#45. Cinema : The Uninvited ( 1944 )
" From the Most Popular Mystery Romance since ' Rebecca ' ! "
Filem : The Uninvited (1944 )
Genre : Supernatural, Misteri, Romantik, Adaptasi
Tayangan : 10hb Februari, 1944
USA : Paramount Pictures Inc
Bahasa : Inggeris dan Sepanyol
Pengarah : Lewis Allen
Penulis : Dorothy Macardle, novel berjudul Uneasy Freehold
Penulis Skrip : Frank Partos dan Dodie Smith
Pelakon : Ray Milland, Gail Russell, Ruth Hussey, Donald Crisp, Cornelia Otis Skinner, Dorothy Stickney
Muzik : Victor Young
Sinematografi : Charles B. Lang
Durasi : 99min
Plot : Filem seram-romantik berlatarbelakangkan tahun 30an ini bermula dengan hari-hari terakhir percutian dua beradik, pengkritik muzik berasal dari London iaitu Roderick "Rick" Fitzgerald (Ray Milland) bersama adiknya Pamela (Ruth Hussey) di Teluk Devonshire pada musim panas 1937. Pamela tertarik dengan Rumah Windward, sebuah rumah agam yang terbiar lalu mendesak abangnya Rick membeli rumah daripada Commander Beech (Donald Crisp) namun mendapat tentangan dari cucunya Stella Meredith (Gail Russell). Stella menentang kerana Windward satu-satunya kenangannya bersama mendiang ibunya Mary Meredith namun sejak kematian ibunya, dia tidak dibenarkan memasuki Windward. Kejadian aneh menimpa Rick dan Pam dan mereka berpendapat bahawa Windward berpuaka. Stella melanggar larangan datuknya memasuki Windward dengan menerima undangan makan malam dari Rick, teruja untuk berada didalam Windward berakhir dengan rasukan yang membawa Stella ketebing curam namun sempat diselamatkan oleh Rick sebelum terjun ke laut. Stella percaya bahawa roh yang muncul itu adalah ibunya Mary Meredith.
Stella dibawa bertemu Dr.Scott teman baik Rick dan melaluinya terbongkar rahsia lampau keluarga Stella. Menurut Dr. Scott, ayah Stella merupakan seorang pelukis yang kemudiannya jatuh cinta dengan model lukisan seorang gadis Sepanyol bernama Carmel sehingga melahirkan seorang anak. Meredith yang mengetahui skandal tersebut telah membawa Carmel ke Paris dan meninggalkannya disana namun Carmel pulang semula ke Windward untuk mengambil anaknya, Stella. Terjadi perebutan antara Carmel dan Meredith ditepi tebing curam yangmana menyaksikan akhirnya Meredith terjatuh lalu mati dilaut yang berbatu. Carmel pulang ke Paris dan meninggal tidak lama selepas itu.
Rick, Pam dan Dr. Scott percaya bahawa roh jahat yang berada di Windward cuba membunuh Stella dan mereka mahu membantunya namun sebelum sempat berbuat apa-apa Stella telah disorok oleh datuknya di The Mary Meredith Retreat, sebuah pusat jagaan bagi pesakit mental yang dikendalikan oleh Miss Holloway (Cornelia Otis Skinner), jururawat yang pernah merawat Mary Meredith. Dalam rangka sisatan untuk membongkar misteri Stella, Rick pergi bertemu dengan Miss Holloway tanpa mengetahui bahawa Stella berada disitu. Miss Holloway memberitahunya bahawa selepas kematian Mary Meredith, dia yang menjaga Carmel sehingga beliau meninggal akibat pneumonia. Rick pulang dengan sedikit maklumat.
Dr. Scott pula mendapat maklumat bahawa Miss Holloway sebenarnya pembunuh Carmel lalu menelefon Comander Beech dan dia dimaklumkan bahawa Stella berada di bawah jagaan Miss Holloway. Dr.Scott, Rick dan Pam bergegas kesana tanpa mengetahui bahawa Miss Hollow menyuruh Stella pulang terlebih dahulu dan berselisih dijalanan. Dr.Scott, Rick dan Pam pulang semula menyusul Stella namun lewat 20minit dimana sesampainya dirumah, Stella menemui datuknya yang sedang sakit. Commander Beech cuba menyuruh Stella pergi namun dia berdegil dan sejurus sahaja roh jahat muncul, Beech diserang sakit jantung seterusnya Stella dirasuk hingga ketepi tebing namun sempat diselamatkan oleh Rick yang baru tiba.
Di dalam Windward, mereka berempat membongkar rahsia sebenar kepada Stella dan barulah Stella tahu bahawa bau wangian Mimosa yang sering dihidunya adalah dari ibunya Carmel. ketika itu dia merasakan bahawa roh ibunya telah bebas dan keluar dari Windward namun yang jahat masih ada namun Rick berhadapan dengan roh Mary Meredith dan memberi amaran bahawa mereka tidak takut lagi. Windward aman akhirnya.
Trailer :
Filem menarik ini telah menjalani penggambaran dibeberapa lokasi menarik disekitar Phoenix, Arizona dan San Francisco, California. The Uninvited (1944) merupakan filem Hollywood yang pertama mengenengahkan unsur puaka/berhantu dalam ciri supernaturalnya dimana sebelumnya unsur hantu dimainkan secara jenaka dalam filem The Ghost Goes West (1936) dan filem Topper (1937) juga dilihat unsur puaka didedahkan secara 'practical jokes' dalam filem Blondie Has servant Trouble (1940) ataupun sebagai helah dalam mengaburi aktviti/perlakuan jahat dalam filem The Cat and The Canary (1939) serta filem Abbott and Costello’s Hold That Ghost ( 1941).
Apa yang menarik perhatian Maya adalah originaliti imejan hantu-hantu dalam filem ini dan pastinya rumah agam Windward yang terletak di Cornish Cliff digambarkan sebagai sebuah rumah yang menyeramkan namun ada sentuhan romantik sama seperti dalam filem Daphne du Maurier's Rebecca (1940 oleh Hitchcock). Sutradara berjaya menyampaikan mesej kewujudan puaka dalam plot misteri namun diakhiri dengan amat rasional seolah-olah tiada sentuhan supernatural. Walaupun tidak seseram filem horror yang lain namun garapan sutradara dan kekuatan lakonlayar berjaya mengangkat The Uninvited sebagai filem puaka lama yang asli dengan lakonan berkesan Gail Russell yang mula diperkenalkan melalui filem ini serta kreativiti hebat sinematografi yang digalas oleh Charles Lang hingga membawanya merangkul Anugerah Oskar, Sinematografi Terbaik Filem Hitam-Putih pada tahun 1945.
Filem Lain :
0 ulasan:
Catat Ulasan