Until Death Do Us Part - Jonas

Khamis, Januari 29, 2009

#48. Skoop : Merempuh Karma - Kisah Mafia ala Malaysia

29hb Januari, 2009
Utusan Malaysia
METRA SYAHRIL MOHAMED

SELEPAS menghasilkan karya berlatarkan seram iaitu Gentayangan, Secondlife Picture Sdn. Bhd., yang ditubuhkan pada 20 Februari 2008 tampil menerbitkan filem terbaru mereka, Merempuh Karma. Membariskan pelakon-pelakon ternama seperti Ahmad Yatim, Sidi Oraza, Fauziah Nawi, Rosyam Nor, Faizal Hussein, Hasnol Rahmat, Que Haidar dan Liyana Jasmay, filem ini memaparkan realiti kumpulan kongsi gelap serta kegiatan 'mafia'. Menelan belanja sekitar RM1.8 juta, ia memberi persepsi berlainan dengan mengorek susur perjalanan mafia ala Malaysia.

Sememangnya, paparan kegiatan mafia sering kali ditonton dalam filem-filem Barat namun, Merempuh Karma bertindak berani apabila memperlihatkan ke dalam versi tempatan.

Tampak lebih menarik, aksi-aksi pergaduhan bukan sahaja dilakukan di dalam negara tetapi pihak produksi merancang untuk membawa aksi itu ke luar negara.

Memilih London antara lokasi penggambaran, tentu ramai yang tidak sabar untuk menonton bagaimana kumpulan mafia tempatan 'berperang' di tengah-tengah kota metropolitan itu.

Pengasas Secondlife Picture, Prof. Datuk Dr. Zubir Yahya berkata, Merempuh Karma banyak memaparkan aksi-aksi gaduh yang jarang diketengahkan dalam filem-filem Malaysia.

"Ada aksi bergaduh dalam transit aliran ringan (LRT) dan babak-babak ganas yang menyeramkan.

"Penggambaran akan berlangsung selama 60 hari dan bermula pada 18 Mac ini. Lokasi penggambaran dalam negara adalah sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

"Kita juga merancang untuk menjalankan penggambaran di kota London. Bagaimanapun semuanya bergantung kepada bajet," katanya pada majlis pengumuman pembikinan filem Merempuh Karma di ibu pejabat Secondlife di Taman Melawati, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada majlis sama, Secondlife turut mengumumkan penubuhan kumpulan CanDo Sahaja yang dianggotai Delly dan Farel.

Mereka yang juga artis residen Secondlife sedang menjalani proses rakaman dan single terbaru kumpulan itu akan dipasarkan awal Februari ini.

Menyambung bicara mengenai Merempuh Karma, Zubir berkata, jika segalanya mengikut perancangan, filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 2010 nanti.

Mengenai Gentayangan yang menjalani pengambaran pada tahun lalu, beliau menjelaskan ia bakal menemui penonton pada tahun ini juga.

"Filem itu sedang dalam proses suntingan terutamanya yang membabitkan penggunaan teknik imej janaan komputer (CGI),'' jelasnya.

Merempuh Karma ceduk filem luar?

Sementara itu, Azhar Yunus selaku pengarah ketika ditanya mengenai Merempuh Karma berkata, filem berkenaan akan dihasilkan dalam bentuk trilogi, dengan siri kedua difilemkan terlebih dulu.

Katanya, trilogi tersebut membabitkan pelakon yang sama dan turut menggunakan teknik CGI kerana ia membabitkan aksi pergaduhan ganas serta seni mempertahankan diri.

Kepada soalan mengenai filem itu yang seakan menceduk filem luar, Azhar menjelaskan bahawa filem-filem aksi mafia tersebut dijadikan inspirasi dalam penghasilan.

"Jika dikatakan ganas, kita akan membuat sesuatu yang akan membolehkannya ditayangkan di pawagam Merempuh Karma.

"Visual keganasan itu juga akan ditapis terlebih dahulu," jelasnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP