Until Death Do Us Part - Jonas

Memaparkan catatan dengan label Isu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu. Papar semua catatan

Isnin, April 13, 2009

#387. Simpati Untuk Talentime

PAPA terkedu dan termenung seketika apabila memikirkan nasib filem Talentime yang khabarnya tidak mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan.Nak kata filem ini mendapat ulasan yang tidak begitu baik sehingga mampu mempengaruhi minda penonton dan peminat filem Melayu, tak boleh juga.Ini kerana rata-rata ramai yang memuji filem ini dan Talentime juga disifatkan sebagai karya terbaik Yasmin Ahmad.Papa terkejut apabila mendengar kutipan filem Talentime yang sehingga kini belum pun mencecah RM500,000.

Sayang seribu kali sayang apabila sebuah karya baik seperti Talentime perlu berdepan dengan situasi yang tidak menggembirakan seperti ini.Ada yang kata filem ini tidak laku adalah kerana barisan pelakon baru yang mewarnai filem ini selain daripada Talentime dikatakan sebagai sebuah filem yang bukan mass market.Mungkin juga ia berpunca kepada senario ekonomi kini yang tidak memberangsangkan. Tetapi, kalau Papa perhatikan di panggung-panggung wayang, tak pernah putus dengan pengunjung. Masih lagi ramai yang meluangkan masa menonton filem di pawagam.

Apalah salahnya luangkan masa untuk menonton filem kita sendiri. Papa faham ramai yang ada tanggapan skeptikal terhadap filem tempatan tetapi bukan semua filem kita teruk.

Sementara masih ada masa ini, apa kata luangkan masa anda menonton Talentime yang Papa percaya tidak akan merugikan wang anda kerana inilah filem Malaysia yang dicari selama ini.

Apa pun, Papa percaya, Yasmin seorang yang optimis dan yakin dengan kerjaya seninya walaupun filem-filemnya sering kali dikritik serta kurang mendapat sambutan.

Dengar cerita, Yasmin sudah pun ada projek filem terbaru dengan Primeworks Studios Sdn. Bhd. Filem apalah agaknya ya? Tak sabarlah Papa.

Adakah seorang personaliti TV yang membuat kemunculan istimewa dalam Talentime akan diundang semula untuk filem ini? Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Utusan Malaysia [08/04/09]

Baca Sepenuhnya...

#386. Gagal Bayar Balik Pinjaman Filem

DANA Skim Pinjaman Filem Cereka (SPFC) berjumlah RM50 juta yang diwujudkan oleh kerajaan pada tahun 2007 bertujuan membantu para penerbit filem tanah air.Sejak skim itu diperkenalkan, sebanyak 36 syarikat telah pun memohon dana yang secara puratanya berjumlah RM1.5 juta bagi setiap permohonan.Selepas hampir dua tahun SPFC diperkenalkan, baki dana yang diuruskan oleh Bank SME itu kini hanya tinggal RM15 juta sahaja.Daripada 36 syarikat yang meminjam dana itu pula, difahamkan hanya tiga syarikat sahaja setakat ini yang berjaya membayar semula pinjaman yang keseluruhannya berjumlah RM3.2 juta.

Ini bermakna, ada sekitar RM32 juta lagi daripada dana itu yang telah dipinjam tetapi sayangnya ia gagal dibayar semula oleh para peminjam.Kesemua fakta itu didedahkan oleh Bank SME menerusi wakilnya, Abdul Jalal Atan pada Majlis Taklimat dan Sesi Penerangan bank itu bersama ahli-ahli Persatuan Sutradara Malaysia (Fdam) baru-baru ini.Justeru, selaku agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan memantau kelulusan pinjaman SPFC, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) haruslah peka dengan perkembangan yang sedang berlaku itu.

Sebabnya, SPFC bukanlah berupa geran atau subsidi kerajaan, sebaliknya peruntukan itu adalah pinjaman yang sepatutnya dapat digunakan semula oleh para peminjam seterusnya.Dana berjumlah sekitar RM38 juta yang telah dikeluarkan itu sepatutnya masuk semula ke dalam akaun asalnya beserta kadar faedah empat peratus setahun yang turut dikenakan ke atas peminjam.

Pelbagai alasan

Sayangnya, dana itu kini bukan sahaja semakin susut nilainya, malah para peminjam yang gagal melangsaikan pinjaman tersebut juga senyap dan seolah-olah dibiarkan begitu sahaja.

Dalam hal ini, Finas haruslah bersikap tegas bagi menjejaki para peminjam dana SPFC yang liat untuk membayar semula pinjaman itu dengan mengemukakan pelbagai alasan.

Banyak faktor telah dikenal pasti punca mengapa ramai peminjam dana SPFC gagal membayar pinjaman selepas sesebuah filem yang dibiayai itu tamat tempoh tayangannya di pawagam.

Antaranya disebabkan sikap dan komitmen penerbit atau pengarah filem yang berganding bahu dalam menerbitkan sesebuah filem.

Ketidaksefahaman itu antara lain timbul kerana kurangnya pengalaman seseorang penerbit dalam usahanya untuk menjadikan bidang perfileman sebagai suatu kerjaya yang serius.

Bagi mengatasi masalah itu, Finas selepas ini haruslah lebih fokus, teliti dan mengenakan syarat-syarat yang ketat sebelum menyokong sesuatu pinjaman daripada dana tersebut.

Menurut Presiden Fdam, Ahmad Ibrahim, masalah itu contohnya, boleh diatasi daripada peringkat awal sebelum syarikat produksi itu mahu menerbitkan sesebuah filem.

"Setakat ini Finas tidak pernah mengadakan briefing atau penjelasan lebih lanjut kepada para penerbit dalam program pitching yang mereka telah adakan.

"Misalnya, genre filem apa yang sesuai dan diperlukan, skim pinjaman SPFC dan sebagainya. Ahli-ahli jawatankuasa pitching pula ramai yang tidak mahir dalam bidang perfileman.

"Sebab itu mereka tidak tahu selok-belok bagaimana mahu menerbitkan filem yang mampu untuk membayar semula pinjaman SPFC," katanya ketika ditemui di Finas, Hulu Klang, Selangor, baru-baru ini.

Mereka yang terbabit dalam pitching sebelum mana-mana penerbit layak membuat pinjaman dana SPFC juga haruslah diberi perhatian oleh perbadanan di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) itu.

Mereka ini pula mestilah sekurang-kurangnya mempunyai lima tahun pengalaman dalam bidang pengarahan atau penerbitan drama, telemovie atau filem.

Latarbelakang peminjam dana SPFC juga patut diselidiki bagi memastikan hanya penerbit filem yang benar-benar mempunyai rekod cemerlang dan jujur dalam bidang ini diberi peluang tersebut.

Kita tidak mahu dana SPFC berjumlah RM50 juta itu disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja mahu menggunakan peluang tersebut demi meluaskan cabang perniagaan mereka.

Selain itu, baik Finas yang telah diamanahkan oleh KPKKW dan Bank SME juga haruslah melakukan sesuatu ke atas peminjam yang degil atau gagal melunaskan pinjaman mereka.

Contohnya, nama-nama peminjam dana SPFC yang gagal melangsaikan hutang didedahkan kepada umum, selain mengenakan tindakan undang-undang ke atas mereka.

Campur tangan

Pada masa sama, pihak Bank SME juga boleh campur tangan dengan cara mengawal serta mengetatkan lagi pinjaman daripada dana itu.

Finas dengan kerjasama Bank SME juga sepatutnya mewujudkan kategori ke atas para penerbit filem mengikut kelas A, B, C dan sebagainya berdasarkan prestasi kewangan syarikat dan pencapaian mereka dalam bidang penerbitan filem.

Cara itu sedikit sebanyak akan memberi ruang lebih luas kepada para penerbit atau peminjam yang benar-benar diyakini mampu membayar semula pinjaman untuk meminjam dana tersebut.

Harus diingat bahawa, SPFC merupakan suatu amanah kerajaan dan juga para peminat filem tempatan yang ingin melihat lebih ramai penerbit tampil menerbitkan filem-filem yang bukan sahaja berkuantiti besar tetapi juga berkualiti tinggi.

Sebab itu, sebelum ini ada juga usul daripada kalangan penerbit yang mahu supaya dana SPFC ditambah daripada RM50 juta kepada RM100 juta bagi mencapai hasrat murni tersebut.

Namun, jika tiada tindakan tegas, kawalan ketat dan juga pemantauan daripada Finas, maka walau banyak mana sekalipun dana yang diperuntukkan ia mungkin akan lesap begitu sahaja.

Sumber : Utusan Malaysia [08/04/09]

Baca Sepenuhnya...

#385. Talentime Gagal Tarik Penonton

SEJAK ditayangkan pada 26 Mac lalu, filem Talentime karya Yasmin Ahmad dikatakan kurang menarik minat kaki wayang menyaksikannya. Malah filem yang diuar-uarkan sebagai karya terbaik pengarah berbakat itu dilaporkan mencatat kutipan kurang memberangsangkan.Entah di mana silapnya filem terbitan Primeworks Studios dengan kerjasama Chilli Pepper Film hanya meraih RM400,000 kutipan tiket selepas 10 hari ditayangkan.

Berbeza dengan pencapaian karya Yasmin terdahulu seperti Mukhsin yang mencatat RM1.1 juta selepas seminggu ditayangkan sekalipun mengetengahkan konflik percintaan antara kaum dengan garapan penceritaan yang unik dan menaik.Pengurus Besar Filem & Drama Primeworks Studios Sdn Bhd, Ahmad Puad Onah berkata, pencapaian berkenaan tidak menjejaskan usaha pihaknya untuk menggalakkan lebih ramai penonton menyaksikan filem yang menampilkan isu yang cukup relevan dengan masyarakat Malaysia itu.

"Kami mengakui kutipan tiket untuk filem ini kurang memberangsangkan. Ia mungkin disebabkan beberapa faktor seperti filem ini bercorak urban yang kurang diminati kebanyakan penonton kaki wayang yang terdiri daripada orang Melayu.

"Ia membariskan pelakon kurang terkenal yang menjayakan filem itu seperti kita sedia maklum, mentaliti penonton kita mahu menonton aksi pelakon terkenal.

"Ini adalah risiko perniagaan biarpun membawa isu yang cukup dekat untuk masyarakat hari ini. Bagaimanapun, kami berpuas hati dengan promosi dan maklum balas yang diterima daripada media mengenai filem ini. Malah, ia langsung tidak menjejaskan usaha kami untuk menerbit dan mengetengahkan filem tempatan yang berkualiti pada masa akan datang.

"Kami juga merancang usaha untuk menarik lebih ramai penonton menyaksikan filem ini menerusi tayangan di universiti dan institut pengajian tinggi swasta tempatan pada masa akan datang. Selain itu, menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) untuk menggalakkan lebih ramai penonton menyaksikan filem itu," katanya.

Sebelum ini filem yang memaparkan kisah cinta lelaki India, Mahesh lakonan Mahesh Jugal Kishor dengan gadis kacukan Melayu-Inggeris, Melur (Pamela Chong) itu ditayangkan di Festival Antarabangsa Hong Kong dan mendapat perhatian yang agak baik daripada pihak penganjur.

Menurut Puad lagi, filem berkenaan bakal mengikut jejak langkah filem Mukhsin yang dibawa ke pasaran antarabangsa.

"Jika tiada aral kami akan membawa filem ini ke pasaran antarabangsa dengan mempamerkannya bagi tayangan jualan pasaran antarabangsa di Festival Filem Cannes di Perancis Mei ini. Dengan cara ini kami akan mencari pengedar untuk memasarkan filem itu di luar negara supaya dapat disaksikan seluruh masyarakat dunia.

"Malah kami juga akan terus mencuba menarik lebih ramai penonton menyaksikan filem yang membawakan kisah pelbagai kaum di negara ini," katanya.

Pencapaian filem itu juga sekali gus gagal mengatasi pencapaian filem terbitan Primeworks Studio yang mula diterbitkan awal tahun ini bermula Sifu & Tongga yang mencatat kutipan RM3 juta dan Rasukan Ablasa (RM1 juta).

Biarpun bersyukur dengan pencapaian itu, Puad mengakui pencapaian itu diukur berdasarkan sambutan daripada penonton pasaran utama (mass market) di pawagam yang terdiri daripada golongan berusia 15 tahun ke atas.

Malah rekod membuktikan filem bercorak urban kurang mendapat tempat di kalangan kaki wayang. Contohnya, Red Kebaya. Filem itu juga kurang mendapat sambutan walaupun mempunyai kualiti tersendiri.

Talentime membabitkan perbelanjaan RM1.5 juta termasuk promosi adalah filem ketiga Yasmin bersama Primeworks Studios selepas Rabun dan Mukhsin.

Barisan pelakon yang membintangi filem ini, Pamela Chong, Mahesh Jugal Kishor, Azean Irdawaty, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Howard Hon Kahoe, Mohd Syafie Naswip, Sukania Venu Gopal, Susan Chong, Mislina Mustaffa dan Harith Iskander.

Sumber : Harian Metro [07/04/09]

Baca Sepenuhnya...

#384. Anugerah Seniman Timbul Pertikaian

BANYAK perkara yang tidak kena dengan penganjuran Anugerah Perdana Seniman 2009 (APS09) yang berlangsung selama tiga hari bermula 4 April hingga semalam di Kuching, Sarawak .Ini kali keempat majlis anugerah anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) diadakan, selepas di Alor Setar, Kedah, Perlis dan Jakarta,Indonesia. Perkara ini turut menjadi bualan dalam kalangan 180 delegasi membabitkan beberapa artis veteran yang didatangkan khas dari Singapura. Antara rungutan dan rasa tidak puas hati ahli rombongan membabitkan pengurusan dan penyeliaan yang menimbulkan banyak masalah kepada mereka.

Tidak kurang ada beberapa anugerah diberikan pada malam itu menjadi pertikaian dengan beberapa pihak berkata ia majlis untuk seronok sendiri.Ia bermula apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) diberikan Anugerah Khas Perdana Bintang Seniman Sokongan dan Bantuan Dalam Memartabatkan Industri Filem Tempatan. Menurut mereka, anugerah itu tidak seharusnya diberikan kepada Finas kerana ia sudah menjadi tanggungjawab badan kerajaan itu membantu penggiat filem sekali gus memastikan industri itu terus hidup dan subur.Begitupun paling hangat diperkatakan apabila Presiden Seniman, Datuk Mustapha Maarof sendiri diberikan anugerah tertinggi iaitu Anugerah Perdana Seniman Pencapaian Abadi.

Menurut kenyataan yang dicatatkan Bendahari Seniman, Abu Bakar Omar, Mustapha pada peringkat awalnya enggan menerima anugerah itu atas tiga sebab. Pertamanya pembabitan dan sumbangannya dalam bidang seni tidak seberapa jika dibandingkan dengan penerima anugerah sama sebelumnya.Kedua, Mustapha beranggapan dia sebagai presiden dan sudah tentu ia akan menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak apabila menerima anugerah tertinggi pada majlis anjuran sendiri.Mustapha tidak mahu dianggap seperti masuk bakul angkat sendiri memandangkan Anugerah Perdana Seniman adalah cetusan ideanya sendiri. Seharusnya jawatankuasa pemilihan penerima anugerah memikirkan semula pendapat yang diberikan Mustapha terhadap anugerah tertinggi yang mahu diberikan kepadanya kerana apa dinyatakan adalah benar.

Begitu pun majlis yang berlangsung di Stadium Perpaduan itu berjalan lancar dengan penerima anugerah lain menghargai usaha dilakukan Seniman.

Berlaku kejutan pada malam itu apabila tetamu kehormat, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud ketika menerima penghargaan Anugerah Perdana Seniman Agung P Ramlee, APS09 mengumumkan kerajaan negeri Sarawak menganugerah Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak membawa gelaran Datuk Amar Bintang Kenyalang kepada Seniman Agung itu.

Menerima anugerah itu bagi pihak Tan Sri P Ramlee adalah warisnya yang juga dramatis, Dian P Ramlee.Ditemui selepas majlis itu, Dian berkata dia terharu dan tidak menyangka apabila dipanggil untuk tampil ke pentas dan menerima anugerah diumumkan Ketua Menteri Sarawak untuk arwah bapanya.

"Secara jujurnya saya tidak mengetahui apa-apa sebaliknya disuruh datang kerana ada pengumuman hendak dibuat. Mereka tidak memberitahu langsung mengenai anugerah kedua tertinggi daripada Kerajaan Negeri Sarawak kepada arwah bapa.

"Sebagai warisnya sudah tentu saya terharu dan bangga dengan anugerah yang diberikan dan saya tahu ia diberikan kerana sumbangan besar Allahyarham terhadap perkembangan seni negara mahupun dalam kalangan masyarakat di Bumi Kenyalang ini. Malah umum tahu Tan Sri Abdul Taib sendiri adalah peminat setia karya Allahyarham.

"Anugerah ini akan saya serahkan kepada Arkib Negara dan diharapkan dapat dipamerkan di Muzium Peringatan P Ramlee untuk tatapan peminat setianya," katanya.

Anita Sarawak yang pernah mengharumkan rantau Nusantara dengan bakatnya apabila berjaya mencipta nama sebagai penghibur terkemuka di Ceaser Palace, Las Vegas, Amerika Syarikat dan mengadakan konsert jelajah bersama penghibur Asia lain tahun lalu turut terharu dengan penghargaan diberikan Seniman kepadanya.

Ditemui sebaik menerima anugerah yang disampaikan Senator Tan Sri Jins Shamsuddin, Anita yang menerima anugerah bagi kategori Pencapaian Cemerlang Penyanyi Bertaraf Antarabangsa berkata, dia gembira dan tersentuh dengan penghargaan diberikan.

"Sepanjang pembabitan sebagai penyanyi, saya tidak pernah mengharapkan sebarang imbuhan. Saya tidak pernah meletakkan diri sebagai yang terbaik. Selagi bergelar penyanyi, saya terus belajar untuk memperbaiki kelemahan diri. Begitupun, saya berterima kasih kepada Seniman atas anugerah ini," katanya

Yasmin pula yang menerima anugerah Pencapaian Cemerlang Filem Globalisasi, tidak dapat menahan rasa terharu apabila menerima anugerah dalam kalangan artis yang selama ini amat diminati dan dihormati.

"Bayangkan bersama saya menerima anugerah ini, Datuk Aziz Sattar, yang memang saya minati dan saya panggil Pak Guru. Saya banyak belajar daripada filem yang pernah dia lakonkan. Ini satu penghargaan cukup manis," katanya yang filem terbaru arahannya Talentime baru ditayangkan.

Turut sama diiktiraf Allahyarham Sudirman bagi kategori Penghargaan Khas Bidang Nyanyian dan Lakonan. Menerima bagi pihak Allahyarham, anak saudaranya, Fazren Adri.

Aziz pula menerima anugerah Pencapaian Cemerlang Komedi Sepanjang Zaman.

Bagi Aziz atau lebih senang dengan panggilan Pak Aziz , walaupun sebelum ini pernah menerima beberapa anugerah, baginya pengiktirafan yang baru diterimanya itu adalah pengalaman sangat manis.

"Saya gembira kerana anugerah ini diberikan rakan saya yang berada dalam Seniman. Sepanjang 60 tahun pembabitan dalam industri perfileman rasanya ini antara kenangan paling manis apabila bakat yang selama ini saya curahkan diiktiraf orang filem sendiri. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka atas penghargaan ini," katanya.

Tidak ketinggalan penggiat filem muda turut diiktiraf Seniman terutama apabila membabitkan bidang teknologi dan kepakaran. Untuk itu anugerah Pencapaian Cemerlang Pengarah Filem Visual Effect diberikan kepada pengarah Cicak-man, Yusry Abdul Halim.

"Pada saya anugerah ini lebih bermakna kerana ia datang daripada orang filem sendiri. Bukan saya tidak hargai anugerah yang datang atas sokongan peminat, tetapi apabila orang filem sendiri yang mengiktiraf karya yang dihasilkan sudah tentu ia lebih bermakna kepada saya secara peribadi.

"Bermakna usaha dilakukan KRU Movies untuk mempertingkatkan industri filem menggunakan kecanggihan teknologi terkini tidak dipandang sepi. Anugerah ini menjadi pembakar semangat untuk saya buktikan dengan kepakaran teknologi yang ada, kita mampu menghasilkan filem dengan lebih baik," katanya yang baru selesai menghabiskan kerja produksi filem terbaru, Magica.

Penerima anugerah lain, Seniwati Mariani Ismail yang mendapat anugerah Penghargaan Khas Bidang Nyanyian dan Lakonan, David Teo (Pencapaian Cemerlang Bidang Penerbitan Filem Malaysia Yang Konsisten dan Box Office), James Lee (Pencapaian Cemerlang Pengarahan Filem Generasi Baru) dan Habsah Hassan (Pencapaian Cemerlang Penulis Lirik Terunggul) .

Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian lagu P Ramlee gabungan artis veteran dan 80-an seperti Hashimah Yon, Salwa Abdul Rahman, Azlina Aziz, Liza Aziz, Musley Ramlee, Ahmad Fauzee, Nassier Wahab dan Hail Amir.

Menggegarkan pentas, persembahan Impak Maksima menampilkan beberapa pelakon asal drama muzikal itu seperti Zarina, Dina dan kumpulan Fabulous Cat.

Sumber : Harian Metro [07/04/09]

Baca Sepenuhnya...

#383. Harapan Baru Industri Filem

PADA 4 April 2009 iaitu hari Jumaat lepas negara telah melalui hari yang bersejarah apabila Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.Najib memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri pada ketika ekonomi dunia berhadapan dengan kemerosotan dan negara ini berhadapan kesan teruk daripada gelombang dan kecamuk ekonomi global.Tetapi kita percaya inilah juga ketika dan masa yang terbaik bagi seorang perdana menteri yang baru bertindak dengan penuh strategi memacu kemajuan negara dalam menghadapi gelombang ketidak tentuan ekonomi dunia.

Di bawah kepimpinan Najib diharapkan negara ini akan terus memacu dan memperkasa perkembangan ekonomi yang berasaskan pengetahuan (K-economi). Salah satu sektor yang terlibat secara langsung di bidang k-ekonomi ini adalah bidang perfileman.Najib yang selama ini merupakan pendorong kuat di sebalik pembangunan multimedia seharusnya melihat peranan penting yang dimainkan oleh industri perfileman dalam pembangunan multimedia. Memang filem selalunya dikaitkan dengan bidang hiburan dan sering tidak dilihat secara serius.

Namun, perlu diingat industri perfileman bukan sekadar hiburan, seni perfileman melibatkan kegiatan intelektual, seni budaya, kreativiti dan kemahiran. Ketika ini industri perfileman memerlukan kemantapan modal insan yang bukan sahaja mengetahui perkembangan teknologi maklumat dan komputer terkini, tetapi juga memahami strategi pemasaran yang kompleks. Konsep pengetahuan dan kreativiti serta hiburan merupakan industri masa depan.

Menyedari hakikat inilah mengapa mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menubuhkan MSC dan menggerakkan pembangunan multimedia.

Malah kerana menyedari potensi industri perfileman sebagai salah satu faktor yang akan menggerakkan perkembangan industri multimedia, Tun Mahathir telah menubuhkan E-Village, tetapi sayang E-Village tidak dimanfaatkan sebaiknya dan akhirnya hilang begitu sahaja.

Pada ketika ini industri perfileman negara bergerak dengan perlahan. Para pembikin filem berhadapan dengan pelbagai masalah, daripada masalah modal, pinjaman dan hinggalah kepada masalah pemasaran.

Pada ketika ini kerajaan menyediakan dana pinjaman sebanyak RM50 juta ringgit melalui SME Bank dengan kelulusan pinjaman sebanyak RM1.5 juta untuk setiap permohonan di bawah Skim Pinjaman Filem Cereka (SPFC).

Sementara itu, Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia (MOSTI) juga menyediakan geran pembikinan filem animasi sebanyak RM1 juta. Bagaimanapun jumlah dana tersebut cukup kecil dan jauh daripada mencukupi untuk kita menggerakkan industri perfileman ke tahap yang mampu menyaingi Bangkok sekalipun, apatah lagi untuk menjadikan negara ini sebagai hub industri animasi digital yang bergantung kepada kreativiti dan kemahiran serta pembangunan teknologi komputer.

Setanding

Bayangkan secara purata kos sebuah filem yang dihasilkan oleh pembikin filem Thailand tidak kurang daripada RM10juta. Filem King Nerusuan sahaja dihasilkan dengan kos tidak kurang daripada RM60 juta. Hari ini Bangkok menjadi hub perfileman Asia yang penting.

Singapura juga sedang berusaha membangunkan kota tersebut sebagai hub animasi digital melalui kerjasama dengan Lucas Film. Hasilnya mereka telah berjaya menghasilkan filem Star Wars: The Clone Wars. Tetapi bagaimana dengan kita?

Setakat ini filem yang paling menguntungkan hanya memberikan pulangan sekitar RM10juta. Kita sebenarnya mempunyai banyak pembikin filem muda yang telah membuktikan kemampuan mereka, tetapi mereka memerlukan lebih banyak sokongan.

Bagaimanapun tahun ini sebuah filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula yang dihasilkan oleh sekumpulan anak muda tempatan dan diterbitkan oleh Les' Copaque telah mencipta fenomena.

Keupayaan karyawan muda ini membuktikan kemampuan kreatif anak tempatan setanding dengan pembikin filem animasi di Amerika atau Jepun. Produk animasi beginilah yang memungkinkan industri perfileman terutamanya animasi dan industri pasca-produksi filem tempatan berkembang maju dan seterusnya membina keyakinan pembikin dan pelabur filem dari luar untuk menggunakan perkhidmatan karyawan tempatan.

Saban tahun institusi pengajian tinggi baik kerajaan atau swasta seperti UiTM, UTM, USM, UPM, KDU, LKW dan Aswara menghasilkan ramai graduan di bidang kreatif, multimedia dan perfileman. Tetapi ke manakah perginya para graduan ini? Bekerja di pasaraya atau pejabat kerajaan?

Mereka adalah tenaga kreatif yang diharapkan mampu mengisi dan merancakkan industri kreatif di negara ini. Tetapi industri kreatif negara ini terpaksa berhadapan dengan segala masalah dan hambatannya sendiri.

Untuk melihat industri kreatif berkembang maju, kita tidak boleh melihat pada satu bidang sahaja. Industri ini melibatkan banyak bidang yang saling berkait. Industri perfileman akan berkembang sihat jika dunia kesusasteraan, seni budaya, seni teater, seni lukis, muzik dan teknologi multimedia turut dibangunkan.

Kreativiti dan keupayaan bakat penulisan dan kesusasteraan merupakan asas kepada pengisian kandungan (content) dalam pembangunan perfileman atau media yang lain.

Dalam hal ini saya percaya Najib yang sejak sekian lama telah memberikan komitmen dan minat yang mendalam dalam perkembangan kesusasteraan tanah air akan melihat kelesuan yang sedang berlaku dalam dunia kesusasteraan tempatan.

Seperti bapanya, Allahyarham Tun Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia kedua yang bertanggungjawab memperkenalkan Hadiah Karya Sastera Malaysia pada tahun 1971 dan komitmen ini kemudian diteruskan oleh Dato Seri Najib dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

Kita mengharapkan Najib akan melakukan sesuatu untuk merangsang perkembangan intelektual, kesusasteraan dan seni budaya negara kerana inilah komponen yang akan menggerakkan pembangunan dan kemajuan industri perfileman negara.

Kerajaan perlu menyediakan dana yang besar dan berbelanja untuk menggalakkan perkembangan industri ini. Setiap produk filem yang dihasilkan bukanlah pelaburan yang merugikan.

Melalui setiap produksi ini kita sebenarnya membina dan membangunkan sejumlah tenaga kreatif yang kompetetif. Dan untuk meningkatkan penyertaan mereka, maka dana pinjaman di bawah SPFC harus boleh ditukar menjadi geran perfileman kepada produk yang telah mencapai tahap kualiti tertentu.

Sumber : Utusan Malaysia [07/04/09]

Baca Sepenuhnya...

#382. Mencari Filem " Kita "

Kalau hari ini ada yang bertanya, “Mana filem kita”, Siti akan tergagau-gagau. Ini kerana filem “kita” belum kelihatan secara ketara. Yang banyak kelihatan adalah filem orang yang kita salin, kita tukar pelakon tempatan dan lokasi tempatan. Pemikiran dan agendanya dari luar.Maaflah kalau sekali lagi Siti katakan filem kita semacam belum ada wajah dan pemikiran yang lahir daripada budaya setempat. Adakah ini disebabkan filem kita bermula dengan cita rasa dan budaya orang lain? Malangnya sebahagian besar daripada kita menganggap itulah kita.

Kalau diundurkan waktu, yang memulakan filem kita adalah pengarah- pengarah yang dibawa dari India. Pengarah ini membawa pengaruh dan budaya India dalam filem Melayu. ‘Melayu’ ketika itu hanya pada pelakon dan bahasanya saja.Kepada kapitalis Hong Kong pula, semakin banyak air mata mencurah, semakin baiklah nilai sesebuah filem. Air mata penonton Melayu menjadi penentu untung rugi Shaw Brothers dan Cathay Keris.ampai hari ini filem kita terlalu kerdil, bukan dari segi saiz atau teknologi.Tetapi filem kita kerdil kerana belum mencapai impian untuk menjadi cermin kepada budaya masyarakat yang mendukung filem itu.Apabila lahir pula orang yang pandai berniaga filem, filem kita semakin terhimpit antara peranan sebagai ‘ketul emas’ kepada peniaga dan tanggungjawab sosial kepada budaya.


Merujuk hujah Teshome H. Gabriel dalam Towards a Critical Theory of Third World Films, filem Melayu boleh disamakan dengan nasib negara-negara Dunia Ketiga yang berterusan menjadi bakul sampah negara-negara maju melonggokkan budaya mereka.Negara Dunia Ketiga tidak ada tamadun. Apabila tidak ada tamadun bererti tidak ada kekuatan untuk menonjolkan diri. Hal ini sama dengan filem kita sekarang ini yang mahu menjadi Hollywood, Hong Kong dan tidak kurang Bollywood. Tidak banyak yang mahu menjadikan filem “kita” dalam erti kata yang lebih tepat.

Gabriel menggariskan antara dilema filem-filem negara Dunia Ketiga ialah berlakunya apa yang disifatkan unqualified assimilation. Misalnya Hollywood menggunakan filem untuk menjual produk bagi mendapatkan keuntungan.Maka Siti pun tertanya-tanya, untuk apa kita mempunyai “industri filem” kalau ia tidak memberikan manfaat yang besar kepada kita?

Sumber : Utusan Malaysia [05/04/09]

Baca Sepenuhnya...

Isnin, Mac 30, 2009

#363. No bounce to Dragonball movie

[The general sentiment is that Dragonball: Evolution is poorly adapted and feels too Westernised. And Master Roshi (played by Chow Yun-Fat, seen here with Justin Chatwin as Goku) needs a turtle shell!]

Does Hollywood’s latest adaptation of a manga, Dragonball: Evolution, make the grade? Anime fans weigh in.

MAKING an adaptation is always tricky: stick too much to the source material, and the general audience will be alienated; change the original material too much, and the hardcore fans will be offended.Once in a while, a masterpiece rolls along which manages to strike a perfect balance between the two (The Lord of the Rings immediately comes to mind), leaving both fans and casual viewers satisfied.

On the other side of the spectrum, you sometimes get movies which manage to offend both sides of the fence and sadly, this is just what the recently released Dragonball: Evolution directed by James Wong manages to achieve.Ignoring the various changes made to the original storyline, Dragonball: Evolution’s plot is a huge mess. There is little explanation provided for the events unfolding (like how Piccolo, who was supposedly sealed up 2,000 years ago, manages to suddenly break free).

And the pacing ranges from incredibly slow and awkward (think all the lovey-dovey scenes between Goku and Chi Chi) to ridiculously rushed and anticlimactic (the highlight of the whole movie, the battle between Goku and Piccolo, is resolved in under five minutes).

Characters are introduced with seemingly no other purpose than to fill the set-roster and deliver cheesy, god-awful lines. Each appears to have been thrown into this mess rather than actually having a reason to embark on a journey to save the Earth. The villains appear to have no reason for wanting to destroy the Earth either (aside from being a plot device that is).

Special effects are unbelievably mediocre, especially for a million-dollar-budgeted movie. The Oozaru transformation-reversion scene isn’t even animated, and is instead covered by a series of cheap flashbacks (which are, by the way, recycled at least three times throughout the movie). They certainly show where the money didn’t go to.

Not only does it sever almost every connection it has with the original material, it has such a badly edited script that even casual moviegoers will be left scratching their heads. Dragonball: Evolution is the perfect candidate for a textbook case on how not to adapt anime or manga into movies.

(Score: 0.5/5)

What other fans of the manga say about the movie:

I’ve read Dragon Ball since I was a kid, and I think Dragonball: Evolution would have fared better if it was not named Dragonball. There is little resemblance to the original material and if you’re going to adapt a well-known manga, at least try to keep some of the basics intact for fans like us. On the whole, the movie is decent and funny at times, although some of the fight scenes are too brief. – Kalvin Ong, 19 (Score: 3/5)

I am totally disappointed with the movie. There is no connection with Dragon Ball whatsoever except the names of the main characters and the fact that they’re travelling in search of seven orange-coloured balls. I hope in future any directors hoping to adapt anime or manga would do some research on the original material so as not to insult us fans. – Ivan Chin, 21 (Score: 1/5)

I feel the movie is too fast and too short. It is only about an hour and 20 minutes, and the climax is depressingly bad. It also doesn’t feel like Dragon Ball to me. – Sandiraj Sandraseram, 20 (Score: 2/5)

Compared to the original manga, the storyline isn’t as compelling. The whole movie feels rushed, and there is little to no plot present. The climactic battle scene between Goku and Piccolo is short and lame. They should also have chosen Asian actors; the movie doesn’t feel like Dragon Ball otherwise. Bulma is a tad too aggressive though, and Master Roshi needs a turtle shell. – Lee Kar Seng, 20 (Score: 3/5)

The movie feels too Westernised. The whole setting is bizarre for a Dragon Ball adaptation, and the characterisation is way off. Goku seems mature at times and naive at others. The overall acting is mediocre, with the best actor being the unnamed character serving Piccolo. The special effects are horrible and appear low-budget. – Tan Yoke Huat, 19 (Score: 2/5)

Source : The Star

Baca Sepenuhnya...

Jumaat, Mac 27, 2009

#345. FDAM persoal fungsi FINAS

Karyawan filem dakwa mereka tidak diberi penerangan betul produser buat pinjaman bank

TANGGUNGJAWAB yang diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) dalam pembangunan industri filem tanah air mulai dipersoalkan apabila timbul pelbagai kekeliruan kepada penggiat filem.Finas yang dilantik sebagai urus setia menguruskan Skim Pinjaman Filem Cereka (SPFC) antara penggiat filem dengan SME Bank sejak 2007 tidak pernah mengadakan sesi taklimat kepada penggiat filem bagi menghuraikan secara terperinci prosedur yang harus pemohon patuhi.

Berikutan tidak memahami apakah keistimewaan SPFC kepada penggiat filem, mereka mula menyalahkan pihak yang tidak terbabit selepas permohonan SPFC sering ditolak oleh SME Bank.Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim berkata, sehingga kini Finas tidak pernah mengadakan sesi taklimat kepada penggiat filem yang ingin memohon SPFC sehingga timbul pelbagai masalah di antara penggiat dan SME Bank.

“Sejak Kementerian Kewangan memperuntukkan dana sebanyak RM50 juta kepada SME Bank bagi membantu industri perfileman tanah air, banyak permohonan daripada penggiat filem termasuk ahli FDAM ditolak kerana gagal mematuhi prosedur yang ditetapkan.

“Memang tidak dinafikan juga disebabkan kurang pengalaman berurusan dengan pihak bank berkaitan beberapa prosedur yang tidak dihuraikan secara terperinci, penggiat filem mula menyalahkan bank yang tidak mahu membantu sedangkan dana disediakan oleh kementerian untuk membantu industri kita.

“Ini adalah inisiatif yang dilakukan FDAM dalam menjernihkan hubungan antara penggiat filem bersama SME Bank dan bertukar-tukar pandangan dan menghuraikan segala kekusutan mengenai SPFC,” katanya yang ditemui pada sesi taklimat dan penerangan antara FDAM dengan SME Bank, di Auditorium Mini P Ramlee baru-baru ini.

Dalam ucapannya ketika mengalu-alukan kedatangan SME Bank dan penggiat filem itu, Ahmad turut menyentuh ketidakpuasan hati ahli-ahi FDAM terhadap Finas yang melantik jawatankuasa ‘pitching’ (penerangan lisan sinopsis sesuatu projek tv/filem bagi kelulusan SPFC) bukan daripada orang industri.

“Ahli jawatankuasa yang bukan daripada orang industri tidak pernah memahami masalah orang industri jadi bagaimana mereka mahu menilai pemohon yang sememangnya menghadapi masalah.

“Berbekalkan akademik saja tanpa pengalaman dalam industri ini juga tidak akan membantu pemohon. Saya sangat berharap Finas merombak kembali barisan ahli jawatankuasa yang tidak tahu menilai dan membuat kerja seni.

“Saya mencadangkan ahli jawatankuasa yang layak berada dalam Picthing biarlah dia berpengalaman sekurang-kurangnya lima tahun sebagai penerbit, pengarah dan menyediakan kursus,” katanya yang kini sudah mempunyai 300 ahli yang berdaftar di bawah FDAM.

Turut hadir, Timbalan Presiden 2 merangkap Ketua Operasi SME Bank, Abdul Jalal Atan, Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), Ahmad Puad Onah dan wakil Finas, Hamidah Abdul Hamid.

Pada sesi taklimat itu juga, SME Bank turut bersetuju, pemohon yang ingin memohon SPFC harus berdaftar di bawah FDAM yang menjadi salah satu syarat wajib permohonan SPFC yang bertujuan untuk pengawalan dan rekod.

Kemampuan pemohon syarat penting

SKIM Pinjaman Filem Cereka (SPFC) yang diperkenalkan SME Bank kepada penggiat filem sejak 2007 lalu memperuntukkan sebanyak RM50 juta melalui Kementerian Kewangan dengan melantik SME Bank untuk diagihkan kepada penggiat filem.

Sejak SPFC diperkenalkan sehingga 28 Februari tahun ini sebanyak 48 syarikat pengeluar filem sudah memohon SPFC dan sebanyak 12 permohonan ditolak kerana tidak mematuhi syarat yang ditetapkan pihak bank.

Menurut Abdul Jalal, beberapa faktor yang diambil kira dalam penelitian permohonan adalah kemampuan pemohon membayar semula pinjaman selepas tiga bulan filem ditayangkan.

“Beberapa faktor yang dilihat adalah seperti sumbangan pengusaha filem dilihat sangat minimum dan terlalu bergantung kepada bantuan kewangan. Selain skrip, pelakon utama yang dinilai tidak mempunyai nilai komersial yang berkemungkinan tidak mampu menarik penonton ke pawagam.

“Selain pengalaman lalu dalam bidang perfileman dan ketidaksefahaman antara rakan kongsi turut diambil kira,” katanya

Menurut Abdul Jalal, daripada 36 syarikat yang lulus hanya tiga syarikat saja yang berjaya membuat filem sehingga selesai dan membayar kembali kepada bank.

“Ramai juga pemohon yang tidak mengambil skim ini walaupun sudah berjaya dan pihak kami ada mengeluarkan surat tawaran.

“SPFC memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta nilai maksimum kepada setiap pemohon namun pemohon masih boleh memohon sebanyak dua kali dalam masa setahun untuk produksi yang berbeza.

“Sebaik menerima surat tawaran daripada SME Bank dan Finas, pemohon akan dibayar sebanyak 60 peratus wang permulaan untuk menjalankan kerja penggambaran dan sebanyak 30 peratus lagi dibayar sebaik filem itu tamat penggambaran. Ia bagi kerja-kerja penyuntingan dan promosi,” katanya yang menjelaskan SPFC mempunyai keistimewaan yang tidak memerlukan apa-apa bentuk cagaran.

Melalui perjanjian itu juga pihak bank berhak mengambil filem yang sudah siap sekiranya pemohon gagal membayar kembali.

“Tempoh bayaran balik juga dilanjutkan iaitu selepas tiga bulan filem ditayangkan di pawagam, pemohon wajib membayar semula dalam masa tiga tahun.

“Pihak bank juga mengenakan faedah yang rendah kepada pemohon iaitu sebanyak 4 peratus daripada jumlah pinjaman. Daripada jumlah RM50 juta, SPFC kini hanya masih berbaki RM15 juta, bererti peruntukkan itu masih layak dipohon oleh 10 syarikat produksi lagi,” katanya yang memproses permohonan selewat-lewatnya selama tiga bulan sebelum mendapat kelulusan.

Sumber : Berita Harian

Baca Sepenuhnya...

#344. Nilai Industri Kreatif RM8 Trillion

INDUSTRI kreatif yang antaranya meliputi bidang penulisan, perfileman dan muzik kini semakin berkembang pesat di seluruh dunia.Laporan Global Media & Entertainment 2008 - 2012, menyatakan pendapatan daripada industri itu mampu mencecah hingga AS$2.2 trilion (RM8 trilion).Menurut Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Brazil, Rusia, India dan China merupakan negara yang paling pesat dalam bidang tersebut.

Malah, katanya negara membangun seperti Vietnam juga semakin memperlihatkan peningkatan yang ketara dalam industri tersebut."Sebagai contohnya, Vietnam mencatat pertubuhan 15 peratus setahun daripada jumlah itu bersaing dengan negara lain yang lebih besar seperti China."Industri ini telah berkembang 5 hingga 20 peratus setahun di mana ia menyediakan pulangan ekonomi yang amat besar.

"Persoalannya, di manakah letaknya Malaysia dalam peta industri kreatif peringkat dunia?" soalnya pada ucapan perasmian Persidangan Industri Kreatif 2009 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Persidangan selama dua hari yang julung kali dianjurkan oleh Kementerian Penerangan itu bertujuan meneroka lebih luas industri kreatif di negara ini pada masa depan.

Antara objektif persidangan itu bagi mewujudkan platform perkongsian pengetahuan dan pertukaran idea di kalangan penggiat dalam industri penyiaran tempatan.

Turut dibabitkan ialah para pembuat dasar dari dalam dan luar negara mengenai perancangan dan masa depan industri kreatif di negara ini.

Sehubungan itu, jelas Ahmad Shabery, kementeriannya akan sentiasa memikirkan mekanisme-mekanisme yang relevan bagi menjayakan impian itu.

Antaranya dengan mencadangkan tahun 2010 sebagai Tahun Industri Kreatif di mana kesemua pihak harus tampil memberi kerjasama agar misi itu akan menjadi kenyataan.

"Dalam hal ini kita semua kena bergabung tenaga dan idea. Ia tidak hanya terletak di atas bahu Kementerian Penerangan semata-mata.

"Sebaliknya, kementerian lain seperti Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) dan Kementerian Pelancongan juga haruslah tampil ke depan.

"Contohnya, Aswara yang menyediakan ramai tenaga kerja dalam bidang kreatif misalnya terletak di bawah KPKKW," ujarnya.

Selain itu katanya, usaha RTM di bawah Kementerian Penerangan yang mula melaksanakan sistem pendigitalan menerusi saluran-saluran TVnya juga salah satu usaha ke arah itu.

Jelasnya, dengan adanya lebih banyak saluran TV digital diperkenalkan oleh RTM, maka lebih banyak produk berkaitan industri kreatif akan dapat dihasilkan.

"Perkembangan itu dapat dilihat, contohnya di Arab Saudi di mana saluran Al-Jazeera mempunyai hampir 200 saluran.

"Setakat ini RTM sedang merancang untuk mewujudkan saluran-saluran TV digital seperti Bestari, Arena, CY dan Harmoni.

"Sementara itu, saluran TV Muzik Aktif pula telahpun kami lancarkan pada 16 Mac lalu. Semua ini adalah antara langkah awal dalam usaha kita menuju ke arah itu," katanya.

Pada persidangan yang bertemakan Industri Kreatif: Dimensi Baru Pembangunan Ekonomi itu seramai 30 pembentang kertas kerja termasuk dari Singapura, Thailand dan Korea turut mengambil bahagian.

Industri kreatif yang membawa maksud 'aktiviti yang berasal daripada kreativiti, kebolehan dan bakat individu berpotensi mencipta kekayaan serta peluang pekerjaan melalui penjanaan hakcipta intelek' itu mampu menjana ekonomi negara.

Tambahnya, jika cadangan mewujudkan Tahun Industri Kreatif itu dipersetujui ramai, beliau akan mengetengahkan usul itu hingga ke peringkat Kabinet.

"Kita kena melihat kemajuan yang telah dicapai oleh negara seperti United Kingdom yang menjana pendapatan terbesarnya daripada industri kreatif mengalahkan industri automobilnya.

"Malah, United Kingdom juga sudah lama ada CID (Creative Industri Department) mereka sendiri bagi memacu serta menentukan hala tuju industri tersebut," ujarnya lagi.

Persidangan yang mengenakan bayaran RM20 untuk pelajar dan RM100 buat wakil dari syarikat atau organisasi itu dihadiri kira-kira 300 peserta.

Hadir sama pada majlis perasmian itu ialah Timbalan Menteri Penerangan Datuk Tan Lian Hoe dan Ketua Setiausahanya, Datuk Kamaruddin Siaraf.

Sumber : Utusan Malaysia

Baca Sepenuhnya...

Jumaat, Mac 06, 2009

#224. Isu : Tiada usaha pulihara Studio Jalan Ampas

MESKIPUN bagi kebanyakan pengunjung Jalan Ampas, Singapura, kewujudan sebuah bangunan terbiar usang tercatat No 8, dianggap mencacatkan pemandangan. Sedangkan di tapak itulah suatu ketika dahulu gah sebagai studio penggambaran filem Melayu yang menyimpan pelbagai kenangan dan menjadi gelanggang melahirkan seniman tersohor tanah air.Studio Malay Filem Productions (MFP) di Jalan Ampas, Singapura milik Shaw Brothers beroperasi selama 19 tahun sebelum ditutup pada 1967.

Mengikut sejarah, ia dibangunkan dua beradik, Runme dan Run Run Shaw di kawasan seluas 40,000 meter persegi. Studio itulah yang melahirkan bintang ternama seperti Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee dan rakan seangkatannya termasuk Datuk Aziz Satar, S Shamsuddin, AR Tompel, Datuk Sarimah, Tan Sri Jins Shamsuddin, Datuk Ahmad Mahmud, Datuk Jamil Sulong serta ramai lagi.

Malah, di situ juga banyak filem lama yang kekal popular dan menjadi bahan bualan masyarakat sehingga kini, terutama koleksi filem lakonan dan arahan P Ramlee menjalani penggambaran.

Bagaimanapun, pemandangan serba kekurangan bangunan berkenaan mengguris perasaan terutama peminat filem Melayu klasik dan artis veteran yang mengunjungi kawasan itu.

Hanya terdapat sebuah batu memorial didirikan di depan studio berkenaan tetapi tiada sebarang usaha dijalankan di kawasan berkenaan termasuk mengekalkan identiti dan warisan studio berkenaan.

Lokasi bersebelahan bangunan studio berkenaan sudah dibangunkan termasuk kelihatan sebuah pusat penjagaan orang tua dan barisan bangunan rumah kedai yang belum beroperasi.

Persatuan Seniman Malaysia, Datuk Mustapha Maarof, berkata sumbangan studio berkenaan tidak seharusnya dilupakan kerana studio berkenaan yang pernah dilabelkan sebagai 'Hollywood Filem Melayu' ketika zaman kegemilangannya pada era 1950-an dan awal 1960-an.

Menurutnya, studio berkenaan terpaksa ditutup pada 1967 atas alasan tidak ada lagi sambutan terhadap filem Melayu di Singapura, selain kekurangan bakat baru.

Ini disebabkan ramai seniman dan seniwati filem Melayu 'lari' ke Kuala Lumpur berikutan isu politik apabila Singapura terpisah dari Malaysia.

"Apabila menjejak kaki ke studio berkenaan, perasaan yang kami (artis veteran) alami sukar diungkapkan kerana ia tempat mencari makan, menunjukkan bakat dan pelbagai kenangan manis dilalui bersama ketika penggambaran sesuatu filem.

"Antara pengalaman saya di studio berkenaan ialah ketika menjalani penggambaran filem Hang Tuah pada 1956 bersama Tan Sri P Ramlee.

"Kami mendapati keadaannya sudah banyak berubah termasuk barangan lama seperti peralatan penggambaran yang mempunyai nilai sejarah dibiarkan berlapuk. Ia sepatutnya dipulihara sebagai warisan sejarah kerana peranan pentingnya dalam industri perfileman serantau," katanya.

Sementara itu, artis veteran, Ahmad C, 78, berkata, beliau memulakan kerjanya sebagai pembantu pejabat di studio berkenaan termasuk menghantar mesej kepada artis mengenai jadual penggambaran dari lokasi berkenaan ke sesuatu tempat dengan hanya menaiki basikal.

Menurutnya, biarpun sudah lama tidak mengunjungi studio berkenaan akibat menghidap lelah, pelbagai peristiwa dan kenangan di studio Jalan Ampas terpahat di fikirannya selama-lamanya.

"Ramai yang tertanya bagaimana terdapat perkataan C di belakang nama saya. Ceritanya bermula apabila pengarah sukar memberi arahan kerja di studio apabila terdapat tiga pekerja bernama Ahmad. Oleh itu pengarah berkenaan meletakkan huruf di penghujung nama setiap kami termasuk Ahmad A, Ahmad B dan diikuti nama saya Ahmad C.

"Saya juga mempunyai pengalaman berlakon dalam filem Seniman Bujang Lapok apabila pengarah Ahmad Nesfu menghalau 'budak tiga ekor' Bujang Lapok, saya mencelah dengan secebis kertas, "Tuan Director, ini tiga orang tak tahu pasal shooting!".

"Lebih sayu mengenangkan pahit getir dilalui untuk menyara hidup sesudah Studio Jalan Ampas di Singapura ditutup. Sejak itu saya melakukan apa saja untuk mencari rezeki sehingga kini 'tersadai' di Tanjung Buai, Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor," katanya ketika ditemui di kediamannya di rumah pangsa berhampiran Tampines, Singapura, baru-baru ini.

Sumber :
Harian Metro
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

Baca Sepenuhnya...

Khamis, Mac 05, 2009

#209. Isu : P Ramlee bakal dapat gelaran Tun

Pengiktirafan hargai jasa tidak ternilai

PADA 8 Januari lalu, ruangan ini pernah mengulas mengenai cadangan Presiden Majlis Muzik Malaysia yang juga Pengerusi Majlis Artis Hiburan Tanah Air (Mahkota), Datuk A Rahman Hassan yang menyifatkan sudah tiba masanya, P Ramlee (Allahyarham) dikurniakan darjah kebesaran yang membawa gelaran Tun.

Dengan tajuk ‘Kewajaran anugerah gelaran Tun untuk P Ramlee’, ruangan ini turut menyatakan hujah bahawa keperluan memberi anugerah gelaran Tun penting sebagai simbolik dan mengambil kira kesan yang diberikan menerusi karya yang ditinggalkan P Ramlee kepada rakyat di negara ini kerana ia meninggalkan benchmark terbaik untuk mengukur hasil sebuah karya bermutu tinggi dan memberi kesan positif kepada pemikiran dan kehidupan masyarakat.

Cadangan itu harus diambil kira dari segi menilai, meninjau dan mengkaji semula pencapaian dan sumbangan bakti serta warisan seni yang ditinggalkan P Ramlee nyata begitu besar terhadap pembangunan jiwa dan sosial rakyat kerana karyanya mendidik dan mengajak masyarakat untuk mengerti sebuah kehidupan, keadilan, maruah diri, perpaduan, patriotik, semangat moral dan menghormati budaya bangsa.

Hasrat itu nampaknya bakal menjadi kenyataan kerana dalam Dewan Rakyat kelmarin, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan mahu mencadangkan kepada pihak yang berkenaan untuk mengurniakan anugerah dengan gelaran Tun kepada Seniman Agung itu.

Timbalan Menterinya, Teng Boon Soon, berkata pihak kementerian menyokong penuh gelaran Tun untuk P Ramlee setelah mengambil kira jasa besarnya dalam bidang kesenian dan kebudayaan di negara ini, malah ia terus dihargai dan dikenang sehingga kini. Katanya, kehebatannya itu bukan sekadar berlakon, menghasilkan skrip dan mengarah filem, tetapi juga bermutu dari segi pengkaryaan menghasilkan lagu, seni suara, menjadi pemuzik dan pelawak.

Cadangan itu juga sebagai menjawab saranan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali di Dewan Rakyat yang berpendapat gelaran Tan Sri untuk P Ramlee ketika ini tidak mencukupi kerana gelaran itu juga sudah diberikan kepada beberapa seniman lain walaupun sumbangan mereka tidak sebesar Allahyarham.

Ini bererti jika saranan kementerian itu diterima pihak berkenaan, maka gelaran Tun kepada kepada P Ramlee akan dibuat secara posthumous, iaitu selepas hampir 36 tahun beliau meninggal dunia. Gelaran Tan Sri yang diperoleh Allahyarham dulu pun diberikan secara posthumous, selepas 17 tahun kematian beliau, diberikan pada 1990 oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Azlan Shah.

Memang wajar dan selayaknya Allahyarham dikurniakan gelaran Tun. Kenangan, penghargaan dan pengiktirafan untuk jasa bakti dan sumbangan besar P Ramlee dalam bidang perfileman, muzik dan seni budaya di negara ini seharusnya berterusan. Ini mengambil kira kesan kebanyakan karya filem dan muzik P Ramlee meninggalkan pengajaran kuat pada masyarakat, malah menjadi simbol perpaduan rakyat di negara ini kerana karyanya turut disukai pelbagai lapisan kaum, usia dan kelas masyarakat.

Pada 29 Mei ini, genap 36 tahun Allahyarham bersemadi dan selama itu jugalah namanya terus harum kerana sering disebut di kalangan masyarakat apatah lagi karya muzik dan filemnya berterusan dan saban hari dapat ditonton dan didengar peminatnya serta generasi baru kini. Sekali fikir kehebatan P Ramlee ini lebih dikenang, dihargai dan disebut sepanjang masa berbanding tokoh dalam bidang lain yang juga banyak berjasa untuk negara kerana khazanah seni P Ramlee itu sendiri yang menyebabkan ia sering mendapat perhatian dan terus disajikan kepada masyarakat. menerusi media elektronik.

Memang benar apabila gelaran Tun diberikan kepada P Ramlee ia membuktikan kedudukannya diletakkan di tempat lebih tinggi dalam industri hiburan dan seni budaya di negara ini sekali gus tidak mampu disaingi oleh mana-mana artis atau anak seni lain, malah sehingga kini kita belum menemui bakat hebat di kalangan artis zaman alaf baru yang mampu setanding Seniman Agung itu.

Memang secara logik sepatutnya sudah lama sepatutnya kita meletakkan pengiktirafan tertinggi kepada P Ramlee atas nama rakaman penghargaan tidak ternilai ke atas jasanya kerana Allahyarham meninggalkan khazanah dan warisan seni yang tidak tidak ternilai harganya - juga tidak akan dapat ditandingi mana-mana anak seni lain kerana karya P Ramlee walaupun bukan semua tetapi kebanyakannya terus relevan dan melangkaui zaman kerana terus disukai sampai sekarang terutama dari aspek kritikan sosial dan politik, peradaban, kemanusiaan, kekeluargaan dan kasih sayang.

Penganugerahan gelaran Tun kepada P Ramlee kelak juga bakal memberi satu inspirasi dan kebanggaan buat masyarakat kerana dalam bidang seni budaya dan industri hiburan di negara ini ada satu contoh terpuji dan hebat yang seharusnya dijadikan ikon seni terbaik. Sudah tentu juga anak seni yang ada di Malaysia akan berasakan lebih dihargai dan disanjung kerana akhirnya ada satu contoh seorang anak seni yang mempunyai bakat luar biasa dan genius diiktiraf oleh negara dan bangsanya, setanding tokoh lain dalam bidang profesional lain.

Sehingga hari ini industri seni budaya dan hiburan di Malaysia masih gagal menemui pengkarya yang boleh menyamai kehebatan P Ramlee. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan separuh kejayaan P Ramlee pun belum ada jika mengikut kayu ukur pencapaian anak seni zaman sekarang meskipun ramai anak seni dan artis sekarang yang terpelajar, popular dan menjadi kaya raya.

Sewajarnya juga Pustaka Peringatan P Ramlee yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur, seharusnya dinaikkan taraf dan ditambahkan lagi koleksi serta bahan pamerannya supaya ia lebih daya tarikan untuk generasi baru serta pelancong untuk mengenal secara lebih dekat mengenai diri dan peribadi insan bernama P Ramlee. Pustaka yang wujud itu tidak seharusnya sekadar ‘janji ada’ sebaliknya harus mempunyai pelbagai kegiatan dan dibuat promosi. Nama P Ramlee akan terus hidup di hati peminat dan masyarakat selagi filem dan muziknya bertakhta di hati mereka.

Kata P Ramlee dalam filem Bujang Lapok: “Inilah sandiwara dunia...” - akmel@bharian.com.my

Sumber :
Berita Harian
Oleh Akmal Abdullah
akmel@bharian.com.my

Baca Sepenuhnya...

Rabu, Februari 04, 2009

#74. Isu : Kaji cadangan Festival Filem OIC

04hb Februari, 2009
Utusan Malaysia

ISU penganjuran festival filem yang membabitkan para karyawan dari kalangan negara-negara Islam dengan memaparkan karya-karya yang berteraskan intipati daripada kemurnian agama Islam bukanlah suatu perkara baru.

Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) misalnya, pernah mencadangkan agar diadakan festival filem di kalangan negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada persidangan pertubuhan itu di Kuala Lumpur pada 2002.

Terbaru, usul yang hampir sama turut disuarakan oleh Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pada Mesyuarat Persidangan Menteri-Menteri Penerangan Islam yang berlangsung di Rabat, Maghribi 27 Januari lalu.

Sesungguhnya, idea itu tercetus atas rasa kesedaran bahawa umat Islam tidak kira daripada apa juga bidang, kini haruslah bersatu tenaga bagi menggerakkan kekuatan demi mempertingkatkan lagi syiar Islam.

Justeru, medium perfileman merupakan antara cara yang berkesan bagi kalangan pembikin filem dari negara-negara Islam mengetengahkan mesej-mesej mereka menerusi filem supaya ia dapat disebarluaskan ke seluruh dunia.

Tidak dinafikan, idea dan hasrat murni itu mendapat reaksi yang positif daripada hampir keseluruhan para penggiat perfileman di negara ini di mana terdapat banyak manfaat yang akan diperolehi daripada festival tersebut.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Razali Ibrahim turut menyambut baik cadangan itu yang dilihatnya mampu mempertingkatkan kerjasama dalam bidang perfileman di kalangan negara anggota OIC.

Menurutnya, festival filem seperti itu secara tidak langsung mampu untuk memperkembangkan lagi filem-filem berunsur keislaman tanpa terlalu bergantung kepada dominasi dan pengaruh filem-filem dari Hollywood.

"Festival seperti itu boleh membantu kita menyebarluaskan lagi ajaran Islam di mana ia juga sebagai salah satu alternatif untuk meningkatkan kualiti filem dan berdaya saing dengan filem-filem dari negara-negara bukan Islam.

"Dalam hal ini, Finas sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada cadangan seperti itu," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Apatah lagi, festival seumpama itu antara lain mampu untuk membuka ruang kepada para karyawan kita supaya saling bantu membantu dalam usaha memasarkan filem-filem mereka di kalangan negara-negara anggota OIC.

Ini kerana, OIC yang dianggotai lebih 30 negara menyediakan pasaran filem yang amat luas termasuklah di negara-negara Timur Tengah serta Asia Barat seperti Iran, Jordan dan Mesir.

Bagaimanapun, sebelum festival filem itu diadakan, pelbagai kajian haruslah dilakukan oleh pihak penganjur supaya matlamat nya jelas dan mampu memberi kesan kepada semua pihak.

Penganjur festival itu haruslah mendapatkan kerjasama daripada kalangan pemimpin OIC supaya ia dapat dijalankan seiring dengan matlamat pertubuhan itu antara lain mahu merapatkan hubungan sesama anggota.

Kita tidak mahu filem-filem dari negara-negara Islam yang bagus mesejnya tetapi tidak dapat diketengahkan kepada umum seperti yang berlaku ke atas filem-filem yang bertanding pada Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini.

Filem dari Jordan berjudul Captain Abu Raed yang muncul sebagai Filem Asia Terbaik pada festival itu tidak dapat diketengahkan secara meluas termasuklah di negara ini kerana kurangnya sokongan.

Baca Sepenuhnya...

Isnin, Februari 02, 2009

# 64. Isu : Are Film Critic's Irrelevant?

CNN did an interesting piece today discussing critics and their relevance or should I say lack of relevance to movie goers these days. They even have a particularly interesting portion where they basically say its the studios fault that film critics are no longer relevant. Quoting CNN;

....many critics lament the fact that a review no longer carries the weight it once did with audiences. The pervasiveness of publicity junkets and coverage in the blogosphere, have to a degree, made films critic-proof. This is especially true of blockbusters, where marketing campaigns build up such anticipation that a film has to receive terrible reviews across the board in order for its chances of success to be dented.

I think that 'film critics' are missing the point. Reviews still hold their relevance and weight its just no longer a small group of people who dictate a films fate. Now literally thousands of bloggers do. I disagree wholeheartedly that film critics are irrelevant but it also depends on what you consider a critic. For example my good friend John Campea reviews movies just as I do but neither one of us hold any accreditation or consider ourselves 'journalists'. Does that make us critics? Not if you ask the critics. But what if you ask our readers? Do our reviews hold less merits then say a review by the Sunday paper?

Critics are still very relevant in my books it just so happens that the curtain has come up and now anyone can be a critic and that in my books is a good thing for film goers and the studio. For every bad review you can always find a good one and for every fan you can always find a reviewer who has similar tastes to your own. Rather then having to decide off of one critics review in the paper who may or may not even like the genre they reviewed.

Probably the one part of the piece I took the biggest exception to was when they talked about how Film Critics are champions for rare and little known films. I for one think that bloggers are the real champions for rare films and small indie productions. I would never turn to a critic for their reflections on a small foreign film I would instead turn to Twitch which have been championing the genre for years. Just as if I wanted to read a horror review or find out about some obscure indie zombie movie I would turn to HorrorMovies.ca. Bloggers are on the front lines of indie film making and if you really want to find some gems you will turn to them... not a local paper or magazine.

I do believe that film critics are relevant and that they do impact the bottom line of movies but its no longer the profession it once was. No longer do you have to know the right people or have the right education to review movies and have an impact on a films bottom line. Now anyone can post a review on the Internet and reach thousands of movie goers. Whats more movie goers can get a variety of reviews and perspectives without the cost of a subscription to a paper or magazine. Critics are still relevant but definitely it has changed and depending on your outlook or profession that may strike you as good or bad.

Baca Sepenuhnya...

Ahad, Februari 01, 2009

#58. Isu : Iran to familiarize academics with political aims of Western movie productions

01hb Februari, 2009
Tehran Times Art Desk

TEHRAN -- Political aims behind films being produced in Western countries will be examined during a series of seminars to be held in Iranian universities in forthcoming months.The seminars will be arranged by each university’s Office of the Supreme Leader’s Representative in order “to enlighten students about the political aims of these productions,” an official of the Supreme Leader Office Hossein Shafiei told the Persian service of IRNA on Saturday.

“Persepolis” and “One Night with the King”, both involving Iranian stories, and “The Pianist” and “Chicken Run”, both depicting allusions to the Holocaust, are slated to be reviewed during the first series of seminars to be held by the end of the Iranian calendar year that begins on March 21.

Outstanding film critics have been invited to the seminars, in which leaflets bearing information and film reviews will be distributed.

“Over the past few years, the political agencies in the United States and Europe that are opponents of the Islamic Revolution, have been producing films challenging Iranian and Islamic culture and they support this policy with their media facilities,” Shafiei said.

“Thus, the Political Studies Section of the office has decided to arrange the seminars to expose the political aims of these productions for people and academics,” he added.

“Persepolis”, on an Iranian girl growing up during the final days of the last shah and the early days of the Islamic Republic, and “300,” by Warner Bros., a historic film about the Persian king Xerxes, were found to be insulting to Iranian culture by the government.

Baca Sepenuhnya...

#57. Isu : Harry Potter part of Zionist conspiracy

Wednesday, January 28th 2009, 7:58 PM
Daily News
Eliot Olshansky

Not everybody has fallen under Harry Potter's spell.

A short Iranian documentary recently translated by the Middle East Media Research Institue and published on the Jerusalem Post's website claims that the teen wizard hero of J.K. Rowling’s best-selling books and movies is being used to promote Zionist propaganda.The five-minute segment (video below), which aired on Iranian news channel IRINN on December 15, shows clips from 2002's "Harry Potter and the Chamber of Secrets" while several commentators offer their explanations of the symbolism in the series.

"Now more than ever," the Iranian film's narrator says, "this tool serves to spread the dark and evil essence of Zionism and its goals."

The commentators point to several different elements of the story as evidence of a Zionist agenda - pointing to the themes of witchcraft and wizardry, which the documentary ties to Kabbalah, the study of Jewish mysticism.

"[The Zionists] are trying to convince viewers that because there is no easy way to distance oneself from witchraft, Satan and the like…they are saying indirectly, 'Join us,'" says Ali Asghar Sa’adati, billed as an Iranian expert on religious cinema.

The IRINN piece also looks to the battle over "pure" wizarding blood as evidence of a Zionist subtext.

"Propaganda for purity of blood and race, one of the principles of global Zionism, is openly portrayed and emphasized in the second Harry Potter film," the documentary's narrator says, alluding to the films' villains' obsessions with blood purity. "If we add this [film] to the other pieces of the puzzle – the beliefs depicted in the other propaganda and political products of the Ziono-Hollywoodists, the Satanic features of this inhumane movement will become more evident."

Iranian film critic Sa'id Mostaghasi, meanwhile, sees Harry raised up as a Messianic figure, and his final battle with the Dark Lord Voldemort as being akin to the End of Days.

"[The Zionists] support Harry Potter because he is the promised Messiah," Mostaghasi says. "As you can see, he has the same traits and wants to defeat a dark force, which in this film is depicted as Voldemort. In the sixth episode, there is even mention of the War of Armageddon.

Surprisingly, nobody in the documentary latched on to the half-Jewish background of actor Daniel Radcliffe, who plays the titular wizard.

"Harry Potter and the Half-Blood Prince," the sixth film in the series, is scheduled to arrive in theaters on July 17, with "Harry Potter and the Deathly Hallows" set for a two-part release in 2010 and 2011.

Baca Sepenuhnya...

Jumaat, Januari 30, 2009

#53. Isu : Setanding Hollywood

30hb Januari, 2009
Harian Metro
Ramlah Zainal

SELEPAS menunggu lebih dua tahun, akhirnya pembinaan Studio Digital Mix Stage, Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang siap sepenuhnya sekali gus mencatat sejarah baru dilakar dalam industri perfileman tanah air.Acara perasmian studio yang juga projek terulung Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ini bakal disempurnakan dalam acara gilang gemilang oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jam 8 malam, 1 Februari ini.

Pembinaan studio tiga setengah tingkat dengan keluasan 3,950 meter persegi sejak Disember 2006 ini membabitkan perbelanjaan RM53 juta di bawah projek Rancangan Malaysia ke-9 serta bertepatan usaha Finas untuk terus memartabatkan industri filem tanah air ke tahap lebih baik.

Ketua Pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim berkata, pembinaan studio itu tepat pada masanya.

"Studio Digital Mix Stage itu menyediakan kemudahan serba lengkap selaras sasaran Finas untuk penerbitan 30 filem setahun tahun ini. Langkah ini diharap dapat mengurangkan kos produser tempatan dalam menghasilkan filem kerana mereka tidak perlu menjalankan kerja produksi di luar negara seperti di Hong Kong, Bangkok dan New Zealand selepas ini.

"Studio ini juga projek pertama seumpamanya di negara ini dan diiktiraf sebagai Dolby Digital Premiere. Pembinaan studio setanding Hollywood ini juga usaha kami untuk menarik pembikin filem dari luar negara untuk menjalani penggambaran filem di sini.

"Kini, pembikin filem luar negara datang ke negara kita bukan hanya untuk merakamkan lokasi menarik di sini sebaliknya mereka boleh menjalankan kerja pasca produksi dengan kepakaran yang kita ada di studio ini," katanya. Bagaimanapun, buat masa ini kata Mahyidin, pihaknya memberi keutamaan kepada pembikin filem tempatan untuk menggunakan kemudahan studio itu.

"Selepas studio ini stabil barulah kita memberi peluang kepada pembikin filem luar untuk menggunakan kemudahan disediakan studio ini," katanya.

Mahyidin ditemui ketika sesi lawatan media ke Studio Digital Mis Stage di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Jurutera Finas, Hassan Asbor Hassan Mutaat dan Jurutera Bunyi, Azriddin Hamzah.

Sementara itu Hassan berkata, pembinaan studio itu juga memberi ruang kepada pembikin filem tempatan menghasilkan adunan audio dari tahap Dolby Digital 5.1 hingga 6.1.

"Pada masa sama, ia juga menawarkan ruang kerja yang beraspirasi dan menenangkan. Secara tidak langsung perhatian dapat ditumpukan sepenuhnya kepada karya mengikut daya kreativiti mereka.

"Studio ini ditampilkan dengan peralatan audio terkini yang setanding studio di luar negara. Tambahan pula pembinaan studio ini mendapat sentuhan pakar dari Hollywood dalam reka bentuk bangunan, akustik dan juga pemilihan peralatan.

"Antara kemudahan ditawarkan di sudio ini, Audio Dubbing Room, Audio Sweeting Room, Foley dan Optical Sound Camera," katanya.

Baca Sepenuhnya...

Rabu, Januari 28, 2009

#43. Isu : Waiting For Muallaf

20hb Januari, 2009
The New Strait Times
FARIDUL ANWAR FARINORDIN

Yasmin Ahmad’s Muallaf has been well-received in Singapore but has not been released in cinemas here. FARIDUL ANWAR FARINORDIN speaks to the director on her plans to stage a special charity screening of the movie. FOR some strange reason, Yasmin Ahmad’s Muallaf, a heart-wrenching story about love, forgiveness and religious tolerance, has yet to hit the cinemas.

There have been talks with distributors who had expressed their interest in releasing the film which stars Sharifah Amani Syed Yahya and her sister Sharifah Aleysha, Brian Yap, Rahim Razali and Ning Baizura. But it remained just talks.
(From left) Brian Yap, Sharifah Aleysha and Sharifah Amani (hidden) in a scene from Muallaf.

The film (much to Yasmin’s delight) has just been approved for viewing, with no cuts by the Censorship Board.

“I only had to mute the dialogue in three small scenes, which does not affect the plot,” said Yasmin in an interview recently. She said Astro has plans to screen the movie.

“I don’t know if it will be released in cinemas... in a way, I don’t want it to be,” she said, recalling negative reports from certain quarters who criticised the film’s religious elements.

“From the Internet, I have learnt that people have misunderstood my intentions and started calling me names. It is disheartening. What’s more heartbreaking is that they are local folk who watched the movie in Singapore.”

While Yasmin feels sad that some in the industry are continuously trying to “bring her down”, she is relieved that Muallaf is a winner across the Causeway.

“It ran for a month there in December. Muallaf will be screened in Singapore again in February.”

Yasmin hopes to bring Muallaf to local audiences in a special charity screening for Mercy Malaysia in aid of the Palestinians. There is, however, one problem.

“I have to make another print of the movie and this costs money,” she said. As an alternative, her latest feature film, the family musical Talentime, will be screened at the corporate charity event instead.

Talentime is scheduled for release on March 26.

Starring Mahesh Jugal Kishore, Mohd Syafie Naswip, Pamela Chong, Azean Irdawaty and Jaclyn Victor, it features a beautiful soundtrack, O Re Piya, taken from Bollywood’s acclaimed love story Aaja Nachle starring Madhuri Dixit and sung by classical singer Rahat Fatheh Ali Khan.

“It’s about family and a talent competition in a rundown school. Mohd Syafie plays a teenager whose mother (Azean Irdawaty) has a brain tumour. It moves in tandem with Mahesh’s story. Mahesh’s sister is played by Jac. And then there’s Chong’s interracial family,” she said.

The special screening is open to corporate bookings (on a donation basis) because “individual ticket sales can be complicated — it deals with cash”.

“There are still seats left at the cinema that can accommodate 320 people,” said Yasmin, who will be present at the screening.

Yasmin receives regular updates on the welfare of Palestinian refugees from Mercy Malaysia president Dr Jemilah Mahmood.

“This time, it’s not about me or my work. I don’t want any credit for this (movie screening). I am just doing my part in these troubled times. I am helping to raise funds for the people of Gaza, especially women and children.”

Yasmin had heard stories from Jemilah of how “children were shot... ”

“There is also a story of children who were taken to a hospital in Egypt unconscious. When they came to, they cried, asking to go home. But there’s no home to go back to.”

If the response to the event is good, Yasmin may plan other charity screenings.

“It all depends on the availability of a cinema.”

Baca Sepenuhnya...

Khamis, Januari 22, 2009

#31. Isu : Finas Perlu Rangsang Penonton Baru

22hb Januari, 2009
Berita Harian
Rozdan Mazalan

PENCAPAIAN filem cereka tempatan pada tahun lalu agak baik apabila menerusi 25 judul filem yang ditayangkan, kutipan kasar yang diperoleh mencecah RM41 juta berbanding 2007, kutipannya sekitar RM30 juta menerusi 21 judul filem. Tahun ini, dianggarkan ada 30 filem cereka bakal mengisi pawagam dengan sasaran kutipan kasar ialah RM45 juta.

Perkembangan sinema Malaysia ketika ini agak memberangsangkan bukan saja dari segi kutipan dan jumlah penerbitan yang semakin meningkat dan konsisten tetapi juga bertambahnya penerbit baru yang melabur dalam bidang penerbitan filem dan adanya usaha daripada kerajaan untuk membantu dari segi dana sama ada secara pinjaman mahupun geran.

Suasana yang semakin baik untuk industri filem tempatan ini seharusnya digerakkan lagi dengan pelbagai usaha gigih daripada pihak karyawan filem sendiri dengan menghasilkan filem yang menarik ditonton dan bermutu, selain pada masa untuk mempelbagai genre dan pengisian yang segar dan mampu memikat penonton filem tempatan supaya terus rajin ke pawagam.

Pentadbir pengurusan industri filem khususnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) juga seharusnya melihat situasi ini adalah satu suasana baik dan perlu merancang sesuatu supaya keyakinan penonton terhadap filem Melayu atau tempatan sentiasa berterusan, bukan lagi seperti beberapa tahun sebelum ini keadaan pasarannya sering tidak menentu. namun, keadaan selesa seperti ini bukan bererti kita tidak perlu lagi buat apa-apa untuk menambah penonton filem tempatan.

Sasaran untuk mencari sejuta penonton untuk filem tempatan tidak akan tercapai selagi kita tidak ada usaha untuk membina keyakinan masyarakat supaya kenali, hargai dan sayangi filem tempatan. Selain perlu mewujudkan semangat ‘Beli Barang Malaysia’ kempen seperti ini juga wajar diserapkan kepada masyarakat kita untuk memberi minat terhadap filem tempatan dan bersedia untuk ke pawagam. Kita tidak boleh lagi hanya mengharapkan sekitar 250,000 hingga 400,000 penonton saja yang rajin ke pawagam untuk menyokong filem tempatan. Dari dulu, jumlah penonton ini saja yang ada dan silih berganti tetapi bilangannya masih tidak meningkat.

Sewajarnya kena ada usaha dan idea bagaimana untuk memikat lebih ramai rakyat Malaysia supaya rajin ke pawagam dan menjadikan pawagam sebagai tempat riadah minda, bersantai dan berhibur sambil menyokong filem tempatan. Finas perlu mencari jalan untuk merangsang masyarakat yang bukan penonton filem tempatan atau yang tidak pernah menyokong filem tempatan untuk membawa mereka meraikan filem tempatan di pawagam. Misalnya, boleh adakan kempen Jom Tengok Wayang! atau mengadakan semula kempen Cintai filem Malaysia secara agresif dan meluas ke seluruh negara.

Dari segi promosi, selain penerbit sendiri terpaksa menyediakan kos untuk membuat pengiklanan dan kegiatan publisiti, seharusnya Finas juga harus menyediakan peruntukan untuk membantu promosi filem tempatan, iaitu mana-mana filem yang mahu ditayangkan. Sudah tiba masanya juga Finas mampu membeli slot siaran atau iklan di stesen TV untuk rancangan mempromosikan filem tempatan dengan cara tertentu.

Dari segi skim Wajib Tayang, memang ia sangat membantu penerbit dan sesuatu filem itu apabila memasuki pawagam. Tempoh tayangan dua minggu menerusi skim ini boleh dilanjutkan menjadi tiga minggu supaya memastikan jangka hayat filem Melayu atau tempatan sentiasa terjamin apatah lagi filem kita sering berdepan saingan filem import terutama filem mega dari Hollywood. Finas seharusnya berani bertegas dengan pemilik pawagam kerana tempoh tiga minggu Skim Wajib Tayang perlu atas rasa tanggungjawab untuk pasaran filem dari negara sendiri berbanding jika tindakan kurang popular diambil seperti menaikkan harga tiket filem import, levi mahupun beberapa sekatan lain. Kita tidak mahu sampai tahap begitu kerana mengamalkan pasaran terbuka tetapi pada masa sama kita harus tegas melindungi dan memudahkan produk dari negara kita.

Usaha yang dibuat Finas setakat ini untuk membantu promosi filem tempatan masih lemah. Ia tidak cukup sekadar mewujudkan tayangan filem lama di pawagam Coliseum di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada setiap Sabtu dan melahirkan beberapa kelab pencinta filem di sekolah, kemudian mengadakan beberapa acara mengenai kegiatan filem lain. Seharusnya ada dana khas untuk geran promosi filem tempatan yang mahu memasuki tayangan pada tahun ini dan seterusnya. Promosi dan hebahan meluas penting.

Setakat ini penerbit terpaksa membelanjakan duit mereka untuk membuat promosi sesuatu filem sedangkan pemilik pawagam dikatakan langsung tidak mahu mengeluarkan modal untuk membuat promosi filem sedangkan hasil kutipan di pawagam dikongsi dua antara dua pihak. Sepatutnya, Finas perlu mendesak dan mengenakan peraturan kepada pemilik pawagam untuk turut sama membantu membuat promosi untuk filem tempatan. Mungkin juga wajar dibina pawagam kecil di beberapa bandar kecil supaya pusingan kedua tayangan sesuatu filem dapat diadakan selepas selesai tayangan di pawagam popular.

Masalah kepenontonan filem Melayu di pawagam bukan kerana tidak ada filem yang menarik atau bermutu sebaliknya masih ramai lagi masyarakat kita yang prejudis terhadap filem bangsa sendiri, malah ada yang secara terang memang langsung tidak berminat untuk menonton filem tempatan kerana taksub terhadap filem asing. Mereka ini harus kita sedarkan dengan mengadakan pelbagai usaha dan kempen memperlihatkan filem tempatan juga mempunyai ada daya tarikan tersendiri bak kata orang tak kenal maka tak cinta.

Finas wajar mencari jalan untuk membudayakan semula kegiatan menonton filem di pawagam terutama kepada semua lapisan masyarakat supaya persepsi negatif ke pawagam dapat dikurangkan dan melihat semula kegiatan menonton filem adalah satu aktiviti murni, bersifat kekeluargaan dan satu riadah minda yang boleh berkongsi rasa dan emosi.

Filem tempatan perlukan penonton baru supaya masa depannya terpelihara dan terjamin. Kita tidak mahu lagi suasana sebelum ini yang sering tidak menentu dan ada ketikanya filem tempatan hampir hilang penonton. Ini penting kerana jika penerbitan filem tempatan semakin bertambah, tetapi penonton tidak bertambah dan jumlah penonton sedia ada pula tidak mampu untuk mengikuti semua judul yang memasuki pawagam, ini menyebabkan sokongan terhadap filem tempatan akan kembali lemah. Sekali gus ia memberi risiko tinggi kepada penerbit terutama mereka yang baru membabitkan diri dalam penerbitan filem tidak lagi berminat untuk melabur.

Adalah sesuatu yang rugi jika produk filem tempatan terutama yang ada daya tarikan dan bermutu tetapi tidak dapat dikongsi dengan masyarakat di pawagam kerana sikap negatif mereka terhadap filem tempatan dan kurangnya promosi. Contohnya, selepas ini akan ditayangkan filem animasi 3D tempatan pertama dari negara ini, Geng: Pengembaraan Bermula yang seharusnya menjadi kebanggaan masyarakat dan wajar ramai menontonnya di pawagam untuk meraikannya. Begitu juga selepas ini beberapa judul filem serius ceritanya dan ada elemen sejarah akan dihasilkan. Tetapi, mampukah kita mengharapkan penonton baru dan sedia ada untuk menghargainya kerana seperti mana berlaku sebelum ini, jika ada filem yang menampilkan cerita serius seperti filem Kala Malam Bulan Mengambang, Wayang dan 1957: Hati Malaya, masyarakat kita tidak tahu nak menghargainya sedangkan filem terbabit mendapat pujian ramai dan diiktiraf di festival nasional. Soalnya, sampai bila kita mahu biarkan keadaan ini terus berlaku dan merugikan industri filem sendiri.

Kata orang, gelang di tangan orang nak dirampas, cincin di jari sendiri tercabut hilang...

Baca Sepenuhnya...

#18. Isu : Rasional Harga Tiket, Skim Wajib Tayang

14hb Januari, 2009
Utusan Malaysia

SKIM Wajib Tayang yang disyaratkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sejak empat tahun lalu kepada pawagam-pawagam di negara ini bertujuan menjaga kepentingan para penerbit dan filem-filem tempatan.Menerusi skim itu, pihak pawagam diwajibkan menayangkan filem-filem tempatan untuk tempoh sekurang-kurangnya dua minggu supaya mereka lebih berdaya saing dengan filem-filem dari luar negara.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, ada pula cadangan daripada segelintir penerbit filem yang mahukan supaya Skim Wajib Tayang dihapuskan dengan alasan ia masih belum banyak membantu menambah kutipan tiket filem-filem terbitan mereka.

Secara kasarnya agak menghairankan juga apabila isu seperti itu ditimbulkan kerana skim tersebut setakat ini telah banyak membantu para penerbit filem tempatan dalam usaha mereka mengaut kutipan tiket yang lebih tinggi.

Perkara itu antara lain timbul apabila tempoh tersebut dikatakan bukan sahaja tidak mencukupi, malah ada di kalangan pawagam yang menarik tayangan sesebuah filem tempatan tidak sampai dua minggu ia ditayangkan kerana sambutan dingin penonton.

Sehubungan itu, menurut Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim, terdapat beberapa perkara yang termaktub dalam Skim Wajib Tayang yang harus diperkemaskan lagi demi menjaga kepentingan pihak penerbit dan juga pawagam pada masa depan.

"Antaranya saya dapat tahu, ada penerbit yang tidak mahu filem mereka ditayangkan di skrin pawagam yang besar.

"Ini kerana, apabila filem mereka ditayangkan di pawagam-pawagam yang besar, dan hanya ditonton tidak sampai 30 peratus kapasiti pawagam tersebut, maka pihak pawagam boleh menarik balik tayangannya kerana ia merugikan mereka," ujarnya.

Persoalan yang timbul daripada isu itu ialah, mampukah para penerbit filem kita bersaing secara terbuka dengan filem-filem dari luar negara tanpa adanya Skim Wajib Tayang tersebut?

Daripada senario itu, ia sedikit sebanyak menggambarkan para penerbit kita belum mampu bersaing terutamanya dengan filem-filem besar dari Hollywood yang turut ditayangkan di pawagam yang sama.

Dalam masalah ini, Finas bukan sahaja patut bersikap tegas dalam melaksanakan skim tersebut, tetapi di kalangan penerbit dan pihak pawagam juga haruslah berbincang dalam menyediakan saiz pawagam yang sesuai dengan 'keupayaan' tarikan sesebuah filem.

Selain itu, baru-baru ini ada juga cadangan yang datangnya daripada para penggiat dalam industri perfileman tanah air yang mahu agar harga tiket bagi menyaksikan filem-filem dari Hollywood dinaikkan daripada RM10 kepada RM20.

Cadangan itu antara lain bagi menjaga kepentingan filem-filem tempatan yang dikatakan menerima saingan sengit daripada kemasukan banyak filem-filem hebat, terutama dari Hollywood.

Cara itu kononnya sedikit sebanyak diharap dapat menggalakkan lebih ramai penonton menyaksikan filem-filem Melayu kerana harganya lebih murah.

Idea itu secara kasarnya dicetuskan oleh kalangan penerbit filem kita yang mungkin sudah tidak mampu lagi untuk bersaing dengan filem-filem Hollywood yang terkenal kerana mempunyai daya tarikan serta kualiti yang lebih tinggi berbanding filem-filem tempatan.

Nampaknya Skim Wajib Tayang yang diperkenalkan oleh Finas sejak beberapa tahun lalu bagi mewajibkan tayangan sekurang-kurangnya dua minggu kepada filem-filem tempatan di pawagam-pawagam masih belum memadai.

Ramai pembikin filem tempatan yang menyokong cadangan tersebut kerana ia sebagai salah satu cara untuk meneruskan kelangsungan dalam industri perfileman di negara ini yang pada masa sama turut dibanjiri oleh banyak filem dari Hong Kong, Bollywood, Korea, Jepun, Thailand dan Indonesia.

Sayangnya, daripada sudut lain pula, ia akan memberi tekanan kepada para penonton yang terpaksa mengorbankan lebih banyak wang mereka semata-mata kerana mahu menonton sesebuah filem berkualiti dari Hollywood. Malah, cadangan itu juga belum tentu mampu memberi jaminan bahawa para peminat akan menonton filem Melayu biarpun jika harga tiketnya lebih murah.

Kita janganlah terlalu mudah mencari jalan pintas untuk menarik para penonton menonton filem-filem Melayu tanpa mengambil kira aspek-aspek lain terutamanya kualiti, jalan cerita dalam filem dan pemasarannya.

Pada masa sama, jika cadangan itu mahu dikuatkuasakan, maka filem-filem dari Hong Kong, Bollywood, Jepun, Korea, Thailand dan Indonesia juga sepatutnya tidak dikecualikan kerana mereka turut menyumbang kepada masalah yang sedang berlaku sekarang ini.

Kalaulah cadangan itu akan dilaksanakan juga, para penonton tentunya akan berfikir banyak kali soal kualiti dan kelainan jalan cerita dalam filem-filem kita di mana harga tiket murah bukan lagi menjadi keutamaan tetapi yang penting ialah soal kepuasan menonton!

Baca Sepenuhnya...

#16. Isu : Penonton Masih Kuasa Penentu

12hb Januari, 2009
Berita Harian
Zainuri Misfar

Krisis ekonomi dunia dijangka tidak banyak menjejaskan aktiviti perfileman tanah air

BENARKAH tempias krisis ekonomi tahun ini akan menjejaskan minat orang ramai untuk menonton filem?

Bagi sesetengah produser filem kita, ia mungkin berlaku berdasarkan sambutan dan kutipan kasar filem tempatan yang ditayangkan pada tiga bulan terakhir tahun 2008.

Selain faktor ekonomi, keadaan cuaca yang tidak menentu juga dikatakan menjadi sebab untuk orang ramai tidak ke panggung. Malahan timbul juga cadangan supaya harga tiket filem import dinaikkan sehingga RM20 bagi memastikan kelangsungan filem tempatan.

Persoalan filem tempatan mendapat tempat di hati penonton atau tidak, masih jadi isu yang seolah-olah tidak berkesudahan. Kebanyakan produser dan karyawan filem sudah berusaha sebaik mungkin menghasilkan filem terbaik dengan menyediakan pelbagai jenis atau genre untuk dipilih penonton.

“Semuanya masih terletak di atas kehendak penonton. Kalau mereka hendak tengok, mereka tidak peduli filem apa dan berapa harga tiket. Tetapi apabila berasa tak nak tengok, filem yang bagus atau harga tiket murah, malahan kalau ada duit sekalipun, mereka tetap tak nak tengok juga,” demikian kata Pengarah Eksekutif Tayangan Unggul Sdn Bhd, Datuk Tengku Anuar Mussaddad.

Menurutnya, beliau yakin faktor ekonomi tidak menjejaskan industri perfileman kerana kebanyakan penonton filem adalah orang muda dan sudah bekerja atau pelajar bukan di kalangan mereka yang sudah berkeluarga.

“Kalau yang sudah berkeluarga, mungkin belanja untuk menonton wayang tidak jadi keutamaan. Tapi orang yang tengok filem, kebanyakannya orang muda. Kalau yang tak kerja, mereka minta duit emak atau bapa masing-masing.

“Jadi, dalam hal ini, orang muda selalunya sentiasa berduit. Cuma yang jadi masalah di sini ialah di mana duit itu hendak dibelanjakan? Adakah mereka hendak berbelanja dengan tengok wayang?” katanya lagi.

Tengku Anuar yang ditemui ketika pratonton filem Maut baru-baru ini, juga berpendapat soal cuaca tiada kaitan langsung dengan minat orang untuk menonton filem.

Filem Maut adalah terbitan terbaru Tayangan Unggul yang akan mula ditayangkan di seluruh negara pada 15 Januari ini. Ia menjadi filem tempatan pertama masuk panggung pada tahun 2009.

“Panggung wayang kita berada di tempat selesa dan selamat. Selalunya waktu hujan, ramai terperangkap di pusat beli belah. Malahan pada waktu hujan, sesetengah orang bosan duduk di rumah, tambahan pula pada hujung minggu,” jelasnya.

Katanya, walaupun menaikkan harga tiket filem import idea yang baik tetapi ia belum dapat menjamin filem tempatan mendapat sambutan tinggi.

Beliau berkata, penayangan semua filem mencatatkan kutipan kasar kira-kira RM300 juta dan daripada jumlah itu kerajaan memperoleh RM60 juta menerusi kutipan cukai hiburan sebanyak 20 peratus.

Cukai hiburan 20 peratus dikenakan ke atas filem tempatan juga. Kerajaan mengembalikan cukai atau rebat itu kepada penerbit filem sebagai insentif dengan jumlahnya tertakluk kepada kutipan kasar yang diperoleh selepas tayangan selesai.

“Kebiasaannya proses ini mengambil masa lama sehingga setahun menyebabkan kadang-kadang Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) menerusi Finas mendahulukan pembayaran rebat ini kepada produser,’ jelasnya lagi.

Sehubungan itu, Tengku Anuar berpendapat, jika kerajaan boleh mengembalikan cukai hiburan sebanyak 20 peratus daripada filem tempatan kepada penerbit, perkara yang sama juga boleh dilakukan terhadap kutipan filem import.

“Kita bukan hendak semua. Penayangan filem import menghasilkan kutipan sebanyak RM300 juta setahun. Kalau 20 peratus, kita anggarkan kerajaan dapat RM60 juta.

“Daripada RM60 juta, separuh atau RM30 juta boleh disalurkan untuk pembangunan industri perfileman negara. RM30 juta banyak.

“Daripada dana ini, kita boleh gunakan RM200,000 dalam bentuk geran kepada penerbit filem tempatan untuk membiayai kos promosi. Walaupun tidak banyak, ia boleh mengurangkan beban produser yang kebiasaannya tertekan dengan kos promosi dan pemasaran,’ katanya.

Panjangkan tempoh tayangan

MENGULAS cadangan Tengku Anuar itu, pelakon, produser dan pengarah, Afdlin Shauki mengakui menaikkan harga tiket untuk filem import, cuaca dan keadaan ekonomi tidak memberi kesan ketara terhadap penayangan filem terbitan tempatan.

Menurut Afdlin, sistem penayangan filem ini tidak menyebelahi keadaan filem tempatan berbanding filem dari luar negara.

Dia juga menyokong saranan Tengku Anuar supaya kerajaan menyalurkan sekurang-kurangnya separuh hasil cukai hiburan filem import disalurkan dalam dana khas bagi membiayai dan membantu pelbagai aktiviti perfileman tanah air.

“Harga tiket tidak perlu dinaikkan. Apa yang pemilik panggung perlu buat ialah menambah jumlah dewan tayangan atau hall untuk filem tempatan walaupun filem kita pada waktu itu ditayangkan serentak dengan filem luar negara.

“Kita juga mahu supaya tempoh tayangan filem dipanjangkan, bukan terhad kepada seminggu atau dua minggu saja.

“Saya juga setuju dengan idea beliau (Tengku Anuar) bahawa separuh daripada RM30 juta yang dikutip daripada cukai hiburan filem import digunakan untuk membantu penggiat filem tempatan seperti promosi, pemasaran dan latihan.

“Geran RM200,000 seperti yang dicadangkan itu mungkin tidak besar tetapi membantu meringankan beban penerbit, terutama dalam aspek pemasaran,” kata Afdlin.

Baca Sepenuhnya...

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP