Until Death Do Us Part - Jonas

Khamis, Januari 22, 2009

#22. Layarkaca : Sinetron Jelita, TV3

Sinetron Jelita yang mengandungi 57 episod ini mula menemui penonton sejak 15 Disember 2008, jam 2.30 petang, setiap hari Isnin hingga Khamis.



Sutradara : Dody Djanas
Produser : Leo Sutanto
Desain Produksi : Heru Hendriyarto, Indrayanto Kurniawan
Cerita & Skenario : Allan Rosalia
Produksi : SinemArt (2008)
Pelakon :Agnes Monica sebagai Jelita/Isabella/Isabel, Nino Fernandez sebagai Erlangga, Dearly Dave Sompie(Dirly Idol,Indonesian Idol 3) sebagai BAYU, Gading Marten sebagai EDDY,Umar Lubis sebagai DANU, Ketrin sebagai VIVIAN, Lia Kartika sebagai KARTIKA, Cindy Fatika Sari sebagai LIRNA, Cut Syifa sebagai DEWI, Diva Nadia sebagai PRITA, Arinza sebagai RIZAL.

Sinopsis : Mengisahkan perjalanan seorang gadis berhati waja bernama Jelita yang tinggal bersama ibunya Rima dan adik beradiknya Prita, Eddy serta Dewi disebuah pernempatan miskin dipinggir kota. Jelita berusaha keras mencari wang bagi membiayai rawatan ibunya yang sakit dengan bekerja sebagai penjual dipasar lambak kadangkala dia mengambil upah sebagai penjual bakso demi menampung ubat ibunya dan tatkala bekerja dia dipertemukan dengan Bayu, anak lelaki tunggal keluarga kaya yang telah kematian ayahnya RIZAL dan hanya tinggal bersama ibunya Kartika.Pertemuan kali pertama berkahir dengan pertengkaran bilamana Jelita memarahi Bayu kerana membawa kereta terlalu laju hingga wajahnya terkena air percikan kereta. Jelita yang telah dinasihatkan berkali-kali oleh ibunya agar jangan mendekati anak orang kaya terus sahaja membenci Bayu. Namun takdir menemukan mereka sekali lagi bilamana..

jiran Jelita bernama Mbak Nani telah dipecat dari pekerjaannya sebagai pembantu dirumah Bayu lalu Jelita menyamar sebagai orang kaya demi mengembalikan semula pekerjaan Mbak Nani dan tanpa disangkanya pertemuan kali ini membibitkan rasa cinta dihati Bayu malahan timbul pula cemburu dihati Vivian teman wanita Bayu. Jelita menggunakan nama Isabel/Isabella ketika ditanya oleh bayu siapa namanya.

Hari demi hari sakit Rima semakin tenat dan sebelum dia meninggal dunia sempat dia memberikan sebentuk cincin pada Jelita yang merupakan cincin kepunyaan ibu kandungnya. Beliau juga cuba memberitahu kepada suaminya Rano yang sering bekerja diluar daerah bahawa salah seorang dari anak perempuan mereka bukannya darah daging mereka namun beliau tidak sempat mengucapkan nama yang mana satu antara Jelita,Prita ataupun Dewi. Ucapan Rima yang tergantung memakan diri Rano bilamana beliau menyangkakan bahawa salah seorang anak perempuannya adalah hasil perbuatan curang isterinya bersama lelaki lain dan hasilnya beliau sering mabuk dan membenci ketiga2 puterinya. Selepas kematian Rima, Mbak Nani telah memberikan sepucuk surat yang telah ditulis oleh Rima untuk dikirimkan pada Lirna temannya yang beralamat dipenjara, Mbak Nani meminta Prita memberikan surat tersebut pada Rano supaya dihantar kepenjara namun sura tersebut telah dihilangkan oleh Prita lalu ditemui oleh Dewi. Didalam surat tersebut, Rima memberitahu temannya Lirna bahawa anaknya bernama Jelita dan telah remaja.

Bayu semakin hari semakin menyayangi Jelita dan mengusulkan supaya Jelita bekerja di Butik ibunya sebagai model, Jelita terpaksa bekerja demi membiayai rawatan Dewi yang menghidap Leukimia. Kartika pula menerima dengan senang hati kerana dilihatnya butiknya semakin maju dengan tarikan Jelita namun satu-satunya manusia yang derita adalah Vivian, beliau sakit hati apabila cintanya tidak dibalas Bayu lalu merancang berbagai helah untuk menjatuhkan Jelita namun segala rancangan jahatnya tidak sedikit pun menjejaskan cinta Bayu pada Jelita sehinggalah rahsia Jelita sebagai orang miskin terbongkar ketika sidang akhbar selepas pertunjukkan fesyen. Kartika telah memecat Jelita dan menghalang hubungan Bayu dengan Jelita. Bukan itu sahaja, beliau telah berpakat dengan Vivian untuk menghapuskan Jelita dari hidup Bayu.Hati Bayu juga goyah setelah mengetahui bahawa Jelita telah menipunya dan menyamar sebagai anak orang kaya namun cintanya pada Jelita mengatasi segalanya.

Sementara itu Lirna temannya Rima yang telah dipenjarakan selama berbelas tahun telah dibebaskan dan kini mencari anaknya. Berita pembebasan Lirna diketahui oleh Kartika yang bersumpah akan menyusahkan hidup Lirna kerana telah membunuh suaminya Rizal tanpa mengetahui bahawa pembunuh sebenarnya adalah Danu, lelaki yang dicintainya yang juga suami kepada Lirna dan ayah kepada Jelita. Lirna amat kecewa bila mengetahui bahawa Rima telah meninggal dunia namun hatinya kembali riang bila terserempak dengan Prita yang memakai cincin miliknya dan dia yakin bahawa Pritalah anaknya tanpa mengetahui bahawa cincin tersebut telah dicuri dari Jelita. Danu juga menyangka Prita anaknya dan cuba berbaik-baik untuk menebus kesalahan masa lalunya.Lirna pula dalam satu insiden telah dibawa jelita kerumahnya dan bertemu dengan Rano, setelah mengetahui bahawa Prita juga tinggal disitu dia memohon tinggal disitu supaya dekat dengan anaknya.Prita yang keluar kota atas urusan kerja pulang kemudiannya ketika bersalaman dengan Lirna dilihat oleh Jelita cincinnya yang hilang ada dijari Prita. Lirna kini tahu siapa sebenar anaknya.

Telah berbagai rancangan dan helah Kartika dan Vivian lakukan namun tidak berhasil merenggangkan hubungan Jelita dan bayu sehinggalah Vivian memberitahu bahawa Bayu telah menidurinya dan memaksa Bayu bertanggungjawab keatas dirinya. Biarpun tidak mengingati apa2 kerana dia mabuk namun dia takut rahsia itu sampai kepada Jelita dan merosak hubungan mereka dan ternyata ketakutan Bayu itu benar, akhirnya Jelita mengambil keputusan memutuskan hubungan mereka dan diketika itu pula Erlangga sepupu Bayu dari London pulang dan takdir menemukannya dengan Jelita dan Dewi. Erlangga amat simpati dan mula jatuh hati dengan Jelita, beliau sering menemani Jelita yang sedang bersedih.

Apakah kesudahannya kisah cinta antara dua darjat ini? Apakah cinta Jelita akan beralih arah kepada Erlangga? Berjayakah Vivian memiliki Bayu?

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP