura-pura menjadi orang lain.

“Tugas saya sebagai pelakon hanya melakonkan watak yang diamanahkan dan jika watak PCK terus diingati serta menarik perhatian ramai, saya harus bersyukur. Tidak sangka, lama juga saya sudah memegang peranan sebagai PCK,” katanya yang memberitahu PCK buat pertama kalinya akan ke layar perak dan penggambarannya dijangka bermula pada Jun ini.

Peluang dan kesempatan buat julung kalinya merakamkan PCK versi Malaysia, memberikan satu penanda aras buat cap dagang karakter PCK sendiri sebagai seorang kontraktor gila-gila yang sudah dominan di Singapura dan ngeara kita. Siapa tidak kenal dengan lelaki berambut kerinting memakai kemeja santai dan but kuning ini terus menjadi sinonim.

Kata Gurmit, dia pernah menikmati keindahan dan kecantikan Malaysia sebelum ini sewaktu merakamkan drama ini bagi musim keempat di Kuala Lumpur, Langkawi dan Pulau Ketam. Malah, tidak dilupakan, Gurmit turut berlakon di dalam filem Malaysia iaitu Sumolah bersama Awie dan Afdlin Shauki.

“Ia satu pengalaman baru dan istimewa kepada saya untuk merakamkan PCK versi Malaysia di sini. Berlakon dengan pelakon baru ibaratnya satu persekitaran lain untuk saya sesuaikan. Mudah saja bagi saya, jika berlakon dengan orang yang betul, kita pastinya akan menikmati keindahan satu-satu penggambaran itu dijalankan. Harapnya, peminat PCK akan terus menyokong drama ini nanti,” katanya mengakhiri perbualan.

INFO: Gurmit Singh

* Lebih suka lagu berentak balada dan lagu dendangan penyanyi berkumpulan.

* Ditabalkan sebagai Raja Komedi Asia selama empat tahun berturut-turut sejak 1998 hingga 2001 dalam Asian Television Awards.

* Filem sulung lakonannya berjudul One Leg Kicking arahan Eric Khoo dan terbaru dua tahun lalu, Gurmit Singh berlakon filem Just Follow Law.

* Dilahirkan pada 24 Mac 1965.

* Ayahnya berdarah Punjabi dan ibunya campuran Cina dan Jepun.

* Dibesarkan dengan cara hidup India, Sikh dan menganut agama Kristian pada 1985.

* Difahamkan berkahwin dengan Melissa dan mempunyai dua orang anak, Gabrielle dan Elliot.

Sumber : Berita Harian

Baca Sepenuhnya...

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP