Fantastic Italian posters for the upcoming slick looking sci fi fantasy film FRANKLYN. Franklyn is an upcoming British film written and directed by Gerald McMorrow in his feature debut. Produced by Jeremy Thomas, the film stars Ryan Phillippe, Eva Green and Sam Riley. Filming took place in London in the fourth quarter of 2007. Franklyn held its world premiere at the 52nd London Film Festival on 16 October 2008. The film will be released in the United Kingdom on 27 February 2009, with a release date for the United States yet to be set.The film follows four interconnected storylines, one of which sees Ryan Phillippe as a masked vigilante detective looking for justice in the futuristic Meanwhile City, another of which see Eva Green as an artist carrying out suicidal art projects and the third and fourth of which see other people doing sci fi fantasy stuff.
Tajuk Filem : Geng : Pengembaraan Bermula (2009) Malaysia (Les' Copaque Production Sdn. Bhd.) 95min 35mm Color Genre : Animasi 3D, Adventure, Fantasi, Famili Tarikh Rilis : 12hb Februari, 2009 Web Filem : http://www.gengthemovie.com Produser : Hj Burhanuddin Pengarah : Nizam Razak Pengarah Seni : Mohd Safwan Pengarah Animasi : Jeffry LakonLayar : Muhammad Anas Animasi 3D : Yong Pin, Mohd Khairul Hadi, Nazrul Hadi Sinematografi : Nazrul Hadi Pelakon (suara) : Amir Izwan(Badrol), Balqis (Ros), Kee Yong Pin (Lim), Nur Fathiah (Upin& Ipin) , Kannan (Rajoo) Plot : Badrol yang bosan tinggal dirumah telah mengajak teman karibnya Lim pulang ke kampongnya untuk merasai suasana 'musim durian' sementara itu heboh dikampong Badrol dengan cerita seram tentang kewujudan makhluk asing yang mengerikan ketika menjelang waktu malam. Tanpa Badrol sangkakan percutian kali ini membawanya bersama Lim, Ros seorang gadis kampong berserta adik kembarnya Upin dan Ipin serta kawannya Rajoo kedalam hutan bagi menyelesaikan misteri seram yang menyelubungi penduduk kampong. Mereka ber-enam dibantu oleh haiwan aneh sahabat Rajoo mengembara membongkar misteri didalam keindahan flora dan fauna hutan hujan tropika.
Trailer :
My 2cents : Terus terang Maya bangga dengan kelahiran filem animasi 3D terbitan sulung Les' Copaque Production Sdn Bhd yang telah pun mengukir nama melalui mini siri animasi tv Upin & Ipin. Maya bangga kerana keseluruhan aspek pembikinan dihasilkan oleh 40 animator muda tempatan lulusan Multimedia biarpun prosesnya mengambil masa 4tahun untuk disiapkan tetapi Maya rasakan amat berbaloi tambahan pula produksi seni menggunakan teknologi pixar 3D yang sama digunakan oleh produksi animasi terkenal Disney. Biarpun tidak sehebat menonton filem animasi barat namun Maya terhibur dengan elemen suspen thriller yang diadun mantap bersama sentuhan dramatik dan lucu semuanya dapat kita rasai bersama kesan bunyi dan suara yang hebat. Maya optimis Geng mampu mengubati luka dipersada animasi negara setelah filem Silat Lagenda(1998) dan Putih (2001) hambar dan gagal menarik minat penonton biarpun seni animasi telah 15tahun bertapak dinegara kita.
Filem Animasi Pertama Malaysia Silat Lagenda (1998) yang telah mendapat Anugerah Khas Juri di Festival Filem Malaysia ke-14, 1999 manakala Putih merupakan filem animasi ke-3 Malaysia telah menemui penonton pada 06hb September 2001 menampilkan suara M.Nasir bergandingan bersama Erra Fazira.
Filem : Coraline (2009) USA (Laika Entertainment, Pandemonium) 101min Color Genre : Animasi, Adaptasi, Horror, Fantasi Tarikh Rilis : 06hb Februari, 2009 (USA) Web Filem : http://coraline.com Pengarah : Henry Selick Produser : Mary Sandell, Claire Jennings Eksekutif Produser : Bill Mechanic, Henry Selick, Michael Zoumas Line Produser : Hary Linden Penulis Novel : Neil Gaiman Lakon Layar : Henry Selick Fotografi : Pete Kozachik Muzik : Bruno Coulais, They Might Be Giants Pelakon (Suara) : Dakota Fanning, Teri Hatcher, John Hodgman Ragmuffin, Ian McShane, Keith David, Jennifer Saunders, Dawn French Plot : Coraline (Dakota Fanning) sangat bosan tinggal dirumah barunya sehinggalah dia terjumpa satu pintu rahsia yang membawanya kedunia baru yang sempurna dimatanya namun lama kelamaan dunia baru yang dikenalinya mengundang bahaya pada dirinya. Ibubapanya dari dunia fantasi itu cuba memerangkapnya dari keluar dari situ.
Trailer :
Ulasan : Sekiranya anda peminat filem animasi pasti kemunculan Caroline bakal menceriakan hujung minggu manakala peminat pengarah animasi Henry Selick (The Nightmare Before Christmas 1993) sudah pasti tidak akan melepaskan peluang menonton satu lagi buah tangan dari beliau. Diadaptasi dari sebuah novel Pemenang Anugerah Hugo berjudul Coraline hasil karya Neil Richard Gaiman (Beowulf 2007, Stardust 2007) filem ini memakan masa selama lima tahun untuk disiapkan dan ketika mula penggambaraan, Dakota Fanning yang memegang watak Caroline baru berusia 9tahun kini telah pun berusia 15tahun. Filem animasi 'stop-motion' horror fantasi ini menelan bajet sebanyak $60million menjalani pengambarannya di Portland, Oregon USA dan merupakan filem animasi stop-motion pertama dirakam secara streoscopically dengan menggunakan dual digital kemera rig untuk digital 3-D bagi penghasilan gerakan animasi sama seperti kesan CGI. Filem Coraline 2009 ini juga merupakan filem animasi stop-motion pertama yang paling panjang, berdurasi selama 1jam 41 min dan juga filem animasi pertama dikeluarkan oleh Focus Features.
Secara peribadi Maya amat tertarik dengan filem ini kerana inovasi teknologi yang digunakan secara kreatif menjadikan persembahan streocopic 3-D puppet ini berbeza dan satu pengalaman baru menontonnya berbanding filem animasi 3D yg lain. Caroline juga berjaya menampilkan kekuatan naratifnya memberikan kepuasan pada pembaca karya Neil yangmana Henry berjaya menonjolkan alam fantasi yang dialami oleh Caroline. Maya rasakan masa tambahan telah digunakan sepenuhnya oleh pengarah untuk melengkap dan menambah perisa memberi kepuasan kepada penonton, inilah yang Maya alami berbanding dengan filem “The Nightmare Before Christmas” dan “James and the Giant Peach”. Pujian harus diberikan pada watak kucing hitam yang berjaya menyembunyikan sesekali nada hambar dari watak utama. Bagi Maya Caroline tidak hanya sesuai untuk kanak-kanak sahaja malah pengarah berjaya mengangkat tema menerusi garapan horror fantasi yang menghiburkan. Tidak keterlaluan Maya katakan sukar bagi mana-mana filem animasi lain menandingi filem-filem animasi garapan Henry Selick yang tersendiri.
Filem Animasi arahan Henry Selick : The Night Before Christmas 1993 & James And The Giant Peach 1996
Matinya Seorang Patriot [1984] Filem Terbaik - FFM 5 [1984], Genre : Drama Direktor : Rahim Razali Pelakon : Eman Manan, Noorkumalasari, S. Roomai Noor Plot : Cerita berkisar pada kematian seorang nasionalis dan pejuang politik veteran bernama Haji Shahban di Kampung Seri Tualang, jauh dari Kuala Lumpur. Ramai yang meratapi kematian orang besar ini tetapi tiada siapa pula pernah menduga kejadian huru-hara yang bakal menyusuli kematiannya itu. Di Kampung saja macam-macam berlaku. Anak-anak tiba-tiba pula berubah sifat, menjadi pendiam dan pemarah sentiasa berkelakuan penuh misteri. Hal ini menekan kehidupan dan perwatakan ibu mereka (isteri Haji Shahban), Mak Aji. Seterusnya perbalahan politik mula mendadak di Seri Tualang. Si gila kuasa, gila nama, gila harta mula bertindak dan bertelingkah untuk mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh Haji Shahban. Di Kuala Lumpur, peninggalan Haji Shahban tidak juga kurangnya meninggalkan kesan. Lembaga Pengarah Melati Holdings Sdn. Bhd. sebuah syarikat besar kempunyaan Bumiputera seperti tergoncang berikutan kematian orang kuat kampung itu. Demikian latar yang seterusnya akan mencetuskan beberapa kejadian yang bakal memohon penjelasan seperti pemergian salah seorang anak Haji Shahban ke Kuala Lumpur atas alasan kononnya untuk mendirikan perusahaan sendiri di sana; pertemuan teruna tersebut dengan anak gadis Pengerusi Melati Holdings yang akan membawa mereka ke ambang permainan cinta yang merbahaya; pembunuhan mengejut tiga orang Pengarah Melati Holdings; dan kemuncak cerita yang tragis dan menggemparkan. Matinya Seorang Patriot itu rupa-rupanya ada sebabnya dan ada balasannya. Kedua-duanya di luar dugaan.
Layar Kita
Skrip 7707 [2009] Tayangan : Julai 16, 2009 Genre : Seram Plot : Seorang penerbit filem ingin menghasilkan sebuah filem seram namun ketandusan skrip lalu mengiklankan di suratkhabar mencari individu yang sudi berkongsi pengalaman seram mereka dan kisah yang menarik akan dibayar. 9 orang berjaya dan mereka bertemu disatu malam dan berkongsi pengalaman dan cerita masing-masing. Penerbit berpuashati dengan pertemuan tersebut dan keesokan harinya sedang beliau menyiapkan skrip seram tersebut, pembantunya mengatakan bahawa iklan diakhbar mendapat sambutan dan inginkan persetujuan mengenai pertemuan malam nanti dengan mereka seperti yang dirancang. Penerbit terkejut dan kehairanan kerana pertemuan tersebut telah berlangsung malam tadi!..siapakah yang beliau temui sebenarnya?
#14. The Grudge 3 [2009]
-
Every Curse Has A Beginning, Every Beginning Has An End
Director: Toby Wilkins
Cast: Shawnee Smith, Marina Sirtis, Johanna E. Braddy, Aiko Horiuchi,
Matt...
15 tahun yang lalu
Layar Birthday
Donn Alan Pennebaker [ D.A.Pennebaker] Born : July 15, 1925 [Evanston, IIIinois US] Documentary filmmaker and one of the pioneers of Direct Cinema/Cinéma vérité. Performing arts (especially pop music) and politics are his primary subjects.Director, Sinematographer, Producer, Editor
Layar Spotlight
Jimi Plays Monterey [ 1986 ] Director : D.A. Pennebaker Plot : Jimi Plays Monterey is a short film directed by D. A. Pennebaker documenting the same performance as the album, also released in 1986. It is notable for containing several interviews with rock stars, and containing an art piece by Denny Dent during the performance of "Can You See Me".
Layar World
Lion's Den - Leonera [2009] Tayangan : July 11, 2009 [US Out Fest Film Festival] Genre : Drama Plot : Sent to prison for allegedly killing her lover, Julia, a 25 year-old university student, discovers she is pregnant and is sent to a high-security maternity ward to serve her time. Julia's only concern now is her son. Her fellow inmate Marta becomes her ally; her mother SofÃa, her opponent. One attempts to teach her how to be a mother; the other wishes to take over rearing the child. The film, shot in a real prison with inmates as extras, shines a light on a little known aspect of prison life: motherhood behind bars.This story addresses maternity, jail and Justice; confinement, guilt and solitude; but above all it deals with Julia and her son, Tomas, born inside an Argentinean prison.