Until Death Do Us Part - Jonas

Selasa, Mac 10, 2009

#240. LayarBuku : Guna Filem dalam Pendidikan

Salam buat semua,
Maya menerima banyak email yang dihantar kepada Maya bertanyakan benarkah kita boleh mendapat manfaat dari filem yang ditonton? Bukankah filem barat banyak keburukannya hanya mengajar kita cara membunuh sahaja? bagaimana pula ianya boleh mendidik? Dibawah ini Maya senaraikan antara buku-buku yang menghuraikan serta memberikan kaedah bagaimana melihat dan menggunakan filem dalam mendidik.

Reading In The Dark : Using Film As A Tool In English Classroom Pengarang : John Golden
ISBN-13: 978-0814138724 Harga : $ 24.25

Kebanyakan kita menganggap filem sebagai hiburan semata namun dalam buku ini ibubapa dan guru/pendidik mendapat manfaat tentang jenis filem apa dan bagaimana menggunakan filem khusus dalam pendidikan bahasa dan kesusateraan dengan lebih menarik beserta teknik, soalan, klip, assessment, ide dan teaching aid yang disesuaikan untuk semua grade dan level pelajar.


Organizational Behaviour : Using Film to Visualize Principles and Practises Pengarang : Joseph E. Champoux Harga : $38.48 ISBN-13: 978-0324048568

Sebanyak 82 filem popular dibahagikan kepada 25 tajuk utama merangkumi perbahasan dari sudut 'behaviour' sikap dan perangai disamping persepsi individu maupun masyarakat terhadap seseuatu sikap dan bagaimana mencari titik tengah dalam memotivasikan diri serta merubah sikap menjadi pemimpin. Watak dianalisis behaviour-nya dan jika digandingkan dengan visual filem ianya menjadi bahan menarik buat pelajar.


Weekend at the Movies : 14 Blockbusters Retreats For Youth Pengarang : Samuel F. Parvin ISBN-13: 978-0687031818
Harga : $ 2.40

"Youth and movies go together like popcorn and soda." Remaja dan filem tidak dapat dipisahkan umpama popcorn dan soda dan buku ini lebih berupa buku 'How To' dalam menggunakan 14 buah filem blockbuster menjadi tarikan dan mendidik remaja menghadapi permasalahan sosial, kekeluargaan dan masa depan mereka. Bagi keluarga dan pendidik muslim perlu memberikan perbandingan agama menerusi filem2 ini.


Crossing Cultures Through Film Pengarang : Ellen Summerfield
Harga : $29.00 ISBN-13: 978-1877864216

Buku ini mengutarakan persoalan komunikasi antara budaya menerusi filem-filem yang dipilih. Filem-filem tersebut dianalisa dari sudut budaya serta minoriti sesuatu bangsa dan budaya serta memaparkan kewujudan rasa, isu serta ketidaksenangan antara kaum dalam tajuk perkauman yang ditonjolkan secara langsung mahupun kiasan menerusi filem-filem yang dipilih.



Teaching Ethnic Diversity With Film Pengarang : Carole Gerster; Laura W. Zlogar Harga : $39.95 ISBN-13: 978-0786421954

Buku ini mengupas keberlangsungan pembikin filem Hollywood menerap lalu mengubah pemikiran serta menanam budaya baru melalui persepsi ide dari kacamata mereka hingga mempengaruhi masyarakat Afrika Amerika, Asia, Asli Amerika dan Latino menjadikannya satu fenomena. Buku ini memaparkan secara rasional setiap perubahan dengan mencari erti sebenar latarbelakang budaya asli bangsa. Lesson-plan buku ini hanya sesuai untuk pelajar High School dengan menjurus 4 disiplin ilmu bersama unit pelan pembelajaran yang spesifik.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP