#91. Filem : Coraline (2009)
" Be careful what you wish for "
Filem : Coraline (2009)
USA (Laika Entertainment, Pandemonium) 101min Color
Genre : Animasi, Adaptasi, Horror, Fantasi
Tarikh Rilis : 06hb Februari, 2009 (USA)
Web Filem : http://coraline.com
Pengarah : Henry Selick
Produser : Mary Sandell, Claire Jennings
Eksekutif Produser : Bill Mechanic, Henry Selick, Michael Zoumas
Line Produser : Hary Linden
Penulis Novel : Neil Gaiman
Lakon Layar : Henry Selick
Fotografi : Pete Kozachik
Muzik : Bruno Coulais, They Might Be Giants
Pelakon (Suara) : Dakota Fanning, Teri Hatcher, John Hodgman Ragmuffin, Ian McShane, Keith David, Jennifer Saunders, Dawn French
Plot : Coraline (Dakota Fanning) sangat bosan tinggal dirumah barunya sehinggalah dia terjumpa satu pintu rahsia yang membawanya kedunia baru yang sempurna dimatanya namun lama kelamaan dunia baru yang dikenalinya mengundang bahaya pada dirinya. Ibubapanya dari dunia fantasi itu cuba memerangkapnya dari keluar dari situ.
Trailer :
Ulasan : Sekiranya anda peminat filem animasi pasti kemunculan Caroline bakal menceriakan hujung minggu manakala peminat pengarah animasi Henry Selick (The Nightmare Before Christmas 1993) sudah pasti tidak akan melepaskan peluang menonton satu lagi buah tangan dari beliau. Diadaptasi dari sebuah novel Pemenang Anugerah Hugo berjudul Coraline hasil karya Neil Richard Gaiman (Beowulf 2007, Stardust 2007) filem ini memakan masa selama lima tahun untuk disiapkan dan ketika mula penggambaraan, Dakota Fanning yang memegang watak Caroline baru berusia 9tahun kini telah pun berusia 15tahun. Filem animasi 'stop-motion' horror fantasi ini menelan bajet sebanyak $60million menjalani pengambarannya di Portland, Oregon USA dan merupakan filem animasi stop-motion pertama dirakam secara streoscopically dengan menggunakan dual digital kemera rig untuk digital 3-D bagi penghasilan gerakan animasi sama seperti kesan CGI. Filem Coraline 2009 ini juga merupakan filem animasi stop-motion pertama yang paling panjang, berdurasi selama 1jam 41 min dan juga filem animasi pertama dikeluarkan oleh Focus Features.
Secara peribadi Maya amat tertarik dengan filem ini kerana inovasi teknologi yang digunakan secara kreatif menjadikan persembahan streocopic 3-D puppet ini berbeza dan satu pengalaman baru menontonnya berbanding filem animasi 3D yg lain. Caroline juga berjaya menampilkan kekuatan naratifnya memberikan kepuasan pada pembaca karya Neil yangmana Henry berjaya menonjolkan alam fantasi yang dialami oleh Caroline. Maya rasakan masa tambahan telah digunakan sepenuhnya oleh pengarah untuk melengkap dan menambah perisa memberi kepuasan kepada penonton, inilah yang Maya alami berbanding dengan filem “The Nightmare Before Christmas” dan “James and the Giant Peach”. Pujian harus diberikan pada watak kucing hitam yang berjaya menyembunyikan sesekali nada hambar dari watak utama. Bagi Maya Caroline tidak hanya sesuai untuk kanak-kanak sahaja malah pengarah berjaya mengangkat tema menerusi garapan horror fantasi yang menghiburkan. Tidak keterlaluan Maya katakan sukar bagi mana-mana filem animasi lain menandingi filem-filem animasi garapan Henry Selick yang tersendiri.
Filem Animasi arahan Henry Selick : The Night Before Christmas 1993 & James And The Giant Peach 1996