Until Death Do Us Part - Jonas

Isnin, Februari 02, 2009

#61. Cinema : Komedi berbeza dalam The Wedding Game

02 Februari, 2009
Utusan Malaysia
NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my

PERNAHKAH anda membayangkan perkahwinan gilang-gemilang pasangan selebriti kesayangan anda yang dirancang teliti sejak sekian lama sehingga mengundang tajaan daripada pelbagai pihak berakhir dengan penipuan?

Ironinya, perkahwinan yang digambarkan bakal menjadi wedding of the year di kalangan peminat dan pihak media, rupa-rupanya hanyalah lakonan bagi memperoleh kepentingan diri mereka.Kisah tersebut cuba dipaparkan oleh pengarah yang berasal dari Thailand, Ekachai Uekrongtham dalam filem terbarunya, The Wedding Game.

Mula ditayangkan pada 25 Januari lalu, filem yang mengangkat tema komedi romantik sebagai latar cerita, menghimpunkan barisan pelakon Asia termasuk Malaysia, Singapura, Taiwan dan Hong Kong.

Ditemui pada majlis pelancaran dan pratonton filem tersebut, pengarah yang pernah mengarahkan filem seram The Coffin itu memberitahu, dia telah lama berhasrat menghasilkan filem yang berkisarkan perkahwinan.

"Sebelum ini sudah tiga kali saya menjalankan produksi di Singapura tetapi untuk Malaysia, ini adalah yang pertama.

"Berfikir tentang filem yang melibatkan perkahwinan agak sukar kerana ia merupakan hubungan yang terlalu personal.

"Kami bawakan kisah tersebut dalam bentuk komedi dan cuba wujudkan watak utama sebagai pasangan selebriti supaya jalan ceritanya menjadi lebih menarik," katanya.

The Wedding Game bermula apabila Jack, seorang pelakon melamar Vikki, seorang model dalam sebuah acara anugerah yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

Biarpun terkejut, Vikki menerima lamaran tersebut dengan gembira.

Apa yang tidak diketahui umum, kisah cinta yang dijaja mereka rupa-rupanya sekadar lakonan yang dirancang oleh pengurus mereka, May dan Tom bagi membantu perjalanan kerjaya selebriti itu.

Pelbagai kejadian lucu berlaku apabila Vikki berpindah ke rumah Jack dan berpura-pura mesra di hadapan pihak media biarpun hakikat sebenar mereka saling membenci.

Tatkala segala rancangan berjalan lancar, satu kejadian yang membongkar penipuan pasangan selebriti itu telah meragut kepercayaan peminat dan media terhadap mereka.

Barisan pelakon yang menjayakan filem tersebut ialah Fann Wong, Christopher Lee, Alice Lau dan Charles Chen.

Sementara barisan artis tempatan yang turut menjayakan filem tersebut termasuklah Saiful Apek, Daniel Tan, Lai Ming dan Shanie.

Menurut Ekachai lagi, pengalaman membawa produksinya ke bandar bersejarah, Melaka menjanjikan pengalaman berbeza bukan sahaja buat krew produksi tetapi untuk dirinya sendiri.

Selain penduduknya yang ramah dan banyak membantu, destinasi tersebut baginya antara tempat terindah yang pernah dilawatinya suatu masa dahulu.

"Ketika kecil memang saya pernah ke Melaka mengikuti rombongan bersama seorang kawan. Ternyata tempatnya begitu menarik, sebab itu saya pilih Melaka sebagai salah sebuah lokasi penggambaran dalam filem ini," kata Ekachai lagi.

Pelbagai teknik digunakan terutamanya dalam menterjemah perasaan dua watak utamanya, Jack dan Vikki dizahirkan dalam cermin solek menggunakan grafik komputer.

Menurut Ekachai, ia sebagai gambaran perasaan sebenar Jack dan Vikki yang saling membenci biarpun pada luarannya mereka nampak tenang.

Malah katanya, ketika babak Jack dan Apek mengejar bas yang dinaiki Vikki, dia terpaksa memastikan jalan raya lengang bagi mengelakkan berlakunya perlanggaran.

"Susah juga semasa penggambaran babak Jack mengejar Vikki sebab saya terpaksa memastikan jalan raya lengang dalam beberapa kilometer.

"Jadi, kita terpaksa tutup jalan untuk mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan," katanya yang mengambil masa penggambaran selama empat hari di Melaka.

Christopher seronok digandingkan dengan Apek

Christopher Lee dan pasangannya, Fann Wong ketika ditemui pada majlis yang sama masing-masing menyatakan rasa gembira kerana berpeluang berganding dengan barisan pelakon Malaysia.

"Pertama kali berlakon dengan Saiful memang sangat gila dan kami selalu rasa nak ketawa.

"Malah, ketika kami melakonkan aksi mengejar bas ada ramai pemandu lori yang sanggup berhenti sema-mata untuk mendapatkan tandatangannya," kata Christopher yang berasal dari Melaka itu.

Melakonkan watak sebagai pasangan kekasih bukanlah sesuatu yang sukar kerana mereka sememangnya telah 13 tahun berkenalan dan kini telah pun menjalinkan hubungan cinta.

Fann yang murah dengan senyuman itu berkata, mereka mula berkenalan sejak berlakon dalam drama The Brave New World.

"Mula-mula kenal hanyalah sebagai kenalan biasa sehinggalah pada tahun lalu ketika perayaan Tahun Baru Cina, dia melamar saya.

"Tiada apa-apa rahsia yang kami amalkan untuk bertahan selama 13 tahun. Mungkin kegemaran kami agak sama dari segi makanan dan topik bualan," kata Fann yang menggemari masakan Melaka dan nasi lemak itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Layar Reader

Layar Komuniti II

Empunya Diri

Foto saya
Nature Luver, Movie Buff, Bookworm, Photogeek, Bread Krazy,

Layar Frenz I

Layar Subscribe

Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to My AOL

Subscribe in Bloglines

Layar Frenz II

Layar Community

  ©Layar 2009 Template by Our Blogger Templates

Back to TOP